Wednesday, March 28, 2007

Mana lebih penting, Rawang-Ipoh atau Kuala Lumpur-Singapura?

Dipetik daripada Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 27 Mac – Antara projek landasan kereta api berkembar dari Rawang di Selangor ke Ipoh, Perak atau projek kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura, mana yang lebih penting?

Itu yang dipersoalkan anggota Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mengambil contoh kedua projek itu ketika membahaskan mengenai keutamaan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan.

‘‘Saya tak faham kalau laluan dari Kuala Lumpur-Singapura itu dianggap terpenting sehingga sanggup menimbangkan cadangan untuk membina kereta api laju, kenapa pula program landasan berkembar dimulakan di utara. Saya tak nampak di mana logiknya,’’ soalnya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Turut dipersoalkan Shahrir ialah mengenai kewajaran penglibatan Singapura dalam projek kereta api laju itu yang sepatutnya dipertimbangkan kerajaan.

“Kalau projek itu mahu diteruskan, maka perlu dibina jambatan, sebab takkanlah kereta api ini terlalu pantas hingga tak perlu jambatan untuk seberang Selat Johor.

“Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana tetapi kini (apabila merasa projek kereta api laju itu menguntungkan mereka), maka mereka mahu projek kereta api laju ini berhenti di republik itu,’’ katanya yang berpendapat kerajaan perlu berjaga-jaga dalam memikirkan program pembangunan jangan sehingga menjadi bahan jenaka.
Kerajaan setakat ini belum memutuskan sama ada projek yang diinisiatifkan YTL Group itu akan berakhir di Johor atau Singapura.

Perbahasan Shahrir kemudian dicelah Datuk Mohamad Said Yusof (BN-Jasin) yang bertanya mengenai untung ruginya pelaksanaan projek berkenaan dan kesan yang akan dihadapi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) berikutan pelaksanaan projek kereta api laju itu.
Shahrir bagaimanapun menegaskan bukan isu untung rugi yang dipersoalkan sebaliknya kerajaan perlu memikirkan mengenai kepentingan dan logiknya projek kereta api laju itu dilaksanakan.
– Bernama

4 comments:

si_merahhati said...

Kedua-dua projek ini perlu diperhalusi akan keberkesanannya kpd negara dan rakyat. Soal perbelanjaan juga harus diambil kira, jangan pula nanti kita membuat pelaburan yang tinggi kepada projek ini, hasilnya tidak seberapa.

Antara kepentingan dan logika, kedua2 nya mesti diambil kira.

kopi_likat said...

Hmmm... Mana yg lebih penting ye? Nmpknya skrg ni byk betul projek mega yg dilaksanakn/akan dilaksanakn. Yela, ekonomi M'sia kian meningkat kn...

T'binanya Eye on M'sia, akn t'binanya LPB yg baru diluluskn oleh kabinet (m'ambil hnya bbrp cnth)... Itukh gambrn ekonomi kita makin kukuh? X tau la, jgn pula kite t'lbh belanja...

pok_badok said...

Dipetik daripada Utusan Malaysia, 30 Mac '07

KUALA LUMPUR 29 Mac – Kerajaan akan meneruskan kembali projek-projek berimpak tinggi berikutan keadaan ekonomi negara yang semakin mantap, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan kini berada dalam keadaan yang selesa untuk membelanjakan peruntukan setelah defisit negara dapat dikurangkan.

Selain itu, beliau berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan menggerakkan ekonomi negara serta memberi keselesaan kepada rakyat.

‘‘Kita telah mengambil keputusan bahawa projek-projek dikatakan berimpak tinggi dan projek-projek yang dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh RMK-9 (Rancangan Malaysia Kesembilan) hendaklah dilaksanakan.

‘‘Sebab itu, kita telah membuat keputusan berhubung dengan projek landasan kereta api berkembar dan Lebuh Raya Pantai Barat (LPB),’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

nakbiarlagi said...

Talk about economy getting better? Of course. Lets talk about take home pay instead. Our purchasing power! Its not that good.

Economy is for them. Make it good for election. Make it good to entice investors.

They get millions and I get peanuts. Like monkeys they want to steal away my peanuts!

NAK BIAR LAGI?