Wednesday, March 7, 2007

Cungkil, korek & bukak la pekong tu...

Hasil siasatan ke atas Johari Baharum, Timbalan Menteri Kesihatan selaku ahli Parlimen Kubang pasu yang dikatakan telah di sogok RM 5 juta untuk membebaskan 3 penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat telah menimbulkan pelbagai spekulasi kepada rakyat tentang kewibawaan pemimpin negara kita.

Sebagai rakyat, sudah tentu berita sebegini menjadi tanda tanya bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku sedangkan pembebasan penjenayah tersebut akan mencemarkan negara dan betapa lemahnya kerajaan yang memerintah dengan tiada ketelusan demi kepentingan masing-masing.

Walaupun Johari didapati tidak bersalah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah, siasatan masih perlu dijalankan kerana ini melibatkan Keselamatan Dalam Negeri dimana ia melibatkan ketenteraman awam.

Kita tidak tahu sejauh mana kebenaran ini semua dan berharap agar PM kita lebih teliti dan adil dalam masalah ini. Adakah ini hanya konflik politik untuk menjatuhkan Johari atau memang benar berlaku? Sekiranya terbukti perkara ini benar, hukumlah seadilnya dan sekiranya dianiaya, perbetulkan keadaan dan jangan ia terus menular dikalangan pemimpin-pemimpin harapan bangsa kita.

6 comments:

Unknown said...

kalo orang dah hulur duit...tengah sesak plak tu...takde masa nak fikir panjang..mesti amik la..

puterinusantara said...

Tahniah kepada KERAJAAN BN yang ditunjangi UMNO!!! Inilah bukti ketelusan pemimpin tertinggi hinggakan golongan atasan juga akan terus disiasat jika terlibat dengan salah laku. Jadi terbukti bahawa keintegritian yang dilaungkan oleh Perdana Menteri dilaksanakan. Kebenaran tetap akan terbukti. Dasar keterbukaan Pak Lah menyumbang kepada ketelusan dan kebenaran. Kes Johari Baharum, Timbalan Menteri Kesihatan selaku ahli Parlimen Kubang pasu yang dikatakan telah di sogok RM 5 juta untuk membebaskan 3 penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat adalah bukti bahawa kerajaan tak pilih kroni, tak pernah amal pilih 'bulu'

gaban said...

sebagai escapism, dia alih lah ke polis, tuduh polis lak wat salah, walhal dia ada kuasa.... sepatutnya sebagai seorang yg mempunyai kuasa dan berada di bawah tadbirannya, dato' jo blh bawa berbincang berkenaan menda tu dgn polis... x kan semua menda harapkan pak lah, apa guna ko jadi timbalan dia!

ashraf haikal affendi said...

Betullah tu puterinusantara...
kalau nak buang pokok tu mestilah kena matikan akarnya dulu...
nak pastikan integriti ditegakkan kenalah check orang atas dulu barulah anak-anak buah akan ikut

doc_palam said...

he,he...mari kita tengok sapa yg kena. bak kata Pak Lah x perlu gundah gulana kalau x bersalah. biarkan mrk korek, cungkil sbb yg akhirnya nanti yg bersalah tetap bersalah. jgn jadi mcm anwar ibrahim yg berkelakuan spt "anjing takut bayang2".

nakbiarlagi said...

Ketelusan: tak payah sembang kuat la. But its no good to go down the list. No good.

Do business, then you know whats ketelusan is. Ketelusan macam yang terlonggok tepi jalan. Its called BULLSHIT.

NAK BIAR LAGI?