Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menegaskan, di bawah mekanisme baru subsidi itu akan berlaku kenaikan harga minyak di negara ini selaras dengan harga di pasaran dunia sekarang.
“Tetapi semua pemilik kenderaan persendirian di negara ini masih lagi boleh menikmati subsidi,” kata Shahrir pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembinaan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. “Hanya mereka yang tidak mempunyai kenderaan tidak layak mendapat subsidi minyak.”
“Sebagai contoh, mereka yang menggunakan kenderaan yang mahal mungkin akan mendapat subsidi yang lebih rendah berbanding yang menggunakan kereta kecil.
Komen:
Ini sebagai permulaan agar rakyat "ubah cara hidup". Apabila minyak yang digali makin kurang, maka sudah sampai masanya untuk kita berubah. Janganlah samakan dahulu dan sekarang. Banyak cara untuk terus berjimat serta bebas berbelanja. Selain minyak petrol, kita masih ada diesel dan NGV, jadi kenapa tidak berubah sahaja ke bahan bakar berkenaan. Setidak-tidaknya jika berubah, kuranglah sedikit bebannya.
Kadang-kala timbul rasa pelik bila ada pihak yang menuduh kerajaan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan sedikit demi sedikit menarik pemberian subsidi minyak. Rakyat sebenarnya terlampau banyak dimanjakan hingga ada kalanya mereka sendiri mengambil kesempatan serta tidak menghargai bantuan yang telah diberi. Jika dibandingkan subsidi kerajaan Malaysia dengan negara lain, jelas negara kita jauh lebih tinggi nilai pemberian subsidi minyak. Kenapa kita tidak mahu fikir tentang itu?
Jadi sekarang sudah sampai masanya untuk kita berubah, korbanlah sedikit kemewahan yang dahulu diterima dan pandailah merancang perbelanjaan di masa sekarang. Bagi rakyat yang mempunyai pendapatan yang agak rendah, terdapat mekanisme yang terperinci oleh kerajaan mengenai isu ini, jadi janganlah khuatir kerana kerajaan tahu kesan dan akibat yang dialami oleh rakyat berpendapatan rendah apabila harga minyak melambung.
Diharap dengan wujudnya mekanisme baru ini kita rakyat Malaysia berada dalam keadaan sama-rata, yang kaya akan menerima habuanya sebagai orang yang mampu menangani isu minyak ini dan yang miskin akan mendapat ganjaran serta bantuan yang setimpal. Jadi tiada lagi jurang pemisah yang melampau di antara dua genre ini.
No comments:
Post a Comment