Wednesday, March 21, 2007

Demi Pak Lah, Umno rakus perkudakan program kerajaan

Jawapan kepada Mohd Sabri Said, yang mendalangi bangsa melalui Harakah
KEPALA BATAS, 19 Mac (Hrkh) - Umno terus rakus memperkudakan program kerajaan untuk kepentingan parti sepertimana yang berlaku pada 'Perkampungan Hadhari' yang diadakan selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan berakhir semalam.
KomenKu:
Apa pulak perkuda? Presiden UMNO tu Perdana Menteri Malaysia.


Bila ke sana orang ramai tidak putus-putus dihebahkan menerusi corong pembesar suara untuk bersama mendaftar sebagai ahli, Putera atau Puteri Umno.
KomenKu:
Dengki? Lain kali sewa le gerai, sama-sama buat promosi parti.


Puteri Umno yang ditugaskan mendaftar pemilih baru menerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga merupakan kesalahan kerana mencuri peluang yang ada di depan mata dalam projek kerajaan yang bukannya anjuran parti.
KomenKu:
Dulu kakitangan SPR yang bersimpati dengan PAS tukar kedudukan kawasan mengundi , apasal engkorang tak bising? Sebab menguntungkan engkorang?


Khemah penempatan ketiga-tiga Pusat Khidmat iaitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal selain Parlimen Kepala Batas sendiri menggambarkan 'Perkampungan Hadhari' bermatlamatkan politik untuk memantapkan kedudukan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di samping memperkasakan tiga Adun di bawahnya.
Apa yang dikesalkan adalah jika pihak Umno melaksanakan program tanpa melibatkan wang rakyat tentu sesiapapun tidak mempertikaikan.
KomenKu:
Apa pulak program UMNO? Itu program kementerian tapi UMNO support dengan menyewa gerai. Engkorang apasal tak take part? Lepas tu cakap belakang-belakang.


Ketua Penerangan PAS Kawasan Kepala Batas, Haji Jamil Abdul Rahman ketika diminta mengulas tindakan Umno itu menjelaskan, parti itu memang degil kerana bukan sekali dua mereka mengambil kesempatan berbuat demikian.
KomenKu:
Sendiri lembab , lepas tu nak marah orang.


Program sedemikian katanya, biarlah agensi atau badan kerajaan sahaja mempamerkan segala aktiviti mereka untuk tatapan pengunjung kerana inilah masa yang paling sesuai mereka mendekati rakyat yang mahu menerokai peluang yang ada untuk menambah ekonomi berasaskan produk kampung, pertanian atau syarikat.
"Umno memang macam tu di mana program kerajaan di situlah mereka bertapak. Mereka patut sedar jika mereka terus bertindak sedemikian PAS dan parti lain pun boleh menempah ruang pameran untuk menarik ahli atau penyokong baru, " jelasnya. - mks.
KomenKu;
Sebab tu kami boleh memerintah sebab kami cekap!! Wahai rakyat Malaysia marilah mengundi Barisan Nasional, sesungguhnya kami cukup cekap menjalankan pentadbiran. Bukan macam PAS, ikan depan mata pun jadi macam kucing kurap yang bodoh lagi!!!

4 comments:

glokalmalay said...

UMNO bukan untuk kepentingan persendirian sebaliknya ia untuk agama, bangsa dan negara

si_merahhati said...

Pemimpin Adalah Perisai

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.”

(Muslim)

Mohon perlindungan utk pemimpin negara ini. Biar siapa pun pemimpin kita, dialah perisai kita. Teruslah berkhidmat dan m'curah bakti kpd rakyat tanpa meminta balasan. Kuasa yg dipegang adlh sementara. Apa yg dimiliki kini hanyalah satu ujian bagaimana jujurnya kita melaksanakan amanah yg diberi. Semoga Islam Hadhari m'jd kenyataan bkn Islam ada had hari...

pok_badok said...

Tlh 60thn UMNO b'tahan memerintah negara ni. Pemimpin silih b'ganti tp mtlmtnya ttp sama. Masing2 ada kelebihan sndri. Cm cara je b'beza.

Org yg disebelah sn jgnlh asyik menuduh yg bkn2. Ada je yg x kena, heran tul.. korg pon bknnya btul sumer. Sm2 la kita b'ganding bahu utk m'bgnkn negara...

rapat_umum said...

pi jalan lah UMNO....semuanya sama ada kepentingan politik

bila hendak, ahli ditatang bagai raja bila tak mahu ahli disepak keluar....