Monday, June 2, 2008

Siapa Sebenarnya Karpal Singh dan Mengapa Anwar Ibrahim Mempertahankannya!

DAP apabila berjaya menguasai Pulau Pinang, Perak dan Selangor dengan pertolongan Pas dan PKR dalam PRU ke-12 yang lalu, mereka telah mula menunjukkan belang mereka bilamana pengerusinya Karpal Singh telah berani dengan angkuhnya mencabar titah Sultan Perak dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sultan tidak berhak melantik semula pegawai kerajaan termasuk di Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).

Sehingga kini masih lagi dengan keputusannya tidak mahu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Perak dan juga Agong walaupun didesak oleh ramai pemimpin-pemimpin masyarakat termasuk membuat lapuran polis, Karpal Singh masih tetap dengan pendiriannya mengatakan dia tidak bersalah.

Tun Dr. Mahathir pernah menggambarkan Karpal Singh sebagai ahli politik yang licik dan merbahaya dan saya fikir amat wajar memandang serius kenyataan yang keras tersebut kerana ianya datang daripada seorang pemimpin yang terkenal dengan daya pemikiran yang hebat dan sentiasa berfikiran jauh ke hadapan. Sebab itu sampai sekarang Karpal Singh masih berdendam dengan Tun Dr. Mahathir dan terbaru Karpal Singh telah membuat lapuran polis terhadap Tun Dr. Mahathir berikutan kes perlantikan hakim. Karpal Singh memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana. Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.

Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP dan Karpal Singh khususnya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas. Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya,ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya adalah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikkan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

PAS yang terperangkap dengan isu dan fakta ini terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Sebab itu manifesto Pas 2008 tiada menyebut langsung dengan penubuhan Negara Islam. Mereka takut dengan DAP dari Allah Taala. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh ( dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang ) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Saya berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!! Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia. Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir. Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Terbaru DAP menggunakan Hindraf untuk menekan kerajaan BN. Ramai pemimpin Hindraf adalah ahli DAP dan Anwar sendiri menyokong Hindraf.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Tidak hairanlah kenapa Anwar Ibrahim begitu mempertahankan Karpal Singh dalam kes biadapnya di negeri Perak.

Dipetik dari Torashah http://www.isuhot.com

KOMENKU: Baik ada makna, Karpal dah jerut leher Anwar sampaikan mantan TPM ini tak boleh menidakkan setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia terpaksa mendiamkan diri sahaja walaupun isu yang dimainkan oleh Pengerusi DAP telah memberikan satu tamparan hebat kepada rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu khususnya. Memang langsung tidak menghairankan apabila Karpal berani mencabar perlembagaan negara kerana dia yakin ada orang dibelakangnya yang akan memberikan memberikan sokongan

4 comments:

siakapsenohong said...

bagus la tu... Anwar bertemu buku dengan ruas malangnya nampak benar bangsa kita diperbodohkan oleh bangsa lain... kita diperkecil dan ditindas kerana kita tidak bersatu dan angkara Anwar, Karpal bermaharaja...

mrf said...

anwar dan PAS sebebarnya main politik kotor..manghasut melayu membenci umno..guna isu org umno banyak harta..aku bagi contoh, yb tempat aku umno memang banyak duit tapi dia memang businessman.org tuduh dia makan duit rakyat.asal org umno kaya je tuduh makan duit rakyat..tak habis2 memfitnah.. habis tu org2 pas dan PKR yang kaya2 dapat projek kerajaan, ada yg lecturer,phd dulu belaja sapa yg taja kalau bukan kerajaan?

Unknown said...

yang sedihnya... orang kita melayu ni hendak sangat umno kalah.. walaupun yang menang tu DAP. takper asal bukan umno.. karpal dah jerat anwar.. anwar kena ikut cakap dia kalu tidak habis rahsia anwar.. rata-rata orang tau karpal nie licik orangnya Tun Mahathir pun kata gitu. Karpal nie peguam, memang pandai pusing-pusing cakap sampai orang boleh keliru. Kalaulah betul-betul BN kalah (yg dah terbukti umno ada pengaruh besar dalam BN) dan PR menang.. tak taulah apa akan jadi kat orang melayu.. negara mungkin maju & makmur tapi orang melayu kat mana masa tu.. nak harap anwar? huh! dia pun dah kena control dengan karpal. Jadilah kita macam orang melayu kat Singapura.. maka mana-mana orang melayu yang pilih PKR @ PR jawab sendiri dengan anak cucu diorang.

Unknown said...

Tak baik asyik mengutuk orang dan membuat fitnah yang bukan-bukan. Jangan disebabkan fahaman politik yg berlainan kita sesama bangsa bercakaran. Jgn asyik menuding jari ke arah orang lain tapi muhasabah diri sendiri dahulu. Adakah kita selama ini berlaku adil dan jujur pada diri sendiri. Adakah kita tidak sekali pun menindas orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Cuba renung-renungkan......