Biadap dan kurang ajar. Itulah dua perkataan yang sesuai ditujukan kepada penyokong pakatan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah bagi menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah.
Mereka yang mengunakan alasan untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Ubudiah tetapi selepas itu telah berhimpun dan bertindak biadap dengan merusuh dan berbaring di atas jalan bagi menghalang kenderaan termasuk kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah daripada memasuki kawasan Istana.
Penyokong pembangkang yang merusuh ini kebanyakannya bukan rakyat Perak tetapi mereka yang dibawa masuk dari Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk membuat kacau dan mahu memberi gambaran buruk seolah-olah rakyat Perak yang merusuh dan derhaka kepada Sultannya.
Sejarah membuktikan sejak zaman berzaman rakyat Perak tidak pernah derhaka kepada Sultan. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sangat dikasihi oleh rakyat kerana sikap baginda yang berjiwa rakyat amat mengambil berat terutama dalam soal-soal yang melibatkan kebajikan rakyat jelata.
Rakyat Perak sangat kasih kepada Sultan dan sanggup mempertahankan Sultan sebagaimana mempertahankan nyawa sendiri. Rakyat Perak tidak akan membiarkan Sultan dicerca apatah lagi dihina di bumi sendiri.
Sudah tentu ada dalang di sebalik rusuhan yang berlaku. Rusuhan yang melibatkan wanita dan kanak-kanak ini mengingatkan kita kepada demontrasi jalanan pada tahun 1997 apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Selain daripada anak-anak muda, Anwar telah memperalatkan wanita dan kanak-kanak untuk merusuh di jalan-jalan raya sehingga menimbulkan huru hara dan ketidak tenteraman dalam negara.
Plot yang sama kini berulang sekali lagi. Seperti juga Anwar, bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Nizar juga tidak mahu meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Perak untuk berbuat demikian. Umum semua mengetahui dan tidak keterlaluan kalau dikatakan dalang di sebalik apa yang berlaku di Perak ini adalah kerja Anwar.
Anwar sekali lagi mahu mencetuskan rusuhan jalanan yang memperalatkan wanita dan kanak-kanak seperti apa yang dilakukannya pada tahun 1997 di Perak. Justeru itu, rakyat Perak perlu bangkit mempertahankan Sultan dan jangan sesekali membenarkan Anwar meneruskan rusuhan jalanan dengan membawa masuk orang luar menghina dan mencerca Sultan Perak di bumi sendiri.
15 comments:
Oleh itu Rakyat Perak mesti menzahirkan diri bahawa mereka menyokong tindakkan yang diambil oleh Paduka Sultan Perak. Berdiam diri bermakna mereka rela Perak diganyang!
Apakah rakyat mesti bangkit untuk menuntut agar kuasa Sultan Perak kembali pulih kembali supaya setaraf dengan Sultan Brunai? Sudah terlambat. Pergerakan yang dinamakan UMNO ini mempunyai agenda tersembunyi sejak tahun 1946, apabila mereka berjaya menguasai Dewan Perundangan dari pilihanraya pertama, mereka sebenarnya berunding untuk mengantikan tempat British untuk menguasai kuasa mutlak ini. Betul UMNO tidak akan mengaku Raja dan Sultan, tapi apabila Raja dan Sultan telah lemah, pemimpin umnolah Raja dan Sultan. Bersultan di mata, beraja di hati, itulah jiwa yang inginkan kuasa mutlak ini. "The preservation law of energy" :Jumlah kuasa tidak boleh hilang, ia hanya bertukar tangan. Mereka tahu sentiman seorang Raja tidak akan lenyap walaupun kuasanya telah dikurangkan dan jiwa ini akan bangkit semula apabila termakan hasutan. Fikirlah sejenak, sebab itulah Dato Onn Jaafar sendiri telah meninggalkan umno yang telah ditubuhkannya sendiri dan Sultan Brunai tau mengapa baginda enggan menyertai Malaysia. Sesiapa orang Melayu yang ingin merasai kehidupan di bawah Empayar Kesultanan Melayu pada hari ini, pergilah ke Negara Brunai.
Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. ini kata-kata MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)yang pada satu ketika semasa menjadi MB Johor pernah disebut oleh Tengku Mahmud Iskanndar Shah, MB itu sebagai seorang Sultan, sementara baginda hanya seorang raja. Di persekitaran pada masa itu ialah satu suasana yang tidak dianggap tegang oleh pemimpin UMNO, tidak ada bantahan dari orang Melayu, kecuali suara-suara sumbang dari beberapa ketul pembangkang di parlimen yang mengingatkan peranan Raja dan Sultan sebagai pengimbang kuasa yang mesti dipertahankan.
Bagaimana boleh keluar kata-kata sedemikian dari Tungku Mahmud semasa baginda seorang sahaja melawat tempat kejadian tangki air yang pecah di atas pangsapuri yang mengorbankan nyawa,sementara MB sedang bergembira makan angin selepas mendapat markah tertinggi di dalam pemilihan Naib Presiden UMNO dan selepas itu menghina Islam dengan merendahkan status haru Jumaat supaya orang-orang Melayu menerima hari Ahad sebagi hari mulia mereka, maka bertanyalah seorang hamba Allah, mengapa baginda tidak diiringgi oleh MB, maka katanya dia hanya seorang raja dan MB lah sultannyha, sebab pada masa itu baginda sudah sedar kuasa kekebalannya sudah pun diragut setelah terpaksa menandatangani rang-rang undang-undang pindaan perlembagaan yang secara terang-terang mencabar dan menurunkan martabat Raja-Raja Melayu. Inilah hakikatnya mengapa boleh terjadi perkara-perkara durjana di Perak di dalam masa beberapa ini.
sudahlah yusof....
kau tu perasan kau dan pakatan rebah kau tu bagus sangat...
BN kalah 5 negeri kat pembangkang tak ada pun buat rusuhan, buat demonstrasi, kutuk pembangkang....
kau baru hilang satu negeri dah kalut, kecut ngelabah, hilang akal, kurang siuman... cehhhh
ini ke kau katakan pakatan yg akan membawa perubahan pada Malaysia...
ya... memang pun dah bawa perubahan... tapi perubahan menjadi rakyat yg kurang hajar... biadap, tak hormat undang undang, suka ....
kaum kau jugak yg mulakan game lompat melompat nie... apa kau tak ingat ke atau kau buat buat lupa ke macam si nizar tu... cehhh
dulu cakap terpulang pada Sultan... tup tup Sultan dah buat keputusan.... terus hilang akal.... terus jadi muka tak malu... terus jadi bebal... hilang akal...
kalau BN boleh terima kekalahan ... ini termasuk kekalahan kat terengganu.. kenapa pakatan rebah tak dapat terima kenyataan...
nampak sangat kaum pakatan rebah nie pendek akal...kurang siuman... gila kuasa...
lebih baik kau orang buat kerja la ...kau pergunakan rakyat buat rusuhan... kesian kat rakyat..
kau untung rakyat dapat apa... susah payah berjemur tengah panas buat demonstrasi... cuma dapat RM100 aje....
dah lah muhasabah lah diri kau orang tu,,, dari sibuk mencari aib org lain...
atau mungkin kau orang memang tak tau macam mana nak mentadbir negeri kot... tu yg tak ada keje lain ... itu baru negeri belum negara...
cehhh
Hakikat yang perlu diterima oleh kerajaan pakatan rakyat, tumbangnya mereka di Perak adalah hasil kesedaran wakil rakyat mereka sendiri terhadap kepincangan pucuk pimpinan parti berkenaan.
Ketua Pemuda UMNO negeri, YB Zainol Fadzi Paharuddin berkata kesedaran itu menyebabkan ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).
"Hakikatnya ketiga-tiga Adun iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada DAP tidak melompat parti tetapi isytihar Bebas dan nyatakan sokongan terhadap BN.
"Justeru tidak ada Adun yang melompat Parti di negeri itu dalam usaha penubuhan kerajaan baru seperti yg diwar-warkan oleh anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pusat sebelum ini", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Anwar sejurus pilihan raya umum lalu menyatakan bahawa Pakatan Rakyat bakal mengambil alih kerajaan pusat dalam tempoh terdekat dengan meletakkan sasaran 16 September. Namun, sehingga hari ini usaha berkenaan tidak berhasil.
Malah Anwar juga sebelum ini mengalu-alukan tindakan lompat parti ADUN Bota, Datuk Nasharuddin Hashim ke PKR yang dianggapnya sebagai tindakan bijak yang demokratik.
Zainol yang juga Adun Sg Manik seterusnya berkata cara yang digunakan dan diusahakan oleh Anwar telah memakan diri mereka sendiri.
"Kita sedar cara yang dilakukan Anwar ditentang hebat penyokong mereka sendiri di Perak.
"Ini merupakan tentangan terbuka mereka terhadap Anwar Ibrahim sendiri yang cuba menghalalkan cara mengambil alih kerajaan pusat dengan menarik Ahli Parlimen BN melompat parti", ujarnya.
Di makamahlah ( bukan makamah di dalam istana ) nanti keputusan akhir samada kerajaan PR yang dibentuk selepas 8 Mac lalu secara rasmi hilang dari kawalan meraka. Dua ADUN bebas yang telah meletakkan jawatan kalau di shahkan benar oleh makamah, PRK akan diadakan, atau dijatuhkan hukuman kerana berlaku rasuah dan dijatuhkan hukuman sehingga tidak layak lagi jadi ADUN. Atau pun bila adalah persidangan DUN ( tak tau atas permintaan siapa ) dan tidak ada sebarang pihak yang mempunyai kelebihan majoriti, maka PRK tetap akan diadakan. Namun, dalam masa 60 hari lagi Perak akan menyaksikan satu lagi PRK parlimen untuk memberikan sedikit peluang kepada rakyat untuk menghantar mesej, sebelah pihak mana yang benar.
Kerajaan BN dan Dato D R Zambry ini adalah kerajaan dan MB yang dilantik oleh Raja dan boleh dilucutkan statusnya oleh Raja sahaja. Oleh kerana Dato Dr Zambry dilantih oleh Raja sahaja, dia hanya perlu menurut kata raja dan apa-apa keputusan raja tidak lagi perlu menerima nasihat kuasa eksekutif, itu sudah berlalu di negeri Perak di tangan Saudara Nizar yang seharusnya bertindak menjadi penasih kepada Raja dan apabila Paduka Raja Azlan Shah tidak memperkenanan nasihat Saudara Nizar membubarkan DUN tiada jauh ertinya baginda masih tidak mahu membubarkan kerajaan yang masih ada dan bererti Saudara Nizar masih kekal menjadi penasih eksekutif, jadi siapa pula yang menasihatkan baginda untuk mengeluarkana titah agar Saudara Nizar dan kerajaan negeri dibubarkan? Kalau tidak nasihat, tentulah kata-kata bernada hasutan, teringat filem Melayu sultan Mahmud Mangkat Di Junjung, apabila seorang pegawai Istana menasihat/ menghasut ( sama dengan keadaan di Peraka sekarang, pegawai sebenar sudah dilucutkan jawatan ): "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patek mohon untuk menyatakan sesuatu, apalah gunanya tuanku menjadi seorang raja di negeri ini jikalau tidak menggunakan kuasa yang ada pada tuanku"
jubor kau lah yusof...
balik balik cakap serupa... macam keling...
otak kalau dah bebal susah....
org kalau dah taksub mcm mcm la jwb asal boleh jawab bukan kira betul atau salah... yg penting jawab... tak ghitu yusof
Dunia ini masih luas sebagimana jauhnya minda manusia berfungsi untuk mencari kebenaran dan bukankah Allah mencipta manusia untuk mencari kebenaran. Di antara betul dan salah itu mesti ada satu kebenaran. Jikalau sekarang ada orang berkeras menyatakan supaya berhenti sebab sudah menemui kebenaran yang muktamad, itu bermaksud kepada koran dan hadis, tapi apa yang ada di Perak dalam beberapa hari ini kita tidak boleh anggap muktamad kerana sukar disembunyikan kebenaran dengan apa cara pun. Jika Negeri Perak hendak ditadbir di dalam keadaan begini, kecohlah kesudahannya, kecuali pemerintahan dengan cara lebih kotor dan tiada cara lain yang adil kepada rakyat selain daripada mengadakan satu pilihanraya negeri yang baru.
kalau pak jobor tu ajak org BN melompat itu kira BERSIH la yusof?
itu cara demokratik?
itu kerana pilihan rakyat?
kalau BN semua KOTOR?
selama ini kau hidup senang ... anak kau belajar dapat subsidi .. sapa bagi....
kau ni ibarat melepaskan anjing tersepit...
tak payahlah kau jadi kapal sink ... bukan buku undang2 semata2 nak kenakan Sultan Perak.....
kau dan pak jubor nie ibarat meludah kelangit .. akhirnya jatuh kemuka sendiri juga...
kau tgk kat Perak sudahlah... bukankah ini juga boleh dikatakan balasan ALLAH kepada org yg sombong macam pak jubor tu....
bukan semua org akan terpedaya dgn cakap kau tu yusof apatah lagi anwar...
suka hati kaulah yusof...
aku rasa kau nie bukan ISLAM... sebab kau sebut Al_Quran cuma koran sahaja...
kalau kau bukan ISLAM aku nak kau tahu... Aku tidak menyembah apa yg kau sembah dan kau tidak menyembah apa yg aku sembah...
bagi aku agama aku bagi kau agama kau......
Wahid
Malang apabila yang berdemo bagai nak rak tu hanyalah yang berkopiah, berjubah, berjanggut dan berserban. Mana peginya geng-geng lain? Rupanya politik 'orang lain' ni lebih bijak! Politik kita juga yang masih 'berselimutkan' dan 'berselubung' perasaan amarah semata!
Ithnain
Bila dah marah tu, macam-macam boleh jadi. Kalau boleh, 'kemaluan' pun nak ditunjuk pada khalayak ramai. Ini bukan metafora, tapi betul-betul!
Thalatha
Kalau kena dengan selera lu orang, lu orang cakap 'DAULAT TUANKU', kalau tak kena dengan selera lu orang, kereta tuanku pun lu orang tibai!
Arba'a
Pecahan Pentadbiran Mengikut Parti Di Perak (sebelum Sarkas 2009)
PAS - 6
PKR - 8
DAP - 18
Jadi patutnya, hari Jumaat tu, kawasan Istana tu, dipenuhi oleh geng-geng DAP dan PKR la! Dan geng PAS pulak kalau nak ada pun, mungkin 'seketul-dua' aja sudahlah! Ohhh lupa... Nizar kan ke Menteri Besar. Jadi dah jatuh hukum WAJIB untuk berjuang mempertahankan dia, walaupun yang memerintah adalah orang lain... kahkahkahkah! Sarkas!
Khamsa
Kalau lompat ke BN - Hina
Kalau lompat ke PR - Baik..
Deiii! ni apa punya fatwa daaaaa...???
Sita
Lompat parti adalah satu tindakan paling tak bermaruah sekali, tak kira lah lompat 'ke sini' atau lompat 'ke sana'! Kalau orang yang menghina Sultan patutnya dibuang negeri, maka orang yang lompat parti patutnya dibuang.. errr.... daerah! yaa... daerah!
Seba'a
Haik!!!! Indon pun ada????? kehkehkeh! Dah tak cukup orang kaaa?
Thamaniya
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
DAULAT TUANKU!!!
Dari papan kekunci Hasrul Halid
IPOH 10 Feb. – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau mahu menjalankan tugas seperti biasa hari ini tetapi telah dihalang memasuki pejabatnya.
``Saya masih lagi Menteri Besar yang sah dan kerajaan pakatan pembangkang adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
``Bagaimanapun kami telah dihalang daripada memasuki pejabat. Oleh itu, kami akan menjalankan tugas dari rumah rasmi Menteri Besar,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan
apa punya orang la pakatan rebah nie....
awak dipilih rakyat sebagai ADUN... bukan sebagai Menteri Besar...
itu pun masih tak paham ke... weii budak sekolah tadika pun boleh paham la...
kau dah hilang majoriti... terimalah weiii bebal... sah dah gila kuasa... tak lama mereng la org2 pakatan rebah nie... macam mana nak memerintah MALAYSIA kalau hal keck pun dah tak boleh nak atasi... itu belum isu global... ptuiiii
UMNO adalah bapak kepada segala kemelut krisis perlembagaan dari sejak pemimpin mereka sebagai arkitek dan perancang kepada penstrukturan semula kuasa raja-raja Melayu hingga sekarang dan di dalam suasana negeri Perak berada di persimpangan di antara sistem primitif dan sistem yang dicipta sendiri oleh UMNO, sepatutnya pemimpin UMNO lah yang sepatutnya memajukan lagi sistem demokrasi dan raja berperlembagaan, tapi mereka juga mengotorkan sistem ini kerana mereka anggap kuasa yang ada di negara ini hak mak bapa mereka. Apa kah rakyat sentiasa daif tentang perkara ini. lama-lama mereka tau juga, sebab pembelajaran rakyat tentang persekitaran politik sekarang tidak mudah di bentuk dengan media UMNO sahaja atau pergi lah pemuda UMNO nak cuba mengadakan penerangan, sudah sampai masa mereka juga mahu mencari, seperti ramai orang-orang muda kata "the other side of the story in Malaysia" yang ini akhirnya akan melenyapkan terus kuasa UMNO dari bumi Malaysia.
abis anwar, kapal sink dan nizar pun letak undang undang macam bapak dia punya....
dah hilang majoriti sudahlah terimalah....
mandat daripada rakyat konon... jgn gunakan nama rakyat laa bebal....
ADUN ya memang dipilih rakyat... tapi MB dipilih SULTAN... paham yusof bebal...
kenapa kau tak boleh terima adun kau melompat ... (tapi skrg nie x ada yg melompat kecuali adun bn yg melompat dan melompat balik)
kalau adun bn melompat .. dmokratik la konon... kalau keturunan keling ... memang kaki belit... ptuiiii jijik , kotor itulah unkapan sesuai pada kau nie yusof....
jgn main main sama saya-: kata kapal sink.... oooo dia org tak boleh main main kalau dia main2kan org boleh...
Siapa Yang Paling Derhaka...
Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar .
Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.
Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” ( penyakit mudah lupa ) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa ? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka "par excellence" ( penderhaka agung ).
Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.
Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan ? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.
Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.
Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 , Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.
Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).
Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .
Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993 . Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.
Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar ,saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana nak buat macam mana .
Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.
Nizar memohon menyembah derhaka (BUKANYA MOHON DERHAKA) kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya . Ini kerana berdasarkan Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan ( at his pleasure ) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.
Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan ( ceases command of confidence ) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang ?
Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )
Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.
Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.
Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak , badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 ( 1 ) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.
Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru , DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.
Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka UMNO sebagai derhaka.
Dalam soal undang2 dan perlembagaan umno putar alam.
Dalam soal ugama umno putar alam.
Dalam soal kewangan umno putar alam.
Dalam soal sejarah umno putar alam.
Dalam soal jawap kubur pun nanti orang-orang umno akan putar alam juga sama itu malaikat.
Tapi apa boleh buat, pasal dah banyak makan duit haram, hati dah gelap, cakap apa pun bukannya diorang sedar... dah spesis haram jadah jadinya.
Post a Comment