Friday, June 13, 2008

Kebodohan Mengadakan Perhimpunan Haram!

Lahabau, bodoh, menyusahkah rakyat! Inilah ungkapan yang sesuai untuk para peserta perhimpunan haram yang diadakan di hadapan kompleks SOGO dan berlarutan hingga ke Jalan Raja Laut Kuala Lumpur hari ini.

Pemikiran apakah ini? menyusahkan orang ramai terutamanya pemandu-pemandu jalan-raya sekitar pusat bandar. Dalam keadaan orang ramai sedang dalam proses mengubah gaya hidup dan berjimat cermat si ketua perhimpunan lahanat ini dan konco-konconya mengadakan perhimpunan haram hingga menjadikan keadaan penuh sesak yang berlarutan lebih 2 jam di semua jalan masuk dan keluar ke pusat bandar. Inikah yang mereka mahukan? menyusahkan orang ramai. Konon nak membantah kenaikan harga minyak, tapi dengan tindakan mereka hari ini, nyata menunjukkan kebusukan hati dan terencatnya minda setiap seorang dari mereka yang memulakan perhimpunan haram ini.

Mereka bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan-raya, tetapi turut menyusahkan pihak polis yang terpaksa meninggalkan post kerja harian mereka menjaga keamanan dalam negara serta membendung jenayah semata-mata terpaksa mengawal lalu-lintas akibat dari kebodohan penyokong perhimpunan yang sama-sekali mementingkan diri sendiri serta menunjukkan kebodohan minda mereka.

Adakah ini caranya? Soalan ini kalau beri pada orang cerdik mudah sahaja jawapannya tetapi kalau ditanya pada mereka yang memulakan perhimpunan haram ini, jawapanya satu sahaja - meyakitkan hati serta memaparkan kelemahan minda mereka sepenuhnya - bodoh!

21 comments:

yusof said...

Semua manusia dicipta berakal dan takda yang bodoh, mungkin ada yang kurang cerdik. Tanya psikologis bagaimana nak mengukur kecerdasan otak manusia. Perhimpunan ini akan terus dilabel "haram" menurut undang-undang di bawah pemerintahan BN. Nanti kalau sudah tukar kerajaan dan perhimpunan awam sudah lagi tidak diharamkan, maka takdalah lagi surat khabar menerbitkan berita tentang "perhimpunan haram", yang ada cuma berita perhimpunan-perhimpunan awam. Tunggulah tak lama lagi kita boleh membacanya.

Unknown said...

guna akal la..haram ke halal ke..jangan nyusahkan orang sudah.perhimpunan konon.apa hasilnya?traffic jam?bagus.

mrf said...

ya..memang la mereka ni bodoh bebal..pemimpin pas cakap umno bodoh,jumud san sebagainya apsal penyokong pas diam je.bila kita cakap diorang bodoh tau plak bagi respon..

sebenanye perhimpunan tu saje je ngade2..nak tunjuk lagak, berlagak, konon2 mereka lah hero, konon2 pembela rakyat..dah takde keje lain nak buat. kat RTM haritu terang2 salahudin ayub kene bantai dgn shahir pasal isu minyak..tak terjawab pon salahudin tu..lagi nak tegakkan benang basah..dah la wahai penyokong pakatan rakyat..tak payah la nak tunjuk jadi hero,tunjuk konon hebat, berlagak nak mamposs..pegi la buat keje lain daripada nak berhimpun buang masa,menyushkan orang, oarng pon sumpah seranah korang..
aku nak gi lowyat cari barang komputer pon terbantut tadi..jalan jem gile,bodoh la pembangkang ni..cuti sem dah nak abis dah ni,pc plak kong belum sempat repair..ni semua pakatan rakyat punya pasal..lakhanat..suwe betull!!

yusof said...

Orang Melayu mesti berani meredah halangan yang dibuat oleh mereka sendiri yang memerangkap diri mereka sendiri. Jangan kata ini semua ini adalah perbuatan orang-orang asing, sendiri buat sendiri tanggung. Tak mungkin kita boleh menunggu 500 tahun lagi baru nak buat. Buat sekarang dan jangan endahkan kalau ada orang memujuk, "jangan buat, kita akan melindungi mu sampai bila-bila dan kita menjanjikan kecemerlangan, kegemilangan bla bla". Orang Melayu pun manusia juga dan sebagai manusia Melayu juga boleh merealisasikan keupayaan mereka sendiri.

mrf said...

apa ko merepek ni yusop..dah mmg kita terpaksa naikkan petrol..kalau tak naik pon warga sing yang untung,isi berkoyan2, jual balik kat negara diorang..minyak kita makin cepat habis. dah sampai masa kene berjimat, jangan terpengaruh dakyah DAP yang pertikaikan wang dan untung petronas yang berbilion tu. untung petronas di salurkan balik untuk tolong bumiputera dan melayu..tu pasal DAP menyalak supaya guna untuk petronas bagi subsidi kan petrol supaya dana petronas cepat habis, maka cepat la petronas tak boleh nak bantu melayu lagi..yang pembangkang melayu ni pon ikut bengap tak sedar helah pembangkang..hari ni sms orang ramai supaya hadiri perhimpunan bantah harga minyak naik..esok smsm supaya ramai2 datang amik rebet tunai..kalau tak setuju dengan langkah kerajaan, jangan ambik rebet tunai tu!!!takde maruah punya orang,menyusahkan orang..bangsat..haaa kan dah kene maki

Anonymous said...

kalau dipikir2 balik betul gak kata kau 2 mrf...

WaZiRai said...

bila PM cabar mereka untuk rendahkan minyak di 5 negeri pimpinan mereka, banyak pulak alasan dan cekadaknya. Konon bukan kerajaan pusatlah dan macam-macam alasan yang memanaskan hati. Dari alasan-alasan tersebut, nampak sangat yang mereka pun tak ada mekanisme untuk selesaikan isu minyak ni. Cuma yang mereka tahu pandai mengutuk dan mengkritik.

Belum mula dan mengaku kalah. Kes samalah bila rakyat 5 negeri mintak mereka tunaikan janji, alasannya mereka tak menang untuk tadbir Malaysia. Ni hal minyak pulak, bila kena cabar sikit mulalah terkucil. Pemimpin mereka yang cakap pulak tu. Kalau dah pemimpin pengecut apatah lagi anak buahnya. Ketua kencing berlari anak didik lagilah...!

yusof said...

Semalam aku beratur di Pos Ofis untuk mencuba nasib menunggu di dalam giliran yang begitu panjang, setelah beberapa lama menunggu, lalu buat keputusan untuk beredar setelah melihat beberapa orang yang sudah dapat duit tu, tapi dalam bentuk wang kertas RM5 dan RM1. Saya fikir inilah kerja orang mengurus negara macam bidan terjun. Bila Bank Negara sudah tak cukup wang kertas, orang berniaga juga akan dapat masalah. Ini sudah macam zaman England kurun ke 19, bila wang kertas tak cukup, setiap peniaga mula membuat bentuk tukaran wang mereka sendiri dalam bentuk sekarang dinamakan kupon untuk digunakan macam duit,tapi sah dipakai dikedai tersebut. Inilah ekonomi Malaysia di dalam keadaan kelang kabut.

Pemuda Malaysia said...

memang bangang pun pembangkang sebenarnya nie...saja buat kecoh kat tengah bandar kl..

apa-apa pun pembangkang dengan orang yang berdemonstrasi sama-sama bangang!!!

http://pemudamalaysia.blogspot.com

yusof said...

Bangang-bangang, bodoh-bodoh, moron-moron, bahlol-bahlol, bengap-bengap, tapi akhirnya membuahkan hasil juga dan orang yang cakap-cakap macam ni pun boleh tumpang semangkuk.

yusof said...

Pernah dengar cerita seorang budak lelaki keturunan Eropah yang dianggap bodoh dan lemah dalam menyelesikan masalah matamatik yang mudah, menyusahkan guru kerana terpaksa beri lebih tumpuan padanya yang tak suka belajar selain dari suka bermain dengan api, pada hari ini beliau dikenali kerana beliaulah telah mengubah doktrin sains dan mengubah keseimbagan kuasa tentera, beliau ialah Albert Enstein, begitu juga parti PKR sebelum 8 Mei 2008, hanya dianggap oleh Mahathir dan UMNO tidak lebih dari parti sampah, tapi siapa sangka,nah dalam parlimen menjadi pemimpin pembangkang dan tak lama lagi... dan siapa sangka orang-orang yang berkerumum dan berteriak di sepanjang jalan itu dianggap bodoh dan bahlol, tapi mereka akan membuktikan kepada kita apa akan terjadi di dalam beberapa bulan akan datang ini, kerana ini semuanya sangkaan dari orang-orang yang hanya berfikir sejengkal dan hanya menuduh sebarangan sahaja.

Anonymous said...

ko melalut ape ni yusof. ko igt pkr 2 betul sgt ke? ko tgk la pkr memerintah selangor, kucar kacir.. manifesto byk x laksanakan. kata nk buat projek yg membantu rakyat. mana dia? aku tgk corak pemerintahan skrg dgn pemerintahan terdahulu xde beza, same je..

yusof said...

Masalah dengan kau orang ini dan anak-anak dan cucu-cucu kau akan datang macam tidak banyak pilihan dalam hidup, tidak ada langsung gerak hati, terus setuju dengan apa yang dibuat kerajaan BN. Namun sudah semakin ramai yang berjaya dan mahu melepaskan diri dari belenggu ini, saya percaya tidak mudah mereka ini untuk mengambil pilihan lain, dan sekali arus berubah, reka bentuk pantai tidak akan serupa lagi, walau pun dibuat oleh UMNO, keadaan yang telah terlalu lama terlanjur menghukum mereka sendiri. Jikalau besi itu sudah bengkok, walau pun ditegakkan semula, kimianya tidak akan lagi serupa. Faham tak ilmu sains ini? My tribute to the protesters.

cicakmankampung said...

harga minyak naik semua sibuk dan pembangkang pun ambil kesempatan, buat macam2 provokasi dan kemudian hasut orang ramai sertai perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan. Konon nak suarakan rasa hati tak tak pikir pulak pasal keselamatan dan kesejahteraan awam.
Tapi bila kerajaan keluarkan rebet rm625 setahun ramai lak yang berebut beratur panjang kat pejabat2 pos nak dapatkan duit. Bantahan buat tapi bab duit cepat lak nak ambik. Kan memang bangang dan bodo

mrf said...

hallamak..yusof ni menyalak macam dia tu pandai sgt la plak..belajar dari tadika sampai skolah menengah pon subsidi kerajaan..dari tak tau membaca sampai tau membaca mengira pon subsidi kerajaan..nak kecoh2 mcm anjing tak dapat tulang..ko mintak la tulang kat anwar ibrahim tu..pas tu ko gesek2 badan ko kat karpal singh..

kalau ko pandai sgt, ko penah terpikir tak kenapa masalah 2 imam dalam satu masjid atau surau..kenapa jumud sangat org PAS sampai anggap umno kafir,tak sah solat kalau berjemaah dengan org umno?islam apa yang pas amalkan ni sampai berhak mengkafirkan umat islam lain.lagi power dari Allah nampaknya..
tapi org umno tak berpikiran mcm tu..sapa2 pon asalkan islam dan cukup syarat umno tak kisah berimamkan sesiapa pon tak kisah org tu parti apa pun..
sebab tu lah aku cakap orang2 PAKATAN RAKYAT terutama pas ni bodoh lemau mcm biskut mary yg masuk angin.

jasindaily online said...

jangan lupa yang pepuak UMNO pun ada berdemo kat penang..ketuanan melayu konon....apa yang kamu dapat dari ketuanan Melayu....kita hanya ber'tuan'kan Allah sahaja..bukan Melayu.....

mrf said...

apa la bangang jasindaily ni.jgn la samakan ketuanan allah ngan ketuanan melayu..jumudnya pikiran ko ni..ketuanan melayu tu bermaksud tuan kepada tanah melayu ni.bangsa lain tu tetamu yang kita bagi kuasa "jemput masuk..jgn malu2 buatlah mcm rumah sendiri" . tapi kalau dah buat mcm rumah sendiri sampai tuan rumah pulak macam menumpang dirumah sendiri, tu tak patut la berlaku..
top 10 senarai jutawan malaysia 8 org cina..melayu 1 je..lagi diorang nak hak kesamarataan, hapuskan hak bumiputera dan sebagainya.. perniagaan diorang pegang..kita yang melayu nak berniaga pun kene ambik stok dari peniaga cina..dengan melayu jual harga lain, dengan sesama cina mereka bagi lebih diskaun..mcmane kita nak berdaya saing?
nak kerja sektor swasta, melayu selalu kene diskriminasi..harapan graduan2 kita sektor kerajaan je harapan nak survival dalammencari pekerjaan..pastu bukan melayu nak tuntut hak tempat kat sektor kerajaan..hak melayu di sektor swasta dah lama dinafikan..wahai pembangkang, mengenai isu melayu ni kita patut sokong menyokong antara satu sama lain..bukak la sikit minda tu

jasindaily online said...

hang bikin la kompeni...tarik budak2 melayu yang dok mermpet..cakap dalam ni xguna juga kalau ko mengutuk dengan memaki hamun orang:-)

mrf said...

sapa yg maki hamun orang kalau bukan pas?? nik aziz pun cakap maki hamun,mencarut tu halal sebab allah pun mencarut. tapi tak tau la kalau hang samakan nik aziz dengan allah, maka manusia tak berdosa kalau maki hamun mencarut kat org..

fahrurazi baharum said...

memang betul2 bodoh dan tak ada otak betul org2 yg mengatakan perhimpunan haram ni sah disisi demokrasilah, hak terjaminlah utk berdemonstrasi..ape ke namanya perhimpunan aman kalau plan nak berarak dari sogo ke istana negara lah...dah lah menyusahkan orang2 lain...aku rasa budak2 kecil pun tau benda2 ni menyusahkan orang ramai..aku ni dulu memang anti bn...tak pernah aku pangkah dacing selama beberapa pilihan raya..tapi sejak duamenjak ni, aku tgk something wrong dgn Pakatan Rakyat nih...buat demo sana sini, hasut budak2 bawah umur join sekaki...yg dulu anti dap dah jadi kawan kamceng...mak mertua aku selalu cakap, dap ni hidup mati semula pun jgn caya...banyak hidden agenda...org tua2 dah kenal sangat sapa lim kit siang....

Khy~Nur said...

Malaysia ni da terlalu aman agaknya, sehingga kita perlu reka huru-hara..pasal hari2 kita tgk kt tv negara org lain macama tu..nak ke jadi macam negara yg huru hara,rakyat memprotes di sana sini sehingga tidak aman ntuk kita keluar dari rumah??

ape effect perhimpunan ini?

adakah mendatangkan lebih byk kebaikan atau keburukan? yg lebihnya hanya kesan negatifnya sahaja. Bila polis menghalau kata polis ganas ah, tp cuba korg sendiri berada di tempat mereka..cara camne lagi ntuk meredakan perhimpunan ini

jangan mudah terperdaya dgn kata2 org yg inginkan perubahan tp sebenarnya inginkan kepentingan mereka sendiri. Petronas sendiri menyalurkan berjuta2 ringgit kembali kepada negara, tp org kita sibuk isi minyak di mana?? Shell, Esso yg mmg dikuasai oleh kaum asing yg tidak ingin pun melabur kembali kepada negara..

itu baru satu aspek, ketidakamanan ni sendiri akan menjejaskan ekonomi, pasaran saham mungkin akan merundum sekiranya pelabur menyaksikan ketidakamanan sesebuah negara, industri pelancongan, tenaga kerja, duit cukai rakyat di abiskan untuk membetulkan kerosakan yg telah dilakukan diorg ni...tolonglah pikir, ada akal jgn asik nak memberontak je, pikirlah jalan terbaik untuk integrasikan idea yg ada itu dgn cara yang betul..bukan dgn sewenang2 nya

malaysia ini sudah terlalu aman, sehingga rakyat kita sendiri perlu reka huru-hara, sehingga anak-anak muda (termasuk dibwh 18thn) terpengaruh, tp jika kita tanya mereka tahu x kenapa perhimpunan ni diadakan..satu bende pun diorg x tahu, yg diorg tahu seronok join perhimpunan ni, wat kerosakan ni..ini generasi akan datang yang kita mahu??? inikah contoh yg ingin kita tunjukkan kepada mereka setelah mereka skrg ni dihujani dgn pengaruh2 negatif seperti merempit?? pikirlah..malaysia kita masih lagi aman..perlu sgtkah keadaan huru hara di negara kita yang tercinta???