Monday, August 11, 2008

Tolak Pemimpin Yang Menjadi Pengkhianat Kepada Bangsa Melayu

Khalid Syor UITM Ambil 10 % Bukan Bumiputera

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa koata pelajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UITM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

"UITM perlu bersikap global dalam usaha untuk menentukan siswazahnya lebih mesra dan serasi dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa agar dapat bersaing secara sihat," kata beliau kepada pemberita selepas menyertai `Fun Walk' anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam bersama Adidas di sini hari ini.

Komen:

Malang sungguh nasib orang Melayu di Selangor mendapat Menteri Besar seperti Tan Sri Khalid Ibrahim.Berfikirnya bukan seperti pemimpin Melayu tetapi pemimpin DAP yang mahu memperjuangkan nasib bukan Bumiputera dan orang asing.

Kenapa Tan Sri Khalid jadi begitu? Ketika memimpin Guthrie beliau adalah antara korporat Melayu yang lantang dan begitu tebal sentimen Melayunya tetapi mengapa setelah menyertai politik dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar beliau menjadi pengkhianat bangsa dan mahu mengambil hak Melayu untuk diberikan kepada kaum lain.

Jawapannya mudah. Hari ini Khalid bukan lagi CEO Guthrie yang bernaung di bawah PNB tetapi Khalid hari ini sudah menjadi Menteri Besar Selangor atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan berkawan dengan DAP. Sebab itu berfikirnya pun sudah menjadi seperti DAP.

Semua orang tahu, di Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 12, PKR menang 15 kerusi dan DAP menang 13 manakala Pas menang 6. Khalid dapat jadi MB Selangor setelah berkompromi dengan DAP. Semua orang tahu DAP memperjuangkan Malaysian Malaysia di mana semua rakyat di negara ini mendapat hak yang sama rata dan tidak ada keistimewaan kepada mana-mana kaum.

Buktinya jelas, cadangan supaya UITM membuka 10 % daripada jumlah koata pelajar kepada bukan Bumiputera dan pelajar asing sebenarnya mahu memberi keistimewaan hak yang sama rata kepada semua kaum di negara ini. Inilah perjuangan DAP yang disampaikan melalui Khalid sebagai MB.

Cadangan ini juga membuktikan Khalid sebagai pemimpin Melayu sanggup mengadai hak keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu dan Bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan demi menjaga survival politik PKR.

Bangunlah orang Melayu membetulkan kesilapan yang dibuat dalam PRU ke 12.

Hari ini Majlis Peguam sudah berani membuat forum menyentuh Islam yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh negara. Sebelum ini Majlis Peguam membuat forum mempertikai kontrak sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.

Mengapa Majlis Peguam begitu berani mahu mencabar hak keistimewaan orang Melayu yang sudah tercatat dalam perlembagaan negara. Jawapannya, kerana Majlis Peguam melihat orang Melayu lemah dan berpecah seperti yang dilihat dalam Pilihanraya Umum ke 12 baru- baru ini.

Orang Melayu sanggup memberi undi kepada pemimpin DAP sehingga pemimpin Melayu daripada UMNO kalah di kawasan majoritinya Melayu.

Pemimpin DAP seperti Karpal Singh mengunakan kuasa yang diberikan oleh orang Melayu sehingga berani mencabar kuasa Raja Raja Melayu.

Sebelum Pilihanraya Umum ke 12, Karpal Singh tidak sebiadap ini sehingga berani mempertikai teks ucapan Yang DiPertuan Agong ketika merasmikan penggal Parlimen baru-baru ini.

Bangkitlah orang Melayu membetulkan keadaan. PKR diperalatkan oleh DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera secara perlahan-lahan di negara ini.

Kalau dibuka koata untuk bukan Bumiputera dan pelajar asing di UITM dimanakah lagi benteng dan simbol kekuatan Melayu? Hanya UITM satu-satu institusi pengajian tinggi yang telah melahirkan ramai profesional dan pemimpin politik berwibawa belum ditembusi oleh bukan Bumiputera.

Apalah yang boleh diharapkan kepada pemimpin PKR. Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim cakap siangnya lain cakap malamnya lain. Dihadapan orang Cina dan India mahu menghapuskan DEB dan mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Tetapi apabila dihadapan orang Melayu beliaulah pemimpin yang akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu daripada dicabar oleh mana-mana kaum lain di negara ini.

Bangkitlah orang Melayu untuk mengembalikan semula kuasa politik kepada bangsa Melayu. Pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah gelanggang pertama orang Melayu membetulkan semula kesilapan dalam pilihanraya umum lalu dengan menolak pemimpin PKR dan DAP yang menjadi pengkhianat bangsa Melayu di negara ini.

44 comments:

gaban said...

macamana pula dgn kes dulu, government blh bagi pelajar non bumi masuk mrsm, kuota biasiswa jpa...

yusof said...

Selama 50 tahun UMNO macam buat iklan "colaget itu ubat gigi, ubat gigi itu colgate" sampai ada orang yang nak beli ubat gigi colgate cap close-up" dan begitu mereka menggunakan media untuk memerangkap minda rakyat dengan konsep memilih UMNO itu memilih kerajaan yang betul, memilih kerajaan yang betul ialah memilih UMNO dan tiada lain dari kerajaan selain dari UMNO, dan selepas PRU12 rakyat dianggap telah membuat kesilapan dan ini hanya telah berlalu tak sampai setahun pun dan perbuatan rakyat tidak memiih UMNO ini seolah-olah sudah berlanjutan terlalu lama bagi UMNO dan penyokong-penyokong mereka. Ternyata bagi UMNO dan penyokong itu masa selama 50 tahun itu mereka tidak pernah sedar. Namun rakyat sebenarnya sudah sedar dan jangan ada yang menghina rakyat yang tidak memilih UMNO itu sebagai satu kesilapan. Siapa UMNO dan penyokong-penyokongnya yang hendak melebel rakyat yang tidak memilih mereka sebagai telah membuat kesilapan yang besar. Rakyat pun manusia juga yang boleh memilih yang mana satu putih dan yang mana satu hitam. Ternyata media yang dianggungkan oleh UMNO untuk merogol fikiran rakyat itu telah menjadi tumpul. Dalam bahasa sains, aliran fikiran manusia itu seperti proses kimia, seperti air batu yang telah mula cair itu tidak akan kembali ke kimia asalnya walaupun air boleh membeku semula pada suhu yang sesuai. Betapa zalimnya manusia yang mahu membekukan semula otak manusia yang lain dengan menggunakan untuk tujuan atau apa helah sekali pun.

mrf said...

dulu dah bagi peluang kat bangsa lain, sebab mereka tak habis2 mendesak..kita bagi tapi tak banyak..
tapi yg bangangnya sekarang ni melayu sendiri yg desak suruh bukak kepada bukan melayu..bodoh punya si melayu bernama khalid..tau la dia dah kaya raya..sampai 7 keturunan pun harta tak habis..apa dia kisah nak pikir pasal persaingan bumiputera dengan non-bumi..dia dengan anwar tu sama la..harta bertimbun..ntah bayar zakat ke tak tu

WaZiRai said...

Saudara Gaban, UITM adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menjadi benteng terakhir orang-orang Melayu. Orang Cina ada universitinya dan begitu juga orang India, jadi apa salahnya UITM dikekalkan hanya untuk anak-anak Melayu.
Statistik menunjukkan 81 peratus siswazah UITM yang terdiri daripada anak-anak Melayu apabila tamat pengajian akan mendapat pekerjaan.
Anak-anak Melayu ini pula terdiri daripada anak petani, peneroka dan nelayan yang miskin berada jauh di pendalaman. Mereka inilah yang akan mengambilalih membela keluarga apabila tamat belajar dan sudah mendapat pekerjaan.
Berbanding dengan bangsa lain orang Melayu berada jauh ke belakang dalam bidang ekonomi, jadi apalah salahnya jika kerajaan yang ada pada hari ini mempertahankankan UITM satu-satunya IPT hanya untuk anak-anak Melayu.
Ini bukan bermakna kerajaan mengamalkan perkauman dan menganaktirikan kaum-kaum lain, sebagai sebuah negara berbilang kaum kerajaan juga bertanggungjawab menjaga kebajikan kaum-kaum lain dengan memberi berbagai kemudahan termasuklah biasiswa jpa, kemasukan dalam mrsm dan lain-lain lagi.
Di sinilah letaknya peranan pemimpin-pemimpin Melayu hendaklah mempertahankankan hak orang melayu dan bukannya apabila sudah berkuasa habis hendak dibahagi hak-hak melayu kepada bangsa lain.

ketam said...

Kamu semua tak tahu ke yang buka MRSM kepada bukan MELAYU adalah ANWAR IBRAHIM.... sila semak sejarah..

AnakWatan said...

sah ANWAR al juburi nie perosak bangsa melayu.....

tapi aku heran kenapa yusof bermati matian mempertahankan anwar nie.....


apa tiap tiap hari kau bagi jubur kau tu kat anwar ker.....

apa rasa kena jubur tu.... sedap sangat ker hah yusof...

AnakWatan said...

kalau pun kau yusof nak jadi pejuang keadilan....

bukan caranya kau nak bagi sama ratakan hak hak melayu dengan bangsa lain......

aku rasa kau nie bukan orang melayu... cuma kau saja masuk blog nie untuk mengapi apikan orang

melayu supaya percaya yang umno tu terlalu jahat sangat dan pkr adalah jawapan terbaik ... untuk reformasi....

melayu sekarang bukan melayu dahulu yusof.....

sebab tu dulu org cina boleh kaya raya dengan menipu melayu... tapi bukan sekarang......

banyak melayu dah sedar....

kau tahu cina sekarang tengah prepare nak ambil alih malaysia....

tapi sami depa cakap belum masanya lagi... sebab tu depa gunakan peluang ini ..

pecah belahkan lagi melayu....

kau cakap negara mana yang tak pernah ada korupsi.....

semua negara ada cuma banyak dengan sedikit sahaja....

yg nak diperbetulkan sekarang ialah pemimpin umno yg terlalu korupsi tu diganti dengan yang lebih berwibawa..

bukan pilih ANWAR...

alamat tiap tiap bulan mesti ada pegawai kerajaan kena jubur....

mula dengan pegawai kanan dulu... bukan begitu yusof...

yusof said...

Mrf, wazirai, anakwatan dan ketam bunga, cuba berfikiran di luar kotak, orang putih kata is like wondering around outside the compound of ordinary mental faclty, dunia ini tidak boleh berfikir sendiri untuk berubah, cara manusia berfikir menghasilkan banyak perubahan ke atas dunia ini dengan izin Allah, bahawa setiap rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu mempunyai kuasa ditangan mereka untuk mencari kejayaan hidup, tidak kira siapa mereka, bagiamana mereka dilahirkan ke dunia, tidak semuanya boleh diturunkan dari ayah ke anak-anaknya, sebagaimana kita menikmati ilmu dan kehalusannya, tidak kira di mana kita berada dan siapa yang mentadbir tempat di mana kita berada, semua bisa tercapai dengan tekad diri - bacalah sejarah Islam terutama ketika tamadun Othamaniah mencapai ke kemncaknya dan inilah yang diadaptasikan oleh orang-orang barat serta menjadi ikutan dari masyarakat lain sehingga boleh mengambilalih kuasa dominan dari Islam, apakah salah atau boleh menjadi penderhaka jika rakyat Malaysia dari kalangan kaum Melayu mahu berfikiran sedemikian?

Unknown said...

ello bro...yusof,ak x salah ko nk sokong mana2 parti,tp skrg ni bukan lagi timbul isu parti dah,ni pasal masa depan anak malayu,snang cter cm ni...mungkin hari ni ko adalah seorg yg kaya,ada duit pangkat n sbagai nya,tp belum tentu esok ko sama..mana tau tiba2 ko jatoh miskin,nk anta anak blaja kt private pon x mampu,mana ko nk anta anak ko blaja?ko nak anak ko merempat ker??bodo laa ko nieh...pikir tu je laa..kn snang..

zelmey said...

Terlalu ramai yang menjadi pengkianat kepada bangsa sendiri.

yusof said...

kalau nak diukur ruang masa, kuantiti dan bilangan, lebih ramai dan berlanjutan dari kalangan UMNO dan kroni-kroninya

mrf said...

yg nak ungkit pasal du;u apsal..kerajaan memang toleransi bukak mrsm pada bukan melayu,biassiswa dan sebagainya..kalau tak buat mcm tu tuduh kerajaan racist pulak..

sebab tu untuk uitm, kerajaan tak bagi kepada non-bumi kerana sebagai benteng terakhir lambang ketuanan melayu..kalau nak bukak kuota dah lama kerajaan boleh buat..tapi kerajaan tak buat sebab memang taknak buat begitu untuk menjaga survival bumiputra!! kenapa UITM tak boleh dibuka pada non-bumi??kerana uitm di subsidi dan yuran pengajian universiti yang paling ciput dan rendah didunia..!!!! dan kenikmatan ini selayaknya harus dinikmati oleh bumiputera sahaja!!!!

beruk-beruk PKR kene ingat yang bukak mrsm pada non bumi adalah anwar..
yang hapuskan kuota dan wujudkan sistem meritokrasi juga adalah anwar..kononnya untuk melahirkan masyarakat madani..

kepada pengikut anwar @ beruk2 PKR berwaspadalah..berpatah balik lah anda..jgn jadi pengikut fanatik kerana saya khuatir anda akan menjadi kaum luth yang diterbalikkan allah..kerana pemimpin pujaan anda sudah beberapa kali menggegarkan arash!!!

AnakWatan said...

yusof nie betul betul la tenuk....

apasal bila orang ungkit kisah lama anwar dia boleh cakap itu kisah lama... dan tenuk pkr boleh pulak terima


tapi kalau umno sampai lubang cacing pun kau nak korek....

korek la jubor anwar tu tengok apa ada kat dalam...

yusof said...

Saudara-saudara berfikirlah secara intelek sikit. Kalau kenyataan MB
Selangor itu dibaca dengan nada politik dan ekonomi, maka itulah yang akan menhantu saudara-saudara buat selama-lamanya. Survival orang Melayu bukan hanya bergantung kepada berkumpul sesama sendiri di dalam ceruk orang-orang Melayu sahaja. Bacalah banyak sikit di dalam konteks garispanduan yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification Agency )yang telah menyediakan satu kenangka untuk menjadi garispanduan bagi insitutusi pengajian tinggi di dalam menjalankan program-program pendidikan di peringkat tinggi. Pendidikan tinggi bukan hanya setakat untuk mendapatkan ilmu sahaja, objektif yang tidak kurang penting ialah membangunkan kemahiran sosial dan nilai-nilai ethik yang semestinya tidak lari dari konteks masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan agama. Sudahlah pelajaran di peringkat sekolah terselewing dari matlamat asal yang diinginkan oleh Allahyarham Tun Abul Razak, tapi masih tidak terlambat kalau usaha ini diteruskan ke peringkat pengajian tinggi. Kemahiran sosial bererti kemahiran berinteraksi di tempat kerja dan di masa hadapan tidak dapat mengelak dari bekerja di dalam masyarakat berbagai kaum yang melibatkan persaingan bukan sahaja dari segi menggunkaan ilmu dan kemahiran, juga nilai-nilai, ethika dan kerja berpasukan memerulukan proses pemahaman yang berterusan. Jika penuntut Melayu hanya berkumpul di ceruk sendiri, mereka memang ada ilmu,tapi menjadi seperti orang kurang upaya sosial apabila berhadapan dengan kaum-kaum lain dan apabila mereka tidak berdaya untuk bersaing, mulalah kata orang Cina, orang India hanya tahu tipu orang. Instituti pengajian tinggi lain, baik IPTA atau IPTS yang mengambil kira garispandian ini akan dapat memberi kelebihan kepada penuntu-penuntut mereka dari kalangan berbagai bangsa. Objektif sebenar dari kenyataan MB selangor itu janglanlah dibenam ke dalam sentimen ekonomi dan politik sahaja, luaskan aplikasinya dan jangan biarkan hidup terikat kepada prasangka buruk atau pre judgment seperti orang putih kata, kerana pra sangka buruk itu mengheret kita kebelakang kerana kita sudah mengconditionkan minda kepada kisah-kisah lalu sebelum sampai masanya lagi. Orang psikologi industri kata motivasi manusia sepatutnya tertarik kepada hidupan di masa hadapan.

WaZiRai said...

Saudara Yusof, saya ingin bertanya dengan ikhlas dan saya juga hendak saudara juga menjawab dengan ikhlas.

Apakah saudara setuju dengan cadangan Tan Sri Khalid supaya UITM membuka koata 10 peratus kepada bukan bumiputera dan pelajar asing?

Saudara hanya perlu menjawab setuju atau pun tidak!

yusof said...

Apabila pintu UITM mula dibuka kepada penuntut bukan bumi putra, ini bukan sahaja satu peluang kepada bukan bumiputra kalau hanya difaham dalam nada ekonomi dan politik, tapi sebenarnya memberi peluang kepada penuntut Melayu dan bumiputra untuk membina kemahiran sosial "in real time" di dalam konteks hidup di kalangan masyarakat berbilang bangsa, maka mereka tidak tertinggal seperti yang dinikmati oleh penuntut-penuntut Melayu dan bumiputra yang belajar di IPTA dan IPTS yang mempunyai penuntut bukan bumiputra samada bilangannya kecil atau besar. Apakah penuntut Melayu di UITM mahu dilindungi dari kehidupan di masa hadapan yang sebenarnya? Saya sudah melihat begitu banyak contoh semasa bekerja di semua sektor kerajaa atau swasta, syarikat di urus oleh kaum bukan bumiputra dan syarikat multinasional. Dengan melihat keadaan persaingan yang lebih hebat di masa hadapan, saya merasa bimbang tentang masa depan penuntut Melayu di UITM, termasuk beberapa anak buah saya sendiri yang salah seorang darinya hampir maut setelah jatuh dari tingakt 5 di asramanya. Jawapan saya yang iklas ada YA dan saya akan katakan YA sehingga penuntut Melayu di UITM itu mempunyai peluang yang sama seperti penuntut Melayu di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi yang lain.

yusof said...

Untuk pengetahuan saudara wazirai, walau pun pintu UITM itu masih tertutup kepada bukan bumiputra, tidak ramai yang tahu pintu itu sudah pun dibolosi oleh penuntut bukan bumiputra yang mengambil kursus sajrana dan kedoktoran dibidang profesional seperti kejuruteraan, farmasi dan perubatan kerana ketiadaan orang Melayu yang mempunyai kelayakan atau minat untuk meningkatkan pendidikan, maka UITM kebas juga sesiapa saja untuk mengambil kursus-kursus ini. Penuntut-penuntut swa-siswazah ini walau bilangannya kecil tapi menggunakan perbelanjaan UITM per kapita yang lebih dari yang dinikmati oleh pelajar-pelajar pra siswazah dan pelajar-pejaran postgraduan ini tidak perlu bercampur dengan orang-orang lain di kampus. Ternyata UITM yang telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membangunkan peralatan canggih tapi hanya untuk bukan bumiputra dan saudara-saudara dan pelajar Melayu di sana lama ditipu oleh kerajaan.

AnakWatan said...

yusof.... kau nie masih banggang lagi laa....

kau tahu anak melayu nie lemah....

kalau masuk bangsa lain makin tercicirlah dia...

biarlah uitm tu bagi pada melayu... apa kau sibuk sangat ... kan banyak lagi universiti lain yang lebih canggih dah buka pada non bumi...

kau masih tak puas hati lagi ker....

kau nak kikis habis semua hak hak melayu dengan alasan untuk kemajuan melayu konon...

tenuk betul la kau nie

org melayu masih lemah mindanya... tambahlagi sekarang anank2 melayu lebih suka berzina dari belajar...

(nie mesti nak salahkan umno jugak... padahal cinalah yang merosakkan bangsa melayu... anwar gerenti jadi pembela)

patut itu kau lebih bimbangkan bukan sibuk nak bagi habis hak hak melayu kat org lain...

aku nak tanya adakah bangsa lain sibuk sibuk nak bagi samaratakan hak hak mereka?

kau jawab yusuf....

jgn kau pandai mengarang ayat sahaja... berpijak la pada bumi yang nyata.....

jgn kau ingat kau tu terlalu bijaksana dalam menentukan hala tuju melayu lagi.... kau nie pandai mengarang ayat aje... tah mana kau cilok tak tahu la .....

yusof said...

Aku tak tahu ada orang Melayu yang dicipta oleh Allah sebagai mahluk yang lemah. Kalau anakwatan, wazirai dan mrf nak mengaku diri mereka lemah, tiada siapa yang menghalang. Tapi jangan cuba samakan sifat lemah kau orang dengan orang-orang Melayu yang lain.

AnakWatan said...

kau tu yang lemah....

kau ingat kau bijak la kalau kau boleh samaratakan hak hak melayu.....

kau tak boleh fikir yag tersurat dan yang tersirat ke....


kau tak belajar dari sejarah ke

kau tak ngaji Quran ker?

kalau kau tahu semua tu kau tak lah beriya iya mempertahankan si khaled tu.....


kau tak jawab pun soalan aku...

ADAKAH BANGSA LAIN SIBUK SIBUK NAK SAMARATAKAN HAK HAK MEREKA ATAU JURANG EKONOMI MEREKA DENGAN BANGSA MELAYU!!!!!!!!!!!!!

kau tengok sektor swasta sudahla....

bodoh.... ingat maju sangatlah kalau kau boleh samaratakan hak hak melayu.... sampai sekarang cuba kau cakap berapa jauh jurang antara melayu dengan bangsa lain.... kau cakap la dalam semua hal bukan satu hal aje.....

sah kau bukan melayu la... kau mesti talibarut DAP babi tu....

AnakWatan said...

kau ingat amwar tu bagus ke ... kalau dia jujur kenapa dalam laman blog dia kalau orag kutuk dia dia tak berani keluarkan dalam komen blog dia

aku sendri dah hantar komen lebih 10 kali tapi kenapa dia tak siarkan...

itu transparen ke namanya....

tapi kalau UMNO dia suruh bukak habis baru adil...

dia sendiri pun tak boleh adil kepada pengunjung blog dia ....

piraaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh

cakap tak serupa bikin....

ini ke pemimpin yang kau sanjung yusof......

kau tengok blog nie... semua orang boleh kata UMNO ker PKR ker DAP ke... baru telus....

yusof said...

Saya nasihatkan anakwatan baca sikit tentang teori ekonomi - hanya ekonomi kominis yang menuntut kesamarataan melalui pengagihan pendapatan di bawah kawalan kerajaan. Di luar sistem ekonomi kominis ini terutama di dalam sistem yang kelihatan di Malaysia ada juga unsur-unsur ini, pada masa yang sama ada juga unsur ekonomi pasaran. Tapi ekonomi pasaranlah yang meletakan kita ke kedudukan yang ada sekarang yang tidak ada kaitan dengan konsep kesamarataan. Kesamarataan adalah konsep ekonomi yang hanya boleh berlaku dengan kawalan kerajaan, di sini maksudnya kerajaan BN. Malangnya dasar ekonomi BN sendiri dengan jelas dan nyata bertentangan dengan konsep kesamarataan. Jadi tidak timbul isu ada kaum bumi atau bukan bumi yang mahu kesamarataan. Ekonomi pasaran begantung kepada bagimana pasaran mampu meruntuhkan halangan-halangan untuk mencapai kemewahan, yang ini pernah ditulis oleh Adam Smith di dalam buku "the wealth of the nation". Jikalau orang Melayu tidak bangun dengan menggunakan kemampuan mereka tanpa campurtangan sesiapa, untuk memecahkan halangan-halangan ini, bagaimana mereka mampu mendapatkan kemewahan, kecuali mereka bergantung kepada kerajaan yang hanya berpura-pura dengan konsep kesamarataan di dalam ekonomi. Ekonomi pasaran yang maju adalah apabila berlaku transformasi secara tersusun pergerakan faktor-faktor ekonomi dari berasaskan pertanian kepada pengeluaran dan seterusnya perkhidmatan yang pertamanya mesti cukup untuk kegunaan dalam negeri dan selebihnya untuk dieksport supaya wujud perdagangan yang seimbang di dalam menghasilkan penagigihan pendapatan untuk mengwujudkan keseimbangan sosial yang sepatutnya. Jika ini gagal dilaksanakan, jangann percaya cakap-cakap kerajaan BN untuk membawa negara ke tahap negara perindustraian. Isu kesamarataan hanya ada dalam agenda politik dan ekonomi dan tiada siapa yang mahu ambil pusing tentang hal ini. Jadi inilah jawapan saya tentang soalan saudara di atas. Sila baca buku ekonomi untuk lebih memahaminya.

AnakWatan said...

masalahnya yusof.... berapa kerat org melayu yang benar benar mampu untuk berdaya saing.....

kau tengok org cina ada nak support org melayu...

kau cakap la.... bagi aku buktinya....

dalam pekerjaan pun ada kasta... aku sendiri keje dengan bangsa cina...

bangsa dia walaupun bodoh gaji mesti lebih mahal daripada org melayu...

macam mana melayu nak bersaing kalau macam ini...

adakah ini persaingan sihat...

kenapa kau tak nak korek hati busuk cina dan keling dulu sebelum kau membabi buta nak kan kesamarataan....

pasal isu blog anwar pujaan kau kenapa kau tak nak komen...

WaZiRai said...

Saudara Yusof, mempertahankan hak kita bukan bermakna kita lemah dan kita tak mampu bersaing.

Mungkin saudara tidak ada maklumat lebih 81 peratus graduan UITM yang tamat belajar berjaya mendapat pekerjaan berbanding graduan dari IPT dan IPTS.

Mungkin saudara juga tidak ada maklumat graduan UITM menjadi rebutan syarikat korporat ternama dan multinasional kerana kualiti dan kebolehan menguasai bahasa inggeris dengan baik.

Mungkin juga saudara tidak ada maklumat graduan UITM sebenarnya diajar untuk berdikari dan didedahkan dengan dunia pekerjaan yang sebenarnya dalam sesi pengajian mereka.

Pelajar-pelajar Melayu UITM tidak perlu bersaing dengan pelajar bukan melayu atau pelajar asing kerana persaingan sudah wujud sesama pelajar untuk mendapat markah yang terbaik.

Saudara sebenarnya memberi pandangan lebih kepada teori yang dibaca daripada buku dan bukannya praktikal.

Tanpa saudara sedari, saudara sebenarnya sudah diperalat oleh pemimpin politik hipokrit seperti Khalid Ibrahim untuk menjadi `Melayu' yang mahu menjual Melayu demi untuk menjaga survival politik.

zelmey said...

Apabila seorang pemimpin itu sekadar boneka, maka inilah jadinya.

Yang bodoh dan bebal memang tidak boleh jadi pemimpin. Orang seperti ini memang tidak mampu menilai dan pertimbang menggunakan akal dan kewarasan.

Bonek oh boneka !!

AnakWatan said...

Khalid cetek pemikiran - Ibrahim

SHAH ALAM 14 Ogos - Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Seri Ibrahim Abu Shah menyifatkan hanya golongan yang cetek pemikiran sukar menerima fakta mengenai pelbagai kejayaan yang dicapai oleh universiti itu sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar tidak terus mengeluarkan kenyataan sesuka hati sehingga dilihat menghina dan mengutuk kaum sendiri.

Beliau ternyata tidak dapat menahan rasa marah dengan kenyataan Abdul Khalid yang bukan sahaja angkuh kerana enggan memohon maaf berikutan cadangannya agar UiTM membuka 'ruang' kepada pelajar bukan bumiputera.

Malah, katanya, Menteri Besar Selangor itu turut memperkecilkan kemampuan institusi itu apabila meminta UiTM memberi fokus kepada usaha meningkatkan taraf dan kemudahannya untuk menjadi sebuah universiti disegani.

''Saya bukan orang politik, tetapi sebagai penjaga universiti ini, saya berasa kecil hati dan marah. Kalau ya pun, cakap biarlah berbudi bahasa dan berhemah sikit. Kalau bercakap biar fikir betul-betul, jangan cakap sesuka hati, kutuk dan hina kaum sendiri seolah-olah kaum Melayu ini sangat teruk.

''Ia tidak patut keluar daripada mulut seorang pemimpin Melayu. Walaupun sebelum ini ada pemimpin bukan Melayu bercakap mengenainya, ia dibuat secara berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pelajar Melayu Merdeka - Mengupas Kemelut Pelajar Melayu - Satu Pemerhatian GPMS anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Khalid enggan memohon maaf kepada UiTM atas alasan ia bukan mempersoalkan hak istimewa bumiputera dan penubuhan UiTM.

Mengulas lanjut, Prof. Ibrahim berkata, kenyataan Abdul Khalid itu menggambarkan graduan yang dihasilkan UiTM tidak bagus, tidak berdaya saing dan tidak global hanya disebabkan tidak membuka 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera.

''Kalau tidak berkualiti, masakan 70 peratus produk UiTM memasuki sektor swasta dan berada pada kedudukan baik di sektor kerajaan,'' katanya sambil menyebut beberapa nama besar siswazah UiTM yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Tegas beliau, bukti sememangnya cukup banyak tetapi hanya orang bodoh sahaja tidak mahu menerima fakta itu.

Beliau seterusnya menawarkan buku falsafah bertajuk 'Falsafah Mim' tulisannya dengan potongan harga istimewa 50 peratus khas untuk Menteri Besar itu.

mrf said...

bahasa politik yusof ni senang je..kalau yang bercakap atau memberi cadangan itu pemimpin PKR, salah macamanapun akan dikata betul..tapi kalau cadangan itu dikemukakan oleh UMNO maka akan ditentang habis habisan..

kita lihat di ipt2 lain yang ada bukan melayu..ada tak kita lihat melayu bercampur gaul dengan bukan melayu?? ada tapi sikit je yang buat mcm tu..kenapa?? sebab cina dan india ni prejudis terhadap melayu..mereka takkan bercampur dengan melayu..duduk satu rumah sewa ke, kluar gi makan ke..ada memang ada, tapi tak ramai buat mcm tu..sikap prejudis menebal dikalangan bukan melayu..
jadi kalau dibuka uitm pada bukan melayu pun, golongan ini akan hidup dalam ruang lingkup mereka sahaja..dan tak bercampur dengan melayu melainkan ada kepentingan kepada mereka...

cakap pasal alam pekerjaan, bukan melayu dah lama mendiskriminasikan melayu..dulu masa aku penah keje kat pasaraya, nak sembahyang jumaat pon tokey tak kasik..tu belum aku bagi contoh2 lain..masa aku kat insurance company,maybank, praktikal kat kilang memang aku nampak cina dan india ni diskriminasikan melayu..cuma melayu ni je yang tak sedar2 kan diri..!!!!

mrf said...

aku rasa yusof ni juga menyokong forum memeluk islam anjuran majlis peguam sebab anwar ibrahim tak kata apa pun,malah memberi sokongan dan greenlight...dalam majlis peguam tu berapa ramai peguam anwar yang jadi tunjang majlis peguam tersebut..maka yusof adakah anda juga menyokong forum memeluk islam anjuran majlis peguam tu??kerana anda akan menyokong saja kata pemimpin anda walaupon mengguris hati umat islam..

khabarnya zulkifli nordin ahli parlimen kulim di ugut dan di gertak oleh pemimpin tertinggi PKR hinggakan terpaksa menyembunyikan diri sebab membantah forum tersebut???

walaupon dia PKR, tapi tindakkan dia wajar dipuji..berani kerana benar..

mrf said...

aku rasa yusof ni juga menyokong forum memeluk islam anjuran majlis peguam sebab anwar ibrahim tak kata apa pun,malah memberi sokongan dan greenlight...dalam majlis peguam tu berapa ramai peguam anwar yang jadi tunjang majlis peguam tersebut..maka yusof adakah anda juga menyokong forum memeluk islam anjuran majlis peguam tu??kerana anda akan menyokong saja kata pemimpin anda walaupon mengguris hati umat islam..

khabarnya zulkifli nordin ahli parlimen kulim di ugut dan di gertak oleh pemimpin tertinggi PKR hinggakan terpaksa menyembunyikan diri sebab membantah forum tersebut???

walaupon dia PKR, tapi tindakkan dia wajar dipuji..berani kerana benar..

yusof said...

Saya menyokong sebarang proses diplomasi di dalam menyelesaikan atau meredakan isu-isu berbangkit di Malaysia. Dalam sejarah Islam pun peranh menyebut Nabi Muhammad S.A.W pernah berdailog dengan Ketua Padri Kristian sebagai salah satu usaha beliau menyebarkan syiar Islam kepada orang Kristian. Secara umunya, begitu banyak peperangan yang membunuh jutaan nyawa dan harta benda berakhir di meja rundingan. Malaysia belum melalui keadaan seperti ini selain dari sebuah episod tahun 1969 dulu, atau dengan yang lebih tepat belum berlaku. Bukankah ada begitu ramai pakar Islam di dalam Malaysia yang boleh berdebat untuk menangkis sebarang tomahan dari pihak mereka. Apakah orang Melayu sudah hilag kemahiran berdiplomasi sehingga boleh hilang tanah-tanah jajahan seperti Singapura dan Batu Putih?

mrf said...

sudah la yusof..kau sokonglah PKR wadah perjuangan ko tu..
pemimpin dah la tak bermoral, main bontot plak lagi..kalau betul anwar tak buat, kenapa dia tak berani bersumpah..banyak pulak dolak dalih..nak bg DNA pon seribu alasan..

inikah pemimpin pilihan rakyat??? tak bermoral, lidah bercabang, penipu, penggemar seks songsang..
jgn la angkat anwar sebagai pemimpin, kelak bumi malaysia ni allah akan terbalkkan mcm kaum luth..anwar ibrahim dah beberapa kali menggegarkan arash!!!

umri said...

Saya rasa laman ini biasa dilayari oleh golongan muda yang mengetahui isu anwar secara kurang mendalam. Kes Saiful hanyalah lapisan atas sahaja dari pergolakan parti UMNO, sebenarnya sudah bermula sejak UMNO diharamkan dan hingga hari ini ada orang masih tertanya mengapa tiada suara anwar semasa krisis itu dan apabila anwar memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO setelah Tun Ghapar Baba menarik diri dengan keadaan yang menyayat hati di muka TV itu, maka sudah tentu secara spontan boleh menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari kalangan UMNO yang tertentu sehingga mereka menyimpan dendam akan melakukan apa sahaja untuk menghalang anwar dari menjadi PM; bermula dengan tersebarnya cerita lewat ini sejak tahun 1992 di kalangan korporat di kelab-kelab golf dan bank yang pada mulanya diterima dalam nada jenaka hingga dibukukan ke dalam "50 dalil" yang sudah mula disebarkan di dalam pilihanraya parti tahun 1995 yang hebat itu. Saya boleh mengaitkan cerita jenaka di banker club ini dengan cerita dari seorang bomoh terkenal yang kerap dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin UMNO semasa pemilihan parti. Satu ketika bos saya sendiri berbangsa Cina bertanya kepada saya: "dia boleh percaya seorang lelaki boleh berperangai gila perempuan, sukar untuk percaya pada masa yang sama juga seorang homosexual". Apabila sebaran melalui saluran angin ini tidak berkesan dan buku itu juga digunakan untuk mempengaruhi polis untuk membuat tindakan yang berkesudahan dengan episod pertama dalam tahun 1998 dan Saiful ini adalah episod kedua kerana anwar masih enggan tunduk dan mereka tidak akan berputus asa walaupun kes Saiful ini tidak membuahkan hasil sehinggalah jika anwar kata "dia sudah mengalah" barulah hilang tekanan ke atas diri dan keluarganya. Saya masih berpaut kepada teori ini walaupun sesudah melihat Saiful bersumpah dengan nama Allah pada hari ini kerana keruntuhan akhlak orang Melayu pada ketika ini amatlah teruk sehingga mereka sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri dari kepincangan hidup. Teori memang sukar untuk dipercayi kerana kita sudah terlalu terpengaruh dengan cara pemikiran lama orang barat yang terlalu bergantung kepada apa yang kita mahu lihat sahaja tanpa memikirkan rasionalnya. Apakah teori ini tidak betul, tapi saya rasa tidak 100% salah sepanjang masa. Satu hari nanti ia akan menjadi kenyataan juga. Insya Allah.

mrf said...

sapa kata blog ini hanya di jenguk golongan muda..jgn ingat kami tak tau sejarah anwar secara mendalam..

tak payah lah nak membela si anwar tu..thn 1994 ketika anwar jadi org kesayangan mahathir mat sabu sendiri mencanangkan anwar tu terlibat dgn liwat..malah banyak surat layang disebarkan untuk mendedahkan kegiatan tak bermoral anwar tu..

malah pada 1997 karpal singh dan mat sabu sendiri mencabar mahathir memecat anwar kerana mereka ada bukti anwar terlibat salah laku seks dan salah guna kuasa selain rasuah..memandang kan anwar sendiri dah cuba lawan tokey selain menyedari anwar ini akan mencemarkan nama parti kerana peribadi beliau yang kurang tidak bermoral, setelah mempunyai bukti kukuh maka mahathir mengambil langkah untuk menyingkirkan virus yang ada dalam parti sebelum makin membusuk dan merebak..

aku sendiri terlibat reformasi pada tahun 1998..1999...sebelum aku insaf selepas 2004..itu pon selepas aku mengetahui kisah sebenar daripada pak cik aku pencen ocpd, lecturer2 aku semasa buat mba dan bekas ahli2 pkr sendiri..

malah kenapa agaknya chandra muzaffar yg dulu individu paling depan mempertahankan anwar tapi sekarang dia mengkritik dan menghentam anwar??

mrf said...

sapa kata blog ini hanya di jenguk golongan muda..jgn ingat kami tak tau sejarah anwar secara mendalam..

tak payah lah nak membela si anwar tu..thn 1994 ketika anwar jadi org kesayangan mahathir mat sabu sendiri mencanangkan anwar tu terlibat dgn liwat..malah banyak surat layang disebarkan untuk mendedahkan kegiatan tak bermoral anwar tu..

malah pada 1997 karpal singh dan mat sabu sendiri mencabar mahathir memecat anwar kerana mereka ada bukti anwar terlibat salah laku seks dan salah guna kuasa selain rasuah..memandang kan anwar sendiri dah cuba lawan tokey selain menyedari anwar ini akan mencemarkan nama parti kerana peribadi beliau yang kurang tidak bermoral, setelah mempunyai bukti kukuh maka mahathir mengambil langkah untuk menyingkirkan virus yang ada dalam parti sebelum makin membusuk dan merebak..

aku sendiri terlibat reformasi pada tahun 1998..1999...sebelum aku insaf selepas 2004..itu pon selepas aku mengetahui kisah sebenar daripada pak cik aku pencen ocpd, lecturer2 aku semasa buat mba dan bekas ahli2 pkr sendiri..

malah kenapa agaknya chandra muzaffar yg dulu individu paling depan mempertahankan anwar tapi sekarang dia mengkritik dan menghentam anwar??

Unknown said...

Ini semua sentimen politik....rujuk kembali komen Prof Khoo Kay Kim dalam bulletin utama pada 12 ogos 2008 "koata kepada bukan bumi memang telah lama dibuka oleh kerajaan BN, tapi tidak mendapat sambutan kerana non-bumi tak selesa bercampur dgn bumiputra yg ramai, ketika itu tidak ada sebarang bantahan atau demo dibuat, tetapi bila cadangan (bukan keputusan) dibuat oleh MB pakatan rakyat semua melenting...ini adalah sentimen politik"

AnakWatan said...

kalau benarlah anwar tu tak bersalah...

mesti secara spontan dia boleh bersumpah dengan nama ALLAH.... bukan berdolak dalik.....

kepada yusof.... kau sendiri tahu yang bangsa cina lebih pentingkan bangsa mereka....


kau baca surat khabar cina... kau tengok gaji berapa depa kasi pada bangsa mereka....

kau tengok jawatan dalam syarikat mereka... berapa kerat melayu dapat pangkat tinggi...

nasib baik syarikat multinasional kerajaan ada pantau...

kau ni yusof asyik sibuk nak bagi samarata hak hak melayu kenapa?????

kenapa kau tak sibuk nak menegakkan syiar ISLAM yang dah makin rapun nie....

adakah kau betul betul melayu islam... atau melayu fasik... atau pun kau nie bukan melayu kafir....

kenapa pasal isu memeluk islam kau tak nak komen.... kenapa pasal blog anwar yang tak telus kau tak nak komen....

dimata kau nie anwar dan DAP yang nak hancurkan melayu semuanya betul... atas dasar diplomasi konon....

kau tahu tak cina ni diberi betis nak peha....

kalau mereka boleh lebihkan bangsa mereka kenapa melayu tak boleh lebihkan bangsa mereka sendiri...

ini tanah melayu... bukan tanah cina atau keling.... tak kira la apa sejarahnya tapi tanah ini telah diduduki oleh rumpun melayu.... dahulu

kau jangan nak api api kan org dengan komen komen kau tu pasal UMNO.... umno jahat tapi kau lebih jahat.... UMNO masih lagi melayu tapi PKR apa ada...

kau nak jadi macam singapore...
lepas cina dapat kuasa jangan harap mereka nak lepaskan lagi....

sedarlah wahai pembaca blog melayu...

yusof sengaja mengapi apikan melayu supaya bercakaran sesama sendiri supaya senang cina nak ambil alih malaysia...

mereka gunakan cara halus .... mcm perang candu di cina dahulu.... belajarlah dari sejarah wahai orang melayu....

AnakWatan said...

Petikan Utusan Malaysia 18/08/2008

Menanti lafaz sumpah Anwar

"Saya sudah kata pada mereka, saya boleh bersumpah dengan bimbingan para ulama, tapi rakan-rakan nasihatkan kata supaya saya tidak berbuat demikian. Ulama dari luar negara hantar surat berjela-jela menasihatkan saya... Anwar, jangan sesekali lakukannya (bersumpah)... jangan persendakan agama."

Seperti yang dimusykilkan oleh si anak tadi, mengapa Anwar enggan bersumpah kalau benar dia tidak melakukan perbuatan itu? Demikian juga reaksi beberapa pemimpin agama.

"Sumpah tersebut ada pemberatnya atau taghliz alyamin kerana ia dibuat pada waktu Asar di hari Jumaat di sebelah mimbar masjid dengan nama Allah yang merupakan pemberatnya," kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar.

Demikian juga dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa untuk melakukan mubahalah dalam Islam cukup dengan hanya melafazkan Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Apa nie..... lidah bercabang....
kalau tak salah orang biasanya tak ada masalah nak bersumpah....

Fikir fikirkan lah.....

Mungkin kalau dia tak meliwat saiful dia tetap meliwat orang lain... itu yang dia takutkan kot.... maklumlah ini sumpah laknat...

AnakWatan said...

Kenapa rujuk Ulama dari luar negara.... kan kat Malaysia banyak Ulama...

Dalam PAS pun banyak Ulama.... kenapa tak rujuk.... nie sebut Ulama dari luar negara aje....

Respek la sikit kat Ulama Malaysia.. Beb....

ANWAR = sokong membawa rebah

yusof said...

Pada minggu lepas ada dua jenis perhimpunan pelajar-pelajar. yang satu sebagai permulaan oleh pelajar-pelajar anak emas uitm, rasanya atas tajaan parti politk kerajaan kerana pelajar yang menyertainya dikecuali dari menghadiri kuliah dan beberapa hari kemudiannya bersambung pula di kampus-kampus lain. Adakah mungkin secara kebetulan saja ada satu lagi perhimpunan pelajar=pelajar di sebuah kolej swasta di Cheras yang boleh diterangkan sebagai rusuhan membantah pembayaran lebihan PTPN yang ada hanya mendapat hanya cukup untuk makan satu hari. Yang menakjubkan seperti diceritakan oleh anak saudara aku yang belajar di kolej ini yang mempunyai pelajar-pelajar dari berbagai kaum dan agama, rusuhan terjadi secara spontan setelah terlalu ramai mengetahui jumlah duit yang masuk ke akaun mereka dan menjadi satu epik ialah yang terlibat di dalam rusuhaan melibatkan semua kaum Melayu, Cina, India dan kaum bumiputra dari Sabah dan Sarawak mengambarkan bagaimana mereka boleh bersatu secara spontan untuk menentang ketidakadilan. Ini mengambarkan semangat integriti nasional yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar ini bukan sahaja bersaing di dalam kelas juga boleh bersatu semasa menghadapi kesusahan. Bukankah ini bentuk masyarakat yang diinginkan di Malaysia di dalam bulan yang mahukan setiap rakyat membina semula semangat petriotik, tapi diterima dingin oleh uitm. Maka logiklah cadangan Menteri Besar Selangor supaya uitm membuka pintunya kepada pelajar-pelajar bukan bumiputra.

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

Yang ni lagi aku kesal, pilu , sedih dan segalanya sebabnya orang melayu sendiri yang utarakan isu ini ibarat mencurah racun dalam periuk sendiri .sedarlah uitm adalah hak melayu . Kaum bukan melayu punya tahap taraf hidup yang lebih tinggi majoritinya , kolej stamford , unitar dan macam-macam lagi kolej yang dipelopori oleh bangsa lain dan ada sesetengah parent bukan melayu hantar anak dia ke oversea ... apa sebenarnya motif perjuangan ini ... untuk kuasa samapai bila bila bangsa lain diatas jangan haraplah kuasa ada pada melayu ... layanan untuk bangsa lain cukup memuaskan berbanding bangsa kita yang ada di negara lain...

shah said...

sudah lah tu yusof, ko memang bagus kalau berpidato tentang merosakan bangsa melayu. Jadi aku tau ko bukan melayu tapi apa bangsa aku sendiri tak tau. Kalaulah kerajaan ini teruk dan tak bagus bagaimana kehidupan ko sekarang. Tentu bagus sebab ko ada masa untuk layari internet. Dulu ko sekolah kat mana. Sekolah kerajaan ker swasta. Tentunya sekolah kerajaan. Kenapa ko tak gi sekolah swasta.

Cuba pikir....
Kalau betullah kerajaan ini teruk, kenapa kerajaan nak bela orang melayu. Kenapa kerajaan tubuhkan FELDA, FELCRA. Kenapa? Ini kerana kerajaan nak beri harta kepada orang melayu. Kerajaan tetapkan juga hak orang melayu adalah lebih tinggi dari hak bangsa lain. Dari segi perniagaan, Kalau tanpa arahan kerajaan (kuota) macam mana orang melayu nak buka perniagaan nak bersaing dengan bangsa lain. Kerajaan memang ada yang tak bagus, itu kerja orang yang ada politik untuk uruskannya. Kita sebagai rakyat buat bantahan untuk memperbetulkan apa yang tak betul, bukan makin memburukkan keadaan. sekarang ini PKR makin memburukkan keadaan dengan menidakkan kuasa orang melayu dan juga kuasa beraja, menghapuskan DEB dan ntah bermacam2 lagi dakyah untuk mengurangkan kekuatan orang melayu. Ini dah tak betul. Kalau betul PKR untuk orang melayu kenapa pkr ahlinya bermacam bangsa tidak seperti UMNO semua ahlinya berbangsa melayu. Kalau untuk orang melayu pkr patut buat macam UMNO yang mana ahlinya semua melayu. Betul tak apa yang saya tulis.

Kita nakkan bangsa melayu semakin maju dan berjaya. Bukan semakin mundur dan ditindas oleh bangsa lain. Tetapi PKR hendak menindas bangsa melayu. Jadi betul ker perjuangan PKR. Perjuagan PKR apa? terangkan sikit. Untuk orang melayu atau untuk bangsa lain. Kalau untuk orang melayu buktikan macam mana. Buat dulu baru tahu untuk siapa perjuangan PKR. Bukan jadi PM baru boleh buat itu semua. Kalau betullah jadi PM 16 september nanti bila boleh tahu perjuangan dia betul ke tidak. kalau tak betul perjuangan dia, dia nak turun ker dari jadi PM.

yusof said...

Shah, kau masih bayi 16 tahun dulu ketika Mamak Mahathir meminda perlembagaan mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, meminda perlembagaan memerlukan lebih dari dua pertiga undi dalam perlimen, takda sorang pun orang wakil rakyat UMNO berbahas atau menentangnya. Kau takan percaya, orang yang berbahas menentangnya selain dari beberapa kerat orang PAS, tidak lain dan tidak bukan ialah orang orang UMNO paling benci, Saudara Lim Kit Siang. Masa tu apa aja UMNO buat orang Melayu setuju, kalau UMNO jual orang Melayu pun, orang Melayu setuju sebab takda pembangkang Melayu macam sekarang. Yang paling pelik ialah yang berlaku di Johor pada tahun 1995 ( selepas Muhydin menang Naib Presiden ), semua orang UMNO, kalau mereka nak kata mereka semua orang Islam boleh mengundi di Dewan Undangan untuk memansuhkan hari Jumaat dari menjadi hari rehat dan digantikan dengan hari Ahad dengan alasan untuk meningkatkan produktiviti kerja. Aku yang bertugas di Johor pada ketika itu berasa malu dengan peristiwa itu, kerana aku berkerja dengan sebuah syarikat multinasional yang membenar aku berehat pada hari Jumaat kerana boss aku seorang berbangsa Inggris memahami erti hari mulia atau holyday. Di United Kingdom sudah beberapa kali wakil rakyat mereka cuba mengubah status hari Ahad atau Sunday supaya menjadi hari-hari biasa, tapi tetap ditentang di House of Common walau dengan apa alasan sekali pun. Itu negara yang lebih maju dari Malaysia pun mempertahankan hari mulia. Bila aku beritahu boss aku hari Jumaat sudah tukar ke hari Ahad, dia hanya geleng kepala. Kau masih boleh percaya propaganda UMNO nak mempertahankan Islam?

yusof said...

Shah, kau masih bayi 16 tahun dulu ketika Mamak Mahathir meminda perlembagaan mengurangkan kuasa raja-raja Melayu, meminda perlembagaan memerlukan lebih dari dua pertiga undi dalam perlimen, takda sorang pun orang wakil rakyat UMNO berbahas atau menentangnya. Kau takan percaya, orang yang berbahas menentangnya selain dari beberapa kerat orang PAS, tidak lain dan tidak bukan ialah orang orang UMNO paling benci, Saudara Lim Kit Siang. Masa tu apa aja UMNO buat orang Melayu setuju, kalau UMNO jual orang Melayu pun, orang Melayu setuju sebab takda pembangkang Melayu macam sekarang. Yang paling pelik ialah yang berlaku di Johor pada tahun 1995 ( selepas Muhydin menang Naib Presiden ), semua orang UMNO, kalau mereka nak kata mereka semua orang Islam boleh mengundi di Dewan Undangan untuk memansuhkan hari Jumaat dari menjadi hari rehat dan digantikan dengan hari Ahad dengan alasan untuk meningkatkan produktiviti kerja. Aku yang bertugas di Johor pada ketika itu berasa malu dengan peristiwa itu, kerana aku berkerja dengan sebuah syarikat multinasional yang membenar aku berehat pada hari Jumaat kerana boss aku seorang berbangsa Inggris memahami erti hari mulia atau holyday. Di United Kingdom sudah beberapa kali wakil rakyat mereka cuba mengubah status hari Ahad atau Sunday supaya menjadi hari-hari biasa, tapi tetap ditentang di House of Common walau dengan apa alasan sekali pun. Itu negara yang lebih maju dari Malaysia pun mempertahankan hari mulia. Bila aku beritahu boss aku hari Jumaat sudah tukar ke hari Ahad, dia hanya geleng kepala. Kau masih boleh percaya propaganda UMNO nak mempertahankan Islam?

UMNO PARTI PENJARA said...

Politik wang kena tolak sekali ;-)


Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com