Thursday, December 27, 2007

'Survival' PAS sukar zaman Abdullah berbanding Mahathir

Dipetik dari http://pasreform.blogspot.com/

Komen:

Tika saya membaca artikel yang di-pos di laman blog http://pasreform.blogspot.com/, saya kurang pasti samada penulis adalah seorang pro-UMNO atau sebaliknya, tetapi dalam coretan artikelnya telah menceritakan dengan jelas corak pemikiran dan pengurusan PAS yang sering berangapan yang mereka mampu untuk mentadbir Malaysia, lebih baik dari kerajaan sekarang. Ini membuatkan saya terpikir akan benarnya idea yang disampaikan oleh penulis.

Daripada apa yang disampaikan penulis, jelas menunjukkan yang PAS mempunyai minda pentadbiran negara yang jauh kolotnya dari Kerajaan dan Parti UMNO. Kenapa saya berkata demikian? Pertama: PAS lebih sinonim sebagai parti yang mengambil kesempatan membangkang apa-apa tindakkan yang dilakukan kerajaan yang bertentang dengan fahaman mereka. Kedua: PAS dilihat cuba untuk memartabatkan ajaran Islam di dalam perjalanan parti mereka, tetapi disebabkan sikap keangkuhan dan busuk hati yang keterlaluan menyebabkan cara mereka ini telah membuatkan rakyat bertelagah dan corak Islam yang cuba disampaikan dilihat lebih kepada memburukan imej mereka sendiri.

PAS dilihat cuba mengajar dan mencorak rakyat agar menyokong mereka kerana hanya mereka yang terbaik, sebaliknya corak perjalanan mereka sendiri penuh kekalutan dan kelemahan bak “Ketam mengajar anak berjalan lurus, sebaliknya diri sendiri jalannya serong.”

Berikut adalah coretan yang ditulis penulis berkaitan isu ini:

Ini adalah suatu pandangan, idea, kritikan dan suatu percambahan pemikiran 'dari satu sisi' yang lain tentang PAS secara khusus. Secara jujur, akan ada pihak yang tidak bersetuju, tidak berminat malah lebih daripada itu menganggap apa yang dibaca nanti hanyalah 'sampah-sarap' yang perlu dibuang jauh-jauh kerana menganggap ia tidak benar dan tanpa fakta yang kukuh.

Namun, apalah salahnya kalau selama ini, entah mengapa kita hanya mendengar perkara yang ‘muluk-muluk' sahaja tentang PAS tanpa menyedari (ataupun mungkin terlupa dan leka sejenak) apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kerangka pertubuhannya sendiri sehingga kelihatannya apabila sesuatu parti itu menggunakan nama Islam, maka apa yang dilakukan secara automatic akan menjadi betul, perlu disokong secara mutlak dan tidaklah perlu ditegur secara serius kerana sudah mempunyai dasar-dasar yang berlandaskan al-Quran dan As-sunnah.

Walaupun PAS sudah lebih dua dekad menjadi pembangkang utama kepada Umno secara khusus dan BN amnya, ia wajarlah menyedari bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak merasa yakin untuk memberikan peluang kepada PAS (dan pembangkang lain secara amnya) untuk menguruskan negara ini mengikut acuannya yang tersendiri - walaupun ketika pilihan raya PAS mampu membentang manifesto yang kadang-kadangnya kelihatan 1000 kali lebih baik daripada manifesto yang dikeluarkan oleh Umno dan BN. Mengapa?

Apakah sebabnya? Dan apakah jalan penyelesaiannya? Ikutilah sebahagian daripada analisis yang sempat direkodkan.

Pertama, imej boleh memerintah. PAS kena menerima hakikat bahawa imej ini langsung tidak ada padanya. Tengok sahaja 'Kabinet bayangan' yang ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Seingat saya, ketika itu hampir seluruh pimpinan PAS mendapat 'demam Kabinet bayangan'. Sekarang apa sudah jadi? Sistem Kabinet bayangan ini adalah amat penting bagi menempatkan seseorang yang betul-betul pakar terhadap sesuatu bidang di dalam sesuatu kementerian yang diwakili malah kalau boleh dilihat 'boleh' menandingi menteri yang ada sekarang (kecualilah PAS ketandusan pemimpin bertaraf pakar untuk diketengahkan).

Maksudnya apabila timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan perumahan contohnya maka 'menteri' inilah yang sewajarnya 'bercakap' dan bertindak dengan efektif tanpa dikacau oleh orang lain yang 'tidak tahu menahu tentang perkara terbabit'. Sebarang tindakan pula, sewajarlah di 'follow up' sambil dibantu oleh 'timbalan menteri' atau sekurang-kurangnya 'KSU kementerian' serta ahli jawatankuasa yang lain, sehingga isu yang diperjuangkan itu mendapat perhatian pihak berwajib.

Namun apa yang berlaku sekarang cukuplah malang kerana apabila sahaja meletup sesuatu isu, semua orang ingin bercakap dan menjadi hero. Tidak kiralah sama ada daripada pemimpin peringkat bawahan hinggalah kepada peringkat atasan. Hasilnya bukan sahaja nampak tidak profesional, tidak sistematik, tidak ada 'follow-up' secara spesifik dan akhirnya isu itu dibiarkan begitu sahaja kerana tidak ada seorang pun yang dianggap 'pakar' untuk bertanggungjawab dan 'penyelesai masalah' terhadap isu terbabit.

Komen:

Kabinet yang ditubuh PAS dipenuhi tokoh-tokoh yang kurang pengalaman dan ilmu dalam menjalankan tugas. Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmu yang cukup teguh untuk mengurus sebarang permasalahan yang timbul. Seringkali mereka tewas berikutan ke-alpaan mereka menguruskan harta intelektual minda mereka sendiri. Lihat sendiri bagaimana panglima angkatan mereka menguruskan anak-anak buahnya yang sedikit pun mencerminkan keperibadian seorang pemimipin. Cuma yang ada corak mengambil kesempatan menjahanamkan orang lain. Tak kurang juga kelemahan mereka sendiri menternak minda ahli mereka supaya bersatu dan bergabung untuk menyelesaikan masalah. Bagi mereka ahli kabinet yang dipilih adalah yang terbaik walaupun mempunyai latar belakang yang kurang ataupun tidak mencapai tahap pendidikan ilmu yang memuaskan. Ini yang menjadikan kabinet bayangan mereka rapuh dan dengan itu mudah digoyangkan oleh anasir-anasir dalaman mereka sendiri yang mempunyai agenda untuk membolot peluang yang mengutungkan di depan mata.

Tidak minat politik

Kedua, kita kena menerima hakikat bahawa, bukan semua orang Malaysia terutamanya orang Melayu yang berminat dengan politik. Mereka tidak berminat tentang jutaan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno asalkan golongan ini tidak menyusahkan mereka. Apa mereka peduli dengan penyelewengan tersebut asalkan mereka dapat mencari rezeki dengan baik dan selesa? Bukankah latar belakang orang Melayu sendiri yang tidak suka untuk memberontak ataupun berkonfrantasi untuk mendapatkan sesuatu?

Kadang-kadang, mereka memang tahu pun Umno dilanda masalah rasuah, politik wang, adu-domba, kronisme dan sebagainya. Namun adalah 'lebih baik' memilih Umno kerana walaupun Umno teruk sekalipun, sekurang-kurangnya mereka ada duit untuk membuat pembangunan dan sebagainya. Inilah realiti sekarang.

Komen:

Dalam PAS sendiri kebanyakan ahli tidak memahami politik PAS itu sendiri. Apa yang dihidangkan di depan mata mereka hanyalah untuk tidak bersetuju dengan setiap tindakan kerajaan. Mereka dihidangkan dengan ceramah-ceramah yang mencemuh dan tidak mendatangkan sebarang ilmu pendidikan yang mampu mengasah ahlinya berfikir untuk memajukan diri, bangsa dan negara. Lihat sahaja di dalam web harakah-daily di mana kebanyakkan isu yang dibangkitkan dan dihidangkan untuk tatapan ahli yang seangkatan lebih menjurus kepada isu-isu menjatuhkan kerajaan, memek-memek mencemuh, memperkecilkan tindakan kerajaan dan sebagainya. Hingga ke perkara yang remeh turut diperbesarkan bertujuan untuk membuatkan rakyat terpesong minda fikiranya terhadap kerajaan.


Ketiga, mulai dari hari ini, PAS wajar hidup dengan menganggap bahawa hampir semua rakyat Malaysia sudah menolaknya dan berfikir bagaimana nak 'survive' di dalam yang sedemikian rupa. Kita juga tidak wajar berasa malu untuk mengakui kesilapan diri dan kepimpinan. Kalau semasa Umno ditolak dahulu, pada tempoh tahun 1998-2000, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa segan silu memberikan ucapan yang lebih kurang berbunyi begini; "Kita kena terima hakikat bahawa kita perlu hidup di dalam keadaan yang rakyat tidak lagi menyokong kita..."

Namun kebanyakan pimpinan PAS masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan di dalam pilihan raya yang lepas. Apabila kita tidak mengakui kesilapan kita, sebenarnya kita tidak pernah mengangggap 'kesilapan' itu sebagai suatu kesilapan. Maka, tidak mustahil kesilapan yang sama akan berulang. Mengakui kesilapan adalah amat perlu supaya kita boleh berubah untuk mencari kaedah yang lebih baik dan berkesan.

Oleh itu pimpinan PAS jangan merasa terlalu 'syok sendiri' dengan sentiasa merasa kita masih mendapat sokongan ramai kerana ini hanyalah akan merugikan diri dan parti. Tidak salah sekiranya kita berundur setapak untuk melompat lebih jauh.


Kadang-kadang, antara kesilapan sikap pimpinan dan ahli-ahli PAS sendiri yang kelihatan terlalu memperlekeh orang lain yang 'lebih besar' kuasanya. Kita perlu menerima hakikat bahawa PAS adalah parti kecil dan masih tidak bersifat nasional (sebagaimana yang ditekankan oleh Pemuda di dalam muktamar baru-baru in), justeru apabila ada sebilangan pimpinan dan ahli PAS yang mempersenda kewujudan sayap baru Umno iaitu Puteri suatu ketika dahulu dan ternyata pula sayap itu cukup berjaya memainkan peranannya dengan cukup berkesan, maka kita sendiri yang melopong dan cuba pula untuk menggunakan kaedah yang sama! Ini adalah suatu kesilapan yang sama sekali tidak patut diulangi.

Keempat, PAS wajarlah melihat reliti dan keutamaan. Memang difahami bahawa tujuan utama PAS adalah mewujudkan sebuah negara Islam yang hukum-hakamnya adalah menurut undang-undang Allah. Kalau ditanya kepada seluruh ahli dan pimpinan PAS, memanglah jawapannya akan menjadi stereotaip begitu, tetapi sekiranya kita bertanya kepada orang lain yang bukan ahli PAS pula bagaimana?

Adakah mereka memahami apakah itu sebuah negara Islam? Dan mahukah mereka sebuah negara Islam sebagaimana yang difahami oleh PAS - dalam keadaan mereka cukup selesa dengan 'bentuk' negara yang mereka ada pada hari ini? Cuma, apa yang mereka tidak puas hati hanyalah pimpinan negara yang kelihatannya tidak prihatin atau tidak mengambil berat hak-hak mereka dan bukannya 'bentuk negara' itu sendiri.

Baiklah. Untuk memudahkan perbincangan kita, kita boleh membuat sifir yang mudah. Daripada lebih kurang 23 juta rakyat Malaysia, berapa orangkah yang agamanya adalah Islam? Katalah 15 juta. Daripada jumlah ini, berapa kerat yang tahu tentang Islam? Katalah 14 juta. Daripada jumlah ini pula, berapa kerat pula yang tahu mengucap kalimah syahdah? Katalah 13 juta.

Berapa pula jumlah yang tak solat? Setelah ditolak daripada jumlah ini, berapa pula yang minat politik - yang kebetulannya pula adalah politik Islam?. Katalah 12 juta. Tolak dengan ahli PAS menjadi 10 juta. Tolak dengan orang Islam yang ahli Umno, menjadi 5 juta. Adakah 5 juta ini secara keseluruhannya akan mengundi? Belum tentu lagi mereka akan mengundi. Dan yang mengundi belum tentu lagi siapakah yang akan diundi. Daripada jumlah 5 juta tersebut juga, mungkin 3 juta daripadanya langsung tidak memahami apakah itu negara Islam, pengisiannya, bagaimanakah ianya berfungsi, apakah objektif dan matlamat penubuhannya.

Ini sebagai contoh secara kasar sahaja, namun ia adalah logik untuk difikirkan. Oleh itu saya berpendapat PAS tidaklah wajar terlalu menumpukan sangat kepada isu negara Islam semata-mata di dalam keadaan pihak musuh (yang terdiri daripada orang Islam sendiri dan ejen luar) yang sentiasa sahaja memutar belit fakta dan menyebabkan bukan setakat orang bukan Islam malah orang Islam sendiri semakin tak faham dan keliru.

Polis mengganas: Pintu rumah dipecah, blogger ditahan

Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net

Selepas siri penangkapan ke atas peserta-peserta demonstrasi, terkini pihak polis dilihat cuba meluaskannya pula terhadap bloggers.

Terbaru, seorang blogger yang dikenali sebagai Cucu Mat Kilau telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya semalam sekitar jam 10 pagi.

Komen:

Kalau takde sebab tak akan polis nak serbu. Penulis blog yang menjadi batu api pembangkang nih dan yang selalu memutar-belitkan fakta kurang arif tentang undang-undang kerajaan agaknya. Menulis artikel ikut suka hati hinggakan tak ambil pusing samada artikel ini menyentuh isu perkauman, perundangan dan sebagainya. Jadi bila dah kena cekup baru ler nak sedar. Bila dah cekup nak salahkan pihak berkuasa. Diri sendiri yang salah nak menuding kat pihak berkuasa.

Dalam posting yang disampaikan melalui blog peribadinya, beliau mengisahkan secara terperinci bagaimana rumahnya dipecah masuk oleh pihak polis seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah besar yang menjadi buruan di seluruh negara.

Komen:

Kalau perangai menulis pun menentang kerajaan dan undang-undang negara bukan ke sama je 2 X 5 dengan penjenayah. Tak kisahlah jenayah macam mana pun yang penting lain kali beringat sebelum kena bukannya dah kena mula nak menulis konon dia tak bersalah pulak macam sekarang. Dasar manusia bak “ Melepaskan ANJING tersepit”

Dalam kejadian tersebut, pihak polis telah merampas tiga telefon bimbit, sebuah laptop, dompet dan kad pengenalannya.

Walaupun dibebaskan kemudiannya, namun Cucu Mat Kilau mendakwa tindakan yang diambil oleh pihak polis itu sebagai usaha untuk menakut-nakutkannya selain mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk menahannya.

Beliau dalam kenyataan postingnya, menjelaskan akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat di samping membuat kenyataan media berhubung kejadian yang berlaku.

Komen:

Eh! Kenapa nak buat laporan masa dalam tahanan kan senang! Tak payah nak buat dua kali kerja. Penjenayah nak mintak ehsan polis untuk buktikan dia tak bersalah..bukan ke bodoh piang maknanya tu. Tak cerdik juga bloggers pembangkang ni ye!

Tuesday, December 18, 2007

Hindraf dan Bersih Merugikan Pembangkang

Dipetik dari http://pasreform.blogspot.com/

Adakah sesiapa yang turun ke akar umbi beberapa minggu kebelakangan ini mendengar suara dan perasaan pengundi atas pagar terutamanya di kalangan orang Melayu dan muslim? Keadaan sudah berubah. Senario sudah berubah.

Jika beberapa bulan lalu, UMNO dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "pecah kepala" memikirkan tarikh terbaik untuk pilihan raya, sekarang ini mereka boleh mengisytiharkannya pada bila-bila masa sahaja.

Puncanya? Demontrasi jalanan. Pemimpin dan penyokong kita semuanya syok sendiri. Sebahagian kita tidak memikirkan pandangan dan pendapat orang lain terutamanya majoriti pengundi atas pagar.

Sedarlah wahai pemimpin Pas, bahawa majoriti pengundi atas pagar pentingkan kestabilan, keselesaan dan kegembiraan. Mereka tidak mahu menghadapi kesesakan, lewat ke tempat kerja atau terpaksa menangguh agenda hujung minggu di Kuala Lumpur kerana ada demontrasi jalanan. Mereka ini adalah majoriti rakyat Malaysia. Mereka ini juga merupakan majoriti yang menonoton akademi fantasia atau bercakap soal angkasawan Malaysiayang tampan, ada tunang dan juga gosip liar para artis.

Komen:

Bukan hanya pengundi atas pagar sahaja yang perlu diambil kira, para penyokong PAS yang dah muak dengan pemimpin mereka yang bodoh sombong pun perlu diambi kira Marilah bertindak menyokong UMNO. Bagi penyokong PAS yang dah lama benci melihat pemimpin mereka yang 100% bodoh dalam kepimpinan mereka dan hanya pandai cakap tapi bangang dalam menilai dan membuat keputusan, masih banyak masa untuk mereka beralih untuk masuk menyokong UMNO. Menyokong UMNO untuk memartabatkan bangsa agama dan negara, menyokong pembangkang (PAS – Parti Amat Sial ) pemusnah dan penjual maruah, agama, bangsa dan negara seperti mana yang ditunjukkan oleh mereka sendiri dalam menyokong perhimpunan Hindaf yang lalu.


Apakah mereka ini akan mengundi kita selepas ini? Hakikatnya kita telah gagal pada 1999 apabila sungguhpun ramai yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi berubah keadaan apabila melihat keganasan demontrasi jalanan dan masalah yang mereka hadapi akibat demontrasi.

Pembangkang sudah kuat beberapa bulan lalu. Ini kerana kemarahan orang Melayu secara senyap kepada Abdullah sudah sampai ke kemuncaknya. Pergi sahaja ke kedai kopi, dalam teksi atau perbincangan sosial masyarakat Melayu bandar. Mereka sudah bersedia untuk mengundi pembangkang sebagai protes. Demikian juga di kalangan peniaga Cina yang marah dengan keadaan ekonomi. Mereka juga bersedia membuat kejutan.

Malangnya demontrasi Bersih I, Hindraf dan Bersih II telah memberi perspektif yang lain. Imej Abdullah kembali meningkat di kalangan orang Melayu bila memberi amaran keras terhadap Hindraf dan juga mengambil tindakan undang-undang.

Lebih malang, kepimpinan Pas pun lambat menjauhi diri dari isu Hindraf. Kenyataan menyelar Hindraf yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang disiarkan oleh Malaysiakini.com (lihat malaysiakini news uptade dalam artikel sebelum ini) minggu lalu dilihat sebagai sudah terlewat.

Komen:

PAS bukan lambat menjauhi isu Hindraf tetapi seperti sudah ada MOU antara mereka untuk bergabung tenaga menyokong satu sama lain walaupun terpaksa bertindak menjual maruah bangsa sendiri, tetapi demi untuk menagih simpati rakyat mereka teruskan tanpa ada sedikit pun di kepala hotak mereka yang tindakkan itu sesuatu yang bodoh dan tidak langsung mampu dipikir oleh orang lain yang berfikiran waras. Tetapi oleh kerana mereka merasakan terlalu cerdik dan tidak menghiraukan perasaan orang lain mereka bertindak diluar batasan minda rasional.

Memang patut mereka dikatakan bangang kerana mengambil keputusan untuk keluar dari BN pada 17 Disember 1977. Kononnya mereka merasa hebat menolok menyokong Rang Undang-Undang di Kelantan. Sebaliknya mereka sendiri yang rugi hinggakan kalah kepada BN setelah lama berkuasa sejak dari tahun 1959. Kononnya nak tunjuk pandai dengan menolok undang-undang kerajaan tetapi sebaliknya terjadinya “Menang Sorak Kampung Tergadai – Muka Toy’a Memang Tak Dak A’kai”.

Untuk kali ini nampaknya PAS kembali lagi membuat kes yang sama untuk menentang Undang-Undang Kerajaan. Nampaknya mereka langsung tidak belajar dari kesalah mereka yang terdahulu dan kesalahan yang sama nampaknya akan berulang kembali buat kesekian kalinya. Kita saksikan saja sekumpulan ketua monyet sarkas ini mencorakkan kepimpinan mereka dalam PAS untuk mengembalikan nostalgia mengadaikan kampung mereka dalam PRU akan datang.


Malahan kenyataan beralas seperti menentang memorandum Hindraf tetapi menyokong kebebasan berdemontrasi oleh Hindraf sukar diterima oleh majoriti orang Melayu.

Di kalangan peniaga Cina pula, demontrasi sekadar mengurangkan perniagaan mereka pada hari-hari tersebut dan meletakkan harta benda perniagaan mereka dalam risiko. Ini bukan bentuk politik yang mereka mahukan. Mereka tidak akan memperjudikan kepentingan perniagaan mereka untuk politik.

Selepas Hindraf yang kacau bilau, Pas sepatutnya tidak perlu terbabit dengan BERSIH II di Parlimen selasa lalu. Ia sekadar meriasaukan lagi rakyat biasa - orang yang akan menentukan siapa menang dalam pilihan raya. Namun ia tidak diambil peduli oleh perancang strategi parti. Justeru sekali lagi provokasi UMNO berjaya meyakinkan orang ramai, pengundi atas pagar, bahawa kita hanya pencetus masalah dan ketidakstabilan.

Apa untungnya demontrasi Bersih selain menang sorak? Pengundi biasa yang terperangkap dalam kesesakan dan sekatan polis marahkan kita. Polis dan FRU (mereka juga pengundi) yang terpaksa berdiri tengah panas turut marahkan kita. Sebahagian pengundi Selangor yang turun ke Kuala Lumpur untuk urusan peribadi (selangor cuti pada selasa lalu) turut akan marahkan kita. Apakah mereka ini akan mengundi kita nanti?

Pilihan raya tetap akan diadakan mengikut acuan kerajaan pemerintah. Lebih malang, BN akan menang besar kali ini kerana silap strategi kepimpinan kita.

Kita mahu menang tapi jelas sekali kita mahu menang sorak sahaja bukan menang kerusi.

Jika benar kita percaya pilihan raya ini tidak bersih dan berlaku perubahan undi dan sebagainya, elok kita boikot sahaja pilihan raya. Baru ada makna perjuangan berbanding demontrasi yang menyusahkan semua orang.

Jika kita boikot pilihan raya, BN pun tidak boleh bermegah dengan kemenangan besar mereka.

Jika tidak, maka jadilah kita menang sorak kampung tergadai.

Friday, December 14, 2007

Guna ISA ke atas pemimpin Hindraf, PM tiada beza dengan pemimpin terdahulu

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net

Setiausaha Jawatankuasa Penaja Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelven berkata, pihaknya tidak terkejut dengan penahanan pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini.

"Kita tidak terkejut dengan penahanan Uthayakumar dan empat yang lain termasuk M Manoharan, R Kenghadharan, V Ganabatirau dan T Vasanthakumaunder di bawah akta draconian itu," katanya dalam satu kenyataan PSM sebentar tadi mengenai penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA.

Bagi Arutchelven, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri tiada bezanya dengan pemimpin terdahulu yang menggunakan ISA.

"Mereka sering menggunakan ISA setelah mereka tidak boleh mengendalikan masalah politik dan apabila mereka merasakan rakyat tidak bersama mereka.Hari ini kerajaan BN melakukannya sekali lagi," katanya.

Komen:

Ni kes dah bagi muka naik kepala. Dah banyak kenyatan dibuat oleh PM supaya mereka berhenti daripada meneruskan kerja bodoh mereka ini. Bila dah segala usaha untuk menyedarkan mereka tak berjaya, hanya cara ISA inilah yang sesuai untuk menyedarkan mereka. Biarkan sahaja mereka di dalam ISA daripada duduk diluar memecah belahkan bangsa. Bagus jika mereka terus ditahan dan dengan adanya ISA ini, negara kita sekurang-kurangnya bebas daripada dipenuhi manusia bangang yang kononnya mereka lebih berkuasa dari undang-undang negara Malaysia.

Bila dah ke dalam baru ingat nak mintak jasa baik kerajaan lepaskan mereka. Biarkan terus kat dalam tu. Kerajaan dah serik nak lepaskan anjing hitam tersepit!

Sementara itu Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengutuk sekeras-kerasnya keras penahanan lima pimpinan Hindraf di bawah ISA.

Komen:

AMK semua dia nak sokong. Kes macam ni pun lagi nak sokong. Apa dah ada MOU ke antara AMK dan Hindraf. Disebabkan takut kalah dalam PRU maka dengan jalan lekeh ini digunakan untuk pancing undi rakyat. Nak bela nasib rakyat konon, nak tolong pun tengoklah tempat, ni tolong anjing hitam buat apa. Disebabkan populariti sanggup mengadai maruah bangsa sokong barisan yang menentang bangsa sendiri. Di mankah letaknya maruah mereka pun tak tahu. Apa-apa cara pun bagi AMK boleh pakai asalkan agenda nak pungut undi kesian untuk PRU berhasil agaknya!.

Memang dari awal lagi rakyat dah tahu ini semua komplot pembangkang untuk tagih undi. Rancang macam-macam untuk memburukkan kerajaan. Semua ini agenda mereka supaya dapat colek undi sekerusi-dua masa PRU. Sudahlah “Bau Bangkai Anjing” ingat boleh tutup dengan kertas MOU ke. Bermula dengan Bersih, Hindraf dan berikutnya GMI semuanya rancangan keji korang. Tak perlu nak menuding jari pada sesiapa, ambil cermin dan cermin diri sendiri sebabnya korang semua yang menjadi dalang dan duri dalam daging.

Penahanan ini yang bersifat politik memberikan gambaran bahawa kerajaan seolah-olah sudah tidak mempunyai jalan lain untuk menyelesaikan permasalahan yang membabitkan kaum India, kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin.

Justeru, AMK yakin dan percaya akta zalim ISA digunakan untuk menutup kegagalan pimpinan kerajaan BN selama ini.

Dalam keadaan ada di antara mereka masih berada di dalam perbicaraan mahkamah, adalah lebih wajar mereka dibicarakan di mahkamah terbuka berbanding ditahan di bawah akta zalim ISA, katanya.

AMK mengulangi penegasan bahawa penggunaan ISA adalah jelas bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia apabila penahanan tanpa perbicaraan dibenarkan berlaku.

Komen:

Apa yang nak bicarakan kalau dah terang-terang menjadi perosak bangsa dan negara. Terang-terang mereka tunjuk yang mereka sedikit pun tidak menyokong kerajaan Malaysia, jadi perlukah kerajaan kita bagi muka pada mereka. Memang dari mula dula lagi akta ISA ini perlu dilaksanakan supaya pada mereka yang belot, ada tempat untuk kita sedarkan mereka sedikit agar berpijak dibumi yang nyata. Lagi bagus dilucutkan sahaja kerakyatan mereka sebabnya kita pun dah muak nak mengaku yang mereka ini semua rakyat Malaysia. Kalau dah belot baik buang negara sahaja. Pergilah sokong British ke India. Kalau Gandhi ada ingat dia nak turun bantu ke tahanan ISA Hindraf ni. Entah-entah dia cakap pergi mamposlah korang sebabnya rakyat negaranya sendiri pun tak belot pada negara mereka sendiri!


Malah, adalah amat memalukan Malaysia setelah 50 tahun merdeka dan berbangga dengan amalan demokrasi masih lagi terjajah dengan akta drakonian yang ditentang secara mutlak oleh kesemua badan hak asasi manusia seluruh dunia, katanya.

Terdahulu akhbar versi internet hari ini melaporkan, beberapa pemimpin Hindraf telah ditahan tengah ini di ISA dan telah dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.

Mereka yang ditahan ialah Penasihat Undang-undangnya, P Uthayakumar; peguam M Manoharan, R Kenghadharan, V Ganabatirau dan setiausaha Hindraf, T Vasanthakumar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan penahanan tersebut, mengikut Seksyen 8 (1), ISA.

Tuesday, December 11, 2007

Kerajaan Umno-BN pengecut berhadapan dengan rakyat

Dipetik dari http://www.harakahdaily.net


Tindakan kerajaan menangkap serta menahan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan para peguam serta aktivis Bersih semalam dianggap sebagai satu tindakan pengecut.

Komen:

Bukan ke di setiap perhimpunan dua-dua makhluk ini memang selalu ditangkap. Tak pernah sedar diri. Se-eloknya kali ini ditangkap dan dipenjara ISA sama seperti Anuar Ibrahim. Elok juga ditangkap daripada menyemak je merosakkan fikiran rakyat. Sengaja nak jadi batu api panaskan keadaan. Mereka ni boleh dilabelkan sebagai anjing tersepit. Bila dah terjerat melolong mintak pengampunan. Bila dah lepas makan tuan. Bagi rakyat yang inginkan ketenangan dan keharmonian dalam negara, makhluk sebegini lebih elok diasingkan daripada masyarakat daripada terus menyuntik onar kerosakkan.

Menurut Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat,Shamsul Iskandar Mohd Akin, tindakan kerajaan menahan 8 individu sewaktu perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa di Kuala Lumpur dan disusuli dengan penahanan Mohamad Sabu serta Tian Chua serta 12 individu lain yang dikaitkan dengan perhimpunan aman Bersih pada 10 November lepas merupakan satu tindakan yang biadap.

Komen:

Siapa yang biadap sebenarnya! Konon nak memperjuangkan hak asasi manusia tetapi pemikiran dan tindakan sedikit pun tidak mencerminkan manusia yang berfikiran waras. Lebih kepada pemikiran militan untuk merosakkan sendiri hak asasi manusia. Sebenarnya individu yang terbabit inilah yang biadap. Biadap pada agama, bangsa dan negara.

"Siri penahanan ini melengkapkan siri penahanan terbesar dalam sejarah pemerintahan Malaysia di bawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi selepas penahanan 32 individu rentetan perhimpunan anjuran Hindraf pada 25 November 2007.

"Inilah realiti pendaulatan hak asasi manusia di Malaysia, tidak ada ruang untuk rakyat berbeza pendapat dan menyatakan hak demokratik mereka melalui perhimpunan secara aman,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Komen:

Kalau nak menyuarakan pendapat bukannya dengan menggunakan cara “low class” seperti ini. Ambil contoh para pemimpin yang merundingkan hal kemerdekaan negara. Mereka menggunakan teknik atau cara yang sistematik dan penuh diplomatik dalam mendapat kembali kemerdekaan negara. Menggunakan cara bodoh sebegini lebih mengeruhkan keadaan daripada menjernihkannya. Perkara sebegini kalau dipimpin oleh individu yang berpendidikan nescaya tidak ada tindakan undang-undang dikenakan tetapi disebabkan dipimpin oleh sekumpulan manusia yang kononya menggelarkan diri mereka memperjuangkan hak-hak manusia, habis hancur dan kacau bilau jadinya. Jadi bagi penyokong parti-parti pembangkang, sedarlah yang ketua korang satu sen pun tak leh pakai otaknya. Kosong tak ada tokoh sebagai pemimpin. Cuma yang mereka tahu menyuntik nanah untuk merosakkan kotak fikiran korang dengan janji-janji dan idea kosong memperjuangkan nasib korang. Tapi kalau korang satu kepala dengan individu-individu haprak nih…lantaklah kat korang sebabnya yang rugi korang bukannya orang lain.

Tambahnya, penahanan ini jelas menggambarkan bahawa kerajaan Umno-BN telah terkeluar daripada landasan demokrasi dengan pencabulan hak asasi yang berterusan ini.

"Tambah memalukan, penahanan dilakukan dalam keadaan dunia sedang bersedia untuk meraikan sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa pada 10 Disember 2007.

"AMK tegas menyatakan bahawa penahanan ini bermotifkan politik sempit Umno-BN, dan sama sekali tidak ada kaitan dengan keselamatan awam yang dimomokkan oleh Umno-BN melalui media kawalan mereka,"katanya.

Shamsul menambah lagi betapa tindakan kerajaan ini membuktikan bahawa sebenarnya Umno-BN dibelenggu sikap pengecut dan tidak berani berhadapan dengan rakyat sebagai mana yang didakwa Abdullah dalam media Umno-BN hari ini.

Komen:

Silap kenyataan di atas ni. Sebenarnya individu-individu yang terbabit inilah yang semakin kecut kerana mengenangkan nasib mereka yang seperti telur dihujung tanduk, menunggu masa nak tersembam ke bumi dan disebabkan terkecutnya mereka maka cara mudah untuk menyembunyikan segala kelemahan minda mereka dilindungi dengan cara menyorok dibelakang rakyat. Mereka menpergunakan rakyat untuk menjayakan rancangan bodoh mereka ini. Sedarlah wahai rakyat Malaysia yang terlibat di dalam perhimpunan ini, anda telah menjadi tikus tabung uji oleh individu terbabit demi untuk menjalankan rancangan keji mereka.

"Kita tidak tahu, apakah ini akan menggambarkan landskap politik Malaysia di masa akan datang, di mana instrumen kerajaan termasuklah polis akan dimanipulasi secara terus menerus oleh pimpinan Umno-BN yang kian dihambat perasaan takut dan khuatir kehilangan kuasa dek dihukum rakyat marhaen.

"AMK menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan ini pada kadar yang segera tanpa sebarang alasan. Usah berselindung di sebalik aman demokrasi dan Islam Hadhari sekiranya Umno-BN terus menerus berlindung di sebalik undang-undang untuk mengekang perbezaan pendapat,"tegasnya.

Barah pembaziran

Dipetik dari http://www.malaysia-today.net

Satu daripada arahan penting dalam mengendalikan kehidupan kita supaya berjaya ialah mengelak daripada pembaziran. Seorang pembazir dikatakan saudara kepada syaitan, iaitu seorang jahat. Pembazaran satu penyakit masyarakat yang parah – penyakit barah!

Mengapakah seseorang, atau sesebuah pertubuhan, termasuk Kerajaan, dilarang keras daripada membazir? Jawabnya, dari segi ilmu ekonomi, pembaziran akan merampas hak orang lain daripada menikmati kehidupan yang wajar. Dalam masyarakat, masing-masing anggota masyarakat mendapat habuan dari hasil-hasil masyarakat itu, dari tanah, laut dan udaranya, dan dari hasil usaha masyarakat itu, tidak kira sama ada dia kuat atau lemah, pandai atau bodoh, cacat atau sempurna anggotanya, sihat atau sakit. Ini kerana tiap-tiap manusia dijadikan Tuhan dengan taraf yang mulia dengan hak-haknya yang dijamin oleh Tuhan, atau apa yang kita dikatakan, natural law, dalam bahasa Inggeris . Jika undang-undang ini dilanggar oleh manusia, maka berlakulah kezaliman dan kerosakan. Sebab itu sejarah memberitahu kepada kita banyak kes keruntuhan dan kemusnahan masyarakat-masyarakat dulu.

Komen:

Pembaziran akan terjadi jika pihak atau individu terbabit tidak pandai menguruskan wang ke arah yang betul tetapi bukan dinamakan pembaziran bagi kerajaan jika wang dikumpul melalui dana-dana kerajaan digunakan untuk tujuan membangunkan negara. Wang yang digunakan untuk negara akan disalurkan demi memperbaiki taraf hidup dalam negara dan rakyat. Istilah pembaziran ini jika di ambil kira secara terperinci sebenarnya lebih tertunpu kepada menggunakan kemewahan yang diperolehi ke arah yang tidak menguntungkan.


Mengapakah pembaziran timbul? Apakah bentuk-bentuk pembaziaran itu?

Pembaziran timbul kerana watak manusia yang lemah. Sesetengah manusia, apabila mereka kaya dan berkuasa, mereka lupa daratan dan menjadi tamak dan bakhil, tidak mahu mengeluarkan zakat atau cukai yang dikenakan kepada mereka dan yang gagal bersedekah dari kekayaan mereka. Mereka membazirkan kekeyaaan mereka dengan gaya hidup yang mewah dan jahat. Oleh kerana tamak dan haloba mereka, masyarakat dan negara tidak dapat membangun – dari semua segi, material, intelektual, seni, budaya, moral dan rohaniah- termasuklah membantu fakir-miskin yang wujud dalam masyarakat itu dan membasmi kemiskinan. Dalam masa jangka panjang, masyarakat dan negara itu, termasuk golongan yang kaya-raya tadi, akan musnah. Kemusnahan ini berlaku kerana negara tiada wang untuk membangun dan kerana pemberontakan dari kalangan rakyat yang putusa asa dan marah.


Pembaziran berlaku dalam pelbagai bentuk. Perbezaan pendapatan yang terlalu besar: di satu pihak, satu golongan kecil dalam masyarakat mendapat pendapatan yang terlalu tinggi dan satu golongan kecil di bawah mendapat pendapatan yang terlalu rendah; di antaranya, satu golongan yang agak besar mendapat pendapatan yang boleh dikatakan tidak cukup. Di negara kita, kita boleh memberikan contoh begini: 5% tertinggi mendapat pendapatan bulanan lebih dari RM 30,000. (seisi rumah berdasarkan 5 orang serumah); 20% mendapat pendapatan kurang dari RM 2,000 sebulan (yang boleh dikira miskin); dan 20% mendapat pendapatan sederhana antara RM 6,000 hingga RM 20,000, dan baki 55 % mendapat pendapatan rendah antara RM 2,500 hingga RM 6,000.


Sepatutnya, dengan belanja hidup kita hari ini yang memerlukan pendapatan RM 3,000 sebulan hetong panjang bagi sekeluarga lima orang, tidak ada isirumah di Malaysia yang mempunyai pendapatan kurung dari RM 3,000 sebulan. Ini kita panggil garis kemiskinan. Sepuluh garis lebih tinggi dari garis kemiskinan ialah RM 30,000 . Jika kita bahagikan pendapatan kita mengikut garis ini, tidak akan ada kemiskinan dalam negeri kita, dan semua orang boleh hidup dengan selesa. Tidak akan ada pencuri dan perompak, dan tidakakan ada belia yang perlu lari ke alam khayal dengan menghisap dadah. Mungkin juga kita tidak perlukan tempat-tempat hiburan dan sebagainya, seperti sekarang, kerana kita ada banyak bentuk hiduran yang lebih sihat.


Apakah masyarakat seperti ini di Malaysia suatu utopia? Apakah halangan-halangannya? Dalam dunia global hari ini, kita harus bersaing dengan negara-negara lain. Gaji di negera-negara Eropah, di Amerika Syarikat dan di Singapura jauh lebih tinggi daripada gaji di negara kita. Oleh itu, ramai dari golongan yang berpendapatan tertinggi akan lari meninggalkan Malaysia. Tetapi golongan ini segelintir saja, mungkin tidak sampai 5% peratus yang saya anggarkan di atas. Tetapi golongan ikhtisas, seperti peguam, doktor dan lain-lain juga mungkin meninggalkan negara kita. Mereka lebih ramai.

Kita ada dua pilihan bagi gologan-golongan ini. Biarkan mereka meninggalkan Malaysia, dengan kita mengadakan program-progrem kilat untuk melatih dan menggantikan tempat yang mereka bakal tinggalkan. Kedua, kita cuba memberi sebagian pertimbangan kewangan kepada mereka. Dalam kedua-dua keadaan, kita boleh membetulkan ketempangan yang wujud sekarang dalam jurang pendapatan di antara pendapatan yang tertinggi dengan pendapatan yang terendah.

Thursday, December 6, 2007

Umno taja festival boria, anak muda loncat lenggok menari macam kera

Bila sebut boria di Pulau Pinang, saya sendiri tertawa memikirkan apa yang cuba dibawa oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia (Kekkwa) di Padang Kota Lama bermula 30 November sehingga 2 Disember 2007.

Festival yang sudah tidak relevan lagi di Pulau Pinang itu seolah sengaja digemparkan untuk tujuan pilihan raya setelah Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terasa bahang ketakutan apabila orang Cina dan India di negeri ini menunjukkan angin perubahan.

Komen:

Apa yang nak ditawakan, sebut sahaja boria, sinonim dengan Pulau Mutiara ini. Jika tidak ada pihak yang mengembalikan kegemilangan boria kembali, lambat laun ia akan hilang ditelan zaman. Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Pemuda Umno Malaysia, kita dapat menyaksikan kembali boria secara langsung selain bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia. Tiada yang tak relevan melainkan kepada mereka yang tidak langsung ingin mengambil tahu dan menghargai budaya lama ini.

Memandangkan, orang Melayu masih lagi khayal dengan hiburan terutamanya golongan belia maka pemerintah BN tidak semena-mena mahu mengambil kesempatan mengetengahkan irama boria yang sudah pupus di negeri yang bakal maju dengan Penang Global City Centre (PGCC). Ramai orang terkial-kial mendengar nama boria walhal sudah lama tidak kedengaran di corong radio nyanyian atau lawak yang kadang-kadang memualkan ekoran pujian yang tidak habis-habis kepada BN yang didakwa boleh membawa kemajuan di negeri ini.

Seorang rakan saya menelefon mengkhabarkan program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri itu. "Hello Sabri, hang tak mai tengok boria ka? Depa bukan main meloncat, pakai topeng dengan lenggang-lenggok macam kera!" katanya.

Saya yang waktu itu baru selesai menyudahkan bahan fokus kedudukan Melayu di Bayan Baru, Pulau Pinang sudah mengagak pasti ada orang kuat PAS penaja Kawasan Tanjung, Rasidi Salim akan memberitahu perkara itu. Saya sendiri sudah mendapat info dari tv dan baner di merata tempat cuma tidak sempat meninjau ke situ sahaja. Saya tabik pada Rasidi kerana banyak membantu mencari isu di negeri ini macam Allahyarham ayahnya. Salim Hashim tidak lekang-lekang menghubungi saya di era 1990-an sehingga ke akhir hayatnya kira-kira dua tahun lalu jika ada isu membabitkan kezaliman BN dan Umno. Isu tanah wakaf Kampung Makam sendiri di waktu hayatnya sukar digugat tapi bila ketiadaan beliau, barulah Majlis Agama Islam (Maipp) berani melakar pembangunan hebat kononnya untuk kebaikan Melayu juga.

Komen:

Pelik tapi benar, pembangunan untuk memajukan lagi kawasan ditentang. Bagaimana orang Melayu ingin maju jika pembangunan yang dirancang ditentang tanpa berfikir panjang. Pembangunan dirancang oleh Majlis Agama Islam seharusnya disokong demi kemudahan penduduk.

"Saya dah pi tengok, petang tadi. Bukan main ramai budak muda terkinja-kinja ikut irama boria. Bas Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan banyak lagi kementerian mai sama. "Bukan saja pemimpin BN bahkan, penuh bendera Umno dari Pulau Pinang seakan majlis tajaan Umno sepenuhnya.

Komen:

Hai..ini lebih kepada kata-kata manusia cemburu dan hasat dengki. Bila orang ambil inisiatif positif ditentang dengan kata-kata negatif , nak harapkan pembangkang, sampai ke akhir tak ada satu pun yang dibuat. Cakap je berapi tetapi habuk pun takde. Inilah dia yang dinamakan pembangkang. Cakap tak serupa bikin!

Cubalah ambil contoh dan pendapat orang, jangan dok asyik nak pikir menjatuhkan bangsa sendiri dan orang lain. Kata memperjuangkan agama islam tetapi dari apa yang dilihat dan dibaca sedikit pun tidak ke arah tersebut. Tak habis-habis cemburu, iri hati dan bermacam-macam tindakan negative disebabkan tidak tahan melihat rakyat negeri hidup gembira.

"Tu la! Depa bukan tau mana satu projek kerajaan atau parti. Pakai main hentam saja yang pacak bendera pula sekadar mahu upah bukan semangat untuk merealisasikan semula kesenian boria," ujar Rasidi panjang lebar. Saya teringat sewaktu mencari bahan berita di salah sebuah kampung melayu di Tanjung Bungah. Saya lihat lebih kurang 20 remaja bukan main rancak menari irama boria. Pada hal kampung yang mereka duduki terancam dengan pembangunan bertaraf mewah. Fenomena itu boleh dilihat di keliling kampung yang tinggal suku ekar lagi akan hilang indentiti.

"Boria Tanjung Bungah mahu pembangunan...!" Itulah lirik yang masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai kini.

Melihat gelagat pemuda-pemudi itu, jelas mereka berpotensi menjadi generasi pewaris perjuangan Umno di situ. Tapi, setahun lepas itu saya sekali lagi terpanggil untuk menulis cerita pembangunan Tanjung Bungah dan terkejut beruk dibuatnya! Saya dapati sudah tidak ada kampung yang mana remajanya terkinja-kinja mahukan pembangunan.

Komen:

Ha..ini lagi kata-kata orang yang tidak mahukan pembangunan dan lebih rela melihat masyarakat setempat berada di takuk lama tanpa ada perubahan dalam hidup. Mungkin perkara seperti ini sinonim untuk pembangkang tapi bukan untuk orang lain. Semua orang inginkan perubahan dalam hidup dan kemewahan, jadi tiada apa yang salah jika kawasan kampung yang dahulunya daif dan kurang membangun bertukar wajah ke arah pembanguna yang lebih teratur. Ini menunjukkan masyarakat setempat telah maju. Inilah yang dimahukan oleh pemimpin Malaysia agar taraf kemiskinan di kurangkan dan ditukar dengan pembangunan untuk dikongsi dan dirasai bersama.

Jadi kalau pembangkang ingin kembali ke zaman lampau atau mungkin berkehendak untuk merasai taraf pembagunan ala-ala zaman paleolitik silakanlah. Lagipun mentaliti mereka pun dah lebih kurang sama sahaja dengan pembangkang kerana banyak mengambil tindakkan berdasarkan hati tetapi bukannya minda yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Pendek cerita, kalau menolak pembangunan janganlah bermimpi untuk mentadbir negara, nescaya elok-elok Malaysia dikenali oleh negara lain dan dunia, terus jatuh kebelakang tanpa sebarang pembangunan yang menguntungkan rakyat akibat pemikiran cetek yang hanya hebat sebagai jaguh kampung sahaja.

Tuesday, November 27, 2007

Arah Mana Pas Selangor Menjelang Pilihan Raya Umum

dipetik dari http://pasreform.blogspot.com

Arah mana Pas Selangor menjelang pilihan raya umum kali ini? Pertanyaan ini amat relevan kerana kita seolah-olah hidup segan mati tak mahu sejak dibelasah dalam pilihan raya lalu. Jika pilihan raya lalu dan propaganda sebelum cuba melemahkan kedudukan Khir Toyo, Menteri Besar Melayu Jawa ini bukan semakin lemah tetapi semakin kukuh di kalangan pengundi atas pagar.

Komen: Benar kata penulis, PAS sudah hilang taringnya, hampir menunggu ajal tersembam ke bumi. PRU kali ini rakyat Malaysia pasti dapat saksikan bagaimana PAS akan terus sekali lagi menelan kelat-kelat kekalahan mereka. Rakyat juga akan dapat saksikan bagaimana PAS akan menggunakan strategi permainan kotor untuk sedaya-upaya mencedok dengan membuat muka kesian bagi meraih undi pengundi. Propaganda mereka sendiri yang akhirnya mencacat dan melemahkan pergerakkan mereka. Marilah kita sama-sama saksikan bagaimana BN mematahkan kerusi-kerusi reput mereka nanti.

Jika dulu beliau menang 100 undi lebih, pilihan raya 2004 menyaksikan kemenangan dengan ribuan majoriti. Sebaliknya kita hilang semua kerusi dalam DUN Selangor kerana kegairahan seorang Naib Presiden (sekarang bekas) mahu menjadi Menteri Besar.

Komen: Inilah yang dikatakan angan-angan Mat Jenin, belum dapat dah berangan bila dah dapat tak reti nak majukan akhirnya semua yang dirancang, semua yang diharapkan dan semua yang jadi pak turut menyokong sebelum ini ikut sama terjun lubang maut. Akibat niat nak dapat kuasa hinggakan apa sahaja cara samada halal haram semua balun tapi penghujungnya satu habuk pun tak dapat. Sedarlah wahai penyokong PAS yang sekarang dan terdahulu, belajarlah dari kesilapan yang korang dah nampak dan yang dah dibuat, masih ada masa nak bertaubat.

Sepatutnya kita sudah matang dan memahami bahawa untuk memerintah sebuah negeri mahu pun negara, ia hanya akan berlaku melalui dua perkara berikut - Proses evolusi atau Kemunculan faktor besar.

Oleh kerana tiadanya faktor besar dan bersaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad dari tampuk kepimpinan, Pas Selangor sepatutnya berusaha mempertahankan kerusi yang dimenangi pada 1999 dan mengharap satu dua kerusi baru.Malangnya ini tidak berlaku. Jentera kempen berpecah ke serata negeri Selangor termasuk di kawasan yang tiada kemungkinan untuk menang. Ini semua kerana Datuk Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Nasihat orang-orang lama dan Datuk Hassan Shukri tidak diambil hirau. Hasilnya, pembangkang di Selangor hanya diwakili oleh DAP. Parti yang tidak berguna satu sen pun kepada perjuangan Islam.

Komen: Ini semua terjadi kerana hasat dengki dan tamak haloba dalam diri. Bukannya niat untuk memartabatkan umat islam pun tetapi lebih ke arah nak hidup mewah, nak ada kuasa dan pangkat, nak ada pengiktirafan dari rakyat, nak dapat nikmat duniawi tapi dia lupa yang di dunia ni ada tinggi rendahnya, buatlah semua yang diluar syariat nescaya satu pahala pun tak dapat. Tubuhlah berdozen jentera untuk berkempen, cananglah keserata pelusuk negeri nak tagih simpati tapi kalau dah hasat dengki penuh sampai ke dahi smapai ke satu sen duit rakyat pun nanti dia akan guna sampai mati untuk penuhkan poket dan nafsu liar diri sendiri.

Pilihan raya kali ini mungkin menyaksikan Datuk Hasan Ali sekali lagi akan diberi ruang menjadi Pengarah Kempen Pilihan Raya Negeri Selangor. Soalnya, apakah kesilapan yang sama akan dibuat?

Pilihan raya kecil DUN Ijok sekali lagi menyaksikan kegagalan Datuk Hasan Ali menggembleng jentera dengan baik. Akibatnya beberapa kawasan yang dulunya kubu kuat Pas diruntuhkan oleh "anak jawa" Tanjung Karang.

Kebergantungan Datuk Hasan Ali kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memperjudikan nasib Pas Selangor dalam pilihan raya akan datang. PKR akan datang dan pergi.

Percayalah. Sudah berapa banyak serpihan UMNO seperti S46 akhirnya kembali kepangkuan UMNO, meninggalkan Pas terkontang-kanting mencari arah baru. Dulu Rais Yatim mebakar jambatan beliau dengan UMNO dan menyokong Pas sehingga menang Kelantan. Hari ini beliau kembali menjadi menteri UMNO.

Komen: Ini semua terjadi kerana hanya Parti UMNO mempunyai landasan dan pengurusan yang betul, tidak seperti parti-parti lain yang mana ketuanya mempunyai agenda sendiri untuk mengaut keuntungan mereka sendiri. Dah ramai yang keluar PAS sebab tak tahan dengan agenda kotor yang dilaungkan. Konon katanya nak bela nasib ahli dan penyokong, tapi sebenarnya agenda mereka nak bela nasib mereka, kaum kerabat, kawan terdekat dan memenuhkan poket selagi termampu. Cuba pihak BPR buat siasatan dalaman nescaya lagi ramai yang jilat rasuah dari orang lain.

Tapi di Kelantan kita bernasib baik kerana ada kepimpinan berwibawa seperti Tok Guru Nik Aziz yang terus mempertahankan idealisme perjuangan. Justeru datang atau perginya S46 mahu pun Keadilan tiada masalah.

Namun di Selangor, perjuangan Pas sudah ditunggangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan juga Teng Chang Kim (DAP).

Datuk Hasan juga seolah-olah sudah tiada nafsu untuk menjadi ahli politik sejak tidak menjadi Naib Presiden Pas lagi. Jika dilihat di Malaysiakini.com pun, liputan mengenai Pas Selangor dan Datuk Hasan hampir berbulan lamanya dahulu.Apa sudah jadi?

Seperti kata Datuk Hasan dalam Malaysiakini pada 10 Mei 2007,

" Tidak kira ia ulama, profesional atau golongan muda kerana PAS perlu meninggalkan imej parti yang kabur dan lembik jika mahu ia diterima semua pihak. PAS dan pemimpinnya perlu berubah bagi mendepani masa depan kerana rakyat mahu melihat kebolehan parti sebelum mereka menyokong PAS."Kita perlu bertanya sesuai lagikah untuk Datuk Hasan terus menerajui Pas Selangor dan menjadi ketua kempen pilihan raya umum di Selangor pada tahun hadapan?

Komen: Lebih baik keluar dan sertai UMNO dan sokong BN nescaya semua masalah akan selesai. Tiada lagi pemimpin lembik, tiada lagi masalah dalaman yang menjelma menjadi syaitan bertopeng manusia demi mengaut keuntungan diri, tiada lagi golongan bernafsu jelek yang melapah duit-duit parti dengan alasan untuk kepentingan perjalanan parti, tiada lagi haprak-haprak sundal yang berminda goblok bertindak merobek kebebsan berpolitik dalam jiwa penyokong-penyokong parti demi memperjungakan hak-hak dan suara-suara mereka.

Hindraf menuntut digugurkan hak Melayu?

Monday, November 26, 2007
dipetik dari : http://penarikbeca.blogspot.com/

Blogger Anuar Mohd Noor mendakwa Hindraf menuntut supaya digugurkan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Walaupun saya tidak megah sedikit pun dengan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu yang didakwa telah banyak dikhianati, dirogol dan diliwat oleh kerajaan yang berkuasa, tetapi jika benar dakwaan Anuar itu, mudah-mudahan ia tidak mencetuskan api yang lebih besar.

Komen: Pelik tapi benar, inilah yang dikatakan salah seorang Melayu yang terpesong dari menghargai hak dan keistimewaannya sebagai Melayu. Melayu yang tak mengaku yang dia berada dibumi Malaysia iaitu asal bumi orang Melayu. Jika benar diri dah tak rasa bangga sebagai orang Melayu maka lebih baiklah keluar sahaja dari tanah Melayu ini dari terus menyemakkan keadaan. Konon nak tunjuk yang diri dah terlampau bagus atau kebaratan hingga dah tak mahu mempunyai hak istimewa sebagai Melayu di bumi bertuah ini. Nak buat tulisan pun biarlah berfikir dahulu, jangan nak jadi pak turut bagi golongan yang hanya bernamakan Melayu tetapi otak celaru.

Saya bimbang Khairy Jamaluddin dan Pemuda Umnonya akan semakin ketagih untuk menjadi hero Melayu tak tentu fasal.

Saya tidak berminat untuk mempersoalkan sama ada Anuar ikhlas atau tidak. Oleh kerana sejak kebelakangan ini Anuar sering dikaitkan dengan Khairy, saya harap pendedahannya ikhlas. Bukan satu muqaddimah untuk melepaskan binatang yang buas.

Dengan modal lapuk dan klise untuk mempertahankan kepentingan Melayu yang sering didakwa telah jenuh dikhianati, dirogol dan diliwat oleh Umno, saya juga bimbang perhimpunan Hindraf itu juga akan menjadi modal besar Umno dalam pilihan raya akan datang untuk mengajak mereka yang mudah ditipu dan diperbodohkan supaya memberi mandat yang lebih besar kepada kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Komen: Tanpa Hindraf, UMNO tetap bangun memartabatkan negara. UMNO akan terus berjuang memartabatkan bangsa Melayu, biarpun ada daripadanya merupakan makhluk jijik yang bertopengkan Melayu tetapi sebenarnya saling tak tumpah goblok. Kerajaan akan terus membantu rakyatnya tetapi jika rakyatnya sendiri yang sentiasa alpa dek kebodohan mereka sendiri, maka adakah kesalahan ini turut diletakkan ke atas salah kerajaan? Fikirkanlah jawapannya.

Kononnya hak Melayu sedang diancam dan Umnolah penyelamatnya.Media massa akan digunakan habis-habisan untuk mencanakkan imej Umno sebagai pejuang kepentingan Melayu. Hak-hak orang Melayu akan dibising-bisingkan sedang diancam dengan tuntutan supaya dihapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Umnolah pembela utamanya.

Saya tidak peduli apa pandangan orang-orang bukan Melayu. Negara ini negara demokrasi. Mereka berhak melakukan apa sahaja yang dijamin oleh perlembagaan negara ini termasuk menyuarakan pandangan mereka mengenai apa yang mereka sangka sebagai hak-hak keistimewaan Melayu.Tetapi saya mahu orang-orang Melayu tahu bahawa apa yang disebut sebagai hak-hak keistimewaan Melayui itu kini bagaikan sundal tua yang hampir hancur dilacurkan. Memang, Umno bukan sahaja sering didakwa mengkhianati, merogol dan meliwat hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, malah sering didakwa dengan penuh rakus menyundalkan hak-hak yang hampir kesemuanya menjadi sejarah itu.

Tak perlu terlalu banyak contoh. Bacalah pendedahan Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris). Menurut ProWaris, "Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara".

Komen: Tapi bagaimana pula golongan Melayu sendiri disundalkan, dihina dan dikhianati oleh golongan Melayu hina seperti ini, dimana letakknya mertabat kita sebagai orang Melayu. Bukankah adalah lebih elok bagi mereka yang sesat dan khafir Melayu ini direjam dan dipenggal kepalanya supaya terus mati daripada terus menaburkan fitnah syaitan untut menyesatkan kembali golongan Melayu? Lebih elok golongan penderhaka ini dinyahkan terus dari bumi sambil dagingnya disiat-siat sebagai arca yang menunjukkan bahawa golongan ini teramat jijik untuk dilabelkan sebagai golongan Melayu Malaysia. Adalah lebih molek jika golongan yang mengaku mereka monyet pro-kerajaan yang bodoh sombong ini dilucutkan terus kerakyatannya kerana terang-terang menolak hak-hak keistimewaan dan juga merupakan bangsa Melayu.

Lebih dari itu, seperti yang didedahkan oleh blogger Tun Telanai, pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti begitu berleluasa. Di Kuala Lumpur, daripada 1067.5 hektar keluasanan sebelumnya pupus kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, hanya tinggal 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Tanah rezab Melayu di Pulau Pinang, kesemuanya 67,410 ekar pada tahun 1975 atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan telah menurun menjadi 31,815 ekar pada tahun 1985.Menurut Tun Telanai lagi, Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan mempunyai kuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing.

Komen: Bagaimana pula dengan hak-hak kerajaan yang telah diguna-pakai. Berleluasanya pengambilan haram tanah-tanah kerajaan oleh golongan yang tidak mengakui kesalahan mereka. Tanah-tanah milik kerajaan ini telah disalah-guna hingga berleluasa pelbagai pembangunan haram di atasnya. Akhirnya apabila pembangunan telah dirangka oleh kerajaan tetapi tanah-tanah kerajaan telah dicerobohi, kerajaan juga yang terpaksa menanggung pampas an untuk membayar segala kerugian yang mereka alami akibat kesalahan mereka sendiri. Adalah ini patut? Satu soalan yang senang untuk dijawab jika kerajaan ini adalah kerjaan yang tidak mempunyai unsur kemanusiaan. Tetapi kerajaan tetap membantu meringankan beban mereka ini. Jadi apakah dengan pengambilan tanah rizab oleh kerajaan boleh dilabelkan sebagai merompak? Bukankah bodoh bunyinya tu! Pengambilan tanah oleh kerajaan dan dikembalikan oleh kerjaan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan moden daripada dibiarkan terus oleh kerajaan yang akhirnya akan menggalakkan pembangunan haram. Janganlah pada masa itu baru nak menagih jasa kerajaan untuk melupuskan pembangunan haram ini dek terpaksa berdepan dengan pergaduhan besar semata-mata untuk merebut tanah tersebut. UMNO ditubuhkan untuk membantu memartabatkan bangsa Melayu, tetapi kiranya bangsa Melayu itu sendiri tidak tahu untuk memartabatkan diri mereka, pikirkanlah bagaimana mencabarnya UMNO untuk menyedarkan mereka.

Sebelum akta tersebut dipinda, kerajaan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengambil tanah-tanah tersebut kecuali untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.
Semua itu berlaku di bawah kerajaan yang dikepalai Umno. Umno boleh mendakwa ia tidak terlibat dengan pemusnahan hak milik orang-orang Melayu ke atas tanah-tanah rezab itu. Tetapi, sebagai parti yang mendakwa mempertahankan hak orang-orang Melayu, apa yang Umno buat untuk menghalang pengambilan tanah-tanah rezab Melayu itu?

Saya ulangi lagi, saya tidak megah dengan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Tetapi, mengambilkira apa yang berlaku di Palestin, saya amat sensitif dengan tanah rezab Melayu. Adakah Umno tidak terlibat mengkhianati, merogol, meliwat malah menyundalkan hak-hak yang hampir kesemuanya telah menjadi sejarah itu?

Komen: Jadi jika benar anda tidak memerlukan keistimewaan yang diberikan, adalah lebih baik kiranya anda lupakan terus untuk menerima sebarang bentuk kemewahan yang telah diberikan kepada anda sebelum ini. Dedahkanlah identiti diri anda agar semua orang Melayu tahu yang anda adalah bukan dari kalangan bangsa Melayu yang ingin menolak hak-hak istimewa orang-orang Melayu, itupun jika anda berani dengan kenyataan anda sendiri. Biasalah kadang-kala cakap orang ni tak serupa bikin, lain yang dicakap, nak dibuat terkemut-kemut. Bila orang bodoh nak mogok mulalah dia yang bengap pun nak ikut mogok, bila orang bodoh nak tunjuk perasaan mulalah dia yang dungu nak tunjuk perasaan, bila orang bodoh nak komen dalam blogs, mulalah dia yang baru nak mengeja nak buat komen merapu. Kalau betul dan bernas tu takpe, ni cerita macam anak-anak kecil belajar ‘ABC’ dengan yang tersirat dan tersirat tonggang-langgang, melalut sepanjang cerita.


Saya masih boleh menerima jika orang-orang Umno generasi pertama menggelar diri mereka sebagai pejuang hak-hak Melayu walaupun kerana hak-hak Melayu itulah Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda dan Pas ketika itu berperang sakan dengan Umno. Mungkin juga ada sisa-sisa pejuang Melayu di dalam Umno, tetapi mereka tidak akan merasa menjadi pemimpin malah akan pupus dua tiga hari lagi.

Kalau yang melalak dalam perhimpunan-perhimpunan Umno itu, sehalus habuk pun saya tidak percaya mereka pejuang kepentingan Melayu. Suka hati hang nak junjung keris berapa kali pun walaupun sehingga tangan hang berbau keris dan keris juga busuk dengan bau tangan hang.

Komen: Komen dan melalaklah kau dalam blog ini untuk menagih kasih simpati dan mencari kaum sejenis yang boleh sama-sama melalut sampai mati, sekecil zarah takkan ada siapa yang akan ambil peduli. Konon nak memperjuangkan kepentingan Melayu tapi diri sendiri tak berubah, diri sendiri tak ada kepentingan dalam masyarakat Melayu dan diri sendiri tak ada orang Melayu yang nak mengaku yang hang tu Melayu. Suka hati hang nak tulis nak tunjuk yang hang tu bagus dok ada, nak kata hang tu boleh jadi pembela, buat penulisan berapi-rapi supaya kaum sejenis hang boleh sokong nanti. Sampai beruban kepala, sampai ke-tua ( itupun kalau boleh hidup lama), sampai bau busuk badan dan tangan menulis, sedikit pun bangsa Melayu Sejati akan terus kekal membela bangsanya sendiri.

Orang-orang Melayu, sedarlah! Orang-orang bukan Melayu menjerit-pekik membantah hak-hak keistimewaan Melayu. Apa hak istimewa yang kita ada? Yang ada hanya hak-hak keitimewaan Umno. Itu pun tidak termasuk Umno yang menyokong bekas presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Komen: Bagi hang yang dah murtad dari jadi golongan Melayu memang elok sangatlah sokong bangsa lain sebab diri hang memang dah tak ada keistimewaan apa-apa. Cuma yang ada pun hati busuk berbau bangkai dan berulat. Kalau hidup hang semata-mata kepingin untuk mendapat hak-hak istimewa sahaja tanpa mahu berkorban untuk agama, bangsa dan negara maka nasihat kami Bangsa Melayu Sejati – “ Pengkhianat Bangsa – Pergi Mampos”

Thursday, November 1, 2007

Orang Melayu Kering In November

From: http://www.malaysia-today.net

By Old Sea Dog

Untuk makluman pembaca laporan ini ditulis dalam dwi bahasa - Inggeris dan Melayu. Semoga anda semua akan membacanya.

The inept administration of Abdullah Bodowi cannot move the economy. All the talk about 5% and 6% growth is coming from higher earnings by Petronas. The Second Finance Minister has also included the robust stock market as part of economic growth. But the vast majority of Malays do not seem to be enjoying this growth.

The more than one million Malays who work for the Government seem to be getting the shortest end of the stick. Rising fuel, food and other prices has eaten away at their monthly pay packets. To pull the wool over their eyes the Prime Minister Bodowi gave them a hefty 40% pay rise in July. However, the effects of this pay rise are negligible considering that the pay increase just balanced the higher cost of living.

Then in another bungle the Bodowi Administration gave over one million Malay Civil Servants an early full month's salary on October 8th 2007 - so that they would have spending money for the recent Hari Raya. Never before has the Government paid Civil Servants a full month's salary before the 15th of the month. But nothing is too stupid for the Bodowi Administration.

The net result is that by mid October the vast majority of Malay Civil Servants were 'broke'. Their pay packets have been spent. They will not get any more salary until end November. Many of them have already started visiting the pawnshops and the along moneylenders to get some cash to tide them over November.

In the meantime Bodowi and mamak bendahara Nor Mohamed Yakcop are going around the world crowing that everything is ship shape in Malaysia.

Yang berikutnya dalam bahasa Melayu.

Untuk menutup kegagalan pentadbirannya menggerakkan ekonomi negara, suami baru si Jean (sebut John) Danker telah cuba merasuahkan rakyat dengan kenaikan gaji dan bayaran gaji yang lebih awal. Tetapi kenaikan gaji sehingga 40% itu tidak memberi kesan yang terlalu positif kerana gaji baru itu ditelan oleh kenaikan harga minyak, tepung, ikan, ayam dan barang keperluan harian.

Dalam satu lagi langkah yang tidak peka, pentadbiran Abdullah Bodowi telah membayar gaji penuh 'Menyambut Hari Raya' pada tarikh awal (8hb Oktober) kepada lebih satu juta kakitangan Kerajaan. Sebelum ini Kerajaan tidak pernah membayar gaji penuh sebelum pertengahan bulan, tetapi mungkin pentadbiran Bodowi ingin memasuki buku 'Malaysia Book of Records'.

Akibatnya ialah majoriti besar daripada satu juta orang Melayu telah belanjakan kesemua gaji bulan Oktober untuk menyambut Hari Raya. Sekarang mereka sudah kering dan tidak akan menerima gaji lagi sehingga akhir bulan November. Mereka sekarang sedang melawati kedai pajak dan kedai along untuk mendapatkan sedikit duit. Kedai pajak dan along bakal mengecapi kekayaan cepat dalam dua bulan ini. Pada waktu yang sama Abdullah Bodowi serta mamak bendaharanya Nor Mohamed Yakcop mengelilingi dunia melonggarkan screw di kepala sendiri bahawa rakyat Malaysia semuanya dalam keadaan ok dan bagus.

Komen:

Terang-terang keborosan penulis artikel ini dicerminkan kepada umum. Dirinya tergolong dalam golongan manusia lupa daratan bila diberi imbuhan yang bertujuan untuk meringankan beban menyambut hari perayaan. Nilai matawang dan cara menggunakan wang dengan lebih efektif tidak diambil pusing olehnya. Belajarlah bagaimana menguruskan perbelanjaan, rajin-rajinlah melawat kedai buku, atau perpustakaan awam mencari dan membaca buku-buku berkaitan pengurusan kewangan.

Insya-Allah selepas membaca buku tersebut, cara dan corak penulisan penulis akan lebih matang bagi lebih mencerminkan dirinya bukan anak-anak kecil yang dahagakan wang ‘Ang-Pow’ raya sepenuhnya. Mungkin kerana setiap bulan menerima gaji mengikut jadual telah membuatkan diri penulis tidak dapat menerima imbuhan awal sebegini.

Artikel ini merupakan satu penghinaan kepada kaum Melayu dan juga masyarakat majmuk Malaysia seolah-olah rakyat tidak tahu menguruskan kewangan diri dan keluarga. Seperti anak-anak baru menulis artikel, artikel menyemak sebegini harus diboikot oleh rakyat kerana terang-terang memperkatakan seolah-olah rakyat terutamanya Melayu terlalu boros dan lemah dalam pengurusan kewangan keluarga.

Daripada 1 juta rakyat di Malaysia, bukan semuanya adalah golongan Melayu yang makan gaji, ada yang berniaga dan dengan itu mereka dapat menguruskan sumber kewangan keluarga dengan cermat dan efektif. Malaysia telah maju, dengan kemewahan sebegini, kerajaan telah banyak membantu membangunkan ekonomi negara. Kesan kenaikan dalam ekonomi bukan bertujuan untuk membuatkan rakyat menderita, tetapi ini menunjukkan rakyat Malaysia telah maju kedepan dan berada dalam kemewahan.

Penulis yang boleh dikategorikan ‘Lembab Menjadi-Jadi’ ini nampaknya bersusah payah untuk cuba bangkit dan keluar dari kepompong rosaknya dengan satu tujuan untuk merosakkan fikiran dan fahaman rakyat Malaysia. Salah satu punca dia berpelakuan sebegini mungkin kerana timbul perasaan iri-hati kerana dalam keseronokan orang lain menerima imbuhan dan dipenuhi kemewahan, hanya dia sahaja yang mengikat perut kerana tidak menerima sebarang imbuhan perayaan dek fikirannya yang kurang cerdas dari orang lain. Semuanya telah dijawab melalui penulisannya sendiri. ‘Sungguh malang orang ini!’

Friday, October 26, 2007

Batal jumpa Anwar, BPR salahguna akta pencegahan rasuah

Wan Nordin dan Azamin Amin
Foto Wan Zahari Salleh Thu
Oct 25, 07 9:10:00 am MYT
http://www.harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang sepatutnya bertemu dengan Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) bagi mendapatkan bukti 'pita lingam' hari ini telah membatalkan pertemuan itu dengan hanya menelefon Anwar pada jam 11.00 pagi tadi.

Demikian kata Anwar dalam satu sidang media sejurus selepas mendapat dua panggilan dari BPR di Pejabatnya di Petaling Jaya pagi tadi.

BPR bagaimanapun tidak memaklumkan punca sebenar pembatalan tersebut termasuk tidak memberi tarikh pertemuan selanjut yang bakal diadakan, kata Anwar.

"Ini bukti yang dimahukan BPR ada di tangan saya,"sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih rakaman pita Lingam itu.

Komen: Bukti apa yang Anwar ada? Nampak sangat tak ada bukti. Kalau setaka buat kenyataan ada bukti dalam Thumbdrive, nak tunjuk konon yang dia tu bukan penipu besar. Seterusnya, keengganan Anwar memberi sebahagian lagi rakaman video tersebut juga menimbulkan tanda tanya. Apakah yang mahu disembunyikan oleh Anwar atau apakah benar wujud sebahagian lagi video tersebut? Semua ini hanyalah propaganda yang dibuat oleh Anwar untuk mempopularkan kembali dirinya yang semakin kusam. Dengan mendakwa ada sebahagian lagi rakaman akan dikeluarkan bila diperlukan, Anwar mengumpan orang ramai menghadiri ceramah beliau.

Sepanjang bermulanya kes video ni, boleh nampak macam-mana corak permainan si Anwar ni. Sengaja nak buat kes untuk pusingkan fikiran rakyat. Cara permainan kotar yang sama tanpa sebarang perubahan untuk bertaubat. Cukup-cukuplah tu. Siapa Anwar sebenarnya? Kuat sangatkah minda putar alamnya hingga kerajaan dan rakyat ingin dipermainkan olehnya. Cubalah bersyukur sikit masyarakat dah boleh terima, kerajaan dah bebaskan keluar penjara.

Dipetik dari anwarisme.blogspot.com

“Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan Anwar di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan).

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar mengeluarkan kenyatan bahawa "Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau.

Bukankah aneh dakwaan ini? Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas.”

Dengan menuduh kerajaan akan membuat itu dan ini yang bertentangan dengan kehendaknya, Anwar berharap kerajaan akan bertindak sebaliknya. Dengan kata lain, Anwar berharap kerajaan akan mengakui kebenaran video klip yang didedahkannya itu tanpa siasatan lengkap, sekaligus membolehkan beliau mendakwa semua keputusan mahakamah ke atas dirinya adalah atas sebab hakim korup.

Dengan membuat tuduhan-tuduhan awal terhadap kerajaan, Anwar ingin menyelamatkan dirinya jika terbukti video tersebut palsu dan beliau dikenakan tindakan undang-undang nanti.Namun Anwar lupa bahawa taktiknya ini sebenarnya tidak laku lagi. Masyarakat tidak pernah lupa bagaimana dakwaan keracunan arsenik palsu beliau suatu masa dahulu. Masyarakat juga belum lupa hakikat Anwar yang kononnya sakit belakang hampir lumpuh, tiba-tiba pulih dalam masa tidak sampai sebulan selepas menjalani pembedahan di Jerman.

Kenyataan di atas menunjukkan bagaimana Anwar sebenarnya. Pembunuh yang menggunakan taktik menikam dari belakang, menjerut dengan rakus dan mencantas hingga putus manusia yang tidak mempunyai kepentingan untuk dirinya dan yang tidak sesuai lagi untuk menjadi penyelamat kepada misi kotornya. Sejarah jelas menunjukkan beberapa kenyataan Anwar sebelum ini kononnya beliau mempunyai berkotak-kotak rahsia korupsi kerajaan tidak langsung terbukti sehingga hari ini. Ini semua adalah merupakan rancangannya untuk mempermainkan undang-undang kerajaan. Selama kita 50 tahun Merdeka rupanya masih wujud makhluk sebegini yang hanya bernafas bernyawakan dengki, minda memikirkan dajal dan hidup bertuhankan bing’ai.

Beliau mengecam dan memberi amaran kepada BPR supaya mengambil bukti itu dalam masa lima minit (sambil menunjukkan 'thumb drive' yang dikatakan mengandungi salinan sahih pita Lingam) dari jam 12.00 tengahari tadi.

"Jika dalam masa lima minit BPR tidak sampai, bukti di tangan saya akan hilang,"kata Anwar yang tidak mahu BPR mengganggunya di masa akan datang memandangkan hari ini adalah hari yang sebenarnya dijanjikan dalam notis BPR kepada Anwar untuk menyerahkan bukti.

Komen: Poorah!! Lu ingat lu sapa mau kasik masa dekat BPR. Apa Lu rasa Lu lebih kuat dari pihak berkuasa ka. Cuba tengok selepas 5 minit dia nak padamkan bukti atau tidak!. Kalau betul ini adalah bukti asal, baguslah kalau Anwar padamkan, senang tamat cerita dan rakyat tak payah nak susah-susah nak layan orang sewel macam Anwar ni lagi. Ha! Apa nak tunggu lagi padam ler cepat..mari kita tengok apa rancangan Anwar selepas ini. Pihak BPR dan kerajaan pun dah malas nak layan orang lalok dan 100% nyanyok macam si Anwar ni. Jika ada orang yang bermain wayang filem tamil mahu pun hindi, maka orang tersebut ialah Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Banduan Sungai Buloh. Bukankah Anwar sendiri peminat nombor wahid filem tamil dan hindi?

Si pelupa durjana ini telah lupa. Mahkamah yang dituduh korup oleh Anwar juga yang membebaskan dirinya dari hukuman ke atas tuduhan perlakuan seks luar tabie.(Bapa Seks Malaysia). Mahkamah yang sama tempat Anwar mendapat bayaran ganti rugi kerana ditumbuk oleh Rahim Noor. Mengapa sekarang baharu didedahkan video tersebut jika rakamannya dibuat pada 2002. Jika benar rakaman tersebut pada 2002 tentulah ia telah lama digunakan oleh Anwar bagi keuntungan politik beliau dan konco-konconya. Bukankah jelas sekarang bahawa ini adalah penipuan besar dan terbodoh yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, BPR tidak muncul bagi mendapatkan pita itu, dan seramai hampir 150 orang masih berada di pekarangan pejabat Anwar termasuk wartawan dan jurugambar dalam dan luar negara.

Komen: Dengan nilai jumlah 150 orang telah membuktikan yang populariti Anwar semakin berkurangan. Kalau ditolak para wartawan dan jurugambar, berapa ramai lagi penyokong Anwar yang tinggal. Kini kita mampu berfikir yang Anwar sedang sakit lelah mencari jalan mencengkam dan memutar-belitkan fakta bagi mencipta lebih ramai mayat hidup untuk menyokong tindak tanduk iblisnya. Lebih penting inilah wajah Anwar sejak dahulu sehingga sekarang. Kepentingan politik peribadinya lebih penting dari mencari kebenaran mahu pun keadilan.

Anwar mengecam penggunaan Seksyen 22 Akta Pencegah Rasuah yang memperuntukkan pegawai penyiasat BPR bagi mendapatkan bukti daripada individu yang terlibat dalam rasuah, dan bukannya pelapor atau pemberi maklumat.

Komen: Perenggan 22. (1) Akta Pencegahan Rahsuan memperuntukkan Seseorang pegawai Badan yang menyiasat sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh- (a) memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapannya bagi maksud diperiksa secara lisan berhubungan dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu; (b) memerintahkan mana-mana orang supaya mengemukakan di hadapannya apa-apa buku, dokumen atau apa-apa salinan diperakuinya, atau apa-apa benda lain yang mungkin dapat, pada pendapatnya, membantu dalam penyiasatan kesalahan itu

(4) Seseorang yang telah diberi suatu perintah di bawah perenggan (1) (b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah, memindahkan dari Malaysia, atau membuat urusan tentang, menggunakan, atau melupuskan apa-apa buku, dokumen, atau barang yang dinyatakan dalam perintah itu, atau mengubah atau mencacatkan apa-apa catatan dalam mana-mana buku atau dokumen itu, atau menyebabkan perbuatan itu dilakukan, atau membantu atau berkomplot untuk melakukan perbuatan itu.

Dalam pada itu beliau juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk mencabar tindakan BPR itu di mahkamah kerana katanya terbukti BPR menyalahgunakan akta tersebut.

Beliau menggesa BPR menyiasat VK Lingam dan Tun Ahmad Fairuz, selain mendesak dua individu itu menafikan dakwaan keterlibatan dalam konspirasi kehakiman jika tidak bersalah.

Terdahulu dalam laporan Harakahdaily pagi tadi, sumber menyatakan bahawa BPR akan mendapatkan pita itu dari Anwar hari ini.

Tuesday, October 23, 2007

Ada Apa Dengan Reformasi Anwar?

Wednesday, October 17, 2007
http://anwarisme.blogspot.com

Dalam wawancara bersama stesen televisyen al-Jazeera, Anwar Ibrahim ditanya oleh Riz Khamis, mengapa beliau dilihat sebagai "all things to all people or try to please everyone.

"Dengan kata lain, Riz cuba menyoal mengapa terdapat pandangan bahawa perjuangan dan falsafah politik Anwar sentiasa berubah mengikut khalayak. Ini memang diakui oleh ramai pengkaji politik bahawa Anwar mempunyai kebolehan bercakap topik yang sama dengan pendirian berbeza mengikut khalayak beliau.

Malangnya dalam jawapan kepada Riz Khamis, pengacara One on One, Anwar menjelaskan bahawa beliau memetik pandangan-pandangan pemikir dan sasterawan pelbagai kaum sebagai mantera ucapannya sahaja.

Ini bukanlah maksud sebenar pengkritik Anwar mahu pun Riz Khamis. Riz dan ramai lagi orang mahu tahu mengapa Anwar boleh bercakap kepada orang Cina untuk menghapuskan DEB tetapi bercakap kepada orang Melayu mengenai mempertahankan DEB.

Orang mahu tahu mengapa Anwar semasa dalam kerajaan bercakap soal kebebasan media bila berada bersama-sama rakan-rakan sekutu beliau di Amerika, tetapi di dalam negara sendiri beliau menguasai akhbar Utusan, Berita Harian dan TV3 ketika itu?

Komen Sokongan:

Surah Hud ayat 19 bermaksud:

“Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat”

Petikan dari Malaysia-Today 25 November 2004 terang-terang menulis bagimana sifat Anwar yang bagaikan “talam dua muka yang cakap tak serupa bikin”:

"Anwar Ibrahim yang sekian lama merengkok dalam penjara, kini bebas dan tangkas mengepalai aspirasi rakyat yang mahukan media yang bebas dan terbuka. Dalam ucapan-ucapan pertamanya, terutama kepada media asing, Anwar Ibrahim menggariskan perlunya media Malaysia menempuh zaman baru di mana mereka berani menegur salah dan silap pemimpin atasan.

NAMUN, sejarah membuktikan bahawa Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam kerajaan turut menyokong banyak undang-undang yang membelenggu media, termasuk membantu meluluskan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang memandulkan peranan pengkritik bebas.

Anwar Ibrahim turut mendukung tindakan rejim Mahathir membatalkan lesen The Star dan Watan dalam tahun 1987. Para penyokong Anwar termasuk Johan Jaafar (Utusan Malaysia), Nazri Abdullah (Berita Harian), Yunus Said dan Khalid Ahmad (TV3) turut diletakkan di jawatan-jawatan media yang penting bagi mempastikan bahawa berita yang tersiar miring kepada kepentingan politik Anwar Ibrahim."

Malaysiakini.com semalam melaporkan bagaimana Anwar Ibrahim gagal memberi jawapan yang jurus dan lurus terhadap para reformis yang "dijemput khas" (disaring?) untuk ber"dialog" dengan beliau. Komen itu diberikan seorang reformis, yang sudah enam tahun membanting tulang, menggadai maruah dan keselesaan demi Anwar Ibrahim.

Apakah si-polan yang enggan memberi namanya itu juga akan dicap "SB", "penderhaka", "pemfitnah" atau "pemecah-belah"?

Orang ramai mahu tahu mengapa Anwar bercakap kejelikan isu kronisme dan nepotisme kepada masyarakat kewangan antarabangsa (bagi mendapat pujian dan sanjungan) tetapi beliau juga yang mengagihkan saham-saham Hicom sewaktu mahu menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu? Bapa beliau juga, bekas seorang paramedik, telah menjadi Pengerusi IOI sekelip mata dan IOI pula mendapat (dengan bayaran premium) sekian besar tanah di Puchong dan berhampiran Putrajaya.

Orang ramai juga mahu tahu mengapa dua minggu selepas mengisytiharkan Ghafar seumpama bapanya dan tidak akan menentangnya, jentera Anwar sudah bergerak serata negeri bagi menggerakkan sokongan kepada Anwar dalam pemilihan UMNO 1993?Dalam wawancara yang sama, dan juga tulisan beliau di Malaysiakini.com sebelum ini, Anwar mendakwa badan kehakiman negara ini korup dan tidak bebas (dikawal oleh kerajaan).

Komen Sokongan: Dipetik dari Malaysia-Today – 3 Disember 2004

“Sebagai rakyat biasa, saya pernah simpati terhadap nasib yang menimpa Anwar Ibrahim sepanjang enam tahun lepas. Peluh pernah meleleh dari dahi ini untuk menjeritkan laungan-laungan kebebasan. Hati ini pernah marah melihat "mata lebam itu" dan pernah hiba melihat rintihan keluarganya yang terpisah sekian lama.

Namun, taat buta dan taqlid tidak pernah melintasi benak fikiran ini. Malah, perasaan kental menolak sama-sekali persepsi bahawa Anwar Ibrahim tidak boleh ditegur secara terbuka. Reformasi sepatutnya bermakna pemimpin lebih mudah didekati oleh rakyat dan tidak lagi dikawal oleh kelilingan yang menjauhkan rakyat marhaen dan mendekatkan hanya tokeh-tokeh bergelar dan berkepentingan.

Suatu insiden menjadi petunjuk bahawa barangkali impian buruk ini telah menjadi realiti. Dalam perjumpaan terbuka dengan lebih seratus pemimpin kanan PKR beberapa minggu lepas, Anwar Ibrahim menyatakan komitmen beliau terhadap PKR yang dikatakan "parti pilihan masyarakat masa hadapan".

Namun dalam mesyuarat tertutup dengan pemimpin elit PKR, Anwar Ibrahim malah menafikan pernah mengisi borang keahlian PKR. Di Arab Saudi, temuramah Anwar Ibrahim dengan media massa menolak penglibatan dalam PKR kerana kononnya itu hanya parti isterinya.Nah, apakah sewenang-wenangnya kita menerima kenyataan-kenyataan sebegini, apatah lagi setiap ucapan itu disaksikan puluhan, malah ratusan insan yang mampu berfikir sendiri?”

"Abdullah memberi sedikit kebebasan kepada kehakiman dalam mana ada keperluan." kata Anwar kepada al-Jazeera merujuk kepada kepada keputusan penghakiman yang membebaskan beliau.

Bukankah aneh dakwaan ini? Apa sahaja yang menguntungkan beliau maka dianggap keputusan yang adil dan bebas, tetapi apa sahaja yang tidak menguntungkan beliau akan dianggap sebagai tidak bebas.

Bukankah sifat Anwar ini tidak lebih seperti ungkapan Jeneral Rabuka, ketika merampas kuasa di Fiji suatu ketika dahulu, bahawa, "Keadilan dan kebenaran bergantung dari sudut pihak mana anda melihatnya"?

Jika Anwar benar-benar percaya bahawa kehakiman negara tidak bebas dalam membuat keputusan yang adil, maka beliau sepatutnya mengisytiharkan pembebasan beliau juga dilakukan atas arahan pemerintah bukan kerana beliau tidak bersalah.

Malangnya, Anwar tiada keberanian dan semangat perjuangan tulen untuk berkata demikian. Anwar hanyalah oportunis. Beliau akan menerima apa sahaja keadaan yang menguntungkan dirinya. Perjuangan beliau hanyalah kosmetik semata-mata.

Beliau berkata mahukan pembaharuan Keadilan dan Kehakiman tetapi beliau tidak bersedia pun untuk berjuang untuknya jika tiada keuntungan peribadi.Lihat sahaja liku perjuangan Anwar. Beliau akan melupakan perjuangan bila melakukan sebaliknya boleh mencapai keuntungan peribadi.

Beliau tinggal perjuangan Islam beliau kerana ditawar sesuatu oleh UMNO. Dalam UMNO beliau ketepikan Ku Li kerana Mahathir boleh menjanjikan jawatan dan kedudukan yang lebih baik. Beliau hanya berjuang untuk reformasi / pembaharuan hanya apabila ditolak oleh UMNO.

Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan membunuh musuh politiknya sahaja.

Kini beliau bersama DAP dan Pas kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau.

Kini beliau bercakap soal pembaharuan kehakiman dan keadilan (justice) kerana itu modal politik beliau. Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan kedudukan tertentu, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya. Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.

Maka apa ada dengan reformasi Anwar? Semuanya ciptaan beliau untuk diri sendiri.

Monday, October 22, 2007

Perdana Menteri yang sakit - Bil 1

dipetik dari Sang Kelembai
http://www.malaysia-today.net

Dalam sirah Islam, dikisahkan akan seorang Badwi-orang arab pergunungan atau di Malaysia di panggil “Badawi” satu nama penghujung Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri Malaysia yang tidak ada hubungan dengan orang badwi di benua Arab kerana keluarganya keturunan China Kwan Tung. Dengan tiba-tiba datanglah seorang Badwi yang bertanya kepada Rasulullahlah yang sedang bersama-sama sahabatnya di tengah-tengah majlis taklim , “Bila agaknya saat kehancuran itu akan tiba”? Nabi Muhammad S.A.W. tidak menjawab pertanyaan itu dengan serta merta tetapi sesudah majlis itu beliau mencari semula Badwi itu walau pun pada asalnya para sahabat memikirkan “beliau sudah mendengar pertanyaan itu, namun masih memikirkan tentang persoalan itu.”

Sabda Nabi S.A.W menjawab soalan itu “Apabila amanat telah disia-siakan, maka tunggulah saat kehancuran.” Ditanya lagi oleh Badwi itu, “Bagaimanakah tandanya amanat itu disia-siakan?,” Rasulullahlah S.A.W menjawab. “Apabila suatu perkara diserahkan/disandarkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.”Dalam Islam perilaku khianat atau menjadi pengkhianat kepada amanat atau amanah yang diberikan oleh umat bagi urusan mereka antara sebab yang boleh membenarkan dinafikan iman seorang mukmin. Kelakuan tidak amanat dan amanah seperti rasuah, menyalah gunakan kuasa, kroni dan nepotisme adalah kelakuan yang ada seperti perilaku Abdullah Hj Ahmad yang akan meraikan empat tahun menjadi Perdana Menteri dalam penghujung bulan ini.

Komen:
Dewasa ini, salah satu penyakit pergerakan Islam moden adalah dengan adanya perpecahan parah dari golongan fitnah, golongan pendusta, pengkhianat dan perosak yang mana masing-masing merasakan kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah dilabelkan sebahai golongan yang sesat. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka kononnya hanya dimonopoli oleh anggota jamaahnya atau yang berfikiran seperti dia, hanya dia saja yang merupakan “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.


Alangkah baiknya jika masing-masing bebaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong dan tegur menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh.

Adalah terlalu sukar untuk tidak mempercayai bahawa Abdullah Hj Ahmad yang mencari dan menyarankan untuk kita membongkar rahsia kita suci (sudah pasti Al-Quran – penulis ) tidak akan menemui ayat Al-Anfal yang melarang mengkhianati amanat, di mana firman nya, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul nya (Muhammad SAW) dan (jaga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepada mu, sedang kamu mengetahui.”