Tuesday, February 24, 2009

Khalid Tak Takut Dikejar Lembu Korban!

"Memberi sedekah itu baik tetapi mengunakan duit kerajaan
negeri itu yang tidak baik. Kalau Khalid benar-benar
ikhlas mahu bersedekah kepada pengundinya di Bandar
Tun Razak gunakan duit sendiri untuk membeli lembu
korban danbukannya duit kerajaan negeri Selangor"


Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyokong membahaskan rang undang-undang penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM) di Parlimen baru-baru ini berkata Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini.

Menurut Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, Rasuah umpama wabak yang menghancur luluhkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya. Rasullullah S.A.W. bersabda, `La'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy' yang maksudnya "Allah melaknat yang menerima rasuah yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara kepada rasuah".

Persoalannya sekarang sejauh mana Anwar dan rakan-rakan politik dalam Pakatan Pembangkang benar-benar mempraktik apa yang diucapkan mengenai rasuah ketika menyokong penubuhan SPRM di Parlimen baru-baru ini?

Apakah perkara yang diucapkan mengenai rasuah hanya diguna pakai terhadap BN dan seteru-seteru politik tetapi jika terkena atas batang hidung sendiri SPRM dikecam dan dituduh mengamalkan `dwi standard'.

Dalam kes Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya di mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa membabitkan pembelian lembu korban dan penyelenggaraan kereta peribadi.

Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said mempunyai kuasa untuk membuat kenyataan dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum kerana kes penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Besar Selangor ini sudah menjadi kes nasional dan mendapat perhatian rakyat di seluruh negara.

Bukan sahaja pemimpin pembangkang malah pemimpin kerajaan juga didakwa oleh SPRM. SPRM adalah sebuah badan bebas dan penubuhannya di Parlimen baru-baru ini mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.

SPRM tidak terikat dengan kerajaan dan bebas untuk membuat siasatan terhadap sesiapa sahaja secara adil dan saksama.

Bukan sahaja Khalid tetapi sesiapa sahaja dalam kerajaan dan pembangkang tidak perlu risau dan takut jika didakwa oleh SPRM. Khalid mempunyai hak untuk mempertahankan diri di mahkamah dan bukannya mengecam SPRM dengan berbagai tuduhan kononnya tidak adil apabila terkena atas batang hidung sendiri.

Justeru itu, Khalid yang sebelum ini membuat kenyataan tidak takut dikejar lembu korban tidak perlu mengelabah jika tidak bersalah.

10 comments:

AnakWatan said...

anwar al jubori ni kan kaki kelentong....

yg salah boleh jadi tak salah...

Rasullullah S.A.W. bersabda, `La'anallahur rasyi walmurtasyi warraisy' yang maksudnya "Allah melaknat yang menerima rasuah yang memberi rasuah dan yang menjadi perantara kepada rasuah".


habis kau dulu kejar ahli parlimen BN suruh join pkr tu tak merasuah ke....

yusof pun sama kaki kelentong... ibarat kata pepatah... bapak kencing berdiri anak kencing belari...


memang hancing... namapun pakatan kencing rakyat...

Nik Amir. said...

kelmarin saya naik taxi kt KL. Saje nk trigger supaya dapat komen rakyat merhain. Aku tanya pasal sprm yg siasat MB Selangor.
Jawab sipemandu taxi,orang melayu slengor
' MB ambik duit bagi makan rakyat pun bising. Dia orang tipu juta-juta duit rakyat naper diam. kalau ye pun tk payah kes lembu lah.cari yang besar2.'
Saya tak komen. Tapi dia tambah lagi
'ahli UMNO 4 juta orang. Nanti bertanding beratus orang.takkan tak sampai 10 pun kena dakwa politik wang?'
Saya tk nk komen.tuan2 pembaca komenlah.Itu dari driver taxi. Tak tanya para guru dan pensyarah. Pelajar universiti..
Kita minta SPRM buat kerja ikut Q.jangan lompat sana lompat sini. Telunjuk UMNO jgn ikut sgt.dengar boleh..pakai tu pikir2lah.Jaga nama baik SPRM..Martabat sudah diangkat.rakyat mahu tengok tindakan pulak...

AnakWatan said...

[144] Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

[145] Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

[146] Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah) dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Surah An-Nisa 4 :144-146

AnakWatan said...

Kerajaan PKR telah GAGAL dalam perkara ini :

a) Pembenterasan kemiskinan tegar: siapa kaum majoroti miskin di Perak dan MALAYSIA.

b) Pembahagian kek kemakmuran negeri /tanah secara adil kepada kaum majoriti; tanah 999 tahun siapa yang bolot? Kenapa tak beri tanah 999 tahun pada sekolah ugama yang berlambak di BUKIT GANTANG? Sekolah Ugama BATU 9, BATU 10, BATU 11 Trong? Sekolah Ad Diniah Pekan Bukit Gantang? Banyak lagi-saya tahu sebab saya anak jati bukit Gantang!

c) Cubaan menggagalkan kerajaan Perak Baru (BN) untuk memulihkan ekonomi negeri-kenapa masih nak bersorak sedang bahaya retrenchment /pembuangan pekerja akibat kemelesetan ekonomi negeri /Negara/dunia dah ada di depan mata?

d) Perlantikan CEO dan pengarah bagi syarikat untuk PKN Perak YANG SEPATUTNYA MEMBELA MAJORITI TERMISKIN DI PERAK DIBERIKAN KEPADA CINA? KENAPA?-MASIH BUTAKAN MATA? SIAPA PENGARAH LEMBAGA AIR PERAK YANG BARU?

e) Mempertikaikan kebijaksanaan Sultan Perak yang arif undang-undang dalam isu Perlantikan MB Perak -agaknya orang Melayu tak sedar apa yang telah berlaku di Singapura- dimana SATU PERSATU JAWATAN TERTINGI YANG DIPEGANG OLEH ORANG MELAYU DALAM PERKHIDMATAN PENTING SEPERTI TENTERA/POLIS/PENDIDIKAN/PENGANGKUTAN DALAM CIVIL SERVICE DIGANTI BANGSA ASING SEHINGGA TIADA LAGI TINGGAL ORANG MELAYU BERWIBAWA UTK MEMIMPIN REPUBLIK TERSEBUT.

yusof said...

Mengapa pertikaikan majoriti orang Melayu miskin di bawah 10 bulan kerajaan PR, mengapa majorita orang Melayu masih miskin selepas 50 tahun dan dasar DEB di bawah kerajaan BN?

yusof said...

Mengapa keraaan BN tidak menukar saja status tanah Malay reserve kepada pegangan bebas atau 9999 tahun selepas 50 tahun memerintah?

yusof said...

Menpaga keraaan BN di negeri-negeri di bawah perintahnya tidak menukar status tanah reserve Melayu kepada pegangan bebas 9999 tahun selepas memerintah 50 tahun? Sekurang-kurangnya tanah aku di JB yang tinggal tak sampai 50 tahun tu boleh naik harga.

Nik Amir. said...

Hak ni aku setuju ngan mu yusoff.Cerdik sikit nampak.
Tak sombong and riak macam sokmo.

AnakWatan said...

yusof tanah rezab mealyu tu kalau diberi pegangan bebeas alamat habis semua ke tangan cina...


sebab melayu suka mengadai apa juga barang dia...

ada paham....

apa pasal kau begitu tkasub pada pakata rebah kau tu yusof...

cuba kau terangkan...

baru 10 bulan memerintah dah banyak buat hal... itu pun kau masih kata baik...

yang selama UMNO memerintah ... kau tak ucap terima kasih pun...

rang Melayu tak sedar apa yang telah berlaku di Singapura- dimana SATU PERSATU JAWATAN TERTINGI YANG DIPEGANG OLEH ORANG MELAYU DALAM PERKHIDMATAN PENTING SEPERTI TENTERA/POLIS/PENDIDIKAN/PENGANGKUTAN DALAM CIVIL SERVICE DIGANTI BANGSA ASING SEHINGGA TIADA LAGI TINGGAL ORANG MELAYU BERWIBAWA UTK MEMIMPIN REPUBLIK TERSEBUT.

yusof said...

Aku hanya berterima kasih pada UMNO hingga tahun 1987, lepas itu tak boleh lagi sebagi UMNO pun dah takda lagi di dunia. Bila kau cakap pasal nasib orang Melayu Singapura sepatutnya kena batang hidung pemimpin UMNO sebab semuanya angkara mereka. Ajak orang Melayu masuk Malaysia dengan daptkan pungutan suara dari mereka, tapi bila nak tinggalkan mereka, tak pula pernah bertanya. Dengan perkataan lain, pemimpin UMNO sengaja mahu orang Melayu Singapura menjadi macam tu dan jangan tanya pada orang lain mengapa orang Melayu Singapura berada di dalam status sekarang , tanya pada pemimpin UMNO.