Tuesday, March 20, 2007

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN – TANGGUNGJAWAB SIAPA?




Hutang Belajar? Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menfailkan saman terhadap 111 peminjam pada 5hb Februari 2007, Isnin. Ini merupakan kumpulan pertama daripada 1,000 orang peminjam yang telah disenarai hitamkan. Dengan perintah mahkamah, kegagalan peminjam terbabit boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan dan peminjam berhadapan dengan tindakan penjara, diisytihar bankrap dan harta benda disita. Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abdul Ghani berkata, PTPTN sudah menghantar notis tuntutan terhadap 1,000 peminjam terbabit. Tetapi mereka tetap berdegildan masih enggan melunaskan pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan. Nama-nama mereka ini telah dimasukkan ke dalam rekod Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) dan Bris Information Services Sdn. Bhd. (BRIS) yang menyebabkan mereka tidak boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan (petikan daripada Berita Harian 2hb Februari 2007). Mereka adalah sebahagian daripada 38, 484 graduan yang tidak menghubungi PTPTN selepas tamat pengajian pada 1999 walaupun telah diberi notis peringatan terakhir.

Ini adalah usaha PTPTN untuk mengutip hutang yang tertunggak berjumlah RM867 juta. Di antara usaha pihak PTPTN untuk mengutip hutang (petikan daripada Utusan Malaysia 28hb Mac 2006) :

i. Menyiarkan nama 1, 249 pelajar yang gagal melunaskan hutang menerusi beberapa akhbar tempatan.
ii. Menolak permohonan pinjaman pelajaran anak bagi mereka yang belum melunaskan hutang.
iii. Memutuskan akan melarang 16, 000 peminjam ke luar negara melalui Jabatan Imigresen.
iv. Sebagai langkah terakhir jika peminjam tidak menghiraukan notis, surat peringatan dan tindakan mahkamah akan dikenakan.

PTPTN hanya akan berjaya mengutip 48.9% atau RM 191.8 juta daripada RM 391.9 juta yang diberikan kepada 265, 611 peminjam. Jumlah tertunggak adalah RM200.1 juta (petikan daripada Berita Harian 22hb April 2006). Pengerusi PTPTN, YBhg Datuk Razali Ismail berkata jumlah kutipan itu belum mencukupi bagi mengisi semula dana PTPTN untuk memberikan kemudahan pinjaman kepada pelajar lain (petikan daripada Utusan Malaysia 11hb April 2006).



Isu – PTPTN memberi kemudahan pendidikan atau bebanan?

Fakta-fakta di atas cukup menyakitkan, sama ada bagi pihak kerajaan mahupun pelajar, malah bagi pihak ibu bapa sekalipun. Bagi kerajaan, setiap penghutang mesti dihukum. Bagi pelajar pula, ia ibarat tangan kanan memberi, manakala tangan kiri pula menikam! Bagi rakyat, isu ini akan muncul hampir setiap tahun dan senantiasa diperkatakan. Apa pun, tidak banyak pilihan yang ada, sama ada bagi pelajar atau ibu bapa kerana keinginan anak untuk memasuki ke Universiti dan harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya walaupun cukup pedih dengan syarat pinjaman yang dikenakan.

Sesetengah golongan sudah mula mempertikaikan tindakan kerajaan, sama ada tindakan ini bertetapan dengan Islam atau tidak. Tetapi siapa dikalangan rakyat yang berani untuk bangkit bertanya, apakah di dalam Islam, sesebuah kerajaan itu berhak mengenakan bayaran sesuka hati ke atas rakyatnya yang ingin menuntut ilmu? Haram atau tidak adakah kita patut berdiam diri? Isu haram atau tidak ini muncul apabila PTPTN mengenakan riba 4% (1999) dan 3% (2004) kepada peminjam untuk bayaran balik hutang.

3 comments:

si_merahhati said...

Pemberi Hutang Berhak Menagih Hutangnya

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” ~(Muslim)~

Susah nk cakap pasal bab hutang ni. Sepatutnya sendiri mau ingat la, bila dh berhutang pandai2 la bayar balik. Niat masa pinjam tu nk tuntut ilmu, tapi dh abih menuntut buat dek je. Bagi peminjam yang beragama Islam, cuba renungkan:

“Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." ~Sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r. a.

Maksud Allah akan membayarkan hutangnya itu adalah dengan meluaskan/memudahkan rezekinya untuk membayar hutang. Dan begitulah sebaliknya. Tapi sangatlah hairan dengan orang yang boleh ketawa dan senang lenang sedangkan hutang masih tidak dijelaskan. Tak dapat banyak, sikit jadi la bayar hutang. Lama2 selesai gak.

Tidak teringatkah pd adik2 lain yg benar2 inginkan pinjaman bagi tujuan menuntut ilmu. Kesannya nnti pada adik2 dan anak2 bangsa sendiri yang dahagakn ilmu.

Apa guna jadi cerdik pandai klu hutang tak dibayar? Cerdik pandai ke tu namanya..............

kopi_likat said...

aku x paham la ngan org yg liat nk bayar hutang nih. apa nk jadik? x malu ke... sedar2 la diri sket. klu x insap baca si_merahhati nyer tulisan ni x tau le aku...

tp bab riba ni sape nk jawab? dlm islam jelas ianya haram. x kedengaran plak org p'tikaikn riba pinjaman ni.... Hmmm, jawab jgn x jawab.

badak_berendam said...

pd mereka yg blm m'byr hutang, silalh bayar! sedar2 lh diri sket, kot x sempat bayar, korg dh tutup mata. lain la klu korg mmg niat nk bayar, Allah pasti tolong... hutang oh hutang... bl korg nk bayar?...