Wednesday, March 28, 2007

Jawapan Kepada Sang Kelembai

Sang Kelembai: Suka juga baca tulisan orang UMNO yang dibuat dari Ibu Pejabat UMNO (berdasarkan IP) yang jadi penembak curi dalam Blogger Lahabau dan Warongkopi bila mereka menjawab tulisan Sang Kelembai. Itu satu pertanda dan menjadi bukti bahawa ahli UMNO bermula dari Presiden dan ahlinya sudah tidak berilmu, mungkin di zaman Kerajaan Tiga Beranak sahaja dan kalau diubah presidennya mungkin meningkat kembali ilmu mereka. Sama-samalah didoakan agar blogger ini menjadi anak jantan dan bukan pelacur murahan di Lorong Hj Taib. Sila kenalkan diri.
petikan http://sangkelembai2006.blogspot.com/

Dalam masyarakat demokratik, kita mahukan setiap suara didengar oleh semua lapisan masyarakat. Malangnya, dalam blog saudara, telah beberapa kali saya cuba menjawab tetapi ketidakbijaksanaan saudara yang tidak mahu keburukan saudara diketengahkan, maka tulisan saya saudara tidak siarkan.
Apa yang saudara perlu faham, perjuangan UMNO bukan untuk kepentingan diri sendiri sebaliknya ia adalah perjuangan untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Benar kata saudara, ahli-ahli UMNO memang berilmu, yang tak berilmu adalah orang yang hilang akal dan sanggup menjadi pengkhianat bangsa serta menafikan kebenaran yang ada.
Saudara juga perlu maklum bahawa doa saudara untuk mengangkat blog ini akan tercapai tetapi bukanlah sebagai pelacur murahan seperi yang saudara katakan sebaliknya blog ini akan lahir sebagai penyelamat bangsa, pejuang negara, pendukung agama dan yang lebih penting membawa kembali landasan orang-orang Melayu yang telah tergelincir.

10 comments:

spongegoat said...

sang kelembai @ dengan riaknya memperkenalkan diri sebagai zaharin mohd yassin (itupun setelah nickname nya telah diketahui umum, kalau tak sampai mati pun dia tak ngaku!)

dlm blog dia memang x blh beri komen yg negatif berkenaan diri dia... ala... mcm website pembangkang gak, setiap komen kena tapis dulu..

dlm arena politik ni sape la yg x kenal dgn zaharin.. org yang lantik diri sendiri memegang satu jawatan yg penting dlm bahagian, tp x reti pun buat keje...

cuma satu keje je yg dia blh buat..
komen org, org yg x sealiran pendapat dgn dia semua x betul...

semakin byk kita menceritakan keburukan org, makin byk org tahu keburukan kita...

zaharin mohd yasin said...

Saudara, Orang di Ibu Pejabat UMNO.

Tulislah apa yang Saudara suka terhadap saya. Saya merasakan itu adalah cabaran terbaik untok saya tulis. Biarlah apa pun yang Saudara nak kata. Saya berpegang kepada perinsip "Jangan Sampai Anjing Tak Hormat Saya" Adalah kesilapan besar jika memberi justifikasi saya tidak menjalan tugas dengan baik sebagai SetiaUsaha UMNO Bahagian. Jika Saya diperakui secara terbuka oleh Datuk Najib, Ghani Othman dan Khalil Yaakob sebagai Setiausaha UMNO Bahagian yang terbaik , siapa spongegot? nak berkata macam itu?. Cakap dengan dollah bebalwi awak tu, bila saya buat buku dalil 50 sama aruah Khalid Jefri, semua orang kata saya gila. tapi sekarang dollah jadi PM, bila anwar tersingkir dari UMNO. Kalau siapa pun diUMNO Hq ada sikap berani termasok Sdra yang menjadi penulis hantu, buat majlis kita adakan forum. Kalau blog Sdra setakat 50 orang sehari sahaja yang meninjau dah kira hebat, sama sewaktu Sdra dengan Dtk SUK itu. belum masa lagi saya nak letup perihal dia di Ibu Pejabat UMNO. jangan terlampau sangat, sebenarnya saya kenal Saudara. nak sebut nama. nanti saya sebut dan taruhkan gambar Saudara dalam blog Saya. Sdra jangan sekali membenarkan diri macam pelacur mencari Makan dibu pejabat UMNO. jawab isu, jangan jawab Zaharin gila, kaki pau dan macam-macam lagi. Saya nak bagi tahu dalam mesyuarat Perwakilan UMNO BTR, selama berjuang 36tahun dlm UMNO belum ada sebiji beras, saya beri anak saya makan dengan duit kerana UMNO. Orang cerdik tak termakan soal itu, mereka baca dan buat pertimbangan. Kena terima hakikat saya sudah berjaya memberikan pandangan alternatif terhadap Dollah Belbawi. sebab itu komen spongegoat tak disiarkan kerana menulis komen macam orang tak sehat.. Tkasih. Nak siar,siarkan lah saya berterima kasih dengan Sdra kerana Sdra berkuasa dalam Sdra macam juga saya berkuasa dalam Blog saya.

gilerpolitik said...

eh, marah benar en. zaharin... tapi kan...kalau tak sungguh orang tak kata...
perinsip saudara "Jangan Sampai Anjing Tak Hormat Saya" Adalah kesilapan besar juga... anjing tu binatang...masalahnya ramai org yang memang dah tolak saudara...

kopi_likat said...

Zaharin oh Zaharin....
Sang Kelembai oh sang Kelembai....

Melenting nampak. Kenapa ye? Panas? Jgn begitu... Hebat sgtkah prinsip ' Jangan Sampai Anjing Tak Hormat saya'?

si_merahhati said...

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab

Hadith :
Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.

Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”

Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.

Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”

(Bukhari)

gendut said...

Sang Kelembai?. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai

Dia digambarkan seorang perempuan yang hodoh, dgn bulu kening yang nipis, hidung yang leper, telinga yang besar seakan telinga gajah, gigi bertaring dan bersaiz tiga kali ganda daripada mabusia normal. Dikatakan tinggal di sepanjang sungai pahang dengan memakan pucuk daun buluh dan kadang-kala buah dan daging.

Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu.

kopi_likat said...

Wah... trima kasih si gendut, krn masukkn kisah si kelembai/gedembai. x kisah la dongeng ke tidak...

amacam zaharin? nk sumpah sesapa jd batu ker?

spongegoat said...

Silakan wahai atuk kelembai, trace identity cek ni pakai i.p jugak ker....

Sebenarnya si kelembai suka orang tulis pasal diri dia… diakan jenis yang suka menunjuk-nunjuk, kecoh tak bertempat, suka dipuji… mana tak nye bercanda dgn ‘puteri idamannya’ pun tempat yg org blh nampak… nak menunjuk la tu… tak gitu tuan kelembai…

Nampak sangat penipu… canangkan pada org dgn bangganya telah berjuang selama 36 tahun dlm UMNO tapi x pernah beri makan anak bini guna duit UMNO. PENIPU! MUNAFIK! Orang yang sealiran dgn kelembai je angguk cakap dia tu…

Betapa naifnya kelembai meletak taraf dirinya kerana takut anjing tak hormat dia. Bukan ke sang kelembai blh sumpah binatang (dengar cerita org pun blh) yang dia tak suka jd batu? Musykil ni bila dia punye prinsip"Jangan Sampai Anjing Tak Hormat Saya"

nakbiarlagi said...

Zahrin is just an UMNO member talking things out of his heart. They cant stand it, so they take away that membership.

He is not being boastful. I have not read even a sentence saying his son is filthy rich.

He simply says "hey guys.., you know what you are doing?"

NAK BIAR LAGI?

gaban said...

xde hebat pun si zahrin tu... degar degar je!