Wednesday, July 16, 2008

PAS & PKR - Retak Menunggu Belah!

Presiden PAS dan Penasihat PKR sudah sama-sama bertegang urat. Sama-sama menolak dalam hubungan yang kononnya dikategorikan sebagai hubungan dalam parti Pakatan Rakyat yang akrab. Hadi Awang semakin panas hatinya terhadap tingkah-laku parti PKR malah dilihat ada banyak perkara yang tidak kena dalam konteks hubungan di antara mereka berdua.

Tetap yang makin merasa bahangnya adalah PKR yang semakin bimbang akan keretakkan hubungan yang terjalin antara dua parti ini. Dalam keadaan yang makin tegang, ditambah pula masalah yang timbul dan di kaitkan terhadap penasihat PKR seraya ini jelas menunjukkan PAS semakin tawar hati untuk meneruskan hubungan yang disifatkan sebagai hubungan pertalian sama perlu dalam politik Pakatan Rakyat mereka.

Sewaktu diwujudkan hubungan antara 3 parti pembangkang ( PAS, PKR & DAP), pada waktu itu hubungan akrab amat jelas dapat dilihat - Hinggakan mereka boleh berdiri dan tunduk pada satu bendera yang sama iaitu Pakatan Rakyat. Tetapi itu dulu apabila mereka sama-sama memerlukan antara satu sama lain. Kuasa yang diberi rakyat kini jelas memporak-perandakan hubungan antara mereka. "Kuasa mengubah segalanya", pepatah orang lama ini meyusup masuk ke dalam hubungan mereka dan akhirnya terjadilah ura-ura kini bahawa ketidakpuasan diri meruntuhkan hubungan ini. Kuasa yang mereka kejar ini sendiri meranapkan hubungan dan persefahaman yang terjalin.

Kini sudah timbul isu mereka menkhianati rakyat, isu mereka memungkiri janji dan mengejar kuasa yang satu sesama sendiri malah timbul juga isu perkauman yang mana orang melayu diperlekehkan dan tidak dijaga martabatnya dan begitu mudah diperlekehkan oleh bangsa lain. Itulah cabaran yang mereka hadapi apabila 3 kuasa besar pembangkang bersatu merebut kuasa rakyat yang satu, kelak yang ruginya rakyat yang menyokong mereka kembali.

"Harapan rakyat" dari Pakatan Rakyat kini menjadi "Punahnya Rakyat" dari Pakatan Rakyat! di akhir cerita rakyat jua yang menderita.

15 comments:

si_merahhati said...

PAS, PKR dan DAP punyai matlamat yang berlainan. Tapi dek kerana hendakkan kuasa dan matlamt tercapai maka bergabunglah mereka... Sudahnya tidak terbendung lagi rasa tidak puashati sesama sendiri akibat daripada keputusan bergabung itu tidak memberi manfaat yang besar. Jadi, rakyat pun berfikirlah sendiri siapa yang rugi sekarang ni...

yusof said...

Berapa lama lagi sampai ke pilihanraya umum akan datang, 4-5 tahun atau kurang, mungkin PAS,PKR dan DAP akan kelihatan begini sebab mungkin itu yang mereka mahu, tapi dalam keadaan begitu mereka akan terus mengugat kedudukan BN dan UMNO sekarang dan seterusnya dan mungkin dalam keadaan begini juga kerusi BN dan UMNO akan semakin berkurangan selepas PRU13 nanti atau mugkin dalam penggal ini juga. Jagi apa signifikantnya PAS,PKR dan DAP mempunyai matlamat berlainan?

mrf said...

yusof ni angan2 mat jenin balaci pakatan rakyat yang buta hati dan busuk pemikiran bahkan basi jiwa dan raga...

AnakWatan said...

yusof nie barua PKR...

AnakWatan said...

kau suka sangat la yusof kalau PKR memrintah....

kau suka tengok org cina pijak melayu...

org melayu dibernarkan murtad...

raja berpelembagaan dihapuskan...

ORANG MELAYU TAK PERLUKAN SOKONGAN CINA ATAU INDIA....

TAPI org india dan cina perlukan sokongan MELAYU untuk mengambil alih tanah MELAYU ini...

JGN jadi MELAYU bodoh macam yusof nie... bengong...

konon dasar terbuka... dasar sama rata... sama rata pak hang....


kau tengok la apa reaksi DAP lepas dapat memerintah...

sebusuk busuk org MELAYU ... masih bernama MELAYU....


ambil ikhtibar la dgn SINGAPORE tu dah cukup....

depa import org cina pastuh claim melayu kaum minoriti....

aku ada kerabat kat singapore ... aku tau la mcm mana.... depa org kerajaan ... diskriminisasi jgn ckp la..

yusof bengong

AnakWatan said...

MELAYU memrintah cina yang kenyang...

projek mega sapa dapat... CINA

org melayu jadi alibaba aje...

kalau CINA memerintah .. MELAYU dapat APA!!!!!

yusof said...

Belum berlaku lagi di Malaysia ini Malaysia di perintah oleh bangsa selain dari Melayu dan dengan keadaan yang kurang difahami oleh saudara-saudara, perkara ini tidak akan berlaku. Tapi telah telah terbukti di dalam sejaran bertulis, UMNO pernah menjual orang Melayu untuk di perintah oleh Cina di Singapura.

yusof said...

Untuk mengingatkan atau memberitahu saudara-saudara, lebih kurang 43 tahun lalu, parti PAP juga memenangi kerusi terbesar, kerusi lagi berada di tangan ahli parlimen penyokong UMNO, tapi oleh kerana tidak ada parti pembangkang ke-3 di bawah kepimpinan orang Melayu, maka dengan sewenang-wenangnya pemimpin UMNO meninggalkan orang-orang Melayu tanpa satu lagi pungutan suara untuk diperintah oleh PAP menjadi Republic Singapura. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang, walau parti DAP menerajui negeri itu dan dengan adanya sebuah parti pembangkang PKR di bawah pimpinan orang Melayu, tidak akan kehilangan lagi sebuah jajahan penting dalam Persekutauan Malaysia kerana apa pun berlaku di dalam pentadbiran Pulau Pinang, negeri itu masih tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sejarah membuktikan di antara kelemahan sebuah negara ialah apabila pemeintahnya tidak dapat menghalang pepecahan tanah jajahan dan ini hanya berlaku semasa UMNO menjadi pemerintah.

Mr. Lhorat said...

MP hapraq kaki jilat bersetuju lantik PM hapraq kaki tidoq...
PM hapraq kaki tidoq akan lantik Menteri2 & Timbalan2 Menteri hapraq kaki jilat...Menteri2 & Timbalan2 Menteri hapraq kaki jilat itu sudah pasti akan melaksanakan tanggungjawab & menguruskan negara sudah pasti secara HAPRAQ & JILAT MENJILAT...

mrf said...

Mr. jilat yusof, yusof jilat Mr. ..
pro pembangkang yang suka menjilat satu sama lain..jilat lah bontot nik aziz..org yang digelar ulamak..ulamak ker?? tugas ulamak menyatupadukan ummah..tapi ulamak yang satu ni anggap umno tu bukan bukan saudara seislam..dulu kafirkan umno sebab berkawan dgn mca dan mic dlm politik...no muzakarah..dgn DAP ok, umno no way..
ulamak apa tu?? sanggup taknak muzakarah dgn umno..pentingkan prinsip diri sendiri berbanding kepentingan umat melayu dan islam ..
harus diingat..UMNO setuju muzakarah dgn pas bukan kerana umno dah kalah teruk masa PRU12 hari tu..yang kalah teruk mca,mic dan gerakan yg jd penyebab BN kalah teruk..umno masih utuh..
org2 pas jgn bongkak dan tuduh umno dah kalah teruk baru nak berbaik dgn pas..sekali lagi diingatkan umno parti yg paling banyak menang kerusi masa PRU12.
jika india dan cina tak percaya dan syak wasangka dengan parti terbesar malaysia iaitu umno, lebih baik umno bergabung sesama melayu dan seislam..yang untung bangsa dan agama kita..

yusof said...

Setahu aku, hanya pemimpin atau bekas pemimpin umno yang telah "berputus arang berkerat rotan" untuk masuk Semangat 46 seperti KU Li, RASIS YATIM dan SHABERY sanggup menjilat bontot kepala suku UMNO Dr Mahathir untuk mendapatkan keahlian semula dan kesusukan tertentu dalam kerajaan BN/UMNO dan apabila Dr Mahathir angkat kaki, mereka pun terpaksa jilat bontot Pak Lah.

WaZiRai said...

Wahai yusof jangan lupa UMNO wujud lagi lama dari PR wujud dan jangan nak tuduh la jilat-jilat ni, moyang kor, datuk kor even bapak kor pun dulu jilat la...kor study dulu pun kor jilat siapa kalau tak kerajaan... jadi janganlah cakap lebh!

yusof said...

Jangan fikir mendongak bontot ke langit. UMNO memang dah lama, dah macam orang tua tak sedar diri, tak lama lagi masuk kubur. PR memang baru macam budak, menyepah tahi sama sini, lama jadi juga orang dewasa. Pada masa PR betul dah jadi dewasa, UMNO pun dah takda lagi di dunia atau sudah seperti orang tua sakit dah nyayuk tak boleh begerak lagi. Dah nak gol macam ramai orang kata dan bertambah ramai orang berkata begitu pada setiap masa.

Mr. Lhorat said...

Isyarat awal untuk orang Melayu

Akhirnya semua terbongkar (dan menjadi senjata kumpulan tertentu yang berkempentingan dalam politik kelompoknya). Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan (adakan hubungan seks dan Rosmah berada di tempat kejadian ketika pembunuhan) Altantuya. Rasuah Najib (peralatan ketenteraan) menjadi isu besar, Ghani Patail dan Musa Hassan semua menjadi topik bicara hari ini. Lebih-lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah (kalau Ezam tetap dengan sumpah keramatnya) menjadi sandaran, fitnah memfitnah menjadi alasan menghalalkan cara.

Bukan itu sahaja semua kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina (tindakan mereka menghina diri mereka sendiri). Semua terbongkar – semua terbongkar – semua isu orang Melayu – semua isu kelemahan Melayu – semua isu kebobrokan Melayu – kepimpinan Melayu. (Kalau Melayu yang berkuasa ini teguh pegangan Islamnya, peristiwa-peristiwa sebegini tidak akan terjadi).

Apakah ini bukan tanda-tanda awal kemusnahan Melayu itu sendiri? (Iaitu Melayu yang menguasai negara). Bukankah ini menunjukkan kedudukan Melayu itu – dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa satu perkara – asasnya kita Melayu, asas dan akar kita Melayu dan perjuangan kita untuk Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita – memperjuangkan bangsa? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Pak Lah atau Anwar Ibrahim, kenapa harus Ustaz Hadi – kenapa harus PKR atau UMNO dan PAS.

Keadaan semakin meruncing. Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling rendah.

Masa sudah tiba bahawa Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.

Kita mulakan semula. Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu lain – golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu, Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.

(Bukannya setakat ada dua tiga kerat kumpulan yang kononnya menjulang Melayu tetapi sebenarnya alat Umno untuk mempertikaikan orang lain setelah diaibkan dalam PRU 12 8 Mac lalu.

Masa sudah tiba untuk Melayu itu sedar bahawa krisis kita (terutama yang melibatkan parti Melayu yang sedang memerintah) merugikan bangsa kita (dan generasi akan datang). Ini perlu untuk kita sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita.

Kita perlu hari ini melakukan pengorbanan semula (sokongan yang diberikan kepada parti Melayu yang memerintah tetapi gagal membela Melayu mesti ditarik balik dan diberikan kumpulan Melayu yang ikhlas membela) – demi Melayu. Kita perlu mendesak agar mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu (seperti adanya agenda peribadi iaitu demi untuk mempertahankan kekuasaannya, letak orang nombor duanya menggantikan tempatnya dua tahun lagi. Walhal itu hak rakyat dan ahli parti menentukan, bukannya jawatan yang dia wariskan kepada orang tertentu).

Masanya sudah tiba untuk Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan Melayu (kata orang, pilih Isalam selamatlah bangsa). Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini – mulakan menjadi Melayu yang akan menentukan nasib bangsa kita (jangan terpengaruh dengan dakyat TV3, Utusan dan Berita Harian sahaja).

Seruan semua dari apa lapangan untuk bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah Melayu diselesaikan dengan segera. Kita harus memulakan langkah agar apabila kita bangun keesokan harinya, Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi hamba akibat persengketaan kita.

(Sebab kita dengar banyak kepentingan negara dikuasai oleh beberapa kerat individu, yang mempunyai hubungan pula dengan kepentingan negara asing. Kalau keadaan ini terus dibiarkan, Melayu boleh merempat di tanah air sendiri).

yusof said...

Satu ketika dulu pernah saya membaca sebuah kritik sastra "Sejarah Melayu" menganalisa keampaan seorang pahlawan Melayu terbilang setelah gagal menyempurnakan satu tugas penting untuk memuaskan nafsu tuanya. Beliau turun menyusur Sungai Melaka, berdiri di tepi tebing, lantas mengeluarkan ( bukan menghunas ) keris Taming Sari, lalu mengeluarkan kata-kata hikmatnya, "tidak akan hilang Melayu di dunia" dan terus membuang keris itu bersama-sama dengan sarungnya ke dalam sungai Melaka. Mungkinkah kisah ini berlaku di penghujung kurun ke 15 bagi orang Melayu yang hidup semakin di dalam tempurung, sementara banyak peristiwa lain yang berlaku di Eropah dan Timur Tengah dan penemuan sebuah benua baru. Mungkinkah pahlawan ini dengan kedudukannya mampu berinteraksi dengan pendagang-pedagang dari serata dunia dan mengetahui peristiwa-peristiwa di tempat lain di dunia? Keris adalah segala-galanya bagi orang Melayu dan pahlawan ini sudah mengetahui bahawa benda mnistik ini tidak lagi dapat membantu orang Melayu, tapi orang Melayu akan terus wujud di dunia ini.