Senario 1:
Senario Dahulu : 'Kejam' sungguh Tun, Anwar datang LEWAT diambil tindakan buang dari kerajaan dan lucut semua jawatan yang dipegangnya.
Senario Kini : Apakah PKR akan bertindak 'kejam' memecat Anwar jika benar dakwaan dia TER-LEWAT bersama sukarelawannya?
Senario 2:
SMS yang mengatakan Anwar terbabit dalam kes LIWAT atau dalam ayat sopannya 'LEWAT' merupakan satu taktik licik beliau untuk meraih simpati rakyat Malaysia. Jika sebelum ini beliau mencanang ke serata pelusuk Malaysia bahawa beliau akan berjaya menjadi PM dan memerintah Malaysia tetapi disebabkan perancangannya penuh kegagalan dan tidak langsung menampakkan peluang untuknya berjaya mencapai perancangan asalnya itu, beliau tampil dengan taktik kotor berbau hanyir menggunakan isu LIWAT sebagai satu rencah panas dalam meraih simpati rakyat. Taktik yang sama akan digunakan selepas 10 tahun kes LIWATnya yang terdahulu dipinggirkan dari fikiran rakyat.
Anwar tahu bahawa dia tidak mampu menjadi PM untuk rakyat Malaysia. Beliau tahu agak sukar untuk menyelinap masuk dan menjadi pemimpin untuk rakyat Malaysia. Beliau juga tahu sememangnya sukar untuk menghapuskan kerajaan yang sedia ada dan menggantikan kerajaan sekarang kepada kerajaan yang akan dipimpin oleh PKR, maka satu cara yang paling mudah untuk menutup segala kemaluannya dan ayat-ayat GAH! yang diwar-warkan olehnya adalah dengan menggunakan taktik LIWAT. Taktik yang pernah diguna pakai 10 tahun lepas ini dikira olehnya mempu menarik perhatian rakyat serta perasaan amarah rakyat terhadap kerajaan kerana rencah yang digunakan olehnya menunjukkan bahawa semua tuduhan yang dilakukan terhadapnya adalah melalui rancangan politik dari pihak kerajaan.
Sewaktu SMS yang mengatakan beliau MELIWAT Saiful Bukhari, seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan sewaktu pilihan raya umum lalu diketahui umum, semuanya muncul secara tiba-tiba hinggakan agak sukar untuk rakyat Malaysia menerima berita samada ianya betul atau hanya khabar angin. Tiada siapa menjangka malah tiada langsung khabar angin ditiupkan sebelum ia meletup di mata dan telinga rakyat. Malah hinggakan PM tidak langsung mengetahui akan wujudnya konspirasi ini terhadap Anwar. Jadi jelas disini tiada langsung wujud konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang dikatakan oleh beliau selepas kes ini diketahui rakyat.
Kerajaan sekarang tidak memerlukan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan beliau kerana tanpa sebarang konspirasi pun, Anwar tidak mampu bertahan dalam politik Malaysia sekarang. Anwar tetap akan jatuh kerana biar apa pun tindakan dan perancangan yang dibuatnya untuk merampas kerajaan sekarang, semuanya akan kembali kepada satu - beliau akan GAGAL & MALU kerana angkuh merebut kuasa yang tidak sekecil zarah pun miliknya.
Senario Dahulu : 'Kejam' sungguh Tun, Anwar datang LEWAT diambil tindakan buang dari kerajaan dan lucut semua jawatan yang dipegangnya.
Senario Kini : Apakah PKR akan bertindak 'kejam' memecat Anwar jika benar dakwaan dia TER-LEWAT bersama sukarelawannya?
Senario 2:
SMS yang mengatakan Anwar terbabit dalam kes LIWAT atau dalam ayat sopannya 'LEWAT' merupakan satu taktik licik beliau untuk meraih simpati rakyat Malaysia. Jika sebelum ini beliau mencanang ke serata pelusuk Malaysia bahawa beliau akan berjaya menjadi PM dan memerintah Malaysia tetapi disebabkan perancangannya penuh kegagalan dan tidak langsung menampakkan peluang untuknya berjaya mencapai perancangan asalnya itu, beliau tampil dengan taktik kotor berbau hanyir menggunakan isu LIWAT sebagai satu rencah panas dalam meraih simpati rakyat. Taktik yang sama akan digunakan selepas 10 tahun kes LIWATnya yang terdahulu dipinggirkan dari fikiran rakyat.
Anwar tahu bahawa dia tidak mampu menjadi PM untuk rakyat Malaysia. Beliau tahu agak sukar untuk menyelinap masuk dan menjadi pemimpin untuk rakyat Malaysia. Beliau juga tahu sememangnya sukar untuk menghapuskan kerajaan yang sedia ada dan menggantikan kerajaan sekarang kepada kerajaan yang akan dipimpin oleh PKR, maka satu cara yang paling mudah untuk menutup segala kemaluannya dan ayat-ayat GAH! yang diwar-warkan olehnya adalah dengan menggunakan taktik LIWAT. Taktik yang pernah diguna pakai 10 tahun lepas ini dikira olehnya mempu menarik perhatian rakyat serta perasaan amarah rakyat terhadap kerajaan kerana rencah yang digunakan olehnya menunjukkan bahawa semua tuduhan yang dilakukan terhadapnya adalah melalui rancangan politik dari pihak kerajaan.
Sewaktu SMS yang mengatakan beliau MELIWAT Saiful Bukhari, seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan sewaktu pilihan raya umum lalu diketahui umum, semuanya muncul secara tiba-tiba hinggakan agak sukar untuk rakyat Malaysia menerima berita samada ianya betul atau hanya khabar angin. Tiada siapa menjangka malah tiada langsung khabar angin ditiupkan sebelum ia meletup di mata dan telinga rakyat. Malah hinggakan PM tidak langsung mengetahui akan wujudnya konspirasi ini terhadap Anwar. Jadi jelas disini tiada langsung wujud konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang dikatakan oleh beliau selepas kes ini diketahui rakyat.
Kerajaan sekarang tidak memerlukan sebarang konspirasi untuk menjatuhkan beliau kerana tanpa sebarang konspirasi pun, Anwar tidak mampu bertahan dalam politik Malaysia sekarang. Anwar tetap akan jatuh kerana biar apa pun tindakan dan perancangan yang dibuatnya untuk merampas kerajaan sekarang, semuanya akan kembali kepada satu - beliau akan GAGAL & MALU kerana angkuh merebut kuasa yang tidak sekecil zarah pun miliknya.
14 comments:
haha..anwar memang begitu..sangat licik mainan politik dia kali ni..dah la main sembunyik2 kat kedutaan turkey..konon nak tunjuk dia terkenal kt peringkat international la tu..mentang2 la turkey sampai semi final euro2008..agen yahudi punya al juburi
Saya harap sesiapa warga M'sia yang mampu berfikir, ketahuilah ini adalah kerja kotor Anwar.Sengaja untuk menimbulkan kehebatan didalam bentuk jahat dan jijik lagi kotor.Jangan lah terpengaruh atau terpedaya lagi.Mengapa setelah 4 hari diliwat (jika benar) baru buat lapuran,mengapa tidak pada hari kejadian.Dengan sengaja agaknya pengadu berusaha menghilangkan bukti. Mungkin perbuatan ini berlaku, mungkin suka sama suka, mungkin juga tidak berlaku. Yang pasti selepas rakyat bergaduh, bermusuh-musuhan, pengadu akan tampil kemukakan, beliau diugut dan dipaksa oleh Pak Lah dan Najib.Biarkan saja Anwar dikedutaan Turki selama mana dia suka.Tak ada siapa nak mengusik beliau.Orang UMNO lansung tak ingin dan peduli lagi dengan Anwar.Orang UMNO boleh terima jika kehendak rakyat tak nak kepada BN, apabila boleh buat.Orang UMNO di semua peringkat bukan macam Mugabe.Tetapi ingat jika orang macam Anwar diberi amanah, maka kehancuranlah jawabannya. Orang Melayu dalam PKR dan PAS memang senang ditipu.Anwar jual ayat-ayat ALLAH, juallah Anwar, apa saja yang kamu nak jual.Teruskanlah Anwar apa engaku nak buat.Ketentuan ALLAH akan sampai juga.
Biasalah Al-Juburi hanya ingin membeli bontot je?
Saya jangka kita semua akan lihat pula Anwar akan cuba dicederakan atau diserang.Kita juga akan lihat PKR dan PAS akan menjerit-jerit memaki hamun Pak Lah dan Najib kerana tidak mencederakan Anwar.Inilah perbuatan dan akhlak pemimpin korup.Riak dan takbur berlebihan.Taksub kepada dunia.Mohon ALLAH memberi taufik serta hidayah kepada ANWAR dan PKR serta PAS.ALLAH menyelamatkan kita semua dan juga ANWAR.
Publisiti murahan dari Anwar. Dia cuba untuk membersihkan namanya yang tercemar 10 tahun lepas dengan kes sekarang. Dia cuba memerangkap kerajaan kononnya ini semua kerja kerajaan yang bertindak sebagai konspirator. Memang jelas ini semua konspirasi Anwar untuk kepentingan dirinya yang semakin malap dan terpinggir dari arus politik negara.
Anwar sanggup lakukan apa sahaja walupun terpaksa mengorbankan penyokongnya sendiri semata-mata mahu menjayakan rancangan kotornya sahaja. Inikan pemimpin yang penyokong PKR mahukan? pemimpin yang hanya pakar dalam hasutan serta tipu daya iblis semata-mata.
p/s: jelas Anwar hanya ada tokoh penghasut bukan pemimpin!
Senario ke 3:
Saya pasti kes ini adalah akibat orang lain teramat terdesak dan kes yang berkaitan dengan orang yang amat terdesak ini sudah pun perpanjangan di makamah. Apabila kenyataan bersumpah penyiasat bebas yang diupah oleh Abdul Razak Baginda boleh diterima sebagai bukti ( kalau tak dihalang lagi oleh Najib, KPN dan AG ) maka nasib orang-orang yang terdesak ini berada di ujung tanduk
Ihr Dummkopf draußen,die politische Verbindung zwischen Regierungsparteikoalitionen sind nicht mer konkret & daher,wir sind als die Völker des Landes wollen Pak Lah & seine Ministern los gehen!Sie sind verdammt scheiße & auch haben gar keine Energie;um eine transparente Regierung zu formen!Scheiße UMNO!Ihr seid alles Dummkopf!
Senario ke 4:
Spuluh tahun lalu, apabila Anwar mengemukakan alabai tarikh berlakunya kejadian, pendakwa tidak dapat mengubah laporan polis Azizan, lalu mereka terpaksa mengubah tarikh dalam tuduhan sama dengan mengubah tuduhan semasa kes makamah sedang berjalan lancar. Sekarang Polis akan cuba mengelak dari membuat kesilapan seperti itu, maka sebab itu mereka enggan menyerahkan salinan laporan polis Saiful, supaya apabila Anwar dipaksa membuat laporan semasa dalam tahanan, maka dengan mudah Polis boleh menekan dan menghapuskan alabai Anwar dengan mengubah laporan Polis asal Saiful. Sekarang Polis mendedahkan kelemahan mereka sendiri kerana tidak dapat mengemukakan specimen DNA yang diambil sepuluh tahun lalu, kecuali Anwar seorang mutant, corak DNA tidak boleh berubah sampai mati. Sebenarnya Polis telah menelan bulat-bulat laporan Saiful dan laporan ini sudah menjadi santau kepada mereka yang akan memeritkan perut mereka untuk masa yang lama dan selepas itu jika kes ini sampai ke makamah pun akan menjadi lebih panjang dari 10 tahun yang lalu. Inilah jika orang yang telah terdesak untuk mencipta insiden ini akan hilang pegangan untuk melakukan sesuatu dan akhirnya mereka sendiri akan terperangkap.
Pak Lah semalam membuat kenyataan yang "DNA Anwar sepuluh tahun lalu suduh terlalu lama" bercakap macam burung kakak tua sekadar mengulangi apa yang dinasihati oleh orang-orangnya, kerana menanggap semua orang Malaysia tak percaya pada sains moden ini. Ketahuilah sekira Anwar sudah meninggal dunia sepuluh tahun dahulu, digali semula dan diambil spesimen untuk analisa DNA, maka DNA cebisan tubuh yang sudah hancur itu tidak akan berbeza dengan DNA Anwar semasa hidup. Apa Pak Lah merapu ni.
aku tak tahu la apa lagi nak jadi dlm malaysia selepas ini. isu itu isu ini dan macam macam isu lagi yanga akan dtg pada masa dpn. pada hemat aku betullah apa yang telah allah jelaskan dalam surah al baqarah yang berbunyi al fitnatul assyaddul minal qat. maksudnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh. kerana isu fitnah menfitnah negara dah tak aman. akhirnya rakyat merana. lagi satu aku rasa memang sikap anwar suka tuduh melulu la. fikir la dulu sebelum bercakap yerrrrrrr.
Melayu untuk Melayu, hidup Melayu, Cina untuk Cina, hidup Cina, India untuk India, hidup India, Jawa untuk Jawa, Bugis untuk Bugis, hidup Bugis, Mendeling untuk Mendeling, hidup Mendeling, hidup jawa, Bengali untuk Bengali. hidup Bengali, Kadazan untuk Kadazan, hidup Kadazan, Iban untuk Iban, hidup Iban... inilah hasil kerja UMNO dan BN selama 50 tahun nanti kita boleh lihat dengan jelas pada 31hb nanti, inilah yang mahu dipertahankan oleh kerajaan secara terang atau halus kerana kucar-kacir macam ini boleh mempertahankan kuasa mereka dalam kerajaan. Kita jangan lihat pada anwar sebagai individu saja, dia sekarang sudah 61 tak hidup selama-lamanya, tapi prinsip dan ideologi yang dibangunkan olehnya mampu melampaui generasi dan itulah yang lebih sesuai untuk kehidupan di masa hadapan. UMNO hanya mahu membeli masa untuk kepentingan orang-orang tertentu dalam parti dengan cara "satu untuk kau, dua untuk aku, kau jangan kata aku dapat lebih sebab itu sudah termaktub dalam perlembangaan". Prinsip dan ideologi anwar mampu menghapuskan kepincangan yang cuba dipertahankan oleh umno sekarang, maka itulah maksud eddie bila menyebut anwar mahu menyelamatkan Malaysia. Adakah sukar sangat nak faham?
Saudara Yusof,
Mungkin saya nie tak ler pandai macam saudara, sebab sekolah kat Uitm aja, saudara tak taulah sekolah takat mana, mungkin kat usa kot. Cuba saudara jelaskan dengan terperinci apa prinsip dan ideologi yang dibangunkan oleh anwar untuk generasi masa hadapan. Saya tak nampak pun, mungkin sebab sekolah semua Melayu tu yang jadi macam tu kot. Kalau ada pun yang saya nampak hanya datang dari Pemimpin yang saudari kata "PENIPU". Terangkanlah.....
Saya tidak pernah bersekolah atau belajar di usa walau pun berjaya sampai ke sana. Sekolah saya mungkin saudara shah hanya dengar dalam sejarah, telah dibiarkan "roboh semuanya oleh orang Melayu kerana apabila dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan". Kalau nak tau sekolah saya, semasa isu sekolah jenis kebangsaan berbangkit, Prof Ungu Aziz pernah berkata, orang Melayu dengan senaja mengurangkan pilihan mereka di dalam mendapatkan peluang pendidikan walau serendah peringkatnya, orang Cina dan India ada sekolah jenis kebangsaan, mengapa orang melayu tidak ada sekolah jenis itu? Sebabnya orang Melayu ada peribahasa "bahasa menunjukkan bangsa" tapi orang Cina dan India yang memakainya. Seorang teman orang Melayu yang bukan bumiputera sebab berasal sebagai seorang pelarian perang dari Kemboja merasa hairan tentang orang Melayu di sini yang mengutamakan bahasa lain di dalam pendidikan kerana orang Melayu sendiri tidak ada sistem nilai diri. Di Kemboja orang Melayu yang hampir pupus masih mempertahankan tulisan jawinya kerana tulisan jawi mengambarkan bangsanya. Ya saya mendapat pengajian di sebuah "Sekolah Melayu", apabila masuk ke sekolah belajar membaca dan menulis tulisan jawi dan membaca buku-buku dalam tulisan jawi dari terjemahan cerita-cerita seribu satu malam. Ke mana pergi tulisan jawi ini dan kalau ada pun hingga cara mengeja pun sudah diubah menurut cara orang Rom mengeja. Di mana sekolah-sekolah ini berada dan siapa yang menjadi pentadbir jikalau bukan UMNO? Oleh kerana kecewanya saya, apabila mempunyai anak sendiri, sistem pendidikan pun boleh di masukkan menurut dasar politik. Jikalau menurut apa yang dimahukan oleh Tun Razak yang percaya bahawa pendidikan faktor penting untuk mencapai integrasi nasional kerana beliau percaya mekanisma ini penting untuk membentuk masyarakat di masa hadapan. Ertinya pada masa itu Tun Razak sendiri tertarik kepada psikologi moden yang percaya motivasi manusia sepatutnya tertarik kepada kehidupan di masa hadapan dan ini yang disebut dalam bahasa berfikir secara positif, pragmatik, optimistik dan sebagainya. Saudara Shah boleh pilih berfikir secara positif itu ada bererti mempertanahkan sistem kuno atau membuka minda supaya sedia teranjak untuk menerima masa hadapan. Siapa yang cuba menahan masa, masa itu akan menimpanya. Dengan sebab itu apabila sampai giiran anak sulung saya memasukki sekolah, bagaikan saya baru pulang ke kampung dan saya dapati sekolah yang saya inginkan sudah tidak ada lagi, tapi yang ada di sebut sebagai "Sekolah Kebangssaan" dan pada ketika itu sekolah sudah melebihi dari tempat menimba ilmu, tapi tempat melaksanakan beberapa agenda tertentu. Dengan sebab itu saya enggan menghantar anak ke sekolah itu sama seperti semakin ramai orang Cina menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan. Tidak, saya tidak menghantar anak saya ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana sekolah jenis kebangsaan yang saya mahukan sudah pupus. Jadi saya masukkan anak saya ke sekolah aliran agama swasta yang mengajar akademik dan agama walaupun terpaksa mengikat perut untuk membayar yurannya. Allahamdullilah, keputusan saya betul, anak-anak saya bukan saja menjadi professional dan bergiat pula dalan NGO bersama dengan bekas teman sekolah untuk membantu orang-orang susah. Saya mahu anak-anak saya mendahului masa supaya tidak terkejut dengan sebarang perubahan sosial yang terdapat di dalam kehidupan di masa hadapan. Berbeza dengan adik bungsu saya yang menjadi kelompok pertama menduduki "Sekolah Kebangsaan" seperti saudara Shah pernah hadiri, tapi keadaan sekolah ini berubah dengan cepat dalam masa singkat untuk memenuhi agenda ekonomi dan politik terutama selepas kematian pengasasnya Tun Abdul Razak. Bacalah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang asal: "memberi peluang kepada semua rakyat tidak kira kaum dan agama untuk mendapatkan pendidikan" mempunyai erti yang luas, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa itu dari berbagai kaum dan agama dikumpulkan di dalam satu klas dan berkomunikasi di dalam satu bahasa, sama-sama belajar dan bersaing apabila berjaya melihat teman mendapat pujian dan hadiah mengajar mereka mengenali erti keadilan dan ini sepatutnya mampu meruntuhkan pagar-pagar sosial yang membezakan mereka kerana berlainan kaum dan agama. Pada masa itu kerana "sekolah kebaangsaan lama bermaksud sekolah-sekolah Inggeris juga "ditutup" memaksa orang-orang bukan bumiputra yang biasa mempunyai anak-anak belajar di sekolah Inggeris terpaksa menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan dan yang mana tidak bersetuju sedia berbelanja dan bersusah menghantar mereka ke Singapura. Yang terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah baru ini terpaksa membina keyakinan bahawa anak mereka dijanji peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan di peringkat yang lebih tinggi jika berjaya cermelang dalam peperiksaan. Tun Razak pun meninggal dunia dan yang menggantikan nya mempunyai peluang samada meneruskan inspirasi pengasas atau membina agenda baru. Tiga tahun selepas itu kelompok pertama tamat peperiksaan SPM dan dengan sekelip mata keadaan berubah, tiba-tiba saja mula muncul sistem kota untuk mendapat tempat ke universiti dan biasiswa ke universiti tempatan dan luar negeri. Pengelaman saya melihat kesannya pada kanak-kanak dari berbagai bangsa yang mesera semasa sejak sekolah rendah dengan tiba-tiba menjadi dingin setelah mendapat tahu kedudukan mereka selepas keluar keputusan SPM dan peluang-peluang lain. Salah seorang teman adik yang saya tahu rapat seperti adik-beradik mengadu pada saya di suatu majlis pertemuan mereka berkata "adik saya beruntung kerana lahir sebagai orang Melayu dan dia walau pun mendapat keputusan yang lebih baik tidak mendapat apa-apa selain dari tawaran ke tingkatan 6, pada masa itu adik saya boleh berkata kepadanya "orang Cina datang ke sini sehelai sepinggang patut berterima kasih mendapat kerakyatan" bunyinya macam apa yang telah diajar di BTN kepada adik saya sebelum meneruskan pengajiannya ke USA. Begitulah kemeseraan kanak-kanak yang terbena sekian lama dimusnahkan oleh orang dewasa. Inilah yang saya maksudkan masyarakat masa hadapan yang diinginkan oleh Tun Razak telah dimusnahkan oleh pemimpin UMNO selepasnya dan apakah perkara ini betul dengan apa alasan pun? Seperti kata teman saya dari Kemboja, kaum Kher Rough memerintah secara zalim kerana mereka berkata di zaman lampau mereka telah tekan oleh penjajah dan kerajaan rasuah, tapi teman saya kata itu tidak boleh menjadi alasan bagi mereka membals dendam. Begitu juga dengan orang melayu dan UMNO tidak boleh menggunakan alasan seperti orang Melayu itu masih lemah untuk meneruskan dasar-dasar yang terlalu lama diselewengkanini.
bro..pandai main kata2..awat tak jadi pemimpin...takkan nak ikot pungkuk org ja...awat? napa tak laku ka? brcakap pakai taip tangan ble laa..cakap la dgn lidah ..tonjolkan diri jadi teladan..jgn dok mcmm ne jaa..tulis macam2 hentam tu ini..dok dgq pemimpin2 tu bersyarah kluaq ayat2 quran sket2 je dah kata warak,baguih,tauladan..hampa paham ka betul2 makna ayat2 qurqn tu..kalo depa dok main hentam ja..hampa smua bukan tau..tapi dah kerana fizikal depa tu mcm alim ulamak..korang sumbat je la dlm pala hotak korang kan...singkat tul akal..
Post a Comment