Thursday, July 24, 2008

Mencelah Mana...!

Tindakan Dari Majlis- Majlis Agama Islam Negeri-Negeri

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menjadi pencelah dalam kes semakan kehakiman Gereja Katolik berhubung larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly.

Setakat ini, tujuh majlis agama Islam telah memfailkan permohonan iaitu Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Pada 1 Julai lalu, Majlis Gurdwara Malaysia yang mewakili masyarakat Sikh turut memfailkan permohonan sama.

Permohonan mencelah ini difailkan memandangkan keputusan semakan kehakiman bagi kes tersebut akan menimbulkan impliasi berikut ;
  • Membenarkan Gereja tersebut untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan buletin gereja tersebut ‘Herald-the Catholic Weekly’.
  • Membenarkan gereja tersebut mendapatkan hak penggunaan kalimah Allah.
  • Menyebabkan timbul kekeliruan di dalam beragama yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam dan komuniti Islam.
Tindakan Mencelah Dari PAS

Memperbanyakkan kuasa dan harta sewaktu masih berkuasa. Permohonan mencelah dah tak main-la..

Komen:

Di manakah fail permohonan mencelah dari PAS! Sedang kita asyik membaca permohonan mencelah dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, tidak pula saya terpandang adanya fail yang dicelah oleh PAS berhubung isu ini. Apa PAS tidak lagi sensitif dalam memperjuangkan Islam dalam Malaysia? Apa selepas mereka bergabung dengan Pakatan Rakyat dan selepas mereka berjaya menjadi Menteri Besar dalam tanah jajahan baru mereka, maka tiada lagi wujudnya sensitiviti dalam memperjuangan Islam seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.

Sedang semua institusi agama dalam Malaysia sedang bertungkus-lumus memperjuangankan Islam dan termasuk juga Majlis Gurdwara Malaysia yang sama- sama memperjuangan isu ini, PAS dengan penuh selamber bertindak berdiam diri dan tidak langsung memberi komen atau terlibat dalam perjuangan Islam ini.

PAS lebih rela membiarkan nama Allah dipermainkan dan digunakan oleh pihak tertentu daripada berjuang mempertahankan Islam seperti mana yang mereka war-warkan dalam corak perjalanan dan fahaman parti mereka ini. Jelas di sini PAS dah menjadi

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

p/s: Bila dalam kesusahan maka pada waktu itu mereka memohon pada Allah untuk diringankan masalah dan ujian tersebut tetapi apabila Allah kurniakan dengan keselesaan dan kesenangan maka pada waktu itu mereka alpa, besar kepala dan seterusnya lupa pada Allah sepenuhnya.

3 comments:

Dato' Ahmad Bin Darus said...

Assalamualaikum WBT
Semua masyarakat dijemput hadir ke
CERAMAH PERDANA & PENDEDAHAN ISU-ISU SEMASA OLEH SDR EZAM MOHD NOOR
3 Ogos 2008 | 9Malam
di Perkarangan Wisma UMNO Kepala Batas Pulau Pinang.

sila download poster ini dan sebarkan ke semua blog/web -> http://www.pemudakepalabatas.com.my/ezam.jpg

Mr. Lhorat said...

Dakwaan politik wang di Pengerang
- Yg lagi TERDEDAH oleh amalan hidup UMNO.

Muda Mohd Noor | Jul 29, 08 3:33pm

Ketua bahagian Pengerang, Harun Abdullah mendakwa beliau mendapat kurang pencalonan kerana pengaruh politik wang ketika mesyuarat lebih 20 cawangan di bahagian itu.

Sehubungan itu, Harun berkata, beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu kepada Lembaga Disiplin Umno.

Setakat mesyuarat 25 cawangan, Harun mendapat tiga pencalonan iaitu dari cawangan Kampung Pengerang, Tanjung Surat dan Kampung Baru Teluk Rumania.

Sementara menteri pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga naib ketua bahagian itu, mendapat 22 pencalonan untuk mengetuai bahagian itu.

Daripada lapan lagi cawangan yang belum bermesyuarat, Harun mesti mendapat empat lagi pencalonan bagi melayakkannya mempertahankan jawatan tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Surat mendakwa, seorang pemimpin bahagian berkenaan telah membahagikan wang kepada ahli Umno untuk mendapatkan pencalonan.

"Ada yang dapat RM50, RM100 malah RM1,000... mereka beri kepada Pemuda dan Puteri tetapi orang dewasa susah sedikit.

Harun perlu 4 lagi pencalonan

"Beliau (pemimpin tersebut) juga membuat surat layang untuk memburuk-burukkan saya," katanya lagi.

Selain itu, Harun juga mendakwa, pemimpin tersebut juga membawa orang-orangnya untuk membuat kacau semasa mesyuarat cawangan diadakan.

Beliau berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah hidupnya "terpaksa menghadapi politik yang begini kotor".

"Politik wang sebegini, jika tidak dibendung, akan merosakkan Umno," tambahnya.

Bagaimanapun, Harun percaya, beliau mampu mendapatkan empat lagi pencalonan untuk layak mempertahankan jawatannya.

Sementara itu, Azalina gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan tersebut.

Malaysiakini juga telah menghantar SMS kepada Azalina dan masih menunggu reaksi beliau.

Mr. Lhorat said...

DOKTOR DAN MP UMNO..........

Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juru-elektrik, segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... tidak!. Saya betul-betul meraskan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan, mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, MP UMNO adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah."