Friday, June 6, 2008
Krisis Minyak: Demonstrasi Bukan Cara Penyelesaian
KUALA LUMPUR – Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 seliter ekoran kenaikan harga minyak dunia baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai pihak dan ada di antaranya yang mengambil kesempatan atas keputusan Kerajaan dengan memburukkan lagi suasana dan cuba mempolitikkan perkara tersebut.
Berhubung kenaikan bahan bakar utama tersebut, terdapat pihak tertentu termasuklah pembangkang yang menganjurkan demonstrasi jalanan sebagai protes terhadap kenaikan harga bahan tersebut di Ibu Kota.
Mengulas berkaitan hal tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menasihatkan masyarakat agar tidak terpengaruh dengan tindakan negatif yang dilakukan oleh mereka.
Bagi beliau, tindakan mengadakan demonstrasi tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah ia hanya akan mengganggu kesejahteraan rakyat.
“Demonstrasi ini tidak akan menyelesaikan masalah dan kerajaan sudah berjanji untuk utamakan kedudukan golongan yang tidak mampu," katanya.
Beliau berkata, seharusnya semua pihak bersatu hati dan bersama-sama dengan Kerajaan untuk memastikan krisis kenaikan harga minyak dapat ditangani sebaik mungkin.
“Isu ini tidak perlu dijadikan isu politik kerana ia berkaitan negara dan pembangkang juga seharusnya menyumbangkan kepada usaha-usaha untuk menangani masalah kenaikan harga minyak dan gas di peringkat antarabangsa," katanya lagi.
Ekoran kenaikan harga minyak di pasaran, dikatakan bahawa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan yang lebih besar di sekitar KLCC pada 12 Julai ini sebagai tindakbalas kepada keputusan Kerajaan.
Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa tindakan pihak pembangkang seperti menangguk di air keruh dan sengaja mempolitikkan isu kenaikan harga minyak itu sekalipun mereka sendiri gagal melaksanakan janji-janji mereka selepas pilihan raya.
"Apa yang pembangkang boleh buat selain janji macam-macam, dia akan cuba mempolitikkan perkara ini.”
Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak terlibat dengan kegiatan berdemonstrasi dan pihak polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang mengadakan perhimpunan tanpa permit kerana ia melanggar undang-undang.
dipetik dari http://umno-online.com/
KOMENKU: Hari pertama harga minyak naik, puak pembangkang buat demonstrasi yang memang nampak benar bahawa mereka sengaja nak ambil kesempatan atas apa yang berlaku.
Hari keduanya pula, teman bersama-sama beberapa rakan meronda di Kg. Baru dan didapati di hadapan masjid kg. baru tu ramai FRU dan polis berkumpul, nampak sangat la ada juga segelintir rakyat yang mahu merosakkan kesejahteraan dan keamanan yang berlaku.
Kemudian ada pulak buat promosi ajak berkumpul ramai-ramai untuk berdemonstrasi menentang kerajaan dengan sebut tarikh dan tempat berkumpul sekali.
Kalau betul pun tak setuju, ini bukan caranya. Ini bukan budaya kita dan ia memang salah di sisi undang-undang. Fikir la cara logik, utamakan keselamatan dan kesejahteraan negara terlebih dahulu. Jangan la perkara sedemikian cuba dipolitikkan dan diambil mudah. Pihak pembangkang sengaja nak ambil kesempatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kenaikan harga minyak walaupon pahit untuk ditelan tapi itulah hakikat yg kita kena hadapi..salahkan kerajaan memang tak wajar kalau dikala stok minyak yang makin meruncing tapi penggunaan yang tak terkawal boleh dianggap pembaziran. adalah lebih baik subsidi itu disalurkan untuk mengawal harga beras dan barang2 keperluan asas lain yang semua peringkat golongan dapat merasai nikmat subsidi..
walaupun petrol boleh dianggap keperluan asas,namun bukan semua rakyat guna petrol.mcm aku naik moto gi keje memang tak terasa sangat..guna kereta pon masa ujung minggu je..
jadi yang keje naik kerete tu boleh la berkongsi kereta tak pon naik moto jer.
desakkan DAP untuk mengunakan keuntungan petronas untuk menampung subsidi minyak sebenarnya untuk menjadikan petronas kehabisan dana untuk menampung perbelanjaan negara dalam melaksanakan projek2 pembangunan dan pelaburan untuk persediaan masa hadapan. apabila dana petronas habis digunakan, maka rakyat malaysia yang majoritinya orang melayu yang kita sedia maklum pendapatan isi rumah kurang berbanding dengan cina akan menghadapi kesukaran dimasa hadapan kerana akan tiada lagi subsidi sekolah dan pendidikan,kesihatan dan hospital dan sebagainya. kita sedia maklum kita amat bergantung kepada subsidi2 itu dan dana petronas la harapan kita. kita semua tau yang cina memang banyak duit dari kita dan tak kisah pon kalau nak bayar bil perubatan dan pendidikan..
dan itulah rancangan mereka untuk menghilangkan keistimewaan orang2 melayu...orang melayu sila lah sedar!!!!! mereka cina2 bangsat itu gelakkan anda yang menentang sesama melayu..tapi mereka bakal mengecapi keuntungan untuk anak cucu mereka kelak..lihat saja tanah bernilai 500juta diperak yang sebagai renungan....
pembangkang dan publisiti murahan memang sinonim dan tak dapat dipisahkan sejak dari azali lagi
Post a Comment