Monday, June 9, 2008

Publisiti Murahan Pakatan Pembangang!

Pakatan pembangkang dan Penganjur Gabungan Antiinflasi (Protes) bertekad untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu kota pada 12 Julai ini sekiranya kerajaan masih tidak menilai semula kenaikan harga minyak.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’Lo’ Mohd. Ghazali berkata, perhimpunan itu perlu diadakan bagi mendesak kerajaan supaya berbuat sesuatu setelah bertindak menaikkan harga minyak secara mengejut.

Komen:

Ini dia satu lagi publisiti murahan daripada pakatan pembangkang. Isu kenaikan harga minyak memang tidak dapat dibendung lagi. Biarpun bagaimana caranya untuk menghalang kenaikannya, tetapi di akhir cerita rakyat terpaksa akur bahawa tiada sebarang cara untuk terus menghalangnya. Cuma jika kena dengan cara perbelanjaan dan kena juga dengan cara bagaimana nak faham kenapa harga minyak terpaksa dinaikkan maka tak akan timbul isu tunjuk perasaan tentang harga minyak.

Janganlah nak provoke tentang harga minyak. Kenapa nak sangat panaskan isu. Kenapa bodoh sangat hingga tak boleh nak fikir kenapa harga minyak meningkat. Bukannya kita boleh kawal naik turun harganya. Kalau boleh dah lama Malaysia ni jadi kaya raya, satu sen pun rakyat tak payah bayar bila nak isi minyak.

Isu publisiti murahan seperti berkumpul tunjuk perasaan semuanya permainan pakatan pembangkang untuk nak jaja nama mereka konon baguslah sangat. Konon mereka boleh turunkan harga minyak dengan cara memprotes dan tunjuk perasaan. Mana ada negara yang rakyatnya boleh kaya hanya dengan berkumpul tunjuk perasaan. Sekarang mereka ada 5 negeri untuk diperintah, teringin juga rakyat dari negeri jajahan kerajaan BN nak tengok samada mereka mampu untuk buktikan bahawa mereka boleh rendahkan harga minyak dalam 5 negeri ini. Kerajaan BN nak juga tahu apa mekanisme yang mereka gunakan, itu pun jika mampu buat. Kalau takat semuanya nak harapkan duit Petronas, itu bukan mekanisme penyelesaian tapi itu mekanisme nak terus lingkupkan duit negara. Cuba bijak sikit minda tu fikir alternatif lain, jangan asyik nak cedok idea kerajaan BN.

Jangan nak bising lebih-lebihlah, buktikan dulu janji-janji masa PRU-12 sebelum nak tunjuk bagus dan pandai tentang isu kenaikan harga minyak. Ini janji tak tunai lagi nak tunjuk bagus nak kritik kenaikan harga minyak.

Tak pernah ada lagi yang mati kebulur dalam Malaysia ni, kerajaan yang ada sekarang sentiasa pastikan rakyatnya masih mampu makan walaupun dalam apa keadaan sekalipun. Tunggu dan lihat apa perancangan yang akan dibuat oleh kerajaan untuk rakyat berdepan dengan isu kenaikan harga minyak sebelum nak komen bodoh-bodoh seperti yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sekarang.

Tunggu dan lihat bagaiman kerajaan BN sekarang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan hal-hal dalam negeri tanah jajahan menyelesaikan masalah, tak perlu nak cakap lebih sebelum tengok semua kajian dan tindakan yang dibuat oleh kerajaan BN dalam masa terdekat ini.

16 comments:

yusof said...

Malaysia adalah pengeluar minyak mentah dan hanya pengeluar mampu mengimbangkan harga minyak petrol di dalam negeri dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran, Pak lah nak bandingakan harga minyak petrol di negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam tapi tak dengan negara pengeluar lain seperti:

Negara Harga Petrol
Malaysia RM2.70
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

Angka-angka di atas menunjukkan Malaysian masih mempunyai peluang yang luas untuk mengekalkan harga minyak petrol hingga ke paras hanya 10% dari harga sekarang. Kalau hendak seribu daya, kalau takndak seribu dalih

jasindaily online said...

kalau kau rasa diri ko tu dah kaya sangat sedekahkan duit ko pada yang memerlukan..ko memang xrasa susah pasal ko dapat komisen dari pak tam tapi bagaimana orang yang hidup susah yang kadang2 tak makan dan macam mana ngan kelurga anak yatim yang xde suami lagi cuma bergantung harap ngan upah keje kilang ataupun menjahit...kalao nak jadi pencacai kepada umno bukan macam ni bro.....akai tarak ker....

WaZiRai said...

masalahnya sekarang gunakan saluran yang betul nak nyatakan masalah, bukan guna tindakan secara mogok, tunjuk perasaan dan sebagainya. Pak Lah PM kita bukannya tak ada telinga nak dengar masalah rakyat cuma kalau kena dengan cara nak mintak selesai masalah, barulah orang ada sepenuh hati nak bantu.

Dengan buat cara bodoh macam pakatan pembangkang, baik orang kesian langsung jadi menyampah

WaZiRai said...

Bukan nak kata banyak duit, aku sendiri pun sakit, tapi pikirlah guna minda jangan guna hati dungu sepenuhnya. Isu minyak pasti ada penyelesaian, tapi sebelum nak buat apa-apa tindakan tunggu dahulu apa rancangan dari kerajaan.

Kalau betul dan tepat plan perancangan kerajaan maka apa salahnya kalau di ikut. Kalau tak kena dengan cara, maka bawak berbincang meja bulat, sepakat cari kata putus. Dengan cara ini tak ada siapa yang rugi, kerajaan dapat salurkan duit cara effektif dan rakyat dapat keuntungan darinya.

jasindaily online said...

hello bro...kalo nak bincang dah lama dia bincang.....ko ni memang spesis xmembaca dan xbuat kajian..kalo hati tu dah tepu dengan kepimpinan UMNO cakap ajela...la ni aku just minta kita sama2 berfikir sebagai orang tengah bukan memohak mana2 parti..aku tau kau bijak tapi jangan jadi seorang insan yang pentingkan diri sendiri..jika benar isu ni boleh diselesaikan kenapa ramai rakyat mengeluh..hang jawab la..maybe hang xpenah rasa sesusah seperti yang mereka rasa

jasindaily online said...

cuba kau terangkan pada aku berkenaan kenaikan minyak RM 0.30 2 tahun lepas..apa penyelesaiannya ??? kalau setakat barang naik toksah nak katala.....kata nak buat pemantauan, pemantauan macam mana yang dimaksudkan...barang naik amcam tu juga....isu beras tak tersetel ni dengan isu minyak...ko kena ingat, minyak naik suma barang akan naik...kalau setakat nak bagi rebet pada kenderaan ntah2 seumur hidupp sekali..aku tunguu je..tetapi sebagai rakyat Malaysia aku kurang percaya dengan kepimpinan yang dungu macam Pak lah termasuk juga dengan orang seperti ko.....

WaZiRai said...

sebagai contoh mudah, subsidi minyak diberikan kepada sektor pengangkutan awam meliputi semua jenis pengangkutan termasuklah jentolak dan juga mesin-mesin penuaian padi. Jadi dengan adanya subsidi ini bukan kata orang dalam bandar je merasa duit bantuan subsidi kerajaan, orang luar bandar pun akan merasa sama.

Selain itu orang bandar dapat merasa bayaran rebet kenderaan, orang kampung pula akan merasa bantuan dari segi barangan makanan, kawalan harga runcit dan sebagainya. Kalau di lihat dan dikaji, kerajaan ada juga bercadang untuk memberikan kupon bantuan makanan pada penduduk yang dalam ketegori miskin/ daif. Jadi sekarang, perancangan dah ada cuma kita sebagai rakyat cubalah bawak bersabar sedikit. Bila subsidi minyak kurang, tambah pula pengurangan pada bayaran elaun menteri dan sebagainya, sikit sebanyak duit kerajaan boleh di rolling semula untuk bantuan meringankan beban rakyat.

Kerajaan dalam usaha kearah mengembalikan keyakinan rakyat, cuma kita sebagai rakyat kenalah sabar sikit.

mrf said...

Harga Petrol

Malaysia RM2.70
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81

kalau nak bandingkan penggunaan petrol di malaysia dengan negara2 tersebut, penggunaan di malaysia jauh lebih tinggi. di iran misalnya berapa ramai yang guna kereta? dimalaysia secara purata satu keluarga sampai ada 2-3 bijik kereta.tu tak masuk motor.
boleh dikatakan penggunaan minyak di malaysia permintaan melebihi bekalan. jadi apabila demand > supply, pastinya harga boleh meningkat untuk mengawal bekalan minyak dari terus digunakan secara membazir.
lagipon, pengeluaran petrol malaysia jauh lebih sedikit kalau nak dibandingkan dengan negara2 diatas..venezuela misalnya pengeluar minyak utama dunia disamping arab saudi dan iran. di negara2 ini pula tak banyak jumlah kenderaan.jadi petrol disna bekalan melebihi permintaan.

selain itu, hasil petrol negara ekan digunakan untuk membina prasarana2 yang boleh membantu mengukuhkan ekonomi negara disamping untuk memajukan sektor pertanian negara. lagi pula bekalan petrol malaysia hanya bertahan untuk 5 tahun lagi berbanding negara pengeluar minyak lain sehingga 20 tahun.

bagi arab saudi, selain hasil minyak mereka memperolehi hasil menerusi lumayan pelawat yg dtg ke negara mereka untuk haji dan umrah.
iran pula kaya dengan hasil industri karpet, tekstile dan perabot kerana mereka mempunyai sumber yang banyak bagi industri itu.
jadi sudah tiba masanya malaysia mengurangkan subsidi minyak untuk dibelanjakan kepada memajukan sektor pertanian dan mengajar rakyat untuk berjimat terutama penggunaan minyak..jika minyak murah, rakyat akan membazirkan minyak sewenang2nya..

mrf said...

walaupon aku bukan la bergaji besar, naik moto je tapi aku sedar sudah sampai masanya untuk kita berjimat. bukan nye aku taksub pada umno..pada aku memang tak adil subsidi minyak di beri lebih.contohnya aku isi full tank motor berapa sangat yg aku dapat subsidi kerajaan?berbanding orang2 kaya kereta besar2 isi full tank berapa banyak subsidi diorang dapat?dah la kaya,subsidi dpt lebih dari yg aku dapat. pada pendapat aku la, rakyat yang protes pasal harga minyak ni rakyat yg tak tau pikir.. pikir nak senang jer,pastu tuduh org umno kaya2 sbb tu tak kesah harga minyak naik. ini lah masa kita belajar berjimat dan kerje keras.. minyak tinggal sikit, kalau kita terus guna secara tak berhemah, minyak kan lebih cepat habis. bila kita terpaksa import minyak, time tu minyak seliter confirm RM5

Rafflesia said...

:-)saya pun setuju dengan pendapat yang lain,betul tuh, inilah masanya kita berjimat-cermat. saya tak nafikan kebanyakkanya yang terasa nih orang golongan pertengahan dan bawahan khususnya orang Melayu yang rata-ratanya bekerja "makan gaji".Kalau nak dibandingkan dengan kaum Cina mereka berniaga , hari -hari duit masuk macam kita nih orang Melayu terpaksa tunggu hujung bulan baru dapat gaji. Pulak tuh gaji tiap2 bulan sama je.SO saya rasa orang Melayu kena buka minda dan buka mata kenalah berusaha mencari pendapatan sampingan. At least sedikit sebanyak ianya membantu.Daripada saling salah menyalah. Masa tindak menunggu kita . Even 1 minit yang lepas ia takkan datang kembali.Bertindaklah segera .2020 tak lama lagi hanya 12 tahun je dari sekarang. Tidak mustahil sekiranya tiap 2 tahun minyak naik anggaran RM0.70, ada enam kali kenaikan 6X RM 0.70 = RM 4.20 + RM 2.70 (harga sekarang) tidak mustahil time tuh harga minyak RM 6.90. uhuhu.. tinggi. so nasihat saya kepada kawan-kawan khasnya orang Melayu yang makan gaji segeralah bertindak.Masa tidak menunggu kita :-(

WaZiRai said...

Kerajaan Pakatan Rakyat konon umum nak kurangkan elaun MB mereka setinggi mungkin tapi lawaknya di Selangor MB sendiri cakap nak kurangkan elaun sebanyak 10%. Apa cerita nih? Kerajaan BN dan mula buat pun, siap potong lebih 25%, tapi kerajaan PR baru nak mula, nilai potongan pun lebih kurang sama + ciput je, banyak beza dengan kerajaan BN. Nampak sangat bila bercakap hal minyak, kutuk orang memang pandai, janji nak beri macam-macam tapi at last bila sedar negeri makin tak ada duit, baru teringat nak control balik. Boleh blah la PR nih! Kalau takat cakap gah nak potong banyak tapi last-last ciput je. Sebabnya, kerajaan PR bukannya ada duit sangat nak tunai janji dia.

Rundingan ngan Syabas pun mereka dah tersepit. Tunggu dan lihat kelak kerajaan PR sure akan tarik balik subsidi air mereka tu sebab takder duit nak rolling!

mrf said...

pakatan rakyat ni pandai manipulasikan keadaana..kadang2 aku pun terpengaruh jugak dengan dakwaan2 pembangkang ni. tapi bila aku pikir2 kan balik diorang ni mana ada fakta, cakap main hentam keromo jer..bukti pon takda..senang cerita mana2 orang yang terpengaruh dengan pembangkang tu sah la kene kenceng,kene kelentong, kene tipu kaw2 punya

Anonymous said...

btul 2. aku rasa pemberian 20 meter padu air oleh kerajaan selangor 2 pn satu pembaziran. RM 11 juta yang dibayar kpd syabas sebulan 2 mcm2 yg leh dibuat. pada masa yg sama ia akan beri kesan buruk jangka masa pjg dari pelbagai aspek. kerajaan patutnya menjana pendapatan negeri tapi sebaliknya melingkupkan pendapatan negeri.

WaZiRai said...

habis, dah janji buta semata-mata nak menang pilihanraya walau macam mana pun mereka terpaksa tunaikan juga. Inilah dia tak ada perancangan, main redah je. Rakyat juga yang akan merana sikit masa lagi.

yusof said...

Mengapa negara-negara pengeluar itu dapat mengekalkan harga petrol yang sebegitu tendah, sedangkan proses perindustian mereka tidak sehebat yang dicanangkan oleh Melaysia, iaitu mereka lebih banyak bergantung kepada minyak untuk hasil pendapatan, sedangkan Malaysia ada berbagai dari cukai perniagaan, cukai penapatan dsb,ertinya pengurusan ekonomi Malaysia di bawah kerajaan BN sudah terlalu lama terseleweng atas nama untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi kaum Melayu dengan kaum lain,sekarang pun sudah terserlah, gaji kakitangan awam pun kena bayar dua kali sebulan,entah-entah takda duit kot, pengurusan aliran tunai tunggang langgang, lama kelamaan nanti kena banyar dengan cek pulak, lepas tu cek pun kena tandang!

mrf said...

ko ni yusof melalak mcm mahfuz omar..konon2 berisi tapi kosong pasal ko pon tak tau apa yg ko ckp sebenarnya..

negara pengeluar minyak lain keluarkan minyak beratus kali ganda tong sehari berbanding malaysia. kita pulak petroleum yang kita gali tak semua jadi petrol..ada yg tak berkualiti..mcmana nak dapat hasil semewah negara2 pengeluar lain.sebab tu diorang boleh bergantung pada hasil petrol semata-mata manakala penggunaan petrol domestik mereka jauh lebih rendah berbanding kita.pendek kata penggunaan domestik mereka supply>demand..kita pulak permintaan melebihi bekalan.bila keadaan mcm tu berlaku mmg akan wujud kenaikan harga untuk mengawal penggunaan petrol dan stok petrol dari cepat habis.

samalah jugak bila isu gula kurang kat pasaran,peniaga naikkan sehingga 50sen sekilo sbb stok kurang dan nak kawal stok daripada cepat habis.pengguna pula berjimat dan tak membazir bila menggunakan gula.