Tuesday, July 22, 2008

Penampau Jopun Desa Mentari!

Loh, individu yang merakamkan perbualan peguam V.K. Lingam berkaitan aturan pelantikan hakim sehingga mencetuskan kontroversi tahun lalu, menemui pihak penganjur majlis tersebut selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah tindakan mendirikan bangunan di kawasan itu. Katanya, beliau ke tempat kejadian selepas menerima maklumat ada bantahan. Isu berkenaan yang timbul sejak dua minggu lalu seharusnya diselesaikan kelmarin, kata beliau.

Kata Loh, apabila beberapa kali bertanya siapa yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, pembantu Nik Nazmi menyerangnya. Kata Loh, beliau diserang apabila menyebut "sebagai pembantu khas seharusnya mengetahui siapa pemaju projek."

Untuk rekod tapak berkenaan telah diluluskan oleh pemaju dalam pelan pembangunan kawasan perumahan Desa Mentari itu sebagai tapak surau. Penduduk tempatan telah sejak dua tahun kebelakangan memohon kelulusan dari pihak JAIS dan selepas PRU lepas YB ADUN Seri Setia Sdr Nik Nazmi telah memberikan sokongannya dan akhirnya pihak JAIS telah memberikan kelulusan melalui Pejabat EXCO Agama.

Penduduk tempatan telah mengikuti saluran yang betul, kisah bantahan dari masyarakat bukan Melayu di kawasan itu hanya terdengar sejak kebelakangan ini sahaja itupun bukan melalui saluran rasmi. Saya difahamkan sekumpulan masyarakt India beragama Hindu telah mengadu kepada Pejabat Ahli Parlimen, yang tanpa merujuk kepada pimpinan Pakatan Rakyat Bahagian dan pimpinan PKR (parti beliau sendiri) Bahagian, telah cuba menjadi juara kepada segelintir yang tidak berpuas hati itu.

Pada hari kejadian sejurus majlis dimulakan sekumpulan masyarakat India beragama Hindu telah pun berkumpul dengan poster masing-masing. Dari bilangan sekitar 20-25 orang ia mula membesar apabila kawan-kawan mereka dari luar turut hadir tetapi tidaklah sampai melebihi 100 orang. Mereka mula menjerit-jeirt kan slogan dan ada yang meniup wisel dan membuat bising sebaik majlis yang dimulakan dengan bacaan doa itu berjalan.

Semasa majlis berjalan wakil ADUN Seri Setia, Sdr Meor Azam telah duduk mewakili YB Nik Nazmi. Tiba-tiba YB Loh datang dan terus menuju ke arah mereka yang sedang berhimpun secara haram itu. Kehadiran beliau menggamatkan mereka yang sedang berhimpun itu. Ketika itulah Sdr Meor memaklumkan kepada saya yang beliau mahu melihat keadaan dan cuba mententeramkannya.

Majlis terus berjalan walaupun kelihatan dari jauh YB Loh beria-ia melayan mereka yang sedang bising berhimpun itu. Sejurus majlis berakhir mereka yang hadir dijamu oleh pihak penganjur manakala para tetamu menuju ke surau lama untuk menikmati jamuan. Ketika itulah kami dimaklumkan yang berlaku pertengkaran antara Sdr Meor dan YB Loh dan akhirnya berlakulah apa yang berlaku.

Komen:

Kesimpulannya inilah dia contoh didikan yang diperolehi ahli Exco dan Parlimen dari parti Pakatan Rakyat. Mereka sendiri tidak boleh duduk berbincang jadi bagaimana mereka boleh menjadi wakil yang boleh diharapkan oleh rakyat untuk menjadi pembela dan tempat bergantung semua rakyat.

Inilah dia Pakatan Rakyat, satu puak dengan kepala batu lebihkan bangsa sendiri dan suka lihat bangsa lain porak-peranda (DAP), satu puak lagi suka cari kesempatan atas kelemahan dalam parti lain dan yang derita adalah rakyat jelata. Parti yang ditubuhkan tanpa ada tujuan selain daripada pemimpinnya yang mahu membolot kuasa untuk diri sendiri - parti cap cendawan (PKR) dan terakhir, satu puak lagi yang jadi bola - boleh dirembat ke kiri ke kanan oleh kedua-dua parti di atas. Islam hanyalah pada nama dan tiket untuk mengaburi mata rakyat semata-mata (PAS).

p/s: Malangnya ketiga-tiga parti ini berada di bawah satu bumbung beratap zink yang berkarat dan tiada persefahaman antara satu sama lain.

7 comments:

Mr. Lhorat said...

Al-Kesah Kerbau Jantan


Kesah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kesah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah kita dapat pula membaca cerita yang sama.

Hishammudin Rais

CERITANYA : Ada seorang Anak Muda yang telah di pilih olih orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini di miliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan olih arwah suami perempuan ini.

Bila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga merasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga merasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan itu sampai dapat.

Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin - semua habis dikebasnya. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini di simpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang alik ke pulau itu.

Satu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut yang empunya ceritanya Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung yang lain. Bila si suami telah berpindah maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu. Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu di simpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini adalah perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang untuk memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan maka pastilah dia tidak akan di angkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang sama melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali maka mereka merasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu lalang di hadapan rumah ini mereka tidak melihat kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah di temui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya. Dengan serta merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak di lantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini di tangkap dan di pasong untuk di sula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk di sula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring : "Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?"

Bila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil menggangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal. Macam mana kerbau boleh naik tangga. Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan. Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.

Walah hu alam bisawab.

Desperado said...

Padan MUKA!!!!

www.pilihananda08.blogspot.com

yusof said...

Hakikatnya kita belum lagi menemui sebuah kerajaan yang muktamat sekurangnya untuk selama hayat kita, jadi apakah yang kita maukan sebuah kerajaan bagi semua bayi-bayi yang lahir hingga hujung tahun ini sehingga mencapai umur macam kita sekarang? We have to learn to make up our mind now.

Mr. Lhorat said...

MB Terengganu 'Sikudung Mendapat Cincin'

Alhamdulillah ! Saya sangat bersyukur kehadrat Allah swt, apa yang saya pangkah pada 8 Mac 2008 lalu menampakkan kebaikkan pada saya khususnya dan pada rakyat Selangor amnya.

Selepas 100 hari kerajaan baru memerintah bil air saya menunjukkan RM -40.00. Bermakna, Insyallah saya akan menikmati perkhidmatan air percuma setiap bulan. Syukur Alhamdulillah !


Menampakkan kerajaan baru dinegeri Selangor mengutamakan kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat yg cukup makan (menurut Menteri Yg Tak Terang Shabery Chek yg mana buih air liur berkumpul dikiri dan kanan mulutnya)

Lain pula skripnya di Terengganu, ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya TSUNAMI ditengahari! Di awal penampilan mereka yang diketuai oleh MB barunya Md Said selagak jagoh yang mewakili rakyat jelata. Sanggup berkorban apa saja, utk memulangkan royalti minyak kpd rakyat Terengganu. Hebat ! rakyat Terengganu menanam harapan sgt besar yg mana MD Said, inilah hero mereka yang sejati dan dicari selama ini.

Tup-tup selepas 100 hari memerintah dan mendapat semula royalti minyak, MB barudan segerombolan angkatan 14 kekawannya telah lama bercita-cita dan bercinta dgn MERCEDES BENZ E-CLASS KOMPRESSOR 200CC.Ape menatang E-CLASS KOMPRESSOR 200 CC NIE, yang sangat penting sekali mendahului tanggungjawabnya kpd rakyat Terengganu ???

E membawa maksud ELEGANT N STAIL (BERGAYA dalam bahasa melayu) KOMPRESSOR membawa maksud enjin yang berkemampuan dan berkelajuan tinggi atau yang sinonim kita kenaliselalunya dgn enjin TURBO. Dimana di Jerman KOMPRESSOR bersamaan enjin TURBO. Ia adalah spesifikasi seakan kerana lumba. Dari absobernya lebih rendah(lower) dari class2 Mercedes yang lain dan reka bentuk lebih aerodinamik sesuai dalam kelajuan yang tinggi.

Kenapa mesti memilih kereta ini dan spesifikasi spt ini ????? Alasan yang diberikan oleh Md Said didada-dada akhbar dan TV amat dangkal sekali dan sangatlah tidak relevan.Kalau benar salah satu alasannya inginkan kualiti sekalipun kenapa tidak cuba memilih kereta spt TOYOTA CAMRY 2.0 atau 2.4 ATAU HONDA ACCORD 2.4?????

Jauh lebih murah harganya dan pengunaan minyak yang sangat menjimatkan ! Malah penyelenggaraannya juga spt langit dgn bumi jika nak dibandingkan dgn MERCEDES E200 KOMPRESSOR ini. Mungkin WaZiRai dan rakan2 yang mulia sekalian tahu ape akan jawapannya.

Inilah yang dikatakan 'SIKUDUNG MENDAPAT CINCIN'

mrf said...

dulu time BN berkuasa takde pon orang nak bantah buat surau...sekarang orang bukan melayu makin berani dan kurang ajar sebab melayu dah hancur pecah belah..

muzakarah pas umno nik aziz sendiri tak setuju...dia tak nak parti berpecah..biar melayu berpecah, asalkan parti dia tak berpecah..

ni ke yang di gelar tuan guru? jahil sangat tentang kepentingan perpaduan melayu..bila umno hulurkan tangan, dia kata umno terdesak..
nampak sgt dia berdendam dengan mahathir tak habis2 sampai sekarang..ulamak mana boleh berdendam..

dia kene ingat pas bukan milik dia, umno bukan milik mahathir.
umno sekarang dipimpin oleh paklah yang bersifat lebih terbuka..

jgn nik aziz ingat pas tu dia punya..dia kene ingat pas tu dulu diasaskan di tempat asal abdullah badawi..

nik aziz kene ingat dulu dia seorang ustaz kemas umno.. jgn sombong sgt bila BN dah tak kuat, anggap umno yang lemah..dia kene ingat umno maih kuat, yang tak kuat parti komponen BN lain..

Mr. Lhorat said...

1. Rakyat Bercakap Tentang Kehidupan Yang Tertekan, UMNO Bercakap Tentang Mercedes...anak haram!
2. Pemimpin2 UMNO sering bercakap tentang integriti, buat pelan integriti, namun rasuah menjadi amalan negara!

Note:
UMNO nak ajak PAS bergabung....?
HANTU RAYA nak jadi WALI... logik ke?

b.a.d.r.i.s.h said...

wei mr.

ko taw tak kenapa nik aziz tanak bermuzakaraf? yang ko pandai sgt ckap nik aziz camtue? Dia tak pandang melayu ke ape ke tapi dia pandang Islam? yang ko taw ape? kalo da dasar BN pandai putar belit, last2 Pas tue jadi ape? Ko ada pk ke ada ke parti lain yang perjuangkan islam?