Monday, July 21, 2008

UMNO & PAS Muzakarah, PR & DAP Busy-Body!

On the collaboration between PAS, PKR and DAP, he said: “We didn’t talk about their cooperation with others.” Asked when actual discussions were going to take place, Abdullah said the meetings he held were serious. “It is not a game.“ On Nik Aziz’s proposal that there should be a third party at the discussions, the Prime Minister said: “At this stage, I have not considered whether there is a need for a third party or not.”

Yesterday, when told what Abdullah had said, Nik Aziz changed his stand about the dialogue with Umno, saying he was open to it. Nevertheless, he insisted that a third party needed to be present during the dialogue. Nik Aziz said he was unaware of any informal discussions taking place between PAS leaders and Abdullah.

Umno supreme council member Datuk Seri Shafie Apdal said the muzakarah (dialogue) was good to unite the people. “As the minister in charge of unity, I encourage such discussions as they will benefit the people when there is unity regardless of political ideology,” said Shafie, who is the Unity, Culture, Arts and Heritage Minister.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Abdullah should act as the Prime Minister of Malaysia by taking into consideration the interest of all Malaysians instead of just one race. In Ipoh after opening the Taman Tasek Damai DAP branch at Kampung Tawas in Ipoh, DAP adviser Lim Kit Siang said the party was not aware of what was going on in the Umno-PAS talks.

DAP chairman Karpal Singh said any discussions between Umno and PAS need to be endorsed by Pakatan Rakyat. “I think a matter like this has far-reaching consequences and should be agreed upon first,” he said, adding that the matter was never brought before Pakatan Rakyat.

Komen:

Bukankah ini merupakan perbincangan tertutup antara PAS dan UMNO jadi mengapa diajukan pula pandangan dari parti DAP? Walaupun mereka bersama di dalam satu parti yang digelar Pakatan Rakyat, tetapi apakah bukti yang wujudnya hubungan akrab di antara mereka? Bendera parti pun tak mampu nak 'design' inikan pula mahu berhujah dan memberi pandangan tentang perbincangan atau muzakarah antara parti sesama Islam. Apa hak mereka untuk mencampuri dan memberi komen tentang ini.

Perlukan ditanyakan soalan pada DAP yang rata-rata mahu melihat rakyat terutamanya orang Melayu berpecah-belah. Perlukan kita menilai, membaca dan mendengar komen mereka sedangkan muzakarah ini tidak langsung ada kaitan dengan mereka? 'Endorsed by Pakatan Rakyat'? kenapa perlu ada begini. Ini bukan perbincangan tentang politik, ini bukan perbincangan untuk menetukan siapa kuat atau siapa lemah dan ini bukannya ada kaitan dengan mereka? Kita bukan mahu berbincang dengan Pakatan Rakyat, tetapi mahu berbincang dan ber-muzakarah dengan PAS! Apa kini untuk berbincang soal mendaulatkan bangsa Melayu dan ajaran Islam, kita perlu tunduk dengan karenah dan undang-undang yang dibuat oleh si khafir!

Ini soal agama dan soal kita orang Melayu, bukannya ada kena mengena dengan bangsa lain, jadi kenapa mereka perlu nak 'busy-body' menjaga tepi kain kita. Siapakah yang mempertikaikan Ketuanan Melayu, siapa yang menekan dan mempersenda Islam yang merupakan agama rasmi kita? Jawablah siapa.....! Jadi perlukah PAS ikut telunjuk mereka demi memartabatkan bangsa kita dan juga agama keagungan kita...perlukah kita ikut semua ini...perlukah!

18 comments:

yusof said...

Kalau perbincangan ini jenis tertutup, apa pulak Pak Lah nak dedahkan ke media, biasanya bendanya kecil macam semut, tapi Pak Lah mau kelihatan besar macam gajah. Kalau ada orang kata itu UMNO dan PAS punya pasal, tapi kalau orang DAP dan PKR menyampuk pun itu dia orang punya pasal.

Mr. Lhorat said...

UMNO & ULAR?
kasi cincang & tanam itu UMNO 1st...
Depan depa(UMNO)salam, Belakang depa(UMNO)tikam...

Note:
UMNO - UnMINDed Malay National Organisation

Mr. Lhorat said...

Isyarat awal untuk orang Melayu

Akhirnya semua terbongkar (dan menjadi senjata kumpulan tertentu yang berkempentingan dalam politik kelompoknya). Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan (adakan hubungan seks dan Rosmah berada di tempat kejadian ketika pembunuhan) Altantuya. Rasuah Najib (peralatan ketenteraan) menjadi isu besar, Ghani Patail dan Musa Hassan semua menjadi topik bicara hari ini. Lebih-lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah (kalau Ezam tetap dengan sumpah keramatnya) menjadi sandaran, fitnah memfitnah menjadi alasan menghalalkan cara.

Bukan itu sahaja semua kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina (tindakan mereka menghina diri mereka sendiri). Semua terbongkar – semua terbongkar – semua isu orang Melayu – semua isu kelemahan Melayu – semua isu kebobrokan Melayu – kepimpinan Melayu. (Kalau Melayu yang berkuasa ini teguh pegangan Islamnya, peristiwa-peristiwa sebegini tidak akan terjadi).

Apakah ini bukan tanda-tanda awal kemusnahan Melayu itu sendiri? (Iaitu Melayu yang menguasai negara). Bukankah ini menunjukkan kedudukan Melayu itu – dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa satu perkara – asasnya kita Melayu, asas dan akar kita Melayu dan perjuangan kita untuk Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita – memperjuangkan bangsa? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Pak Lah atau Anwar Ibrahim, kenapa harus Ustaz Hadi – kenapa harus PKR atau UMNO dan PAS.

Keadaan semakin meruncing. Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling rendah.

Masa sudah tiba bahawa Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.

Kita mulakan semula. Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu lain – golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu, Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.

(Bukannya setakat ada dua tiga kerat kumpulan yang kononnya menjulang Melayu tetapi sebenarnya alat Umno untuk mempertikaikan orang lain setelah diaibkan dalam PRU 12 8 Mac lalu.

Masa sudah tiba untuk Melayu itu sedar bahawa krisis kita (terutama yang melibatkan parti Melayu yang sedang memerintah) merugikan bangsa kita (dan generasi akan datang). Ini perlu untuk kita sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita.

Kita perlu hari ini melakukan pengorbanan semula (sokongan yang diberikan kepada parti Melayu yang memerintah tetapi gagal membela Melayu mesti ditarik balik dan diberikan kumpulan Melayu yang ikhlas membela) – demi Melayu. Kita perlu mendesak agar mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu (seperti adanya agenda peribadi iaitu demi untuk mempertahankan kekuasaannya, letak orang nombor duanya menggantikan tempatnya dua tahun lagi. Walhal itu hak rakyat dan ahli parti menentukan, bukannya jawatan yang dia wariskan kepada orang tertentu).

Masanya sudah tiba untuk Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan Melayu (kata orang, pilih Isalam selamatlah bangsa). Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini – mulakan menjadi Melayu yang akan menentukan nasib bangsa kita (jangan terpengaruh dengan dakyat TV3, Utusan dan Berita Harian sahaja).

Seruan semua dari apa lapangan untuk bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah Melayu diselesaikan dengan segera. Kita harus memulakan langkah agar apabila kita bangun keesokan harinya, Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi hamba akibat persengketaan kita.

(Sebab kita dengar banyak kepentingan negara dikuasai oleh beberapa kerat individu, yang mempunyai hubungan pula dengan kepentingan negara asing. Kalau keadaan ini terus dibiarkan, Melayu boleh merempat di tanah air sendiri).

Unknown said...

After 50 years of independant, we still have a Prime Minister who is preaching Racism!!!

We thought all the while he has been mentioning that he is the Prime Minister for All???

How come, now he is having secret talk about Kita Melayu???

If we have a leader who is preaching Racism, what are we suppose to do?? Are we to follow his style.

The country is so bloody SICK!!!!!!

mrf said...

maksud pertemuan tertutup tu hanya antara beberapa org, dan tertutup kepada media..pak lah pon tak perincikan tajuk2 yg dibincang pada media.

anwar ada 3bilion..ada lagi lebih 20juta kat bank singapore..mana dtg duit dia?dia businessman? suku sakat dia dlm abim ramai yang jutawan masa dia dlm kerajaan..

baru 100 hari pkr pegang selangor, dah dimasukkan adik anwar dlm KDEB sebagai penasihat bergaji 20ribu..
(kronisma ke tak tu)..dah la tu nak jadi penasihat konon bisnes perodua kat penang pon lingkup. pastu bila dah kecoh2 sebelum tu nafikan,bila dah tak boleh tutup baru nak letak jawatan. masuk pulak si suami anak sedara anwar yang merupakan calon parlimen rembau dalam KDEB..tu baru perintah selangor, kalau perintah negara? habis semua org dia pecat, ganti dgn org2 dia.

kat unisel naib canselor kene tamat kontrak sebelum tarikh sebenar.alasan tak perform padahal atas pimpinan dia UNISEL lebih dikenali dan cemerlang. pengarah muzium negeri selangor pon kene pecat..
agaknya kalau kerajaan pecat semua staff pro pembangkang apa jadik??

Mr. Lhorat said...

Kalau betul2 mengaku Jantan & Ada telur... dengar sampai habis...

1. http://www.youtube.com/watch?v=l16l4MUKRro

2. http://www.youtube.com/watch?v=e3Wsvpre2tc&feature=related

3. http://www.youtube.com/watch?v=2nI4OwwA-x0&feature=related

4. http://www.youtube.com/watch?v=4Z_do5qv0b4&feature=related

5. http://www.youtube.com/watch?v=VryTOcei2pI&feature=related

6. http://www.youtube.com/watch?v=vIeOIrhg37U&feature=related

7. http://www.youtube.com/watch?v=kQyH61XkmW4&feature=related

Inilah kerja Pemimpin2 UMNO/BN yang diamanahkan mengurus pentadbiran negara dan membela/memperjuangkan hak2 rakyat terutama sekali hak2 orang melayu..

yusof said...

You can write million times, you can continue to write millions times, noboday can stop from writing million times, I cannot stop you from writing million times, I cannot deny your right to write million times, but I don't have to believe.

zelmey said...

Tak taulah apa nak jadi dgn orang Melayu sekarang ni ..

Asik nak berlaga je ..

http://zelmey.blogspot.com

Mr. Lhorat said...

TAHNIAH RAIS DAN KERJAAN BN – KINI SINGPURA TUNTUT EEZ (ZEE) DI BATU PUTIH.

Assalamu alaikum,

Kepada semua rakyat Malaysia jangan gundah dan sakitkan kepala dengan tuntutan baru, zone ekskulisiv ekonomi, Singapura bagi kawasan perairan sekitar Batu Putih, Rais Yatim dan pasukannya yang diketuai Ghani 4-tahil akan memastikan kita berada dalam win-win situation sekali lagi dan selama-lamanya, tak kiralah samada Pengerang, Sungai Rengit, Tanjung Puteri dan kawasan sekitarnya diberi kepada Singapura kita tetap dalam keadaan WIN WIN ala RAIS


Tajuk berita hari ini bertumpu kepada isu tuntutan zone ekskulisiv ekonomi disekitar Pulau Batu Putih oleh Singapura. Jurucakap kerajaan BN menyatakan rasa terkilan dan tidak berpuas hati kerana Singapura tidak berbincang terlebih dahulu dengan Malaysia sebelum mengutarakan tuntutan itu.

Soalannya : Perlukah Singapura berbincang dengan Malaysia dalam menentukan laman rumah mereka yang diiktiraf oleh ICJ. Sepertimana Paklah dan BN berbincang dengan PM Singapura di Langkawi untuk memabangunkan Wilayah Iskandar.

Singapura tak sebodoh itu perlu mengikut kebodohan dan kejahilan pemerintahan BN. Batu Putih hak mereka apa saja nak dibuat itu adalah hak mereka.

Lapuran juga menyatakan bahawa pengumpulan data yang lengkap sedang diusahakan untuk menghadapi tuntutan baru ini.

Harapan rakyat kepada pengumpul maklumat buat kerja betul-betul jangan main cilok dan memalukan rakyat dan negera Malaysia seluruhnya kerana orang luar tak akan kata itulah kerajaan BN Malaysia yang bodoh dan malas.


Akhir Qalam : sekali berbohong akan terus berbohong untuk menutupi pembohongan yang lalu, perkataan bohong boleh diganti dengan bodoh jika suka. Sehingga secukup rasa....

yusof said...

Kesangsaraan rakyat di sempadan tiada kesudahan selama tanah jajahan diperintah oleh parti UMNO dan BN. Lebih sepuluh tahun dulu kerajaan di bawah parti yang sama dengan sewenang-wenangnya mengabaikan tanggangjawab sehingga berlakunya kehancuran sistem sosial bagi rakyat yang tinggal bersebelahan sempadan Johor dan Singapura sehingga ada dalam banyak keluarga berlaku perpisahan disebabkan oleh taraf kerakyatan,rasanya tidak jauh berbeza dengan perpisahan di antara Korea Utara dan Selatan dan sehingga sekarang tiada seorang pun yang mewarisi kerajaan ini rasa bersalah di atas perbuatan pemimpin-pemimpin mereka dan kesengsaran rakyat berterusan kerana kecuaian pemerintah sehingga rakyat yang mencari nafkah di lautan terpaksa berhadapan dengan keadaan yang hampir serupa dengan kehilangan tanah jajahan Singapura. Tiba-tiba saja laluan nelayan-nelayan ini terpaksa melalui pindu sempadan di tengah-tengah lautan, apakah mereka di dalam pemerintahan kerajaan persekutuan masih lagi tidak sedar atau hanya berpura-pura bahawa pengadilan makamah antarabangsa telah memberi kemenangan bersama atau yang sentiasa kalah adalah rakyat semata-mata. Andainya ini berlaku di negara seperti India atau Indonesia, sudah lama rakyat akan menghalau keluar pemimpin-pemimpin ini dari kerajaan.

yusof said...

Maaf kejadian lebih 40 tahun lalu

yusof said...

Kesimpulannya kerajaan yang telah diberi peluang oleh rakyat sudah melampaui setengah abad terbukti lemah di dalam mengotakan janji-janinya dan lemah mempertahankan sempadan negara, belum lagi diserang secara ketenteraan sudah hilang wilayah. Maka jangan terlalu lewat untuk menggantikan mereka.

mrf said...

bodoh la ko yusof..kalau semua org mcm kau ni kalau malaysia kene serang memang cepat la tumbang.sebab apa?sebab org mcm ko ni tau kondem kerajaan je dan nak tukar sgt kerajaan atas alasan sempadan negara pon tak boleh nak handle...agaknya org mcm ko ni jenis tak mau pertahankan negara sebab yang memerintah negara bukan parti yang ko sokong. lagi cepat tumbang lagi bagus.. maka jadilah mcm puak syiah iraq yang suka saddam tumbang cepat, biarkan negara diceroboh, burukkan2 pulak negara dimata dunia, tak bersatu pertahankan negara, akhirnya diorg pon tak dpt apa.

Mr. Lhorat said...

Nah... amik ko MRF...

Senangnya… Ipar PM Buat Duit

"ا لسلآ م عليكم ورحمة الله
Sudah dua kali aku menulis mengenai penindasan oleh kerajaan dan GLC’s terhadap syarikat SME’s bumiputera. Tulisan-tulisan aku boleh dirujuk pada link dibawah:-
1. Penganiayaan GLC’s terhadap SME’s Melayu
2. Tan Sri Azman Mokhtar yang BENGAP

Pada dasarnya begitulah nasib usahawan-usahawan Melayu bila berurusan dengan kerajaan bagi mendapatkan projek-projek yang mereka benar-benar mahir mengendalikannya. Merujuk kepada link diatas.

Maklumat terbaru yang aku terima daripada sekelian usahawan-usahawan SME’s ini ialah mengenai satu syarikat yang menjadi orang tengah keatas sebahagian besar projek-projek yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Ini amat menghairankan, kenapa perlu ada orang tengah pula bagi menguruskan pembekalan dan perkhidmatan kepada kementerian? Sedangkan selama ini, mana-mana jabatan, agensi-agensi dan kementerian-kementerian berurusan terus dengan pihak pembekal dan kontraktor. Kenapa mesti ada pihak ketiga?

Dikatakan, syarikat IKS / SME ini yang telah ditawarkan kontrak terpaksa membuat tawaran harga melalui sebuah syarikat yang bernama Central Management Catalogue Agency Sdn Bhd (CMCA). Syarikat CMCA ini pula akan membuat tawaran yang baru kepada Kementerian Kewangan dengan harga yang lebih tinggi. Margin atau pendapatan daripada perbezaan harga tadi dinikmati oleh CMCA tanpa mengerah keringat sedikit pun.

Disini apa yang dipertikaikan oleh syarikat IKS Melayu yang mendapat kerja daripada kementerian terpaksa bertungkus-lumus siang malam untuk menyiapkan kerja masing-masing. Manakala, setelah kerja-kerja telah disiapkan terpaksa pula syarikat ini membuat tindakan susulan beberapa kali ke Putrajaya bagi menuntut pembayaran. Satu-satu tuntutan tidak hanya memadai dengan satu perjalanan sahaja, tetapi dengan beberapa trip yang tidak sepatutnya berlaku. Kelewatan pembayaran dan beberapa kali tindakan susulan ini amat merugikan syarikat IKS yang terlibat. Dengan keuntungan yang diambil hanyalah cukup-cukup makan, semacam tiada pilihan lain bagi syarikat IKS Melayu ini.

Manakala, bagi sebuah syarikat seperti CMCA yang tidak merasa penat jerih, senang-senang membuat keuntungan dan menghimpun kekayaan. Kebanyakkan syarikat IKS terpaksa melobi dan memberi penerangan kesana-kesini untuk mendapatkan sesuatu projek. Begitu banyak kos telah dihabiskan untuk memastikan projek dalam gengaman. Di penghujung hari, hanya syarikat kaum kerabat juga merasai kesenangan dan kemewahan tanpa bersusah payah sedikit pun.

Isu yang ingin aku bangkitkan di sini, mengapa mesti syarikat IKS Melayu ini terpaksa melalui CMCA, kenapa tidak terus kepada pihak kementerian? Perkara yang paling menghairankan ialah kontrak diberi terus kepada syarikat IKS daripada kementerian, tetapi kenapa CMCA dibenarkan membuat tawaran kedua yang lebih tinggi harganya? Mengapa dan kenapa? Sindrom CMCA ini juga seakan menjangkiti Kementerian Kesihatan kini. Monopoli..monopoli… monopoli…

Setelah disiasat dan diselidiki oleh golongan usahawan yang terlibat maka dapatlah kita mengetahui jawapan yang sebenarnya. Untuk makluman semua, pemegang syer yang terbesar dalam CMCA ini ialah Pelasari Sdn Bhd. Dikatakan Pelasari memegang sebanyak 85% saham dalam CMCA. Kenalkah sidang pembaca kepada Dato’ Haji Mahamad Fathil bin Dato’ Mahmood? Dia (tak layak digelar beliau) merupakan pemilik syarikat Pelasari dan abang ipar kepada PM.

Kesimpulannya, semua tindak tanduk yang berlaku dalam Kementerian Kewangan disedari oleh PM ( nak sebut nama pun jijik rasanye). Tak mungkin CMCA dapat mengawal segala tawaran daripada IKS tanpa persetujuan dan kebenaran PM. Kenapa syarikat yang ada hubungkait dengan PM diberi segala kemudahan dan faedah yang berlipat kali ganda sedangkan syarikat IKS terpaksa menitis keringat dan airmata untuk mendapatkan satu-satu kontrak hanya sekadar untuk terus hidup dan kekal dalam industri.

Ini aku belum mahu cerita tentang hutang-hutang yang dihadapi oleh IKS Melayu. Seperti dikejar oleh bank, KWSP dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Kita bincang dalam penulisan yang lain pula.

Pendek kata, kerajaan yang telah 50 tahun memerintah. UMNO dan BN sememangnya pembela Melayu yang sejati. Sekalung tahniah kepada pengundi-pengundi mereka.

Mungkin beberapa tahun lagi negara kita Malaysial akan bertukar kepada Malayhaprak pula. Inilah pemimpin UMNO terdahulu bukankah Tanah Melayu sudah cantik namanya. Kalau nak ubah sekalipun tukarlah kepada Malayland seperti Thailand, England, Deutcland dan lain-lain negara lagi. Ini tidak sentiasa mengucapkan kata nista kepada Melayu…… Malay Sial…..

yusof said...

Jangan perkecilkan semangat petriotik rakyat walau pun mereka tidak bersetuju dengan cara pemerintah UMNO/BN mentadbir negara, tapi jangan kelirukan di antara kondem kerajaan UMNO/BN dan kondemkan negara. Kondemkan kerajaan UMNO/BN memang tidak jauh dari tabiat pembangkang, tapi negara jadi kondem kerana cara kerajaan UMNO/BN memerintah sehingga wilayah pun boleh tergadai dan bukankah ini sama seperti menconteng arang ke muka sendiri. Pintu keluar sudah tersedia untuk UMNO/BN pergi.

zelmey said...

Penyudahnya Melayu yang terkucil..

Menang sorak
Menang nama

Tapi maruah tergadai

http://zelmey.blogspot.com

Mr. Lhorat said...

Kasi gelak guling2(x16) dulu….

Bila UMNO berniat untuk bermuzakarah dengan PAS, aku bertanya,

1. Hilang akal ke UMNO?
2. Hmmmmm? [mulut lopong]
3. Ikhlas ke?
4. UMNO Buang tebiat?

Pada PRU ke 11, ketika UMNO menang besar, tak der cerita pun tentang Muzakarah. UMNO hanya cerita tentang muntahkedarah, belasah, sesah. Kalau UMNO ajak bermuzakarah, cerita sama seperti ISRAEL ajak Palestine turun ke meja perundingan? Kalau kita tak mahu Palestin ditipu oleh Israel, maka kita tak mahu PAS di tipu oleh UMNO. Korang pikir la sendiri ....

Niat Muzakarah UMNO.... sama seperti Islam hadhari yang UMNO lahirkan. Hari ni cerita pasal Islam Hadhari, waktu malamnya, UMNO cerita pasal majlis tari menari. Hari ni UMNO cerita pasal muzakarah, esok hari PAS kena sesah.

Bila Pak lah cerita pasal agama .... aku menung lama. Dalam hati, "Pak Lah gurau agaknya." Ingat dia dah lupa pasal Islam Hadhari....rupanya dia cerita lagi di SINI. Siap nak ajar orang lain tentang Islam. Tapi dalam kepala gua mudah je...."Ulamak bukan keturunan".

Umno berubah jadi mulia.
Hati kena bertanya tanya.
Jangan di tipu berulang kali.
Orang kata kita dah la buta lagi tuli.
UMNO jadi mulia .....
Hilang akal ke?
Pikir 10 kali
Hantu raya nak cuba jadi wali?
Sampai ke kaki aku terasa geli.

yusof said...

UMNO sudah 2x macam anjing tersepit, selepas Piliharay 1969 bila terlepas, tak sampai hampir satu penggal sudah mengigit semula semua orang, sekarang ni sudah jadi buaya lapar terhempap pokok kelapa selepas PRU11, sepatutnya dalam muzakarah PAS akan suruh semua pemimpin UMNO beratur dan PAS akan kira, 1,2 ,3 bila sampai ke sana terus membentuk kerajaan baru dengan PR. Beritau mereka dulu aku selepas 1969 diterima macam permaidani lepas tu dibuang macam tikar buruk, tiba lepas PRU12 kau kata aku macam tikar bulu kambing, sekarang akan selubung kau dengan tikar besi dan duduklah kau di bawah tu dan rasakan macam aku rasa dulu.