Thursday, February 26, 2009

Alahai Peguam Negara...

"Karpal sepatutnya bersyukur tinggal di Malaysia.
Kalau di Thailand, Karpal sudah lama

merengkok dalam penjara
kerana menghina Raja"


Seorang penulis novel berasal dari Australia dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun kerana menghina Raja Bumipol Adulyadey. Tetapi nasibnya baik, Raja Bumipol memberi ampun dan penulis novel ini dihalau keluar dari Thailand.

Tetapi di Malaysia Karpal Singh menghina Raja (Sultan Perak), malangnya sehingga hari ini Karpal masih belum dikenakan sebarang tindakan seolah-olah tiada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada Karpal.

Thailand tidak ada beza dengan Malaysia mengamalkan sistem Raja berperlembagaan. Di Thailand, Raja sangat dihormati sebarang celaan kepada Raja bukan sahaja oleh rakyat negara itu malah warga asing hukuman penjara menanti mereka.

Di Malaysia memang ada peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan kepada Karpal kerana menghina Sultan Perak. Karpal bukan sahaja boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan malah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menimbulkan kemarahan rakyat dan suasana tidak tenteram dalam negara.

Persoalannya mengapa sehingga hari ini Karpal tidak dikenakan sebarang tindakan selepas 100 laporan Polis dibuat oleh orang ramai yang marah dengan tindakan Karpal menghina Sultan Perak?

Lebih menghairankan sehingga hari ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengambil sikap `berdiam diri' dan tidak bercakap sepatah pun untuk menghuraikan dari sudut undang-undang apakah tindakan boleh diambil terhadap Karpal.

Sikap `berdiam diri' Peguam Negara ini tidak disenangi oleh banyak pihak dan menimbulkan kegelisahan orang ramai kerana membiarkan isu ini `tergantung' tanpa sebarang kenyataan sedangkan sebagai Peguam Negara beliau adalah orang yang paling layak untuk bercakap dari sudut perundangan.

Peguam Negara sebagai orang yang arif dalam undang-undang sepatutnya memberi satu garis panduan apa yang boleh disentuh dan tidak boleh disentuh mengenai Raja-Raja dan apakah hukuman daripada sudut undang-undang boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang didapati bersalah kerana menghina Sultan.

Peguam Negara juga sepatutnya menjelaskan apakah tindakan yang boleh diambil kepada mereka yang berarak dan merusuh di Istana Sultan dan apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka berdemontrasi di jalan-jalan raya kerana membantah tindakan Karpal yang menghina Sultan Perak.

Sikap `berdiam diri' Peguam Negara ini menyebabkan Karpal semakin berani dengan memaki Pemuda UMNO sebagai `celaka' dan disebabkan tiada tindakan diambil terhadapnya Karpal kini semakin angkuh mengelarkan dirinya `Singh is King'.

11 comments:

AnakWatan said...

Karpal kini semakin angkuh mengelarkan dirinya `Singh is King'.

sebenarnya maksud kapal sink itu ialah sinking.. (tenggelam)

yelah kapal dah sink jadi dia akan kata i'm sinking... itulah maksud tersurat dari pakal sink ini bersama anjing buldog dia...

pst.. jgn bagi tau tuan guru nik aziz... nanti dia tak jamin masuk syurga pulak

yusof said...

Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah di makamah di anggap oleh UMNO ( bukan semua rakyat ) sebagai menghina dan dianggap menghasut ( tak jelas menghasut siapa ), pada hemah saya, kita tak perlu rasa tersentak dengan benda ini, lebih lagi ia datang dari bukan Melayu yang lebih berpegang teguh kepada konsep demokrasi dan sistem raja berperlembagaan yang dia lebih fahami dan tidak terasing baginya, sedangkan sistem yang diimport oleh UMNO ini masih asing bagi rakyat Melayu. Jadi jangan salahkan orang bukan Melayu yang akan menggunakan perlembagaan untuk menyatakan haknyanya kerana UMNO sepatutnya sudah menjangka perkara ini akhirnya akan tetap berlaku selepas sekian lama negara meredeka dengan perubahan sekitar sosial negara, tapi mengapa UMNO tidak terlebih dahulu mendapatakan pandangan rakyat Melayu melalui pungutan suara sebelum dijadikan asas perlembagaan negara, mungkin majoriti pada ketika itu menentang sistem yang mahu digunakan kepada negara ini selepas mencapai kemerdekaan, kita boleh melihat buktinya, apabila pungutan suara diadakan di Brunei sebelum pembentukan Malaysia, terbukti bukan semua rakyat Melayu bersetuju dan akhirnya Brunei tidak masuk Malaysia dan sultan mereka kekal sebagai monarki mutlak. Apakah agenda sebenar pemimpin UMNO membawa masuk sistem yang hingga sekarang masih asing bagi orang Melayu dan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini dan ia akan tetap berlaku lagi pada masa-masa akan datang adalah disebabkan oleh kecuaian pemimpin UMNO sendiri.

kembara putih said...

Kena push sikit..nak gunakan Akta Hasutan, ISA. Ini lah Pemuda UMNO yang selama ini terkenal sebagai pondan @ bacul. Kalau Karpal guna otak, Pemuda UMNO lawan la dengan otak, jangan guna ISA @ Akta Hasutan. Cuba mulai dari hari ini jadi anak jantan. Sampai bila Pemuda UMNO nak pakai skirt sambil menjerit2 auwww...auwww

AnakWatan said...

kebara putih dan yusof.... selama kau hidup di malaysia ada ke org UMNO kacau mak bapak kau...

kenapa kau sakit hati dgn UMNO...

apa kebaikan pakatan rebah...

kau yusof pun tak tau nak kata apa.. pasal soalan aku ini...

sama macam pakatan rebah dah tak boleh buat keje sibuk cari salah org... kerja ke macam itu..

macam sial... karpal singh sial,
guan eng sial... nizar sial

AnakWatan said...

jawaplah wahai penyokong tegar pakatan rebah alias pakatan kencing rakyat...alias pakatan sial
pada soalan aku tu...

apa kebaikan yg pakatan kau dah buat...

baru dapat kuasa pun dah mula banyak masalah itu ini... kenapa kau tak jaga pakatan kau sendiri...

makin kau mengata UMNO makin nampak kesialan kau... padan muka

skandal itu skandal ini... mana nak tutup beb... rakyat dah mula nampak dah.. pakatan kau memang pakatan sial alias sundal...

kau kata UMNO exco kau juga kaki zina beb....

AnakWatan said...

Karpal punya ego tidak perlu diajar dengan peluru. CUKUP SEKADAR MEMBANCUH CAMPURAN AIR KENCING PERAM DAN NAJIS MANUSIA, DIBUNGKUS DENGAN PLASTIK, DAN DILONTAR TEPAT KE MUKANYA SETIAP KALI IA DISORONG DI TEMPAT YANG MEMBOLEHKANNYA BERMANDI NAJIS.

Hahaha. Karpal oh Karpal. Duduk Gurdwara Sahib je la tua-tua camni. Dah nyanyuk pun lagi mau bikin kacau.

Nik Amir. said...

Yusof...you semak balik fakta sejarah tentang pembentukan Malaysia.You memang dangkal dengan sejarah.Hantu!!Intelectual laziness that lead to interlectual failure.
Tentang Karpal Singh, dia tahu undang-undang.Dia ialah senior lawyer di Malaysia.Pemuda UMNO jangan gertak dia.Dia pun dari segi undang-undang amat maklum tentang kesan dan akibat tindakan beliau.JADI..Pemuda UMNO jangan jadi lembu kerikil..Ikut bos suruh.Please guna otak dan akal secara kontruktif dan kritikus serta 'merdekakan minda'.
rinkasnya macam ni,Kalau dipatut ular tedung,mangsa itu akan dirawat dengan bisa ular tedung.Barulah hilang bisanya. jangan bagi ubat penadol.Jahil ilmu namanya.Kalau karpal guna undang-undang kamu semua guna undang-undang lah.Jangan pula orang ajak main bola dipadang bola kamu pula nak guna gelanggang bola jaring.Kenapa kena pergi memekak kat Parlimen macam orang jakun.Tidak ada pendidikan.
Saya yakin apa yang mereka buat kat parlimen itu bukan hendak bela sangat raja-raja.Bagi pendapat saya itu cuma 'political stunt'.Saya juga berkeyakinan kalau pemimpin UMNO yang kutuk raja-raja,mereka ini lah yang akan mendahului ikut sama memaki hamun raja.
Sewaktu krisis perlembagaan sewaktu dahulu, Annuar Musa mendahului puak yang cuba menabal sultan kelantan yang baru.Aku pun binggung..Biasanya Majlis Pertabalan raja dibuat di Istana Balai Besar,tapi Annuar Musa menabal raja dipadang tempat orang berlumba kura-kura.Kemudian tempat itu selang beberapa hari disambar petir.Yang bersorak-sorai para lembu-lembu kerikil Pemuda UMNO lah.Hidung ditindik punggung dibantai..tuiiii....
Melayu UMNO yang mengajar demikian.Ini lah 'interlectual standard'yang dibina(produk) dari tangan-tangan yang korup.

yusof said...

Memang ada lebih dari satu faktor yang menyebabkan Sultan Brunei( bukan negara Brunei ) enggan menyertai Malaysia. Ini sejarah yang ditulis oleh manusia, bukan macam sejarah dalam al quran, maka manusia akan terus mencari kebenaran di dalam sejarahnya, terutama sejarah orang Melayu yang penuh dengan kontroversi, maka orang Melayu generasi baru berhak mendengar "the other side of the story". Tapi taraf Sultan Brunei tetap lebih tinggi dari Sultan-sultan dan raja-raja di Malaysia dan kekebalannya tidak boleh dicabar oleh sesiapa walaupun di zaman penjajah. Pernah dengar kisah satu kes makamah di England kurun ke 19, seorang wanita Inggeris mahu menyaman Sultan Johor tapi gagal kerana kuasa kekebalannya. Anak baginda Sultan Ibrahim masih menganggap dirinya masih kebal sehingga enggan menerima sistem raja berperlembagaan yang mahu di laksanakan oleh UMNO sehingga baginda enggan berada di negara ini pemimpin UMNO menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos. Tapi ke mana pergi kekebalan raja-raja Melayu sekarang? Pemimpin UMNO memang suka hidup berpura-pura, setelah menjatuhkan taraf raja-raja Melayu tapi masa yang sama berpura-pura mahu mempertahankan institusi ini.

Nik Amir. said...

Yusof,
Melayu tidak kontroversi..otak awak yang kontroversi.Memihak pada puak.Bukan mencari kebenaran.Kadang-kadang aku perhatikan komen kamu membentuk dan mencari alasan untuk membenarkan yang tidak benar dari gulungan yang kamu 'favour' sahaja.
Raja tempat kita pun ada kekebalannya.Tapi ingat Raja pun manusia.Bukan maksum.Mereka juga perlu ditegur.Begitu juga puak dan juak-juak kamu.Demikian juga halnya dengan orang UMNO.
Tegur-menegurnya pun ada caranya.Jangan berajakan emosi!! aku rasa kamu ni lebih patuh dan berajakan emosi.Rugi.Pahala menegur melepas,dosa pula yang dapat.

mba said...

sop..aku stuju sangat dengan sritribuana nie...rugi sop...rugi..

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.