Azizan said he believed in open policies that transcend political boundaries. “Dr Mahathir has left Umno. I know he is not satisfied with the ways of the previous regime as Kedah is considered among the poorer states although it is rich in resources,” he said. Azizan said Dr Mahathir advised him to continue with what he had done so far. “I have put a stop to unnecessary draining of state funds.“
“I have taken measures to check corrupt practices. We only deal with matters over the table and not under the table,” he said.
Komen:
Kerajaan Kedah di bawah pengurusan Azizan nampaknya terpaksa menggunakan khidmat Tun yang pernah satu masa dahulu di kritik hebat olehnya. Sejak menerima kemenangan pada PRU-12 dahulu apa yang rakyat Kedah dapat selain daripada beliau mencanang kritik terhadap pengurusan kerajaan Kedah yang terdahulu. Tiada sebarang pembangunan dibuat untuk rakyat. Ini berkemungkinan disebabkan tiada idea untuk mulakan perubahan dalam pengurusan negeri. Tidak mengetahui cara untuk majukan Kedah seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar yang terdahulu.
Lihat sahaja persiapan mereka untuk sambutan Jubli Emas 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah, apa yang ada? Tidak ramai yang sedar Bandaraya Alor Setar sebagai tuan rumah lesu dan suram. Tiada sinaran lampu neon mahupun laser yang menerangi bandar Alor Star hingga kini. Malam-malam yang dilalui kelihatan muram dan lesu. Harapan untuk melihat cahaya kegemerlapan menerangi seluruh pelusuk bandar tertua di Malaysia, tidak kesampaian.
Apakah Kerajaan Negeri tidak merasa malu apabila tetamu negara yang dijemput untuk sama-sama menyaksikan sambutan bersejarah itu, melihat Bandaraya Alor Star seolah-olah Pekan Kodiang, muram, lesu dan tidak bermaya. Semua persoalan ini wajar di jawab dan difikirkan oleh Azizan yang memimpin saf pentadbiran negeri jelapang Padi. Adakah dengan kemasukan Tun semua kerja pengurusan akan diserahkan kepada Tun bulat-bulat keran MB sendiri tidak mempunyai daya untuk menguruskannya. Jika benar begitu adalah lebih baik turun dan kembalikan kuasa yang ada kepada kerajaan BN yang ternyata lebih pengalaman dalam pentadbiran negeri.
Tetapi yang lebih memelikkan, Kerajaan Negeri telah memutuskan peruntukkan yang diperolehi daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.5 juta diberikan secara runding terus kepada sebuah syarikat.
Persoalannya, kemana perginya peruntukkan berkenaan...?
1 comment:
Isyarat awal untuk orang Melayu
Akhirnya semua terbongkar (dan menjadi senjata kumpulan tertentu yang berkempentingan dalam politik kelompoknya). Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan (adakan hubungan seks dan Rosmah berada di tempat kejadian ketika pembunuhan) Altantuya. Rasuah Najib (peralatan ketenteraan) menjadi isu besar, Ghani Patail dan Musa Hassan semua menjadi topik bicara hari ini. Lebih-lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah (kalau Ezam tetap dengan sumpah keramatnya) menjadi sandaran, fitnah memfitnah menjadi alasan menghalalkan cara.
Bukan itu sahaja semua kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina (tindakan mereka menghina diri mereka sendiri). Semua terbongkar – semua terbongkar – semua isu orang Melayu – semua isu kelemahan Melayu – semua isu kebobrokan Melayu – kepimpinan Melayu. (Kalau Melayu yang berkuasa ini teguh pegangan Islamnya, peristiwa-peristiwa sebegini tidak akan terjadi).
Apakah ini bukan tanda-tanda awal kemusnahan Melayu itu sendiri? (Iaitu Melayu yang menguasai negara). Bukankah ini menunjukkan kedudukan Melayu itu – dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa satu perkara – asasnya kita Melayu, asas dan akar kita Melayu dan perjuangan kita untuk Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita – memperjuangkan bangsa? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Pak Lah atau Anwar Ibrahim, kenapa harus Ustaz Hadi – kenapa harus PKR atau UMNO dan PAS.
Keadaan semakin meruncing. Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling rendah.
Masa sudah tiba bahawa Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.
Kita mulakan semula. Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu lain – golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu, Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.
(Bukannya setakat ada dua tiga kerat kumpulan yang kononnya menjulang Melayu tetapi sebenarnya alat Umno untuk mempertikaikan orang lain setelah diaibkan dalam PRU 12 8 Mac lalu.
Masa sudah tiba untuk Melayu itu sedar bahawa krisis kita (terutama yang melibatkan parti Melayu yang sedang memerintah) merugikan bangsa kita (dan generasi akan datang). Ini perlu untuk kita sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita.
Kita perlu hari ini melakukan pengorbanan semula (sokongan yang diberikan kepada parti Melayu yang memerintah tetapi gagal membela Melayu mesti ditarik balik dan diberikan kumpulan Melayu yang ikhlas membela) – demi Melayu. Kita perlu mendesak agar mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu (seperti adanya agenda peribadi iaitu demi untuk mempertahankan kekuasaannya, letak orang nombor duanya menggantikan tempatnya dua tahun lagi. Walhal itu hak rakyat dan ahli parti menentukan, bukannya jawatan yang dia wariskan kepada orang tertentu).
Masanya sudah tiba untuk Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan Melayu (kata orang, pilih Isalam selamatlah bangsa). Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini – mulakan menjadi Melayu yang akan menentukan nasib bangsa kita (jangan terpengaruh dengan dakyat TV3, Utusan dan Berita Harian sahaja).
Seruan semua dari apa lapangan untuk bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah Melayu diselesaikan dengan segera. Kita harus memulakan langkah agar apabila kita bangun keesokan harinya, Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi hamba akibat persengketaan kita.
(Sebab kita dengar banyak kepentingan negara dikuasai oleh beberapa kerat individu, yang mempunyai hubungan pula dengan kepentingan negara asing. Kalau keadaan ini terus dibiarkan, Melayu boleh merempat di tanah air sendiri).
Post a Comment