Wednesday, March 21, 2007

DBKL tangguh robohkan setinggan Kg Semarak

KUALA LUMPUR: "Saya tidak akan biarkan pak cik dan mak cik robohkan rumah kami. Tolonglah ... mana kami hendak tinggal kalau rumah kami dirobohkan.

"Itulah luahan perasaan Muhammad Fikri Abdullah, 10, ketika pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan lebih 300 buah keluarga yang menetap di Kampung Semarak mengosongkan rumah mereka, bagi membolehkan usaha merobohkan lebih 300 rumah setinggan di Kampung Semarak, Setapak, di sini, hari ini.

Ketua Masyarakat kampung berkenaan Azman Abd Majid, 62, ketika ditemui pemberita berkata usaha merobohkan rumah-rumah di kampung itu adalah berikutan cadangan membina laluan Lebuhraya Duta Ulu Kelang Expressway (DUKE) oleh sebuah konsesi lebuhraya, Kasturi Bhd.

Beliau mendakwa pihak konsesi tidak pernah berjumpa dengan manamana wakil kampung untuk membincangkan pembinaan lebuh raya itu dan adalah tidak wajar sekiranya keseluruhan kampung itu dirobohkan semata-mata untuk membina laluan lebuh raya.

Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Titiwangsa berkata adalah tidak wajar kampung itu dirobohkan dengan hanya memberi notis singkat dan tanpa memikirkan masa depan penduduk kampung.

Pada 6 Feb lepas, penduduk kampung berjaya mendapatkan injunksi daripada Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan perobohan rumah-rumah setinggan itu, tetapi pada 28 Feb, DBKL berjaya mendapat perintah mahkamah untuk merobohkan rumah-rumah berkenaan.

Tetapi difahamkan notis DBKL hanya diberikan kepada penduduk kampung pada kira-kira pukul 4.15 petang semalam, yang meminta mereka mengosongkan rumah masing-masing dengan segera.

"Secara rasionalnya apa yang kami boleh lakukan dalam waktu yang singkat, iaitu tak sampai 24 jam. Mana kami hendak tinggal sekiranya rumahrumah kami dirobohkan.

"DBKL ada menawarkan rumah di Projek Perumahaan Rakyat (PPR) Sri Semarak, di Air Panas tetapi ia hanya untuk disewa. Apa yang kami mahu ialah sebuah rumah yang akan menjadi milik kami seperti mana rumah yang kami tinggal sekarang," katanya.

Beliau berkata satu permohonan akan difailkan di Mahkamah Persekutuan, Isnin ini bagi menangguhkan pelaksanaan tindakan merobohkan rumahrumah itu oleh DBKL dan satu rundingan akan diadakan bersama pemaju lebuh raya dan pihak DBKL untuk mencari penyelesaian yang wajar.

Tinjauan Bernama di Kampung Semarak mendapati, tiga buah lori DBKL bersama lebih 50 anggota tiba di perkarangan kampung itu seawal 8 pagi dan memberi arahan kepada penduduk kampung untuk mengosongkan rumah-rumah mereka.

Namun, arahan itu tidak diendahkan oleh penduduk kampung, sebaliknya mereka membuat "rangkaian manusia" ke jalan masuk ke kampung berkenaan, sambil memegang sepanduk meminta pihak berkuasa itu berundur.

Pihak DBKL terpaksa meminta bantuan polis dan Polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan. Ketua Polis Daerah Sentul ACP K.Kumaran yang turut berada di kawasan itu berkata penduduk memberi kerjasama dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Setelah perbincangan selama sejam, akhirnya DBKL terpaksa menangguhkan arahan merobohkan rumah-rumah di Kampung Semarak.

Azman berkata pihak DBKL bersetuju mengadakan satu rundingan bersama wakil kampung dan pihak konsesi lebuh raya untuk mencari penyelesaian dalam masa terdekat."Penangguhan ini melegakan seluruh penduduk Kampung Semarak dan kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama," katanya.

Kampung Semarak, wujud sejak lebih 34 tahun lalu, dengan nama asal Kampung Relawan dan pada 1988 nama kampung itu ditukar kepada Kampung Semarak.

BERNAMA

2 comments:

badak_berendam said...

Setinggan oh setinggan... Isu setinggan tak pernah basi utk diperkatakan dimana2 shj. Soal pampasan, soal rumah, soal tak puashati... byk persoalan yg boleh diperdebatkan. Apatahlg org yg memperkatakan itu adalah penduduk setinggan.

x dinafikan wujudnya kawasan setinggan ini adlh krna keperitan sesetengah golongan yg x mmpu menyewa apthlg m’beli rumah. Maka b’mulalh episod penerokaan kwsn2 yg mereka rasakn sesuai. Namun persoalan yg timbul kini ialah sampai bl mrka mahu kekal hdup bgtu?

Yg agak m’jengkelkn, tdkkah pnduduknya m’cari jln utk meningkatkn taraf hidup stlh kian lama menetap di kawasan yg tdk perlu dibayar sewa dan cukai. Anda lbih beruntung drpd org lain yg terpaksa berhempas pulas mncari rezeki bagi melunaskan sewa rumah, duit kereta, duit pinjaman dan sebagainya.

Tiada usahakh utk m’perbaiki sistem hidup supaya dpt tinggal di tmpt yg lbh baik. Realitinya, bkn semua yg hdup susah. Krna itulah kerajaan perlu meneliti latarbelakang pnduduk yg hendak diberkn pampasan ketika mereka diarahkn keluar. Perlu ada siasatan t’perinci utk memastikn taraf hidup penduduk ini.

Sudah muak rasanya utk memperkatakn ttg isu ini. Fikir2 lah sndri...

si_merahhati said...

Allah sgt menyukai org yg berusaha utk mengubah taraf hidupnya. Drpd kurang baik kpd yg lebih baik. Siapa lagi yg akan mengubah tahap kehidupan kita kalau bukan diri kita sendiri.

Kalaulah kita sedar harta yg kita miliki bkn hak hakiki mengapa harus kita pertikaikan apabila ianya akan diambil semula oleh tuan punya harta...