Ketika ADUN Bukit Selambau V.Arumugam meletakkan jawatan ADUN dan Exco, BN yang dituduh penyebabnya membuat ugutan, menyimbah cat di kereta dan menawarkan wang sebanyak RM5 juta supaya Arumugam meninggalkan PKR.
Kali ini apabila gambar bogel ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tersebar BN sekali lagi dituduh sebagai perancang kononnya bagi mengaibkan gabungan PKR, DAP dan Pas menjelang Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Rakyat bukan bodoh. Rakyat tahu Arumugam meletakkan jawatan selepas penduduk di kawasannya menghantar memorandum kepada Tuanku Sultan Kedah kerana didakwa mempunyai seorang anak luar nikah manakala Elizabeth meletakkan jawatan kerana isu moral dan mengambil tanggungjawab demi menjaga nama baik PKR.
Persoalannya sekarang ini kalau Elizabeth yang bergambar bogel kenapa pula BN yang menjadi mangsa?. Tambahan pula, gambar bogel di bilik tidur ini dirakamkan oleh orang yang rapat dengan Elizabeth yang tidak ada kena mengena dengan BN sebelum Pilihanraya Umum ke 12 dan ketika itu Elizabeth belum lagi menjadi ADUN dan Exco.
Paling penting pengundi di Bukit Lanjan tahu kenapa Elizabeth meletakkan jawatan dan pengundi di Bukit Lanjan juga tahu BN tidak ada kena mengena dalam dalam isu ini.
Tuesday, February 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
49 comments:
Tapi BN tahu tektik kotor ini memang boleh digunakan untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang, tanguk apa kata Dato Hishamuddin di dewan rakyat hari ini yang turut mengingatkan dirinya sendiri, rasa diri sendiri pun tidak bersih pada ketika mudanya,pasti ada orang yang menyimpan gambarnya di dalam keadaan tak senonoh, tapi adakah orang UMNO akan meletakkan jawatan jika ada orang menerbitkan gambar tak senonoh kepada orang ramai. Tenguk Najib, dah sah saksi perbicaraan pembunuhan wanita Mongolia pernah melihat Dato Najib bersama dengan wanita Mongolia ini dan pada ketika itu Najib sepatutnya sudah meletakkan jawatan. Jadi kalau kes ADUN Bukit Langan ini tiada kaitan dengan BN siapa yang nak percaya?
Jikalau berdasarkan pada perangai tak bermoral sebelum dipilih menjadi pemimpin jika boleh diungkit kembali bererti boleh melucutkan jawatan pemimpin itu pada masa sekarang. Pada awal tahun 1990an, bapa saudara aku pada ketika seorang pegawai SB menyerbu sebuah kelab disko di Batu Pahat yang kerap dikunjungi oleh gadis sekolah dan bawah umur berperangai tak senonoh dengan orang-orang dewasa dengan minuman keras, di antara yang terperangkap di dalam serbuan itu ialah Hishamuddin Hussin berserta dengan teman-temannya yang lain dan pada ketika itu pasukan polis turut mengambil gambar di dalam suasana kelab itu dan menurut bapak saudara aku beliau ada menyimpan beberapa keeping gambar peristiwa itu. Satu lagi kes, sepupu teman juga bertugas sebagai SB telah di arah menyiasat satu aduan dari seorang Tan Sri tentang anak gadisnya dilarikan oleh seorang pemuda anak pemimpin Negara untuk di bawa ke sebuah parti gila dan pemuda itu ialah Hishamuddin Hussin. Jadi berdasarkian pada sejarah moral diri ini tidak melayakkan Dato Hishamuddin Hussin meneruskan tugasnya sebagai Menteri Pelajaran.
Salam,
Saya rasa dua posting di atas sudah cukup untuk menunjukkan bahawa kelakuan pemimpin UMNO lagi teruk.
Sebelum ini ada laporan akhbar yang menyatakan seorang pemimpin wanita UMNO yang ada skandal dilantik semula sebagai seorang senator.
Kalau UMNO mementingkan sangat apa yang dikatakan isu moral, hal itu tentu tidak dilakukan.
UMNO buruk apa pakatan rebah tu maksum ke....
jgn weii... akal letak kat mana...
haaa cerita la pulak apa kebaikan pakatan rebah kau pulak... jgn suka menunding jari aje....
kalau kau masih tak boleh nak cerita kebaikan pakatan rebah kau dah bagi kepada pengundi mereka... aku ingatkan la kat kau orang muhasabah diri kau tu
Umno ka, PKR ka sama saja, pemimpinnya ramai yang tak bermoral.Umpama periuk kata belanga hitam. Aku percaya lepas ni banyak lagi gambar yang akan keluar. Pada sapa-sapa yang simpan gambar-gambar lama tu inilah masa nak buat duit..Kita tunggu ja..
ada cerita lebih sensasi..sebelum meletup..lebih baik letak jawatan..polis belum siasat, foto belum dikenalpasti,sepantas kilat, eliz tawar diri..macam ada sesuatu tidak kena..macam mahu sembunyikan rahsia besar..apa yang tak kena ? apa rahsia besar yang cuba disembunyikan ?
Meskipun Anwar cuba alih isu kepada pihak lain..tetapi angin tetap kencang bertiup..siapa rakam foto eliz..macam mana 'lelaki itu' boleh rakam foto eliz..kalau bukan lelaki itu special macam mana boleh masuk ke rumah eliz..sebelum rakam foto apa aktiviti dilakukan..betulkan lelaki itu sering tidur di rumah eliz.. Eliz tidur pakai cermin mata...tidur atau keletihan...
Apa yang cuba disembunyikan...
Angin makin kencang, katanya lelaki itu Melayu-Islam..katanya orang kuat PKR Selangor..Lelaki itu dikenali Mr H.. Betulkah, hanya Eliz, Anwar dan Azizah yang mengetahui semua ini...sebab itu Azizah kata, kenapa sebar sekarang, sedangkan foto itu dirakam sebelum PRU12...
Apa pergolakan besar...
Apa skandal antara Eliz n Mr H..kenapa Mr H sebarkan foto bogel Eliz....ada rahsia besar di sebalik foto ini...
Tunggu..bakal terdedah dalam masa sehari dua lagi...
Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa ’mencari rezeki’ di Amerika kerana tiada peluang ’mencari rezeki’di Malaysia.
Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).
Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damasara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta.
Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.
Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Rahimi Osman, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ?
Itu belum kira pegawai khas kepada pegawai khas, Saiful Bukhari Azlan.
Saiful diberi pula kondominium mewah di Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara dengan kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre". Kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 .
Kalau Anwar sanggup berbelanja RM7,500 sehingga RM15,000 sebulan semata-mata untuk membayar sewa kondo mewah, berapa pula bayaran gaji bulanan Saiful ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ?
Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.
Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat.
Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.
Terbaru, Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Apa cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ?
Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ?
Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel..
Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghazza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.
Kata Anwar, “Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America’s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.
We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect”
Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia.
Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.
Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia.
Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.
Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, ’ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghazza”, di depan Amerika pula, ”i sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk i sekarang”
Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia.
Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ?
Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.
Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa kita masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.
Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia.
ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah juga pernah 'menghilangkan diri' kerana 'ditangkap basah' bersama wanita lain oleh isterinya sendiri .
V.Arumugam, Adun PKR Bukit Selambau yang juga exco kerajaan Kedah juga terpaksa meletak jawatan exco serta mengosongkan kerusi DUNnya apabila kegiatan seksnya dibongkar.
Anwar sendiri sebagai Ketua Penasihat PKR juga masih menanti kes liwatnya di mahkamah, apabila bekas pembantunya melaporkan bahawa dirinya diliwat oleh majikannya.
Inilah wajah sebenar PKR, penuh dengan penyelewengan dan skandal seks.
Seperti kata pepatah, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari..
Ketidak hadiran Anwar dalam acara penting politik negara, bukan kali pertama. Dulu ketika penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, Anwar juga tidak menghadirkan diri. Dia ghaib di Turki bersama dengan Erdogan untuk menyusun drama kononnya berlaku permusuhan antara Erdogan dan Simon Perez.
Drama disusun untuk menipu dunia Islam supaya menjadikan Turki sebagai model negara Islam yang boleh mengiktiraf Israel sebagai negara sah.
Anwar tidak mempedulikan soal rakyatnya di Permatang Pauh, tidak mempedulikan Raja-raja Melayu, hatta tidak menghormati Yang Dipertuan Agong, tidak mempedulikan Pakatan Rakyat, yang Anwar peduli HANYA menjaga hubungannya dengan Amerika Syarikat.
Penting sangatkah menjaga hubungan dengan Amerika hingga sanggup ketepikan sidang parlimen, PR dan masalah parti sendiri ?
Penting sangatkah menjaga hati Madeline Albright, si Yahudi tua yang sudah tidak bergigi ?
Jawabnya memang penting, kerana program US-Islamic World adalah anjuran Brookings Institution dan Saban Center for Middle East Policy yang dimonolopoli oleh Yahudi Kumpulan Demokrat.
Di belakang kedua-dua badan ini adalah Presiden Bill Clinton. Clinton pula adalah suami kepada Hillary, Setiausaha Negara Amerika sekarang ini.
Clinton juga merupakan god father kepada Barack Obama yang sama-sama dari parti Demokrat.
Apa pula kaitan dengan Madeline Albright ? Madeline AlBright adalah bekas Setiausaha Negara pada zaman Bill Clinton dan sekarang menjadi Pengerusi National Demokractic Institute (NDI) yang banyak membantu Anwar dan PKR di Malaysia.
Anwar bukan nampak Madeline Abright, tetapi Anwar nampak siapa di belakang Yahudi tua itu iaitu Barack Obama dan Hillary Clinton.
Inilah masaalah puak-puak PKR ni. Semuanya berdasarkan "Aku dengar Bapa Saudara aku cerita, Aku dengar si anu cerita dan bla..bla..bla..." Semuanya dengar orang cerita. Minta tujuk bukti yang nampak cuma gusi. Sudahlah jangan menabur fitnah sana sini macam Brother Anwar Bin Ibrahim.
Saudara Yusof, membuat fitnah cukup senang tetapi untuk membuktikan perkara itu bukan fitnah, itu yang susah.
Pakatan pembangkang mendakwa mempunyai bukti gambar Datuk Seri Najib bersama Altantuya dan Razak Baginda tetapi sehingga hari ini Pakatan pembangkang gagal menunjukkan gambar tersebut.
Jika benar gambar tersebut wujud mengapa Anwar tidak menunjukkan kepada satu dunia bahawa Najib berbohong dan memang mengenali Altantuya.
Hakikatnya saudara Yusof, gambar tersebut tidak wujud dan yang wujud hanyalah fitnah yang dibuat oleh Anwar dan anasir-anasirnya yang cemburukan Najib yang akan ditabal sebagai Perdana Menteri selepas Mac nanti.
Tetapi malangnya orang seperti saudara telah mengutip cerita-cerita picisan seperti ini dan menyebarkannya.
Ini pulak kisah benar... tolong bagi komen ye...
1. Elizabeth Wong(ADUN PKR)
"She is a single person. How can she allow a man into her room when they are not married? What's the status of their relationship?" - kata Khir Toyo(Sumber NST)
2. Dr.Rozaidah Talib(Ahli Parlimen BN)
"Why !!! ... you think married woman only can bring man into their room ka? Bini orang & muslim somemore.."
3. Jamaluddin Jarjis (Ahli Parlimen BN)
"Tepuk Punggung/bontot pelayan Havana Club...Senyap.."
alah mr aku tanya kau pun kau tak dapat jawab sampai sekarang...
tu komen pasal anwar kau tolong jawab jugak...
silakan mr dan yusof....
Gambar bogel bukan mudah nak ambik. tak kan ambil sendiri!!susah. mesti ada cameraman. Siapa agaknya.Takkan Khir Toyo!! mesti boyfren dia.Takkan Muhd Tyson boyfren dia kot.
Jangan tuding pada sesiapa. yang penting moral pemimpin mesti jaga.LIZ sendiri kena jaga dia punya kemaluan.pencuri sentiasa nak mencuri.itu kerja pencuri.yang patut jaga kena jaga.tak pandai jaga jangan jadi pemimpin.Jadi model bogel sahaja atau kerja kat Kelab Playboy.Jangan pula ada sibodoh sombong nak pertahankan perkara ini.Dah..LIZ tak layak digelar 'Yang Berhormat'.Dia dah tak boleh dihormati lagi. kemaluannya dah terkeluar.terdedah. Yang gila-gila mempertahankan dia ni Apa menatangnya..
Soalan2 yg belum terjawab ATAU MEMANG TAK AKAN ADA SAPA BERANI JAWAB
a) Kerajaan mana yg bg tanah pulau pada Cina PAP?
b) Kerajaan mana yg benarkan Cina jadi KM walaupun Umno
majoriti di DUN dulu (2004)?
c) Kerajaan mana yg gadaikan tanah2 Melayu di Pulau Pinang?
d) Kerajaan mana yg jual tanah kepada Cina S'pore di Johor tak
lama lagi?
e) Kerajaan mana yg bagi Genting Highland pada tokeh Cina?
f) Kerajaan mana yg bg Pangkor Laut pada tokeh Cina?
g) Kerajaan mana yg bg Bukit Bintang kat tokeh Cina?
h) Kerajaan mana yg benarkan majoriti kawasan2 perumahan
baru (FREEHOLD) di bandar2, 90% pembeli adalah org2 Cina?
i) Kerajaan mana yg hanya melihat majoriti Melayu/Islam
hanya mampu memiliki flat2 dan pangsapuri2 murah?
j) Kerajaan mana yg hanya melihat, majoriti eksekutif2 dan
pengurus2 di syarikat multi-nasional dimonopoli 90% oleh
org2 Cina?
k) KERAJAAN MANA YANG KERJA DIA SELAMA 52 TAHUN
HANYALAH UNTUK MENIPU ORANG2 MELAYU DGN ISU2
PERKAUMAN DAN KETUANAN MELAYU TETAPI MELAYU TETAP
HAPRAK DAN BODOH.....................
Anakwatan tanya apa yang telah dibuat oleh kerajaan PR pada 10 bulan pertama menubuhkan kerajaan. Kalau nak dijawab mestilah membezakan hasil yang tercapai pada 10 bulan pertama setelah membentuk kerajaan dengan 10 bulan pertama kerajaan Perikatan membentuk kerajaan selepas merdeka. Aku rasa selepas bulan pertama kerajaan perikatan membentuk kerajaan rakyat dan termasuk raja-raja Melayu masih blurr dengan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan yang dibawa masuk oleh UMNO. Tak payah padankan dengan pembangunan material yang telah dibuat oleh kerajaan perikatan, mungkin takda apa2 pun. Tapi tak sampai 10 tahun, negara yang sudah bertambah besar terus menjadi kecoh dengan peristiwa 13 Mei. Kerajaan PR dalam masa 10 tahun saja telah menyedarkan rakyat tentang hak-hak mereka dan dalam masa 10 saja seleapsa pembangkang membuat bising, raja Melayu pun sudah berani menyatakan perasaan mereka melalui kenyataan dan sbgnya walaupun kekebalan mereka sudah diragut oleh UMNO dalam tahun 1993. Kejayaan kerajaan PR ini tidak boleh diukur dengan wang ringgit dan berapa tingginya bangunan dan berapa panjangnya lebuhraya dan kejayaan ini tidak akan dapat ditandingi oleh kerajaan BN selagi pemimpin mereka menganggap kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka itu dianggap mencabar dan derhaka kepada kerajaan dan raja-raja.
Anakwatan tanya apa yang telah dibuat oleh kerajaan PR pada 10 bulan pertama menubuhkan kerajaan. Kalau nak dijawab mestilah membezakan hasil yang tercapai pada 10 bulan pertama setelah membentuk kerajaan dengan 10 bulan pertama kerajaan Perikatan membentuk kerajaan selepas merdeka. Aku rasa selepas 10 bulan pertama kerajaan perikatan membentuk kerajaan rakyat dan termasuk raja-raja Melayu masih blurr dengan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan yang dibawa masuk oleh UMNO. Tak payah padankan dengan pembangunan material yang telah dibuat oleh kerajaan perikatan, mungkin takda apa2 pun. Tapi tak sampai 10 tahun, negara yang sudah bertambah besar terus menjadi kecoh dengan peristiwa 13 Mei. Kerajaan PR dalam masa 10 tahun saja telah menyedarkan rakyat tentang hak-hak mereka dan dalam masa 10 saja seleapsa pembangkang membuat bising, raja Melayu pun sudah berani menyatakan perasaan mereka melalui kenyataan dan sbgnya walaupun kekebalan mereka sudah diragut oleh UMNO dalam tahun 1993. Kejayaan kerajaan PR ini tidak boleh diukur dengan wang ringgit dan berapa tingginya bangunan dan berapa panjangnya lebuhraya dan kejayaan ini tidak akan dapat ditandingi oleh kerajaan BN selagi pemimpin mereka menganggap kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka itu dianggap mencabar dan derhaka kepada kerajaan dan raja-raja.
yusof dan mr jgn la nak putar belit... cerita
apa yag yusof bodoh bangang nak kira 10 bulan kerajaan selepas merdeka konon.....
apa punya bangang jawapan kau tu yusof...
aku nak kau cerita apa kebaikan pakatan rebah kau tu dah buat sejak ambil alih perak, selangor, kedah dan penang... bukan compare dgn BN
tu pasal anwar aljubori tu kau mr dan yusof sila lah jawab....
jgn jadi bacul tak berani jawab...
nak cover malu cerita lagi keburukan BN..
aku nak kau cerita apa kebaikan pakatan rebah kau tu dah buat sejak ambil alih perak, selangor, kedah dan penang... bukan compare dgn BN...
ADA PAHAM....
bicara tuan-tuan buang masa sahaja. saya kira mindset you all dah tak lut sinar.Bicaralah secara terbuka.jangan emosi.Profesyional dan akademik sikit.
Jangan kutuk BN kerana sepanjang pemerintahan BN tidak ada yang mati kebulur. Yang kebulur hanya pemalas.
Bumi kita ni campak batang ubi kayu,tak payah timbus pun boleh hidup. Pergi buang air besar ditanah lapang mana2 pun kalau makan jambu,jambu boleh tumbuh.Bantuan kerajaan sentiasa ada.Apa lagi nak disoalkan.
Cuma kita perlu ada pembakang yang baik.menegur serta kemukakan cadangan.baru ada balance.Ni tahu maki je..Samalah kalau BN jadi pembakang besok praktik lah menegur dengan cara yang baik,berhemah dan seumpamanya.
Ini semua mahu tunjuk garang.Emosi tak rasional langsung. akhirnya rakyat menjadi mangsa.
Israel akan menguasai Malaysia melalui Singapura.
UMNO telah “menjual” Johor melalui Wilayah Pembangunan Iskandar apabila menerima Singapura sebagai pelabur utama. Sejarah Batu Putih dijangka berulang! Singapura sangat dipengaruhi Yahudi dan ketenteraan Singapura dlatih sendiri oleh Yahudi. Mereka yang berada dalam bidang ketenteraan boleh mengesahkan hal ini.
Kerjasama UMNO – Singapura – Israel ini boleh dilihat dengan mudah:
1. Pemimpin UMNO membuat kenyataan bahawa kehilangan kedaulatan Pulau Batu Putih merupakan satu win-win situation.
2. UMNO cuba menjual Malaysia kepada Singapura dengan projek kerjasama landasan keretapi antara Malaysia-Singapura. Dari sudut undang-undang, Singapura selaku pelabur utama akan berhak ke atas infrastruktur landasan tersebut yang meliputi satu Malaysia. Cubaan UMNO gagal berikutan bantahan kuat dari rakyat.
3. UMNO mengiktiraf Fatah yang disenangi Israel dan enggan mengiktiraf Hamas yang mempertahankan Palestin dan merupakan kerajaan yang sah di Palestin.
4. Lee Kuan Yew sendiri pernah membuat kenyataan bahawa beliau tidak selesa dengan Anwar Ibrahim. Ini kerana Anwar dilihat sebagai lebih bijak dalam menghadapi Singapura berbanding Najib dan Pak Lah.
5. Wilayah Pembangunan Iskandar akan mengakibatkan orang Melayu hilang tanah mereka apabila tanah-tanah tersebut akan dijual kepada orang Singapura dengan harga yang mahal. Ini tidak pelik berikuta kemelesatan ekonomi global.
6. Wakil Singapura iaitu KJ sentiasa memperjuangkan kepentingan Singapura. Selaku pelajar dari Singapura yang lahir di Kuwait, cukup melucukan apabila KJ cuba menampilkan diri sebagai hero Melayu. Sikapnya yang selalu bermain api perkauman tidak menjadi isu bagi penyokong UMNO yang dulu, kini dan selamanya bersama UMNO.
7. Singapura yang terkenal dengan penguasaan kuat pihak kerajaan ke atas rakyatnya memang tidak selesa dengan pembangkang. Di Singapura, internet dikawal sepenuhnya dan web seperti ini confirm akan diblock dan pemiliknya dipenjara! UMNO tidak dapat berbuat begitu kerana terikat dengan perjanjian MSC di mana Malaysia memberi jaminan kepada pelabur asing tidak akan menyekat internet..
Pakatan Rakyat bertarung di Perak, orang UMNO Johor pula yang terlopong apabila hilang Batu Putih dan Wilayah Pembangunan Iskandar. Dunia yang lucu……
Terkadang aku konfius ANAKWATAN ke ANAKSETAN...
mentaliti kelas 3 memang mudah konfius!!!dan dikonfiuskan.Cakap bergegar-gegar, berak atas gelegar.
jgn pandai cakap BN aje mr...
pasal anwar tu kenapa kau tak komen...
piraaahhh...
sritrinbuana kau cakap kat aku atau kat mr...
STRATEGI PERTAMA
KEKALUTAN BERMULA LAGI. ISU DIVERT DIMAINKAN ANWAR KALI KE 2.KALAU DULU RAKYAT MALAYSIA DIBODOHKAN OLEH ANWAR DENGAN CIPTAAN 'KERAJAAN 16 SEPT' YANG SEBENARNYA ALASAN MENGALIH CABARAN SAIFUL KEPADA ANWAR UNTUK BERSUMPAH LAHANAT.
KINI ANWAR BERMAIN WAYANG SEKALI LAGI. ANWAR AKUI DIA TIDAK BOLEH LAGI MEMAINKAN ISU 16 SEPT KERANA SUDAH TIADA KREDIBILITINYA, ISU PERAK PULA DIMAINKAN.
ANWAR MENGINTAI PELUANG. ADUN BOTA KECEWA DAN HARI INI 7 ADUN UMNO PUN DIHUBUNGI ANWAR UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN PKR YANG BARU. PADA MASA YANG SAMA ANWAR MELALAIKAN PIMPINAN PAS TERHADAP SKOP YANG KECIL INI(mengurangkan suara2 sumbang dr pas yang yakin anwar peliwat), DEMI MENGALIH PERHATIAN KEPADA SATU TARIKH YANG BESAR FERBRUARI NANTI, IAITU TARIKH PERHITUNGAN BELIAU DAN SAIFUL ,IAITU FEBRUARI 2009.
STRATEGI BERIKUTNYA..............
ia bermula di sini, di pejabat menteri besar negeri perak. di situ ada terletak seorang manusia bernama ir nizar jamaludin. walaupun dia seorng ir, namun taraf akal nya kurang sedikit daripada seekor lembu. bodohnya bagai manusia yang melanggar sunah nabi, yang melarang umatnya memakan semut dan tidur selepas asar. dalam hadis ada memberitahu agar kita jangan sekali-kali tidur selepas asar dan makan banyak semut kerana ia mendatangkan sifat bodoh dalam darjah yang paling tinggi.
ir nizar telah melanggar aturan hadis nabi saw ini walaupun dia seorang pas. jelas dan nyata pas tidak tahu basic islam. mungkin ramai melayu yang akui kenyataan gap ini bahawa pas ini memangnya sudah menyimpang jauh dari perjuangan asalnya dan KITA KENA MEMAHAMI SATU FAKTA PENTING BAHAWA PAS ITU TIDAK 'MEWAKILI KITA' DALAM URUSAN ISLAM.
selepas punca maka pasti ada tindakan. anwar bin ibrahim adalah mahamunafik paling besar dala sejarah islam, menduduki tangga ke 2 dibelakang abu jahal. munafik bermaksud berpura-pura dalam keputusan hidupnya. munafik lebih berbahaya daripada kafir dan ia terbukti dalam konteks bilangan surah al-munafikun ia lebih banyak bilangan surahnya daripada surah al-kafirun !
bila manusia yang statusnya seperti 'kera mendapat bunga' wujud dalam pakatan seperti mb perak nizar, maka anwar yang dari dulu mempunyai skill menjatuhkan orang demi kepentingannya mulai bertindak.
samalah game politik nya menghancurkan yahya sahri bekas pembantu khas kalid ibrahim tempoh hari. kesilapan yahya sahri hanya pada sekeping 'letter head' kerajaan negeri selangor dalam kes sambutan 100 hari pakatan memerintah.yahya sahri dicantas dan digantikan dengan nik nazmi (adun dan bekas budak kopi anwar sebelum election). nik nazmi merupakan 'mata dan telinga' anwar di pejabat suk selangor.
kini mb kalid ibrahim punyai masalah besar, gara-gara lembu korban. siapa dalang di sebalik keluarnya cerita ini ? tepuk dada tanya iman. dengan 'bakal terkeluar' nya kalid ibrahim maka akan masuklah 'orang-orang' anwar yang tulen menguasai kerajaan negeri. azmin ali dengar kabarnya sedang berkemas.
kenapa kalid ibrahim perlu dikorbankan ? kerana musuh ketat kumpulan erdogan iaitu kumpulan hj hadi sudah menguasai pimpinan pas negeri. orang anwar dalam pas iaitu kalid(sakit jiwa) samad dan saari sungib sudah mati dicantas tahun lepas. anwar sudah tempang dalam kumpulan pas selangor. maka dengan perlantikan azmin nanti maka akan ada satu rombakan besar exco-exco kerajaan negeri dan pastinya hassan ali akan jadi mangsa pertama ditendang keluar untuk memudahkan azmin memasukkan group-group baru erdogan pas bekerjasama dengan azmin..
berita sudah tersebar di kalangan pemimpin pas akan kenyataan anwar yang 'tidak berapa' suka dengan kemenangan wahid endut. cerita ini membuatkan mereka mulai angguk tanda faham akan muslihat anwar. anwar sebenarnya hanya menggunakan mereka sebagai batu loncatan untuk dengan seberapa segera menguasai negara.
samalah insiden pada 1993. anwar menggunakan faktor 'melayu baru' dan 'team wawasan' untuk membawa persepsi perubahan baru dalam umno. mangsanya arwah tun ghafar dan matlamatnya menghancurkan dr mahathir pada pemilihan 1999.
HARI INI ANWAR SUDAH MENGHUBUNGI 7 ADUN PERAK UNTUK MENCATUR MATLAMAT MENGUASAI KERAJAAN NEGERI. MB PERAK DARI PAS AKAN DITENDANG KELUAR DAN DAP AKAN HILANG 'ANJING SURUHAN'. antara game plan anwar mengatur strategi begini kerana mahu mengembalikan kepercayaan 'orang melayu' yang sudah hilang untuk kembali menyokong pakatan dan pkr terutamanya.nizar antara player yang membuat onar.
anwar tidak mahu kehilangan pengundi melayu seperti yang telah terbukti di peti undi wakaf mempelam. melayu selama 5 penggal mengundi pas, dek kerana kesialan pemimpin PR merosakkan nasib islam dan bangsa, pengundi peti undi wakaf mempelam telah mengundi UMNO. anwar sudah membaca signal ini maka sesuatu yang drastik perlu dilakukan, walaupun ianya akan menikam pas sendiri !
anwar juga sudah mengetahui signal berikutnya, pengarah-pengarah besar dalam malaysiakini sudah berpecah dua. satu kumpulan menyokong anwar dan satu kumpulan menyokong dasar awal penubuhan iaitu bertindak neutral. tapi anwar cekap mengubat luka walaupun ubatnya tidak semestinya membawa sembuh. malaysiakini kini dibiayai oleh dato soh chee wen. berjuta wang di 'pam' masuk kedalam pengurusan namun ianya masih tidak dapat mengubat luka mereka. SALES DAN RATING MALAYSIAKINI semakin jatuh dan portal baru yang berpangkalan di singapura iaitu MALAYSIAN INSIDER sudah mengambil alih kedudukan web politik popular. siapa di belakang MALAYSIAN INSIDER,nanti gap cerita... anwar sebenarnya dalam ketakutan.
kenapa takut ? kerana ada satu 'pihak besar' di seberang sana sudah mula menagih janji. mana 16 september ? wang sudah dilabur namun pulangannya masih tidak menampakkan hasil. apa yang dijanjikan ? dengar kabar 'LALUAN SELAT MELAKA' akan menjadi bahan gadaian yang selama ini tunku,razak,hussein dan mahatir cukup pertahankan. apa yang penting sangat laluan selat melaka, tiada lain kerana ia bakal dijadikan pengkalan tentera amarikaan. bukan itu sahaja, ia juga menjadi laluan 2/3 perdagangan ekonomi dunia(itu adalah sasaran yahudi,menguasai laluan perdagangan penting dunia di sebelah TIMUR).
balik kepada politik dalaman. husam musa di arah untuk melanggar hj hadi.wang bukan persoalan kerana percaturan anwar lebih berkepentingan. bila perak beralih tangan maka secara total PKR memainkan peranan.
anwar juga sudah tahu akan kegusaran pihak istana. ketuanan rakyat itu sambungan rancangan sialan malayan union. menghapuskan hak istimewa melayu dan akhirnya kedaulatan raja-raja. raja nazrin sudah 'memberi hint' sebanyak dua kali..dengar kabar kalau ia masuk kali ketiga..maka ....................................
ANWAR SUDAH KESUNTUKAN MASA !maka perak perlukan perubahan kuasa kononnya untuk mengembalikan semula kepercayaan raja ! maaf sebut banyak kali, tolong jangan percaya ini pemimpin durjana !
SEBENARNYA ANWAR CUBA DIVERT ISU YANG LEBIH PENTING DARIPADA ISU DI PERAK. DULU WAKTU SAIFUL BERSUMPAH LAKNAT ANWAR DIVERT ISU KEPADA MOMOKAN '16 SEPT'. KINI TARIKH PERHITUNGAN ANWAR DAN SAIFUL MUNCUL KEMBALI DAN SEKALI LAGI ANWAR DIVERT ISU INI AWAL-AWAL KEPADA CERITA DI PERAK ! ANWAR ANWAR..KALI INI KAU KANTOI !
Tanya orang USM, dalam awal tahun 80's, mungkin 1981, ayahdan Raja Nazrin semasa membuat udapan pidato selepas di anugrahkan gelaran kehormat, "sekiranya raja-raja Melayu gagal menjalankan fungsi mereka, akhirnya mereka hanya layak berada di muzium budaya". Ini bukan ciptaan, tapi kata-kata dari Paduka Raja Azlan Shah sendiri.
Tanya orang USM, dalam awal tahun 80's, mungkin 1981, ayahdan Raja Nazrin semasa membuat udapan pidato selepas di anugrahkan gelaran doktor kehormat, "sekiranya raja-raja Melayu gagal menjalankan fungsi mereka, akhirnya mereka hanya layak berada di muzium budaya". Ini bukan ciptaan, tapi kata-kata dari Paduka Raja Azlan Shah sendiri. Hanya 50 tahun kita melihat manusia Melayu berpendidikan tinggi dari berbagai kalangan dan jika dari kalangan raja-raja lebih tinggilah dari saiz fizikalnya ( character bigger than size ), tapi kita masih lagi mencari-cari siapakah manusia Melayu yang betul-betul berhemah dan boleh membuat keputusan yang betul-betul bijaksana.
Ku tujukan bukan pada anakwatan atau anaksetan. pada Mr..biaq dia kencing dalam tempurung dulu.Kamu pun sama..kaki bodek.!! UMNO akan mampus kalau ramai macam kamu.
kau nie pun bodoh jugak sritribuana...
aku tak membodek sesapa.... aku tak dapat apa....
aku cuma bagitau yg betul sahaja....
adakah si yusof kutuk org BN aku melenting... aku pun tak suka org BN yg tak betui...
tapi aku heran kenapa si yusof dan mr bermati matian nak menyelamatkan anwar al jubori tu...
kalau nak pilih org bersih kan Hadi Awang ada....
Menurut sumber dari sahabat abe MIE yang bertugas di Bukit Aman (bahagian terpaksa dirahsiakan)- berjawatan ASP dan pernah menjadi 'Assistant' Ketua Balai (selangor)- mengenai kes Elizabeth.
Beberapa soalan TIDAK dijawab oleh Eliza sebaliknya dia menunjukkan rasa simpati dengan menangis tersedu-sedu.
KENAPA DAN APA MOTIF?
1. Siapa lagi lelaki yang terlibat dalam kes ini selain Helmi?
Kenapa anda (merujuk kepada Eliza) mengambil Helmi menjadi teman (tapi mesra-ayat abe MIE jea)?
2. Kenapa Helmi mahu mendedahkan gambar itu kepada khalayak umum?
3. Adakah anda menjadikan Helmi sebagai gigolo? Berapa kali anda melakukannya (seks)?
4. Kejadian ini berlaku sebelum anda menjadi wakil rakyat (8 Mac 2008) lagi, bererti anda telah melakukan 'perkara yang tidak bermoral' sekian lama.
5. Adakah anda mempunyai simpanan gambar lain bersama Helmi dan orang lain?
6. Anda melakukan di rumah, selain itu di mana pernah anda adakan hubungan seks?
PADA HEMAH Abe MIE
1. Adakah Helmi merupakan gigolo kepada Eliza selama ini? PAS- abe MIE nak tanya Nik Aziz dan Hussam Musa, apakah Helmi perlu dikenakan hukum hudud sekiranya dia mengaku pernah dan ada melakukan hubungan seks dengan Eliza.
PAS- adakah Helmi terlepas dari Hukuman oleh kerana dia orang PKR dan Eliza juga YB PKR? (Sekiranya perkara yang sama berlaku pada YB dari BN, orang sebegini layak disula, kenapa tidak pada YB Pakatan?)
Adakah ini dakwah PAS selain menghina Mufti Dato Khairussani?
2. Adakah pendedahan ini membuktikan Eliza pernah mengadakan hubungan sulit dengan beberapa lelaki lain? Sebelum dan selepas Helmi?
Dari sumber yang belum pasti, Tian Chua juga dikatakan mempunyai 'syer' dengan Eliza. Banyak kali dan kerap kali termasuk di Taiwan baru-baru ini tanpa pengetahuan ahli Pakatan lain!!
Tian Chua dikatakan menyuruh Eliza meletak jawatan supaya kesnya dapat DITAMATKAN dan mencuci nama baik PKR.
Jika Eliza enggan, dia( Tian) dan beberapa lelaki Cina lain akan menjadi buruan kepada siasatan polis nanti.
Difahamkan, lelaki itu juga dari DAP. Siapa? Eliza tidak menjawab soalan dikemukakan.
3. Adakah Eliza mempunya ramai 'anak ayam'? Helmi hanya gigolo murahan saja untuk memuaskan nafsu Eliza.
4. Menurut siasatan terawal Bukit Aman (menjadi rahsia-tidak pasti akan didedahkan atau tidak), Eliza diugut oleh Helmi-berupa wang dan material seperti kereta, rumah dan perbelanjaan harian-namun dia tidak mahu membayar khidmat yang diberikan oleh Helmi menyebabkan Helmi naik berang.
Pada mulanya Helmi hanya mengungut untuk mendedahkan mengenai Eliza-dan tetapi Helmi juga mengetahui siapa lelaki simpanan sebelum dan selepas dirinya.
5. Polis juga perlu bekerjasama dengan pihak Imegresyen- melihat pasport perjalanan Eliza ke luar negeri bersama Helmi dan lelaki lain.
Eliza pernah pergi ke 'beberapa pulau' terkenal di Thailand untuk mencari 'anak ayam'? atau pelacur lelaki?
6. Kenapa Anwar Ibrahim menuduh kospirasi Eliza perbuatan BN? Kenapa Anwar masih mahukan Eliza menjadi wakil rakyat? Layak kah dia menerajui ADUN atau kerajaan Negeri Selangor?
Adakah Anwar mahukan pemimpin yang rendah moral menerajui negara akan datang termasuk dirinya sendiri?
Adakah Pakatan layak membawa slogan- ke arah Malaysia bersih, tidak berasuah dan bermoral?
7. Eliza- bolehkan dijadikan model wanita terutamanya Andartu dalam kehidupan seharian?
Tindakan Eliza yang memberitahu- saya tidak menyesal dengan diri saya (kerana tidak berkahwin) dan perbuatan saya (melakukan seks bebas) tidak menjadi kesalahan mengikut undang-undang.... adakah Mahkamah Rakyat akan menentukan yang Eliza tidak bersalah mengeluarkan kenyataan songsang?
Soalan abe MIE ke-2, kenapa PAS diam dan sanggup mencampakkan diri ke lembah maksiat semata-mata melindungi dosa Eliza?
8. Kenapa perlu simpati kepada moraliti Eliza? Adakah kerana dia perempuan, semua orang perlu menyokongnya?
Kenapa tidak dihukum mengikut perundangan yang sedia ada? Adakah air mata mampu 'hapus dosa' Eliza terdahulu?
9. Menurut Bukit Aman, mereka terpaksa merahsiakan beberapa perkara bagi memastikan maruah Eliza tidak dihina.
Bagi abe MIE- siapa yang menghina dia?
Eliza yang menghina diri sendiri bukannya orang lain.
10. Menurut sumber yang sama-DUA gambar yang disebarkan di internet itu sebenarnya dan menerangkan tentang perihal -
Dicatat oleh TAIPINGMALI di 2/19/2009 01:09:00 AM
AnakWatam, kamu tahu tak UMNO itu adalah syurga bagi pemimpin korup.Ahli-ahlinya ramai,tak semua tapi majoriti bagaikan lembu kerikil.Hidung ditindik punggung dibantai.
Ini musim pemilihan,berbagai taktik dan pendekatan utk merasuahkan perwakilan supaya pilih para A.B.D.U.L (angkatan Buaya Darat Udara Dan Laut)jadi pemimpin,agar tidak dapat dikesan oleh SPRM.Mereka ni Pro dalam membuat perkara begini.Yang kuat merasuahkan ahli ialah mereka yang kuat nganga benci rasuah.Tapi mereka lah yang mencipta berbagai taktik licin dan licik merasuah dan makan rasuah.
Tak malu ke kau punyai pemimpin macam Mike Tyson; raja dan anak raja pun ditipu.Inikan pula kaum kerabat kamu dari rakyat jembel.Bawa lari pitih berjuta kat Australia.Dari mana tu semua.Mahkamah Australia membebaskan beliau kononnya atas alasan Mike Tyson tak tahu baca orangputih.Kat negara ni,jumpa kawan-kawan cakap orang putih mahir pulak.Tengok!mahkamah orang putih pun dia tipu.Habis tu si melayu yang tak akan hilang didunia yang bodoh ini tentunya 'chicken je' bagi dia.
Satu lagi item kitar semula dalam UMNO,RTC????Jumpa Puteri mesti cium tangan.Mata jadi galak.Tetek pun warna pink lagi.Siapa lagi nak bela mereka kalau tidak item-item 'kitar semula' ini.
Ada juga yang ajak pi dating nun jauh-jauh,Jangan ajak kawan. Seks pun mau juga baru boleh tolong.Puteri-puteri yang tidak hilang akal ni tidak lapur polis.malu lah.tapi mereka cerita pada kawan-kawan.Kawan-kawan cerita pada kawan-kawan lain.Maka jadilah cerita penglipurlara.
Setiausaha Agung siapa tak kenal...O serabut...
AnakWatan, mu kata mu beci pada pemimpin yang tak betui..Kenapa mu tak ketuk habis=habisan dorang ni..Ni duk ketuk Anwar je. Biaq pi la dia..Laknatullah menanti beliau kalau sumpah mangsa itu betul.Allah akan bayar kat dia secara instalmen@ansuran bulanan.Macam beli proton je.
Mu kena kutuk pemimpin UMNO yang tak betul sebab mereka ni akan jaga negara termasuk mu dan aku.kalau runtuh langit dek murka Allah,bukan jatuh atas kepala mereka je..atas kepala mu dan aku pun kena.kalau mu pondan tak ada anak tak pe la,tapi aku dan kawan-kawan lain ada zuriat sebab aku main jalan betul bukan main belakang.
sritibuana.... aku tak pernah kata aku sokong org UMNO yg korup...
tapi aku heran tgk kau mr dan yusof bermati matian backing anwar aljubori tu kenapa....
apa dia tak ada salah laku ke...
BANYAKKKKKK... masa dalam UMNO pun BANYAKKKKK...
kalau kau nakkan pemimpin yg bersih kenapa tak pilih Hadi Awang...
lagi satu kau asyik cakap busuk org MELAYU UMNO aje kenapa...
apa cina dan keling dalam mca dan mic tu bagus sangat ker.... mereka tu SAINT ke...
itulah kalau dah bodoh sombong...
rasa pandai sendiri...
AnakWatan...patutlah yusof konfius dengan kamu.Fail matapelajaran Bahasa rupanya.Kefahaman dapat sifar ke? Aku setuju kamu tak sokong yang korup.Cuma kenapa kamu tak usik mereka.kutuklah macam kau kutuk anwar.Jangan pilih kasih.
Aku pun jijik tengok anwar yang macam-macam masalahnya tu..Bila pulak aku pertahankan Anwar habis-habisan.
Yusof,mu belajar sampai tingkatan berapa? Tu la masa sekolah dulu orang lain belajar dalam kelas,kamu dok gigit getah pemadam.Habis sekolah orang lain dapat ilmu kamu nahi-nahi,elek-elek ilmu.
Baca ni.Tak faham tanya kawan yang dapat nombor satu kat sekolah dulu.Jangan tanya geng gigit pemadam pulak.
1. Kedudukan Melayu, Cina dan India sebelum merdeka?
Prof Khoo berpendapat, British tidak pernah berniat untuk 'pecah' dan 'perintah' (pada kajian beliaulah), tetapi penduduk Melayu, Cina dan India sebenarnya gemar memencil diri dan ingin mengamalkan perpecahan masing-masing (tidak bersatu). Akan tetapi, sebenarnya British lebih mengiktiraf Melayu sebagai warga asal Malaya. Kalaulah Cina atau India membuat salah, mereka akan dihantar pulang oleh British ke Negara China atau India, tetapi bila Melayu bersalah mereka hanya dibuang daerah, bukan dihantar ke Indon...
2. Melayu dianggap tuan di negara ini.
Ini adalah sebenarnya telah termaktub didalam perlembagaan. Sebab itu majlis Raja-raja terdiri hanya daripada orang-orang Melayu. Maka, Kaum Melayu sebenarnya telah 'dipertuan'kan oleh semua bangsa didalam Malaysia ini (seperti dalam kes Yang Dipertuan Agong). Maka, hak-hak istemewa Melayu tidak wajar disangsikan.
Yusof!,P.Ramlee kata "kecil-kecil tak nak mampus,dah besar menyusahkan orang je"
Aku tidak redha dan haramkan dunia & akhirat walau sesenpun gaji/elaun PM, TPM, Menteri2 & Pegawai2 Kerajaan sekiranya mereka tidak amanah dan menyalahgunakan duit aku melalui EPF, ASB, LHDN dan sebagainya.... melainkan mereka2 ini bertaubat dgn Taubat Nasuha..
Bagus la tu Mr...You sendiri ada terambil hak orang tak?Hutang manusia dah bayar semua?Jualbeli halal ke tak?Kalau kerja masa pergi dan balik tepat tak.
Asyik dok jaga hal orang hak kita tu jaga baik-baik.Gaji pun mahu bersih...
Ah satu lagi yusof...income tax tak tipu ke?
aisay..sori yusof..aku nak tuju ke Mr.
income Tax tak tipu ke? nanti pembayar lain yang betul tak halal macam kamu gak.
so far alhamdulillah,
Aku declare ikut LHDN punya undang2 tubuh...
Zakat pendapatan & harta pon aku bayar...
Harapan aku dengan conribution aku yang tak seberapa ni dapat diagih2kan kepada golongan2 yang berhak menerimanya & digunakan sebaiknya utk pengurusan negara yg tercinta ini..
haram mutalak ...
haram mutagih....
haram pada yg tak nak
halal pada yg menagih...
sebab tu PAS cakap UMNO kafir sebab bersekongkol dgn MCA dan MIC...
tapi heran aku bila PAS sekarang menghalalkan parti PAS bersekongkol dengan DAP yg terang terang menolak negara ISLAM dan bersekongkol dgn kaki liwat...
boleh pulak tu.... nie mazhab mana plak nie...
mungkin sritribuana .. nama pun susah nak sebut... mesti kuat belit jugak orangnya nie...
boleh jawap
AnakWatan,
kalau kita mengaku ISLAM dengan mengucap 2 kalimah syadah. Wajib kita mengikut & fahami Rukun Islam & Iman.
Allah swt mewajibkan kita mengurus & mentadbir kehidupan seharian kita(dari rumah sehinggalah keperingkat negara)dengan berpandukan Al-Quran & Hadis.
Maknanya, kalau kita majoritinya islam dan majoriti pemimpin2 kita juga majoritinya islam. Maka,Pentadbiran Negara wajib ikut Undang2 Islam yg berpandukan Al-Quran & Hadis. Itu hukum Allah swt dan amanah kepada umat islam.
Jangan terasa hati kalau orang kata kita kafir, kerana cara hidup, makan minum, akhlak, cara pentadbiran & pengurusan ekonomi negara mengikut cara orang kafir.. Diburukkan lagi bila terbukti ada dikalangan pembesar2(khalifah) kita terlibat dengan pelbagai skandal rasuah, minum arak, perempuan, sex, pecah amanah dan sbgnya. Dan kebanyakannya melibatkan pembesar2(Khalifah) yg beragama islam yang kita pilih melalui kertas undi kita.
Dan perlu diingat, semangat Kekauman(asabiyah) amat ditentang dalam islam. Sebab islam itu tidak diturunkan hanya kepada sesuatu kaum sahaja..
Tenangkan fikiran, buka minda... renungkan la...
Ini salah satu bukti yang tersembunyi...
http://www.tranungkite.net/v8/gambar/01_sikap_umno.jpg
Pemimpin(umarak) menzalimi rakyat, ulamak & menentang hukum Allah swt..
Sama la tu..Macam Bank Islam,Penyimpannya bukan islam pun ada.Pas pun sama. Tidak boleh buat tauladan langsung.Hipokrit kuat.Mat Sabu dengan kes khalwat dulu pun boleh menang naib ketua.DAP dan Karpal Singh pun boleh bersekutu.you lagi teruk daripada Black Metal..Mental-Block..samalah dengan bullock.
AnakWatan...nasib baik sritribuana bukan sritribuaya macam pemimin-pemimpin parti politik idola kamu tu..
Kamu pun nasib baik nama AnakWatan tidak AnakMenatang macam dalam Zoo.Aku pun simpati dengan mu. Dari UMNO masuk Adil.Dari Adil nak masuk UMNO.
Kalau kamu frust dengan manusia maka kamu nak lompat-melompat akhirnya kamu ni kalau bawa ke kedai pajak pun kena halau.Tak laku gadai.
Kamu masuk PAS ke,UMNO ke,Adil Ke,DAP ke..Semuannya ada manusia.Tidak dapat lari dengan kerenah manusia.Kecuali masuk jadi ahli dalam zooo...
What say you?
Sebelum kira income tax, kira dari mana sumber pendapatan, kata Tok Guru Nik Aziz, Mahathir mengekalkan kuasa sebagai PM secara haram selepas UMNO menjadi pertubuhan haram, kemudian kuasa haram itu dipindahkan kepada pertubuhan baru yang dinamakan UMNO Baru yang terus menggunakan tipu muslihat untuk mengekalkan kuasa sehingga kini belum ada proses pemutihan secara bebas untuk mengesahkan kuasa dalam parti baru ini walau pun sudah beberapa kali diadakan PR dan dengan kuasa haram itu UMNO memberi makan orang-orang Melayu. Jadi tapat gaji haram dan bayar income tax pun dengan duit haram. Sebab itu aku rasa mengapa ekonomi orang Melayu sentiasa terumbang ambing. Nasib baik aku keluar dari perkhidmatan kerajaan sejak 1988 lagi.
You keluar ke minta option?Bila you dapat hidayat ? ke kena buang kerja atau dinasihat untuk berhenti..Anak-anak sekolah kt mana?Sekolah haram ke.?Buku teks yang haram tu pun ambik ke?Biasiswa dari duit haram ambik tak.? I'm sorry..Curious je.!! kata orang putih..curiousity kills a cat.What say you?
Allahualam.
Anak-anak aku tidak pernah mendapat pendidikan sek keb,semasa menjadi AJK PIBG di sekolah swasta ini, kami ibu bapa sama menyokong sekolah ini walau pun tidak mendapat bantuan dari kerajaan atau tokey-tokey Melayu, sehingga ke universiti tempatan pun aku biayai sepenuhnya tanpa perlu mintak sedekah dengan PTPN
Subsidi minyak masak,gula,petrol dan lain2?...ke naik unta?
Masa zaman sekolah dulu camne ek?Im sorry..curious je.
Sombongnya ayat orang Pakatan Rebah ni.. Biayai sendiri..??
Selama ni nko kayuh basikal ker??
Bila la nko nak celik mata yang kerajaan dok bantu nko dari kecik
sampai sekarang ni...
Anuar tu kalau Pak Lah tak bantu sampai sekarang aku ingat dok sungai buluh lagi..
Post a Comment