Wednesday, March 7, 2007

PM ketawa besar bila ditanya soal kahwin


KUALA LUMPUR 6 Mac – Sidang akhbar selepas berlangsungnya taklimat kepada Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) di sini gamat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditanya mengenai khabar angin beliau akan berkahwin tidak lama lagi.
Dengan senyuman yang lebar, beliau berkata:

‘‘Itu khabar angin, itu khabar angin.’’

Soalan yang diajukan itu disambut ketawa semua yang hadir, termasuk barisan wartawan dan Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Ura-ura perkahwinan Perdana Menteri itu bertiup kencang kebelakangan ini dengan ada yang mengatakan bahawa ia akan berlangsung bulan ini.
Apabila ditanya sekali lagi sama ada benar berita itu hanyalah khabar angin, Perdana Menteri yang masih lagi tersenyum menjelaskan:
‘‘Khabar angin. Khabar angin, khabar anginlah.’’
Para wartawan yang masih tidak berpuas hati mengajukan lagi soalan kepada Perdana Menteri sama ada perkahwinan yang dikata-katakan itu akan berlangsung dalam masa terdekat.
Namun, Abdullah tetap dengan jawapannya bahawa perkara tersebut hanyalah khabar angin.
‘‘Khabar angin, khabar angin,’’ jawabnya.
Abdullah seterusnya mencetuskan gelak ketawa apabila melihat wartawan masih mahu bertanya mengenai hal ini.
‘‘Tu dah mai cerita-cerita lain pulak. Lagi nak tanya, siapa pulak nak kahwin?’’ soalnya.
Beliau dalam hal ini sekali lagi menegaskan bahawa ia hanyalah khabar angin dan tidak lebih daripada itu.
‘‘Khabar anginlah, ia hanya khabar angin. Itu sahaja, ia hanya khabar angin,’’ ujarnya.
Isteri Abdullah, Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood meninggal pada 20 Oktober 2005 akibat penyakit kanser payu dara. -UTUSAN MALAYSIA


Pendapat saya: Sudah terang lagi bersuluh... Pak Lah dah buat komen secara terbuka, disiarkan dalam semua media baik media massa dan media elektronik. Jadi jawabnya, tak payahlah nak memandai buat citer pasal Pak Lah yang dah berkahwinlah, nak berkahwinlah dan bla...bla...bla....


Lebih baik kita semua tumpukan kepada pembangunan negara, ekonomi yang tengah cantik ni memang menarik.


Nilai dagangan Malaysia mencatat RM 1 trillion, peningkatan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang begitu besar, pelaburan asing dan domsetik berjumlah RM 40 billion, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi sejak 1998 diuar-uarkan sebagai satu kejayaan besar ekonomi negara. Semalam lak, seorang ahli ekonomi mengatakan pendapatan rakyat negara ini naik 6.5%.

4 comments:

Unknown said...

wahai ayahanda perdana menteri..dimana kejujuranmu? berterus terang je la..macam ye gossip tu...

puterinusantara said...

kan ke PM dah kata hanya khabar angin...

kopi_likat said...

dh lame aku dengar citer pasal kawin ni. klu ye katakan ye, jgn b'teka-teki... dh mende baik, watpe disorok. untung2 rakyat doakan kebahagiaan klu ayahanda jujur, tak salah...

pokok xkn b'goyang sndri! khabar angin tu mgkin dr gempa bumi ke, monyet ke, angin ke, atau tgn2 org... mn tau ianya btl kn...

gaban said...

Ayahanda (sekadar meminjam perkataan 'sendayu', 'kopi_likat') dah nafikan berita yang dia nak kahwin. mybe dh kawin kot, hehehhe.. apapun, isu kahwin adalah hak dia... cuma ingat je satu pepatah...

KEJAYAAN lelaki itu di belakangnya adalah WANITA... dan....
KEGAGALAN lelaki itu juga di belakangnya adalah WANITA...

ITULAH KELEBIHAN WANITA..