jawapan kepada tulisan insan yang talam dua muka - SANG KELEMBAI@zaharin mohd yasin
Akhbar arus Perdana baru - baru ini menyiarkan betapa marahnya Khairy Jamalludin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan merangkap menantu dan pemegang saham minoriti kepada Kerajaan Tiga Beranak Berhad terhadap syarikat Khazanah Holding Berhad dan syarikat sekutunya yang dinamakan GLC atau Syarikat Kerajaan yang di perbadanankan kerana tidak hadir ke Majlis Cakap Banyak-Banyak anjuran Gabem dalam Jihad Ekonomi.
KomenKu:
Woi…tak habis-habis dengan kerajaan tiga beranak engkau. CEO GLC tidak hadir ke majlis GABEM sebab mereka mengiringi TPM ke Jepun, tapi ada wakil dari setiap GLC tu. Kalau tak tahu fakta jangan cakap nanti jadi fitnah. Sedap mulut hentam orang esok kena sumbat dek api neraka baru tahu. Jangan nak hentam Khairy lebih-lebih, buatnya ditakdirkan engkau ditimpa musibah tepi jalan, dan Khairy yang datang membantu, mana engkau nak letak muka. Time kita sihat jangan sombong dan angkuh. Sekadar pitam pun cukuplah, huru-hara diri engkau dibuatnya, kalau takde orang bantu.
Bagi yang tak tahu pasti merasakan akan hebatnya Naib Ketua ini tetapi pada bagi yang tahu akan senyum "sempoi" (pinjam ayat AC disini). Ini adalah kerana bila Khairy Jamaluddin marah dengan syarikat-syarikat GLC, maknanya dia terlepas pandang bahawa semua CEO syarikat GLC dalam Khazanah Holding Berhad dilantik oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadi Pengerusi dan Menteri yang menjaga semua GLC.
Ini memberi pengertian bahawa Khairy Jamaluddin sudah menegur bapak mertuanya sendiri dan dia sudah mengesahkan juga yang bapak mertuanya tidak tahu apa-apa melainkan mendengar atau mengikuti apa kehendak pemegang saham majoriti Kerajaan Tiga Beranak Berhad ia itu Kamaluddin Bin Dato Seri Diraja Bendahara Maharaja Abdullah Hj Ahmad yang juga pemegang saham Scommi yang menguasai ekonomi besar-besar zaman pemerintahan Islam yang ada had dan hari di Malaysia.
KomenKu:
Sudahlah takyah nak hentam famili Pak Lah lagi….rezeki masing-masing. Kalau engkau jadi PM aku rasa Asia Tenggara pun semua engkau nak kebas projek!! Tapi siapalah engkau, nak jadi PM. Pencacai Tua bolehlah.
Bila berita akhbar itu dikeluarkan pada 11hb Mac 2007, yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun ke 85 Tun Abdul Razak Hussein, maka sesetengah orang akan ingat bahawa apa yang dikatakan oleh Khary Jamaluddin pernah berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan yang akan menjadi mangsa ialah orang yang melaksanakan strategi itu.
Tun Abdul Razak Hussein juga tidak terlepas dari kecaman atau serangan musuh politiknya yang di luar dari badan tubuh UMNO sendiri. Antara nama yang selalu menjadi sasaran ialah dua nama yang terdiri daripada dua Abdullah, seorang Setiausaha Akbar dan dan seorang lagi Setiausaha Politik. Kedua - dua mereka ini terlalu rapat dengan Tun Abdul Razak Hussein. Bila orang terlalu marah dengan kedua Abdullah ini, terutama dengan yang memegang jawatan Setiausaha Politik, maka mengadulah orang kepada Tun Razak Hussein. Satu kelebihan Tun Abdul Razak Hussein adalah dia mendengar keduanya sekali ia itu yang baik atau yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia.
Sekiranya pandangan yang dikemukakan kepadan Tun Abdul Razak adalah pandangan kedua iaitu pandangan yang mengampu dan juga yang tidak baik atau yang mengecam dia pada kebiasaannya, Tun Abdul Razak tidak akan berdendam sebaliknya dia akan beri harapan kepada pengadu dan lebih lagi Tun Abdul Razak Hussein akan menggunakan pendekata ia itu sama ikut marah-marah dengan dua Abdulllah ini.
KomenKU:
Bukan tak nak dengar kritik. Tapi engkau ni melampaui batas. Merosak dan memalukan Melayu. Walau apa pun kita merupakan negara yang paling selesa didiami. Tanpa kekuatan dan usaha murni pemimpin jangan harap nak hidup selesa begini. Kiranya zaman dulu-dulu tu anak engkau menyanyi atas pentas tanpa kena baling telur ayam busuk la….Apakata engkau gi duduk di negara lain dalam dua bulan , dengan membawa sedikit wang saja….mudah tak dapat kerja? Senang tak nak hidup? Senang tak nak bribadat macam di Malaysia? Boleh solat setiap waktu sembahyang walaupun bekerja di syarikat milik asing. Ini maknanya Islam disanjung dan diletakkan di tempat tinggi, walaupun syarikat itu milik asing. Maknanya dengan kuasa Melayu yang ada sekarang , maka kita dapat mengukuhkan kedudukan Islam. Melayu tu tak lain tak bukan pemimpin UMNO sendiri. Engkai mengaibkan dan memfitnah keluarga Abdullah Badawi, satu hari nanti kalau ditakdirkan Allah keluarga engkau diabkan dan difitnah, apa rasa engkau? Sekarang banyak perkara yang dibayar “CASH” oleh Allah.
Maka berpuas hati orang yang mengadu hal itu kepada Tun Abdul Razak Hussein dan akan dibawa cerita bagaimana Tun Abdul Razak Hussein juga marah dengan kedua-dua Abdullah ini khas yang memegang jawatan Setiausaha Politik. Malangnya, Tun Abdul Razak Hussein tidak lama menjadi Perdana Menteri, dia meninggal awal dan akhirnya pecah tembelang Tun Abdul Razak Hussein bila kisah-kisah itu diceritakan semula oleh orang yang rapat dengannya. Ini termasuk orang - orang yang dapat mengesahkan sendiri yang menjadi perlaku dan saksi mata, bahawa apa pun yang dilakukan oleh dua orang ini khasnya Setiausaha Politik yang kemudian keduanya ini menjawat jawatan Timbalan Menteri adalah orang suruhan dan arahan Tun Abdul Razak Hussein sendiri.
Apakah sebab Tun Razak Hussein melakukan perkara ini? Sewajarnya bagi mereka-mereka yang berminat menyelidik dan belajar sains politik membuat kajian. Pada orang yang tidak ada asas penyelidikan dan belajar sains politik, mereka perlu hanya mengambil kesimpulan bahawa Tun Razak Hussein hendak memandu kapal yang bergelora dalam UMNO agar dia masih diterima sebagai Nakhoda kerana di zamannya terdapat juga ketidak puasan hati ahli UMNO dengan cara kepimpinannya dan permulaan dasar ekonomi baru. Sehingga sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, Pahang, negeri tanah tumpahnya darahnya, yang mempunyai lapan kawasan Parlimen, tujuh memegang jawatan Anggota Pentadbiran Awam, kecuali ahli Parlimen Maran, itu pun menjadi Pengerusi Risda.
Sekarang menantu Perdana Menteri menggunakan tektik lapok itu, marah-marah dengan Pembesar Tinggi Khazanah Holding yang tidak hadir ke majlis cakap-cakap Gabem yang habuk pun tak ada dan andainyaair liur yang bercakap dari mula soal ekonomi Melayu ini dikumpulkan, harus kita boleh buat takungan air yang cukup untuk diminum oleh penduduk Lembah Klang selama setahun dan tak perlu nak buat Empangan Lembah Klau lagi kalau setiap tahun Gabem anjuran majlis macam itu setiap negeri.
Akhirnya dengan menggunakan sumbernya, Khazanah Holding sudah menjawab, pembesarnya pergi ke Luar Negeri dan sudah pasti sebelum pergi mereka memaklumkan kepada Pengerusinya atau orang di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dia tidak maklumkan atau memberi tahu kepada pejabat di Kementerian Kewangan bererti pembesar tinggi di Khazanah Holding, sudah menjadikan syarikat duit pembayar cukai itu macam harta pusaka yang ditinggalkan oleh emak bapak mereka dan sesuka hati melakukan apa yang dia suka.
Menantu Perdana Menteri ini juga mengatakan bahawa tuduhan keperluan untuk membayar bagi mengatur perjumpaan dengan bapak mertuanya dan mereka yang terlibat dalam perniagaan "Broker" mengeluarkan surat wahyu sebagai sesuatu yang mengarut tetapi tidak dia nafikan bahawa macai-macai dia kini ada yang hidup mewah dengan kereta yang berjumlah lebih dari satu dan pernah disiarkan secara terbuka di akhbar tabloid dan internet.. Macai-macai yang seperti ikan dugong ini masih lagi berdamping dengan dia lagi.
KomenKu:
Machai-machai internet ni pun kalau diberi duit, zip le mulut depa. Bukannya pejuang tulen, tapi masyukkkkkkkkkkkkk………………
Kemudian keluar pula idea mengarut daripada Exco Pemuda UMNO yang beristeri dua, dulu isteri tuanya yang juga Ketua Puteri dalam satu Bahagian di Wilayah Persekutuan, meronta-meronta minta cerai tetapi apabila disumbatkan bermacam-macam dan hidup mewah, macam tak kisahlah pula. Jadi bagi seorang perempuan isteri kepada orang politik, yang dia takut bukan laki dia berkahwin lain tetapi takut harta berpindah ke bini baru. Kalau laki boleh menjamin harta dan sudah mempunyai cukup wang untuk tujuh keturunan boleh hidup... lantaklah nak kahwin sepuluh ke ! Mengarutnya Ecxo Pemuda ini dan juga Setiausaha Politik kepada Abdullah Hj Ahmad ialah dia nak suruh kerajaan buat syarikat membekal barang binaan untuk bantu kontraktor bumiputra. Dia patut pergi sekolah balik dan membaca buku atau pergi ke Kementerian Inovasi, supaya dapat mengeluarkan idea yang bernas. Sebenarnya kerajaan dah buang beratus juta RM ke dalam longkang dengan mewujudkan syarikat Pembekalan Bahan Binaan, di Peringkat Persekutuan, sudah ada Pernas Trading, diperingkat negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri semuanya ada syarikat membekal barang binaan. Di Selangor dahulunya ada Perangsang Trading dan di Johor dengan Sergamnya dan Terengganu dengan Babenanya. Malangnya semua sudah mati tetapi tidak tahu dimana kuburnya.
KomenKu:
Jika ditakdirnya anak-anak perempuan engkau bermadu, apa rasanya ?Apakah engkau akan galakkan mereka minta cerai tapi pujuk serta nasihat agar bertenang. Fikirkan masa depan dan perasaan anak-anak? Kalau kaya sebab usaha sendir apa salahnya, tapi ramai juga yang kaya daripada hasil peras ugut dan fitnah orang…sendiri mau ingat !!
Yang perlu dibetulkan ada sistem kontraktor itu. Jika sekarang kena melawat tapak baru boleh beli tender , ini perlu ditukarkan dengan membeli tender dulu dan jadikan satu hari mereka boleh melawat tapak. Bukankah mereka kontraktor maka sudah pasti mereka sudah memahami soal teknikal dan staf atau perunding yang boleh menasihatkan dan tak perlu Pegawai Penguasa nak beri taklimat.
Keduanya dalam borang tender sekarang mesti dimasukkan surat aku janji atau jaminan dari syarikat pembekal barang binaan yang berdaftar dengan CIDB supaya kerajaan mesti bersetuju untuk membayar terus bahan binaan yang dibeli oleh kontraktor melalui skim pembayaran berasingan yang dikemukakan melalui kerja-kerja kemajuan. Jika dia hendak mencari untung menaikkan harga bahan binaan, terserahlah dia dengan pembekal. Kalau satu ton besi dibeli dengan harga Rm 1800 tetapi pihak pembekal membekal dengan harga RM 1,690, baki keuntungan RM 110 terserahlah kepada pembekalnya. yang penting tidak ada alasan besi atau bahan lain tidak dapat dibeli oleh kontraktor seperti yang didakwa hari ini.
Sang Kelembai: Kesimpulannya apa yang diilhamkan oleh seorang Naib Ketua dan Exco Pemuda UMNO Malaysia itu tidak berinovasi. Jika ilham atau idea mereka berinovasi, dia akan berakhir dengan keuntungan untuk mereka seperti bagaimana Kementerian Kewangan mewujudkan BLT, sebuah syarikat yang memgambil alih kesemua kepentingan pembinaan rumah polis dan penyelengaraannya, dimana tender tender pembinaan diberi secara runding terus dan kalau nak dapat projek itu, cable atau wahyu mesti sebesar paip air dari empangan Klang Gate yang merentang Taman Melawati. Kalau tidak lebih baik beramai-ramai membuang air liur atau meludah untuk dikitar semula menjadi air bersih. Lagi ada faedah.
Wednesday, March 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment