Friday, February 13, 2009

Minta Ampun Kepada Sultan Perak


Syukur kerana bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat keputusan yang tepat dan waras mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar dan menyerah kembali 11 kereta rasmi (secara berperingkat) kepada kerajaan negeri.

Selepas bermuhasabah diri mungkin bekas Menteri Besar Perak ini telah diberikan petunjuk, inilah keputusan yang terbaik demi masa depan rakyat di negeri Perak. Sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agama, Nizar kena menerima inilah ketentuan Allah dan menerima qada dan qadar.

Nizar juga membuat keputusan bijak membelakangkan arahan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan meninggalkan kediaman Menteri Besar. Anwar hanya tahu membuat kacau dan menimbulkan keadaan huru hara tetapi yang mendapat nama buruk adalah Nizar.

Seperti kata Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria selain mentaati perintah Allah, mentaati pemerintah iaitu Sultan hukumnya wajib. Nizar perlu minta Ampun kepada Sultan Azlan Shah kerana keterlanjurannya.

Hati rakyat Perak terluka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah kesultanan di negeri Perak rakyat sanggup menghina dan mencerca Sultan di Istananya sendiri.

8 comments:

Mr. Lhorat said...

Cuplikan kisah ini dipetik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - Senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????

SAH... WaZiRai, ko memang BUTA SEJARAH... buat malu UMNO/BN je..

WaZiRai said...

MR - Orang-orang UMNO yang menjadi penyokong Haji Ghazali Jawi tidak pernah merusuh dan mencerca Sultan Idris Shah di perkarangan Istana walau pun tidak bersetuju dengan Sultan pada ketika itu kerana menolak perlantikan pemimpin mereka (Haji Ghazali Jawi) sebagai Menteri Besar.

Itu sejarah. Saudara jangan nak menafikan. Tulisan Mokhtar Petah tidak menyebut penyokong UMNO pada ketika itu berbaring atas jalan menghalang kenderaan Raja Muda Perak daripada memasuki kawasan Istana kerana marah kepada Sultan Idris Shah.

Tetapi hari ini penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang diimport dari luar Perak diketuai oleh orang Pas bukan sahaja berarak dan merusuh di kawasan Istana malah membaling batu ke arah kereta yang membawa Raja Muda Perak.

Walau pun Sultan Idris tidak berkenan dengan Haji Ghazali sebagai Menteri Besar tetapi Menteri Besar Perak ini tidak pernah menyuruh orang-orangnya merusuh di Istana sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat pada hari ini.

Haji Ghazali bersama penyokong-penyokongnya boleh berbuat demikian tetapi disebabkan rasa hormat ke atas Duli Tuanku,perkara aib itu tidak berlaku.

Tetapi apa yang dilakukan oleh pemimpin seperti Nizar? Beliau bukan sahaja tidak menghalang penyokong-penyokongnya merusuh di kawasan Istana malah melontarkan kata-kata biadap kepada Sultan Azlan Shah "Patik Mohon Sembah Derhaka Kepada Duli Tuanku".

Justeru itu wahai MR - bila kita hendak berhujah kaji sedalam-dalamnya hujah yang hendak dibawa itu. Kaji juga perkembangan yang berlaku pada hari ini sama ada hujah kita itu releven dengan perkembangan pada hari ini.

Satu perkara lagi bla bersaudara hendak berhujah, buka minda dan mata saudara. Jangan berfikir dalam mata dan minda yang tertutup.

yusof said...

Sdr Wazirai, tiada apa yang boleh yang dibanggakan dengan sikap manusia yang suka berpura-pura, mengangguk-angguk, pada zaman Dato Ghazali Jawai orang Melayu masih diperlakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO seperti lembu dan keldai, dipaksa hidup menurut telunjuk tanpa boleh berfikir langsung itu bukanlah sifat lemah-lembut sebenar manusia, sedangkan lembu pun kalau diketuk disepanjang masa, lama-lama mengamuk juga, inikan pula manusia. Bukan tidak peranah berlaku orang Melayu menentang raja, sampai bertumpah darah. Tapi percayalah belum tiba waktunya orang Melayu mengangkat senjata dan bertumpah darah di zaman ini masih terlalu jauh di hadapan daripada setakat melaung-melaung di tengah jalan melepaskan geram dan perasan. Zaman telah berubah, mereka tidak rela lagi diperlakukan oleh pemimpin umno seperti lembu dan keldai. Selagi mereka tidak dihenyak sesuka oleh hati oleh pihak berkuasa, maka itulah sahaja yang mampun mereka lakukan. Tapi kalau bersuara pun tak boleh, lama kelamaan perkara-perkara di luar jangkaan pun boleh berlaku. Mereka pun manusia juga seperti manusia lain di dunia ini. Apa yang dinatakan oleh Mr itu bukan setakat hujah, tapi perkara-perkara yang benar berlaku di tahun tujuhpuluhan kerana saya sendiri pernah mengikuti perkembangan tersebut. Tapi sekarang Tajol Rosli senyap sepi, bila orang umno dan pemyokong mereka menuduh nazir penderhaka, rupa-rupanya terkena batang hidung Tajol Rosli dan keluarganya sendiri. Kalau akulah di tempat Tajol Rosli, kata-kata ini seperti kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa, aku takan menunggu lama untuk meninggalkan parti hodoh ini, tak payah lompat ke parti lain, buangkan sahaja jawatan ADUN tu untuk membersihkan maruah ayahnya, biarkan umno bertungkus lumus untuk mendapatkannya semula. Sampai masa Tajol Rosli mengajar UMNO

AnakWatan said...

baguslah nizar dah insaf....

mr dan yusof bila nak insaf...


terimalah kekalahan walaupun itu pahit....

Khairi Jalalluddin said...

Nizar sepatutnya tidak mempertahankan kerajaannya sebab ramai exco DAP mengelilinginya. Lalu keputusan hanya untungkan kaum cina bukan orang Islam.

Mr. Lhorat said...

cuba link ke laman web dibawah:

http://www.tranungkite.net/v8/gambar/01_sikap_umno.jpg

cuba download gambar terlebih dahulu, kemudian besarkan agar ternampak tulisan pd surat rasmi yg berwrna ptih diatas gmbar tersebut.

Apa pendapat Tan Sri WaZiRai, AnakWatan dan rakan2 yang lain?

AnakWatan said...

gambar tak ada pun macam org pkr semasa membuat demonstrasi pada Sultan Perak...

org pkr ni bodoh tak boleh nak diajar...

sombong tak nak dgr cakap org....


buktikan apa kebaikan pakatan rebah dah buat hingga kini selepas memenangi PRU lepas...

Mr. Lhorat said...

tu gambar aksi menyodom ala UMNO tu... bingai punya olang...