Wednesday, May 30, 2007

Bajet 2008 dibentang 7 Sept.

dipetik dari http://www.utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Bajet 2008 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 September ini mempunyai peranan penting ke arah menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional.

Menurut Perdana Menteri, untuk itu kerajaan akan terus memperkenal serta melaksanakan langkah-langkah yang optimum untuk menjamin kemapanan daya saing dan daya maju negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

“Saya mendapati dalam majlis konsultasi bajet pada tahun sebelum ini, kebanyakan cadangan yang dikemukakan berkaitan pemberian kemudahan insentif percukaian, pengurangan cukai dan kos utiliti di samping memohon kemudahan pembiayaan dan peruntukan kerajaan.

“Seharusnya semua pihak termasuk swasta perlu lebih kreatif dan inovatif dari segi cadangan yang diutarakan dengan kesan menyeluruh dari segi kos dan faedah kepada pihak lain termasuk kerajaan haruslah diambil kira.

“Cadangan yang disarankan perlu dilihat dari sudut implikasi yang seharusnya mengambil kira kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan alam sekitar,” katanya pada Majlis Konsultasi Bajet 2008 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Menurutnya, selaras dengan objektif pembangunan seimbang itu, tema Konsultasi Bajet 2008 yang dipilih ialah Meningkatkan Daya Saing dan Berkongsi Kemakmuran Ekonomi.
Jelasnya, di samping pertumbuhan ekonomi yang mantap, kerajaan sentiasa memberikan penekanan kepada peningkatan tahap kesejahteraan rakyat demi mencapai pembangunan yang seimbang.

HARAPAN: SEMOGA BAJET YANG AKAN DIBENTANGKAN AKAN MEMBERI KEMAKMURAN DAN KEAMANAN YANG BERPANJANGAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA TIDAK KIRA SAMA ADA PENYOKONG KERAJAAN ATAU PEMBANGKANG SEKALIPUN.

Tuesday, May 29, 2007

Kenali PAS Sebagai Parti Serpihan UMNO – Siri 1

dipetik dari http://www.umno-online.com/

MENJELANG Muktamar Tahunan Pas ke-53, sebelum ini Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara peribadi telah menyatakan harapannya agar pemilihan kali ini ditangguhkan bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum namun harapan beliau tidak kesampaian sebaliknya beliau hanya mampu menasihatkan para perwakilan berfikiran matang dalam memilih barisan kepimpinan yang menggabungkan ulama dan profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam menyingkap sejarah penubuhan parti politik tersebut, yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan nama awalnya didaftarkan sebagai Persatuan lslam Se-Malaya. Pada tahun 1950, satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Noh Omar yang bertujuan untuk memikirkan pembangunan Islam di negara ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Datuk Onn Jaafar dan menghasilkan penubuhan Persatuan Islam Se Malaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam mengerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang program utamanya ialah memerdekakan negara daripada penjajahan. Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama daripada Terengganu iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan presiden parti itu iaitu Datuk Onn bin Jaafar.

Haji Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS. Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa perletakan jawatan Datuk Onn daripada Presiden UMNO, Haji Ahmad Fuad menjadi salah seorang daripada calon Presiden, di samping Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Zainal Abidin. Tunku Abdul Rahman telah terpilih sebagai Presiden setelah mengalahkan calon-calon yang lain.

Haji Ahmad Fuad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar dari UMNO dan membawa bersamanya PAS. Pada tahun 1951, PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO. Serpihan yang bukan utusan dari hati suci dan murni, tetapi kerana kecewa. Kekecewaan telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan di dalam arena politik di negara ini. Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO sedikit sumbing.

Walaupun sumbingan-sumbingan itu boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini, adalah fenomena yang negatif di dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Namun kelemahan dan ketamakan manusia, tidak mudah dikawal dan tidak sesiapapun yang dapat menjamin politik serpihan ini tidak berulang sehingga kesumbingan di dalam perjuangan bangsa dapat dibendung. Di sini perlu diperingatkan pentingnya niat yang bersih menjadi nadi kepada keikhlasan di dalam perjuangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hanyalah amalan-amalan itu dinilai denganniat dan hanyalah habuan bagi seseorang itu mengikut apa yang ia niatkan”

Jika sesuatu perjuangan itu didukung oleh niat yang berlindung disebalik batu dan pepat di luar rencung di dalam ia membawa bersamanya elemen-elemen kemusnahan dan kehancuran. Apabila PAS keluar daripada UMNO hasil kekecewaan perasaaan itu, sering menghantui perjuangannya dan sehingga kini, PAS tidak dapat memperbaiki dirinya daripada tindakan-tindakan yang meruntuhkan .

Niatnya yang kecewa terhadap UMNO dan niatnya untuk menyaingi UMNO, menghantui perjuangannya dan setiap tindak tanduk dan gerak-gerinya sehingga lupa kepada pertimbangan yang adil dan saksama di dalam membuat sesuuatu kenyataan dan hukuman. Tindak-tanduk seperti ini, tentunya merupakan elemen meruntuhkan.

Imam al-Ghazali, di dalam kitabnya Ehya Ulumuddin menyebut sepotong hadith yang bermaksud: “Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu. Orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya dan orang-orang beramal semuanya binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalanya dan orang-orang ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar”

Meskipun hadith ini disebutkan Zain al-Iraqi sebagai daif, namun makna yang terkandung di dalamnya, tidak berlawan dengan Al-Quran dan hadith-hadith lain yang sahih, kerana itu hadith ini boleh dipakai untuk menjelas sesuatu perngertian daripada ajaran Islam. Dalam hal ini, ia menjelaskan tentang pentingnya keihlasan di dalam sesuatu perbuatan dan tindakan manusia.

Niat PAS ditarik keluar daripada UMNO, kerana didorong kecewa, tidak membawa kebaikan kepada umat Islam hingga ke hari ini. Berbagai masalah dan angkara berlaku, akibat tindakan-tindakan PAS. PAS, seharusnya bersikap jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya apabila aia membawa nama Islam dan mendakwa ia memperjuangkan Islam.

Usaha-usaha kerajaan yang dipimpin oleh UMNO untuk mengeluarkan masyarakat Melayu daripada belenggu kemiskinan, kejahilan dan kemunduran, seharusnya diberikan sokongan oleh PAS. Oleh kerana dorongan mahu menghapuskan UMNO, PAS memandang jelek terhadap usaha memaju dan mengukuhkan umat Islam di negara ini.

Mengapakah Pas bersikap demikian? Jawapannya tidak lain kerana bukan Islam yang menjadi pertimbangan utama, tetapi kerana kebencian dan kemarahan kepada UMNO yang menjadi faktor utama perjuangan PAS serta perasaan kecewa terhadap UMNO yang menghantui PAS sejak ia ditubuhkan yang mewarnakan setiap tindak tanduk politik PAS. Parti serpihan UMNO ini, mempunyai dendam yang sunguh tidak dapat dibayangkan. Kekentalan dendam itu menyebabkan parti tersebut melupakan sama sekali bahawa UMNO adalah parti yang mendokong perjuangan bangsa bagi menegakkan agama, bangsa dan negara.

UMNO, sedikit pun tidak dilihat oleh PAS sebagai parti yang selama ini, telah banyak berjasa kepada agama , bangsa dan negara. Sebagaimana diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w.; “Hasad memekan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu-kayu kering”. Inilah yang sedang dihayati oleh PAS dalam perjuangan politiknya.

PAS sebuah parti yang dikuasai perasaan hasad dan permusuhan terhadap UMNO yang tidak akan dapat menerima kebaikan dan jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara. Matlamat politiknya hanyalah satu iaiatu menghancurkan UMNO. Walaupun terpaksa mengadai kuasa politik umat Islam dan menghancurkan kejayaan bangsa, UMNO mesti dimusnahkan.

Singapore usaha buka Pejabat Konsul Di Johor Bahru

dipetik dari http://obat-oh-obat.blogspot.com/ posted by drputera

Terbaca di dalam akhbar UTUSAN hari ni, George Yeo , Menteri Luar Singapura bercadang untuk membuka Pejabat Konsul Singapura di Johor Bahru dalam jangka masa terdekat.
Perkara ini akan dirundingkan bersama Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar.
Apa motif untuk menubuhkan sebuah Pejabat Konsul di Johor Bahru sedangkan Singapura sudah ada Kedutaan di Malaysia, dan Johor Bahru hanya sekangkang kera dengan Malaysia?
Adakah disebabkan pelaburan besar besaran Singapura di Wilayah Iskandar sehingga Singapura terasa perlu sebuah konsul untuk memastikan kepentingan mereka terjaga dengan amat baik?

Sebetulnya: Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan dari Wisma Putra, mereka mengesahkan bahawa sehingga kini tiada permohonan daripada pihak Singapura untuk membuka konsul di Johor.
Dalam Utusan Malaysia tu, dia hanya bercadang sahaja…
Adalah nyata bahawa perkara ini tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Nyatalah lagi bahawa artikel-artikel yang dikeluarkan oleh blog-blog picisan ini hanya pandai memesongkan fakta.
Sudah-sudahlah la tu drputera…

Monday, May 28, 2007

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969


Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969.Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya.

Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubohan Parti Kominis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yang ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar-bandar. Tentera Jepun memang anti kaum China.

Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu.

Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung-kampung mencari bekas polis tersebut yang kebanyakannya orang Melayu. Di kampung di mana saya dilahirkan yaitu Kampong Sungei Manggis, Kalumpang terdapat cerita-cerita yang sampai kepada kami bagaimana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa-mangsa mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam.

Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri-negeri lain seluruh Tanah Melayu. Kita tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara-cara mereka dibunuh. Pakar-pakar sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yang membunuh ialah anggota Bintang Tiga yang kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yang bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak.

Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yang menghapuskan sistem Raja-raja Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yang hebat dari semua lapisan orang Melayu.

Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yang menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang, apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam Pilihanraya Umum 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Penyokong-penyokong parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam pemyokong-penyokong pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yang cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir.

Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang.

Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yang tidak berdosa. Contohnya, orang yang membeli belah dan mereka yang menonton wayang di pawagam-pawagam di kawasan Chow Kit.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu.

Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yang di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doctor, arkitek dan sebagainya.

Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Pokoknya kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa.

Dato Raduan Md Taib pernah menjadi Yang Dipertua Dewan Melayu Selangor dan Naib Presiden Dewan Melayu Malaysia. Beliau sedang membuat kajian dalam bidang keusahawan pada peringkat PhD.

Thursday, May 24, 2007

Anwar Ibrahim Khianati Rakan Karibnya.

Tokey kepada syarikat perjudian itu dan juga pembekal ‘kerja-kerja tidak bermoral’ kepada Anwar mula hilang langsung kepercayaannya kepada Anwar.

Jika dikira, jangka hayat Nalla di dalam PKR hanya lebih kurang 10 bulan jika benar pada Jumaat ini dia akan keluar dari PKR bersama-sama dengan gengnya dari kalangan India itu. Betul tak betul, itu adalah haknya.

Sebagaimana yang dilaporkan di Malaysiakini, Nalla dah serik dipermainkan oleh Anwar Ibrahim yang sering membuat janji kepadanya tetapi tidak pernah ditunaikan.

Bukti Anwar PENIPU! Dengan rakan karib lak tu…..

1) Pilihanraya kecil Ijok. Anwar selaku Penasihat PKR (tetapi kuasa macam Presiden, nampak sangat isteri dia tu boneka je) berjanji Nalla akan jadi calon bagi menentang BN, tapi bila di saat akhir, diminta tarik diri, alih-alih Khalid Ibrahim lak yang jadi calon.

2) Anwar Ibrahim minta dia tarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden pada 25 Mei ni. Alasannya, penyandang bagi 3 jawatan itu telahpun ditentukan dan Anwar tidak mahu ia diganggu walaupun dia mendapat pencalonan kedua tertinggi.

Tapi, jangan lupa ada satu janji yang Anwar tunaikan; lepas sembahyang kat masjid, terus pergi berkempen dengan menari terkedek-kedek di atas pentas (masa pilihanraya kecil Ijok).

Elok jumpa ah long daripada minta Umno

TULISAN : Mohd Sabri Said
Tue | May 22, 07 | 11:19:55 AM


PERMATANG PAUH, 22 Mei (Hrkh) - "Saya lebih senang jumpa Ah Long daripada meminta ehsan daripada Umno Cawangan Titi Timbul untuk mendapatkan bantuan," kata ahli Umno Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh,Hashim Saad.

Beliau menganggap musibah yang menimpanya sebagai satu dugaan juga kecewa dengan sikap Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Cawangan Umno terbabit kerana tidak menunjukkan sebarang keprihatinan bila ahli mendapat kesusahan.
Menurutnya, sebagai orang besar kampung mereka kena mencari jalan membantu walaupun perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun di atas tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

"Saya nak cakap lebih-lebih pun susah. Macam nilah saya kata lebih senang cakap dengan Ah Long dari depa, " jelasnya pendek.

KOMENKU:
Ahli Parlimen kan ada. Lagipun mungkin engkau ni hardcore Keadilan, JKKK pun bosan dengan perangai engkau masa pilihanraya umum dulu kot.


Tinjauan Harakahdaily mendapati, gerai makanannya yang terletak di hujung jalan ke Kampung Bagan Serai runtuh akibat angin kencang pada malam Selasa minggu lepas. Kini, beliau bersama rakan sedang membina semula gerai berkenaan dengan menggunakan wang sendiri.

KOMENKU:
Sebagai seorang Islam, memang digalakkan berusaha sendiri daripada mengharapkan bantuan orang lain.


"Sekarang ini Umno Cawangan kena buat inisiatif membantu bukan berpeluk tubuh melihat kerana mereka ada peruntukan mangsa bencana tidak seperti pembangkang," tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

KOMENKU:
Mungkin mangsa bukan ahli UMNO, atau kalau benar bukan ahli UMNO, mungkin mangsa juga tak nak terima bantuan yang ditawarkan.


Wan Azizah bersama rombongan menziarahi Hashim di tapak gerainya serta menghulurkan bantuan wang ringgit tanda simpati.

Hashim yang kini tinggal di rumah usang bersama isterinya, Naimah Zainol serta empat orang anak iaitu Mohd Sofi pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Seberang Jaya. Keduanya, Mohd Naim dan Mohd Nabil di sekolah menengah yang sama manakala adiknya, Mohd Alif di Sekolah Rendah Wan Mat Saman, Alor Star, Kedah. Turut mengiringi Wan Azizah ialah Ketua Wanita KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Khatijah Yahya, Naib Ketua Bahagian, Hajah Che Wan Harun, Setiausaha KeADILan Bahagian, Mohd Rozi Abdul Hamid, Naib Ketua Bahagian KeADILan Permatang Pauh, Zainol Abidin Saad dan Setiausaha KeADILan Cawangan Bagan Serai, Nizam Hamid. - mks.

KOMENKU:
Apakata kita minta bantuan Yayasan Masa Depan.Bagi bantuan macam tak ikhlas je, sebaiknya bantuan diberi tanpa memberi komen terhadap pihak lain yang tidak menghulurkan bantuan.Macam menunjuk-nunjuk je.


..............................................................................

Komen oleh (11) Pembaca

kemaruk
Dihantar oleh Cucu Tanjung, on 23-05-2007 12:19
Tak heran dok dengaq crita camtu.Organisasi tempat kerja aku pernah menganjurkan satu program kemasyarakatan di satu kawasan Dun Umno.Aku diberi tanggungjawab mengendalikan satu tugas yang amat penting.Tapi apabila ia melibatkan pemberian bantuan benda atau kewangan maka puak2 ini lah yang sua muka kononnya depa lebih tahu pada sapa patut bagi atau dapat.Tengok gaya JKKK nak macam penghulu, yang masalahnya bila rujuk pada penghulu gaya mangalahkan YB. JKKK ngan panghulu pun sama ranggi semacam...seolah2 depa yang ada hak dan kuasa.Heran sungguh..pe belah negeri sebelah tak lah sangat macam tu..kemaruk punya dok ada...


Family BN
Dihantar oleh Pok Dogol, on 23-05-2007 12:19
Kemungkinan tuh memang banyak kemungkinan. Family BN boleh bercakap sebab tidak melalui apa yang saya lalui. Kalau saya salah jumpa tok guru atau pun yang saya jumpa tuh Tok Guru Ayah Pin maka pejabat kerajaan langit tu di Kota Darul Naim lah. Saya bukan jumpa tok guru untuk minta duit tapi untuk mengadu masalah dan salah laku yang dibuat oleh segelintir orang-orang PAS. Tapi mungkin kerana apa yang saya adu itu melibatkan parti PAS, maka perkara itu senyap dan tok guru sendiri pun tak nampak muka dan batang hidung. Family BN boleh lah cakap apa pun sebab tak kena batang hidung sendiri. Tapi apa yang terjadi pada saya ini berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


kalau dh melayu
Dihantar oleh malu jd melayu, on 23-05-2007 10:08
ini lah melayu..kalau ditimpa musibah salahkan orang lain.diri sendiri tak pernah nak mengaku salah.macam pembangkang memang le kerja dia macam tu.suka menanguk di air keruh.belum dapat kuasa le katakan..kalo dah dpt kuasa nanti,entah la macam mana...auzubillaminzalik kalo pembangkang perintah negara ni.

berhenti meminta tolong
Dihantar oleh adli adili, on 23-05-2007 08:55
Sampai bila saudara seagama ini mahu berdikari? sama saja umno , pas, keadilan kah sama saja. Bertongkat sepanjang hayat . Yang membantupun selepas bantu heboh sana sini walhal bentuan yang diberi sebenarnya memenjarakan lagi si penerima dalam lokap meminta-minta yang entah sampai bila. Berdikarilah..


Pok Dogol
Dihantar oleh Family BN, on 23-05-2007 01:41
Mungkin Pok Dogol tersalah tok Guru Kut, Kalau Mintak dengan Tok Guru Ayah Pin memang laa susah, Sebab Ayah Pin Dok berada kat kerajaan Langit.. Baik Pok Dogol Jumpa Ayapan ada kat Batu Cave jer.. Sofar walau pun Tak sokong Tok Guru tapi saya tetap hormatinya kerana hidupnya tak menghabiskan duit rakyat.. nak ikut kuasa yg ada Istana Kat Atas Puncak Lebuh Raya Grik Jeli pun Tok guru mampu kalau nak


Bantuan
Dihantar oleh Wakojo, on 22-05-2007 18:09
Kite ni jgn berharap pd bantuan je. Mase senang x beringat bile dah ditimpe musibah baru terngadah. Kite renung diri kite dulu, ape silapnye. Jgn trus mengadu kat kat along. Banyak mane kebajikan yg kite dah buat. Org berniage kene banyak buat kebajikan. Mungkin mase duit berkepok kite lalu jln yg Allah x redho. Mcmx boleh jadi (jdi, nombor ekor, karaoke, dangdut dan mcmx lagi le). PAS boleh bantu dgn duit tabung kebajikannye. Betul tak PAS. Tpi org tu kene bersungguh le jadi diri agar tetap dijln yg benar. Jgn harap bantuan je. Peniage ni yg sepatutnye lebih banyak mambantu org lain. 9/10 rezeki kan dtg nye dari perniagaan. Mane yg betul dgn pendapat ni ikut le. Klau tersilap tolong betulkan. Org kampung wak cakap check and balance. Itule adenye.


sama aje
Dihantar oleh senyum walau sakit, on 22-05-2007 16:49
Dalam kes atas kita tak perlu meminta pd makhluk, tuhan kan ada. kalau nak ikut cerita semua org tak betul.


berilah bantuan secara ikhlas.
Dihantar oleh lidah iman, on 22-05-2007 14:53
nak bantu orang dalam susah satu kerja yang murni..tapi yang tak murninya lepas bagi bantuan hentam pihak lain pulak yang tidak bertanggungjawab..berilah bantuan atas ihsan seorang Islam..k.majukan islam untuk negara..


Cakap biar ada bukti
Dihantar oleh Awie pc, on 22-05-2007 13:58
DUN mana ? DUN Tuan Guru Dolah Badawi ke?


kata dulang paku serpih
Dihantar oleh Pok Dogol, on 22-05-2007 12:56
saya bukan nak bertelagah dengan sesiapa tapi saya kurang setuju dengan tulisan ini kerana dalam bab minta tolong ini saya pernah berada dalam kesusahan dan kehulu kehilir meminta pertolongan sehingga hampir di buang kerja dan sehingga ke tahap mengadap tok guru untuk meminta tolong tapi sehingga ke hari ini setelah hampir 3 tahun perkara ini berlalu usahkan bertanya khabar, bayang tok guru pun tak nampak sedagkan saya ni anak mukim didalam DUM beliau.

Wednesday, May 23, 2007

Ulamak Pas VS Sekular PAS



Dipetik daripada : http://www.masterdedah.blogspot.com, SATURDAY, MAY 19, 2007

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu 1 Jun ini sekali lagi akan menyaksikan pertembungan antara pemimpin aliran ulama dengan profesional. Beberapa kawasan PAS di Kedah telah mencalonkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (atas), 63, untuk menentang penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa, (atas) 45, dalam muktamar kelak.

Dalam muktamar lalu, beberapa jawatan utama dimenangi golongan bukan ulama yang beraliran sekular seperti timbalan presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden - Datuk Husam Musa, Mohd Sabu dan Datuk Hasan Ali. Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar juga bukan dari aliran agama dalam barisan kepimpinan PAS.

Hadi nampaknya mahu menyelamatkan PAS dari golongan sekular ini. Maka Hadi telah merancang menjatuhkan Nasharudin Isa. PAS juga dilanda masalah besar apabila kumpulan sekular ini kebanyakannya penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Mahasiswa di Malaysia hanya milik Umno?

Ahmad Fawwaz Abd Aziz
Sun May 13, 07 10:30:48 AM


Paranoid. Diskriminasi. Hipokrit. Ini sebahagian label yang selayaknya dikalungkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) khususnya kepada Menterinya Dato’ Mustapa Mohamed.

Kenyataan beliau dalam Berita Harian dan tindakan susulannya jelas menunjukkan satu isyarat ugutan kepada mahasiswa di Malaysia. Mahasiswa dalam konteks ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah kepada mereka yang tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional(BN).

KOMENKU:
Elok sangat tu Tok Pa, kalau tidak, pembangkang ni suka sangat meracuni pemikiran penuntut IPTA, kita tanggung mereka belajar takkan nak biarkan mereka bertindak sewenang-wenang menentang kerajaan. Jangan sebut pasal tax payer la, orang lain pun tax payer jugak, banyak mana sangat income kerajaan daripada tax payer, cukupla nak buat maintenance jalanraya seluruh Malaysia. Hasil usaha kerajaan mencari dana harus dibalas dengan budi baik bukan macam anjing menyelak terhadap orang yang melepaskannya daripada ikatan.Aku dulu pun pernah jadi penuntut IPTA, aku tahu macamana pembangkang memperkembangkan dakyah politiknya. Kalau takde sekatan, rosak penuntut IPTA yang belum cukup matang tu.


Siri-siri pilihan raya kecil dalam tempoh 2004 hingga 2007 telah dijadikan sebagai satu medan pencabulan amanah semua Naib Cancelor(NC), Timbalan Naib Cancelor(TNC), pegawai dan pencacai Hal Ehwal Pelajar(HEP) di seluruh IPTA di Malaysia.

Kerajaan BN dengan sewenang-wenangnya mengarahkan seluruh 'puppet' (baca:barua) IPTA untuk mengugut mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan diambil tindakan tatatertib di bawah Auku (akta drakonian) sekiranya mereka dilihat membantu pihak pembangkang sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Pemerkosaan di Institusi Pengajian Tinggi Awam bukanlah satu perkara yang baru. Jawatan-jawatan seperti NC, TNC, Pengarah HEP, dekan-dekan fakulti, pengetua-pengetua kolej termasuklah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah posisi-posisi strategik untuk dikudakan oleh Umno.

KOMENKU:
Teruskan usaha murni tu Tok Pa, jangan biar mereka merosakkan generasi muda kita. Pas pun apa kurangnya, sewaktu aku menjadi penuntut dulu, Ustaz Azizan Abdul Razak pun ada jugak menghentam kerajaan dalam kuliahnya.


Ini tidak termasuk sebahagian posisi di bahagian unit tatatertib dan divisi kewangan universiti yang mungkin juga digunapakai oleh Umno untuk memuaskan serakah mereka. Jelasnya, proksi-proksi Umno di kampus Malaysia ini seolah-olah merasakan mereka ini tidak dipertanggungjawabkan dengan akta universiti mahupun Auku sendiri. Sebagai contoh, bagaimanakah biro Pemuda Umno boleh mempengerusikan mesyuarat bersama dengan semua TNC secara berkala di sekitar hotel-hotel Lembah Klang?

KOMENKU:
Mana ada , engkau pandai-pandai buat cerita je.


Apakah nilai intelektual seorang TNC apabila diarahkan oleh seorang balaci Umno untuk menjayakan agenda imperialis Umno di kampus? Apakah pula kelayakan pegawai-pegawai HEP di kampus untuk mengkoordinasikan badan-badan pelajar sedangkan mereka tidak pernah bergiat aktif dengan kegiatan sosial sewaktu di kampus?

KOMENKU:
Mana engkau tahu mereka tidak pernah bergiat dengan kegiatan social sewaktu di kampus dulu? Engkau kenal dan belajar dengan kesemua mereka dari latar belakang IPTA yang berbeza tu ke? Hahahah….. nak buat cerita pun biar la logic skit. Macam diri sendiri sorang je bagus!!!


Dan lebih teruk lagi, mereka ini pula yang menganggotai Jentera Mahasiswa Aspirasi untuk pilihan raya kampus saban tahun?

Ini hanyalah di antara modus operasional pihak tertinggi universiti untuk mendoktrin (mempengaruhi pemikiran) mahasiswa supaya hanya mengundi Umno atau BN dan lupakan yang lain. Ini juga adalah strategi saraf mereka untuk menanamkan budaya mahasiswa 'angguk' kepada kerajaan dan lebih kronik lagi apabila mereka telah berjaya 'memandulkan' Gerakan Mahasiswa Islam di kampus dengan ajaran ‘fear & abolish!’

Optimisnya saya secara peribadi berpendapat bahawa reformasi penstrukturan keseluruhan tapak karat Umno di Malaysia mampu dibersihkan menjelang tahun 2020.

Teori ini cuba digagaskan apabila kita menyedari walaupun hampir kesemua kerusi MPP IPTA di Malaysia ini di’kata’kan adalah milik Aspirasi-BN, namun kualiti dan kontribusi yang dibuat oleh mereka tidak layak untuk dibanggakan.

KOMENKU:
Cakap orang dengki le tu….hahahaha…..


Secara kasarnya, kerusi-kerusi MPP pada sesi kali ini hanya 2% sahaja milik balaci Umno dan selebihnya adalah mahasiswa tajaan Umno yang hanya ingin terlibat untuk menyumbang sesuatu kepada universiti dan untuk kemaslahatan masa depan diri sendiri. Segelintir kecil itu pula tidak mempunyai pemahaman dan idealisme yang jelas untuk membawa agenda Umno di kampus.

Maka, HEP akan memainkan peranan untuk menyusun almanac/taqwim dan agenda tahunan MPP tersebut dan golongan 2% ini pulalah yang hanya tahu melaksanakan.
MPP Aspirasi ini pula terlalu bermegah dengan kedudukan mereka sehingga terlupa untuk mencabut sticker-sticker Pemuda Umno di kereta, bilik malah di almari mereka juga.

Mungkin sebab terlalu sibuk dengan perancangan peribadi, bermesyuarat bersama GPMS dan KPT dan mungkin juga disebabkan ‘lawatan-lawatan percutian’ di Beijing, Mesir dan Australia. Sudah pastinya, peruntukan untuk ‘lawatan sambil belajar’ ini menggunakan duit universiti atau suntikan dana dari KPT. Program-program anjuran MPP dan Jawatankuasa Kolej Kediaman juga sering kali dijalinkan kerjasama dengan logo Umno atau dengan menjemput pemimpin-pemimpin Umno peringkat kawasan sebagai ahli panel ataupun speaker program.

KOMENKU:
Engkorang pun apa kurangnya? Ceramah umum menipu dan memfitnah sana sini.


Rentetan daripada itu, untuk menguatkan lagi penyuburan doktrinisasi Umno di kampus, mereka akan menggunakan sepenuhnya program Haluan Siswa atau orientasi mahasiswa baru sebagai platform awal memperkenalkan figura-figura proksi Umno di kampus.
Tidak dilupakan, program wajib hadir Biro Tata Negara(BTN) yang juga dipergunakan sepenuhnya untuk meracuni dan mencandu minda bersih mahasiswa supaya bencikan pembangkang, bencikan front mahasiswa yang menuntut kebenaran dan keadilan dan bencikan juga pemimpin-pemimpin mahasiswa yang tidak menyokong kerajaan serta dikatakan berhaluan kiri.

Tetapi, yang janggalnya mereka langsung tidak mampu menunjukkan model kepimpinan yang karismatik, beridealisme, berjiwa rakyat, bermoral tinggi dan sebaliknya.

KOMENKU:
Apa bezanya dengan kepimpinan Pas, sekurang-kurangnya mereka ni level penuntut.


Justeru, jika mahasiswa inilah yang akan menjadi aspirasi harapan perjuangan Umno untuk meneruskan survival mereka menjelang tahun 2020, maka bersiap sedialah untuk menunggu saat kejatuhannya. Peluang ini sepatutnya digunakan seoptimum mungkin oleh mahasiswa yang seringkali dilabelkan dengan pro-pembangkang.

Walaupun diugut, diheret ke mahkamah universiti, dikenakan community services, digantung dan dibuang pengajian, dicemuh dan lain-lain namun terus komited dengan arus perjuangan. Hanya mereka yang mampu mendepani cabaran inilah yang boleh dinobatkan sebagai ‘dream team’ untuk berkhidmat kepada rakyat, untuk agama dan negara.

Sekali lagi ditegaskan, jika kerajaan atau KPT sering kali memanipulasi perlembagaan dengan berkonsepkan ‘law of the jungle’ dan mempergunakan mahasiswa hanya untuk kepentingan politik sempit mereka maka ia tidak merugikan golongan mahasiswa yang dilabel pro pembangkang tetapi sebaliknya ia merugikan Umno dan kerajaan sendiri.
Saya juga percaya, kehebatan mahasiswa aspirasi di kampus hanya sekadar kosmetik luaran yang disuntik botox dan ramuan tiruan semata-mata dan bukannya kehebatan yang asli.

KOMENKU:
Macam dia bagus sangat, asli le konon
!

Sekadar pandangan.
Mahasiswa Negara Malaysia

IKD Lahir Anak Seni Tolak Agama- Muka Depan Harian Metro

Harian Metro 11 Mei 2007 (Jumaat) muka depan bertajuk "Anak Seni Tolak Agama" oleh wartawan, Helmy Abd Rahman.

Metro mendedahkan kumpulan ini mendapat bantuan kewangan daripada NGO luar negara. Wartawan Metro telah menemubual Azfar (Pereka Grafik Teater) yang mendedahkan kegiatan kumpulan yang menolak agama ini. Menurut Azfar, pengarah seni mereka mempersendakan krew yang menunaikan solat.Pengarah filem ini pernah bersekedudukan dengan seorang lelaki 'mat salleh'.

Wartawan Metro ini turut menyamar menemui Taji (Pemuzik Jalanan Bukit Bintang, bekas pelajar IPTS, aktivis UBU) yang telah terpengaruh dengan kumpulan ini sejak masih belajar di IPTS.

Menurut Taji, dia percaya bahawa manusia mempunyai kuasa penuh menentukan nasibnya sendiri dan Tuhan tidak wujud. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya diberikan hak memilih untuk menjadi atheis, agnostik atau menganut apa agama sekalipun. Taji berpendapat orang Melayu didiskriminasi kerana tidak bebas memakan babi, minum arak dan beli nombor ekor. Kebebasan beragama ini sedang diperjuangkan menerusi blog, filem, karya seni,muzik dan persembahan teater oleh kumpulan UBU dan Jalan Telawi ini. Taji dengan bangga telah mengaku bukan Islam tidak mahu berdoa.

Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzshe, Soren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yg terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai 'kitab' ajaran mereka.

Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu. Golongan 'freethinker' ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.

Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).

Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.

Fathi Aris Omar pernah berguru di Utan Kayu, Indonesia berkenaan Islam Liberal dan sekarang ditaja oleh Nippon Foundation, satu yayasan dari Jepun. Fathi Aris sekarang bersama dengan laman Mstar. Fathi Aris aktif menyebarkan falsafah pemikirannya dalam laman blog.

Faisal Tehrani (aktivis UBU) telah menerbitkan sebuah buku bertajuk 'Bila Tuhan Berbicara' di Pesta Buku Antarabangsa KL pada 6 Mei lepas. Buku ini diterbitkan dengan kerjasama Dato Dr. Ridhwan (Pemenang SEA Write Award) dan Isa Kamari (Novelis Singapura). Sebelum ini Faisal menerbitkan buku koleksi cerpen bertajuk 'Kekasih Sam Po Bo' yg ditaja oleh Aberdeen Books (Syarikat Penerbitan dari Belanda). Faisal dan Fathi Aris mempunyai peminat yang tersendiri dan kedua-dua aktif menulis dalam blog.

IKD dan KAF turut menerbitkan karya Ali Abdul Raziq “Islam Dan Dasar Pemerintahan” seorang ulamak Mesir kontroversi pada tahun 1920an menulis mengenai pemerintahan Islam. Buku Ali Raziq Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini antara lain menyebut rasul tidak diutuskan untuk menubuhkan negara dan menjadi ketua negara selain tidak ada negara Islam di dunia.

Melalui IKD kumpulan ini juga bergerak membuat persembahan teater, menerbitkan filem pendek dan filem kontroversi. Mereka telah melatih pengikut-pengikut mereka.

Antara filem kontroversi yang dihasilkan pengikut mereka ialah 'Bukak Api' (filem seks bebas golongan pondan dan homoseks) dan juga 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang Komunis' ( mengagungkan Chin Peng).

'Bukak Api' ialah filem Osman Ali, dan Filem 'Dokumentari Hari-hari Terakhir seorang komunis' adalah karya Amir muhammad. Mereka ini mempunyai hubungan langsung dengan IKD melalui Grup seni Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). Jalantelawi.com turut mendapat pembiayaan drpd Friedrich Naumann Stiftung (FNS).

IKD mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim. Umum mengetahui IKD adalah organ saraf Anwar Ibrahim. IKD ditaja sepenuhnya oleh badan Yahudi iaitu Konrad Adaneur Foundation (KAF). Pengarah Eksekutif IKD ialah Khalid Jaafar bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim.

IKD yang sangat aktif IPTA dan IPTS. IKD turut bekerjasama rapat dgn MAFREL mengadakan penyelidikan. IKD amat aktif mempengaruhi minda golongan muda dan berpelajaran terhadap Anwar Ibrahim. IKD sendiri pernah menerima RM20 juta daripada Konrad Adeneur Foundation (KAF) pada awal penubuhannya. KAF turut menaja Interfaith Commision (IFC).

Kebebasan berfikir yang dianjurkan oleh IKD kepada pengikutnya jelas merosakkan akidah umat Islam dan Melayu di negara ini. Oleh itu pendedahan Harian Metro adalah tepat untuk menghalang IKD dari terus merosakkan minda rakyat. Persoalannya mengapa Anwar Ibrahim yang menaungi IKD sanggup mempergunakan IKD merosakkan minda rakyat, umat Islam dan Melayu?

Hangat!! Skandal dua sahabat

Dipetik daripada :http://www.pilihanrayakini.blogspot.com

Anwar dan Wolfowitz memang bersahabat baik. Wolfowitz adalah antara orang asing yang pertama ditemui oleh Anwar selepas dibebaskan pada 2 September 2004, ketika menjalani rawatan di Munich, Jerman. Paul Wolfowitz, 62 tahun, telah membantu Anwar mendapat pekerjaan di peringkat antarabangsa. Selepas pertemuan dengan Paul Wolfowitz pada 28 Februari 2005 di Pentagon, Amerika Syarikat, Anwar telah dilantik sebagai pensyarah jemputan di John Hopkins University dan satu jawatan tertinggi di Bank Dunia. Terbaru, menurut Azmin Ali (Naib Presiden KeAdilan Rakyat), Anwar akan ditawarkan jawatan tertinggi dalam pengurusan kewangan Bank Dunia (diterajui Paul Wolfowitz) pada Februari 2006.

Wolfowitz

Tindakan yang diambil Wolfowitz dua tahun lalu dengan menyediakan pakej kenaikan pangkat dan gaji tahunan yang lumayan, bernilai kira-kira RM700,000 kepada kekasihnya Shaha Riza, kini menjadi duri yang perlu dilalui ketika beliau memulakan kempen memerangi rasuah dalam Bank Dunia. Syor menyediakan pakej gaji yang lumayan kepada Shaha Riza dilaporkan hanya satu aspek yang berkisar di sebalik kepimpinan Wolfowitz. Malah, Wolfowitz juga dikaitkan dengan tindakannya membawa beberapa orang kanan parti Republikan, pimpinan Bush dan Naib Presiden Dick Cheney, ke dalam Bank Dunia.

Anwar

Anwar pernah menjalin hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin iaitu isteri Azmin Ali (bekas setiausaha sulit Anwar). Antara orang yang mengetahui maklumat ini ialah Dr Qistina Majid. Suatu ketika perbualan telefon Anwar dan Shamsidar pernah disiarkan meluas dalam internet. Semua orang tahu skandal Anwar dengan Shamsidar namun atas sebab teknikal Anwar dapat melepaskan diri

Tuesday, May 22, 2007

Wolfowitz, Shaha Riza dan Anwar

dipetik dari tulisan ZIN MAHMUD

AKHIRNYA Jumaat lalu, Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz mengumumkan pelepasan jawatannya berkuat kuasa 30 Jun ini. Keputusan itu dibuat atas tekanan dan beliau mengumumkannya setelah Lembaga Pengarah menyifatkan tindak-tanduk Wolfowitz yang kontroversi melibatkan kenaikan gaji rakan wanitanya, Shaha Riza dibuat dengan etika dan niat baik.

Walaupun Selasa lalu, panel khas lembaga pengarah bank itu membuat kesimpulan bahawa Wolfowitz melanggar peraturan dan melakukan perbuatan konflik kepentingan, tetapi dalam kenyataan Jumaat lalu, pihak bank tidak menyalahkan sesiapa.

Kenyataan bahawa kesilapan berlaku tanpa menyatakan sesiapa merupakan langkah menyelamatkan air muka Wolfowitz yang sebelum ini enggan melepaskan jawatan. Wolfowitz berulang kali menyatakan keengganannya untuk melepaskan jawatan di mana kedudukannya disokong oleh Presiden George W. Bush. Dalam dia mengaku membuat kesilapan, beliau menegaskan perlunya misinya di Bank Dunia diselesaikan demi menyelamatkan orang miskin, khususnya di pinggiran Sahara Afrika.

Tetapi dengan pihak Bank Dunia tidak meletakkan kesalahan pada beliau, maka tindakan itu boleh dianggap sebagai menyelamatkan air muka apabila ternyata akhirnya tokoh neokonservatif itu mengundurkan diri.

Kontroversi Wolfowitz secara permukaan kelihatan seperti kes nepotisme biasa di mana seorang yang berpengaruh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan rakan wanitanya. Tetapi yang berlaku lebih daripada itu. Sebagai tokoh neokonservatif, fahaman yang memperjuangkan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan kekuatan tentera, Wolfowitz juga dikenali sebagai penggerak kepada Perang Iraq. Sebagai bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, beliau menjadi penasihat Bush dalam menggerakkan perang menentang keganasan termasuk di Afghanistan dan Iraq.

Sudah tentu, di AS dan Eropah, Wolfowitz melahirkan banyak musuh khususnya di kalangan kiri, baik dari Parti Demokratik, mahupun di negara-negara Eropah yang mempunyai komuniti politik kiri berpengaruh.

Walaupun mereka terpaksa akur terhadap pilihan Bush supaya Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, tetapi golongan ini dikatakan sentiasa menanti peluang untuk menyingkirkan Wolfowitz kerana penolakan mereka terhadap neokonservatisme.

Maka kontroversi Shaha Riza ini merupakan peluang yang dinanti-nantikan. Di AS dan Eropah Barat, media politik, baik dalam bentuk cetakan mahupun Internet menyiarkan pelbagai laporan dan komen untuk mencari kesalahan dan kelemahan Wolfowitz. Antaranya ialah majalah mingguan politik tertua di AS, The Nation. Majalah yang bebas daripada sebarang politik ini diterbitkan sejak 1865 dan membawa tulisan-tulisan kritikal terhadap perkembangan politik di AS. Ia juga menyediakan laman web dan blog yang berwibawa.

Pengarang The Nation bagi Washington, David Corn dalam blognya mengikuti perkembangan Wolfowitz dari awal kontroversi ini tercetus. Dengan bantuan penyelidikan oleh pemberitanya, Stephanie Cordon, Corn memaparkan bagaimana konflik kepentingan berlaku.

Shaha Riza sedang bekerja dengan Bank Dunia sebagai pegawai komunikasi bahagian Timur Tengah semasa Wolfowitz dilantik presiden pada tahun 2005. Melihat apa yang beliau sebut sebagai ‘‘potensi konflik kepentingan’' kerana Wolfowitz akan menjadi bos kepada teman wanitanya itu, maka diaturkan supaya Shaha terus menjadi kakitangan bank tetapi dipindahkan daripada bank itu. Bermakna walaupun gajinya dibayar oleh bank itu tetapi dia tidak bekerja di bawah Wolfowitz.

Dari segi ini, Wolfowitz bertindak secara beretika bagi mengelak nepotisme dan konflik kepentingan. Masalahnya ialah perpindahan itu menyebabkan kenaikan gajinya sebanyak 36 peratus iaitu daripada AS$132,660 kepada AS$180,000 setahun dengan jaminan kenaikan sebanyak lapan peratus. Kenaikan ini pula dibuat di atas tekanan dan pengaruh Wolfowitz.
Bagaimana kenaikan gaji ini berlaku melibatkan pelbagai hujah, yang dikesan menerima campur tangan daripada Wolfowitz. Corn memaparkan tahap-tahap hujah ini dalam blog beliau.

Pada September 2005, pakej gaji Shaha selesai diputuskan. Bank Dunia dan Jabatan Negara (Kementerian Luar bagi AS) setuju meletakkannya dalam Biro Hal Ehwal Timur Dekat. Kalau Timur Tengah merujuk pada Asia Barat, Timur Dekat membabitkan negara-negara Asia dan Afrika di pesisiran Laut Mediterranean.

Shaha diberi tanggungjawab membangun yayasan yang fokus kepada reformasi di Timur Tengah dan Afrika Utara. Pada masa itu, yang menyelaras inisiatif Timur Tengah ialah anak Naib Presiden AS, Dick Cheney bernama Elizabeth atau Liz Cheney sebagai ketua timbalan penolong setiausaha biro tersebut.

Yayasan itu dinamakan Foundation for the Future, atau Yayasan bagi Masa Depan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melihat kepada laman web yayasan itu, pernyataan misinya ialah menyokong pertubuhan masyarakat sivil dalam usahanya untuk menyemai demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Mandatnya menumpukan perhatian kepada menyokong pilihan raya yang bebas, adil dan benar-benar kompetitif, peraturan undang-undang, akses kepada ketelusan maklumat, kebebasan berpersatuan, kebebasan media, akses kepada pendidikan sivik, pemerkasaan wanita dan hak asasi manusia seperti termaktub dalam konvensyen dan persetujuan antarabangsa.

Selain daripada Anwar sebagai pengerusi, lain-lain anggota lembaga pengarah ialah Rahma Bourqia dari Maghribi, Kamel Abu Jaber dari Jordan, Laila al-Hamad dari Kuwait, Bakhtiar Amin dari Iraq, Andreu Claret Serra dari Sepanyol, Burhan Ghalioun dari Syria, Jamil Mroue dari Lebanon, Sandra Day O‘Conor dari AS, Abdul Rahman al Rashed dari Arab Saudi, Naguib Sawiris dari Mesir dan Dr. Cornelio Sommaruga dari Switzerland.

Yayasan ini berbentuk multilateral, tidak membuat keuntungan dan fokus pada memberi geran sebagai pembiayaan kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja untuk kebebasan dan demokrasi di Afghanistan, Algeria, Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Maghribi, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Syria, Tunisia, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Yemen.

Menurut laman web yayasan itu, setakat ini negara-ne- gara yang telah berjanji untuk menyumbang biaya ialah Bahrain, Denmark, Suruhanjaya Eropah, Greece, Hungary, Itali, Jordan, Belanda, Qatar, Sepanyol, Switzerland, Turki, United Kingdom dan AS.

Corn dalam blognya yang tersiar di laman web The Nation itu menyatakan bahawa pada 1 Oktober lalu, Anwar telah menulis kepada seorang pembantu kanan Wolfowitz di Bank Dunia, Robin Cleveland meminta supaya dipindahkan Shaha dari Jabatan Negara kepada Foundation for the Future. Dua bulan kemudian, bank itu menyatakan persetujuannya.

Pengarang itu selanjutnya menceritakan bagaimana Wolfowitz berkenalan dengan Anwar pada tahun-tahun 1980-an ketika beliau menjadi duta AS di Indonesia. Maklumat ini, menurut Corn diperoleh daripada Aasil Ahmad yang dikatakan seorang penasihat kepada Anwar.

Sepanjang Anwar dalam penjara, menurut Corn, Wolfowitz adalah orang yang kuat membela beliau. Sejurus selepas Peristiwa 11 September, katanya, Anwar yang masih di penjara menulis satu esei mengecam serangan itu dan menyeru umat Islam menangani soal ‘‘penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam di Iraq akibat diktatornya” iaitu merujuk kepada Saddam Hussein.
Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Wolfowitz, menurut Corn terbang ke Jerman untuk bertemu beliau. Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.

Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu.

Foundation for the Future walaupun bukan sebuah agensi kerajaan AS telah menerima komitmen AS$35 juta dari AS dan kira-kira $20 juta diikrar oleh kerajaan-kerajaan lain.
Memetik kata-kata Aasil, Corn menulis bahawa presiden pertama yayasan itu ialah Bakhtiar Amin, seorang Iraq yang pernah menjadi menteri kerajaan sementara pertama Iraq di bawah AS. Bagaimanapun dia meninggalkan jawatannya kerana dikatakan tidak berkemampuan dengan memetik seorang sumber yang pernah bekerja dengan yayasan itu.

Yayasan itu dikatakan tidak mempunyai ketua pegawai kewangan dan ketua pegawai operasi. Tahun lalu, ia membuat keputusan membuka pejabat di Beirut sebelum perang berlaku. Ia juga tidak mempunyai pejabat tetap di Washington. Permintaan maklumat melalui e-mel tidak dijawab dan laman webnya itu tidak membekalkan nombor telefon.

Operasi harian dikatakan dilakukan oleh Shaha. Aasil, menurut Corn memberitahu bahawa geran akan mula diberikan pada awal Jun. Tetapi maklumat yang diperoleh dari blog di laman-laman web lain di AS lebih menarik mengenai Shaha Riza. Oleh kerana komuniti yang menentang Perang Iraq, justeru bermakna anti- Wolfowitz adalah ramai, maka ia terserlah dalam ruang siber.

Antaranya ialah Moon of Alabama yang memetik laman web Daily Kos dan The Washington Note.
Tulisan Bernhard bertarikh 16 April lalu di Moon of Alabama dengan tajuk ‘‘Wolfowitz, CIA, Lebanon – Get the picture’' menyebut bahawa sebelum bekerja dengan Bank Dunia pada tahun 1997, Shaha Riza bekerja untuk National Endowment for Democrasy (NED), sebuah NGO yang ditubuhkan melalui pentadbiran Presiden Ronald Reagan, yang beroperasi membiayai usaha mengubah kerajaan dan membantu parti-parti politik asing yang pro-AS.

Dengan memetik Rightweb, sebuah laman web yang kerjanya mendedahkan rangkaian dan agensi golongan kanan di AS untuk melihat kaitan mereka bagi melancarkan perang menentang keganasan, termasuk Perang Iraq, dinyatakan bahawa NED dipengerusikan oleh Vin Weber dengan ahli lembaga Francis Fukuyama, bekas ahli lembaga Paula Dobriansky dan Paul Wolfowitz menandatangani pernyataan pengasas Projek bagi Abad Baru Amerika.

Pernyataan Projek bagi Abad Baru Amerika kini dikenali sebagai manifesto neokonservatisme.
Dobriansky dan Wolfowitz menyertai pentadibran Presiden George W. Bush pada tahun 2001. Fukuyama yang menulis buku-buku memperjuangkan neokonservatisme kini sudah meninggalkan fahaman itu.

Laman web Moon of Alabama itu juga memetik satu laporan dari Arab News, akhbar harian bahasa Inggeris di Timur Tengah paling terkemuka bertarikh 16 November 2006 yang mamaparkan tentang kehadiran Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice dan Liz Cheney di Forum of the Future (Forum Masa Depan) di Bahrain.

Mereka menyaksikan pelancaran dua institusi iaitu Fund of the Future (Dana bagi Masa Depan) bernilai AS$100 juta bagi menyediakan modal untuk perniagaan kecil dan sederhana. Institusi kedua ialah Foundation for the Future bernilai AS$55 juta yang ditubuhkan untuk menyokong NGO bagi melaksanakan projek-projek bagi menggalakkan kebebasan akhbar dan demokrasi

Khairy minta penjelasan Anwar Ibrahim isu Wolfowitz

Dipetik dari online@utusan.com.my Oleh HERMAN HAMID

Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai hubungannya dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang menjadi dalang besar pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan dan Iraq.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar juga perlu menghuraikan kaitannya dengan Yayasan bagi Masa Depan (Foundation for the Future) yang ditubuhkan oleh bank itu.

Yayasan itu yang dikatakan menjadi penggerak kepada usaha menyemai demokrasi dan kebebasan atas nama AS di beberapa negara tertentu dipengerusikan sendiri oleh Anwar.
Kaitan Anwar dengan Yayasan bagi Masa Depan timbul apabila Wolfowitz didesak meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia ekoran kontroversi yang melibatkan kenaikan gaji teman wanitanya.

Khairy berkata, Anwar mesti menjawab semua tanda tanya itu kepada rakyat Malaysia.
‘‘Sumber-sumber kita termasuk yang dipapar dalam sebuah artikel Mingguan Malaysia mendakwa Anwar melalui yayasan berkenaan meminta supaya teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza dipindahkan ke Yayasan bagi Masa Depan iaitu selepas wanita itu ditukarkan ke Jabatan Negara AS dari Bank Dunia.

‘‘Jika betul ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal Wolfowitz dan teman wanitanya, Anwar perlu jawab kepada rakyat Malaysia kerana ia turut melibatkan kedudukannya selaku pengerusi yayasan berkenaan,” kata Khairy.

Sebuah rencana dalam Mingguan Malaysia hari ini mengulas mengenai kontroversi kenaikan gaji Shaha Riza yang membawa kepada pengunduran Wolfowitz daripada Bank Dunia serta terbongkarnya penglibatan Anwar selaku pengerusi yayasan yang Shaha Riza sendiri menjadi antara penggerak awalnya.

Selain itu, rencana berkenaan turut memetik kenyataan seorang penulis blog, David Corn, yang mendakwa Wolfowitz ialah orang kuat yang membela Anwar sepanjang bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada dalam penjara

Malah, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara, Wolfowitz terbang ke Jerman untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan setahun selepas itu Anwar pula menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia.Kata Khairy: ‘‘Di peringkat antarabangsa sendiri beliau boleh terlibat dalam skandal besar melibatkan institusi berwibawa seperti Bank Dunia. Skandal ini cukup besar.”

Anwar gelabah beruk!!

Bangkai gajah bukan boleh ditutup tapi bau bangkainya sampai ke Malaysia...

Dipetik dari http://www.anwaribrahimblog.com/ Propaganda media Umno terhadap Yayasan Masa Hadapan
oleh Anwar Ibrahim

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan.
KOMENKU:
Ya ke, Amerika Syarikat tak beri dana? Sedangkan ini adalah “anak emas” Amerika Syarikat dalam memperjuangkan demokrasi? Takkanlah Bush tak sokong Wolfowitz? Pandai buat cerita kelakar engkau ni Nwar!!! AS $35 juta diberikan oleh Amerika Syarikat , takkan tak tau kot! Pandai engkau main wayang.

Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.
KOMENKU:
Moga-moga mereka yang terlibat tu tidak menjadi talibarut asing .

Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.
Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.
Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan.
KOMENKU:
Engkau memang tak lantik Shaha, tapi Shaha yang lantik engkau jadi penasihat awalnya.
“Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu”.


Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi.
KOMENKU:
“menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat”, kalau takde funding besar dari Amerika Syarikat takkan power sangat AS dalam Yayasan. Bank Dunia bukan AS punya. Mau tengok jugak bila cakap…kami bukan bodoh terima bulat-bulat auata padukang engkau!!

Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.
KOMENKU:
Apa hal pulak kena terima nasihat Shaha melalui Jabatan Negara, sepatutnya memang Bank Dunia. Satu sen pun tak keluar malah mahu menasihati melalui Jabatan Negara pulak!!

Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan UMNO, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.
KOMENKU:
Aik yayasan pulak nak saman, macam orang takut je bunyinya…..mahkamah oh mahkamah…. hanya akan mempopularkan engkau, jadi cakaplah apapun yang pastinya tidak akan dilayan.

Wednesday, May 16, 2007

Antara Anwar dan Najib

Najib kata spekulasi spekulasi yang terdapat sekarang menegani hubungan beliau dengan PM Abdullah hanyalah dongengan.

Ia menegaskan , beliau mempunyai hubungan yang sangat kukuh bersama PM Abdullah.

Is that the truth ?

Mari kita menyorot sejarah....kerana sejarah tak pernah Menipu!!!!!!!!!!!


Perkara yang hampir sama berlaku mengenai hubungan antara Anwar dan TUN satu ketika dahulu, dan dalam masa setahun 3 kali Anwar menafikan hubungan yang retak antara mereka berdua.

Anwar kata ia nya hanya kerja "tukang karut".

Anwar juga berkali kali menegaskan hubungan beliau bagaikan antara anak dan bapa..

Seterusnya telah menjadi SEJARAH.

KomenKU:
Kan aku dah kata, Anwar tu penipu ! Dia suka baling batu sembunyi tangan.Sampai sekarang auta padukang dia masih berterusan. Cerita Anwar dengan Najib berbeza, Najib setia kepada Pak Lah tapi Anwar, jenis orang tikam dari belakang. Oleh itu engkorang tak payah susah hati kerana hubungan Pak Lah dengan Najib tetap utuh sepertimana Pak Lah umumkan semasa ucapannya di Hari Lahir UMNO yang lalu, 11 Mei 2007.

UMNO Tetap UMNO - Fakta Dan Sejarah Tak Pernah Berubah

Dipetik daripada Laman Web Sang Kelembai@ Zahrin Gila

UMNO sebenarnya pada 11hb Mei 1946 ialah sekadar Mesyuarat Pertama Penubuhannya bagi membentuk satu Jawatankuasa yang sah tetapi dari segi hakikatnya UMNO ditubuhkan pada 1hb Mac 1946 sewaktu diadakan Kongres Melayu Setanah Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bagi menentang Malayan Union dan usul penubuhannya dibawa oleh Orang Kaya Menteri Hamzah Abdullah dari Persatuan Melayu Selangor. Kongres itu terpaksa diadakan bagi melawan satu Kongres lagi yang hendak diadakan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya-PKMM yang dipelopori oleh Dr Burhanuddin Helmi yang beribu pejabat di Ipoh, Perak bagi menyokong gagasan Malayan Union.
Perlulah diperbetulkan bahawa Kongres di Kelab Sultan Sulaiman itu bukan dianjurkan oleh Dato Onn Jaafar seperti mana yang ditulis dalam buku-buku sejarah sebaliknya beliau adalah dipilih Pengerusi yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Haji Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Za'aba yang digelar sebagai pendeta menggantikan Tengku Ismail Lawyer yang meninggal dunia dizaman pemerintah Jepun untuk menjadi Pengerusi Kongres tersebut.

Petikan daripada http://kudaranggi.blogspot.com
Friday, May 11, 2007
Today in history
May 11, 1946 saw the formation of UMNO or United Malays National Organisation. It was agreed by leaders and representatives of 29 Malay organisations during the second Malay Congress at Istana Besar, Johor Baharu. The congress was initiated by Datuk Onn Jaafar, founding father of UMNO.
The Malay Congress was held to unite Malay organisations to oppose the English idea of a Malayan Union.
The 29 organisations: Seberkas (Kedah), Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Pahang, Persatuan Melayu Semenanjung Melaka, Kesatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Seberang Perai, Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perlis, Persekutuan Melayu Negeri Sembilan, Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Perak, Persetiaan Muslim Teluk Anson (Perak), Persatuan Melayu Chendering (Perak), Persekutuan Muhibbah Malim Nawar (Perak), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, Persatuan Melayu Keluang (Johor), Persatuan Melayu Selangor, Pergerakan Kebangsaan Melayu Selangor, Ikatan Setia Kampung Bharu (Selangor), Persatuan Peranakan Club (Selangor), Dewan Perniagaan Melayu Selangor, Persatuan Penghulu-Penghulu Selangor, Darul Ehsan Club, Jeram (Selangor), Persatuan Kaum Ibu Selangor, Persekutuan Bawean Selangor, Persekutuan Melayu Ulu Selangor and Persekutuan Melayu Daerah Sabak Bernam (Selangor). The Congress was officiated by the Tengku Mahkota of Johor (Tengku Ismail).
The first Malay Congress was held at the Sultan Sulaiman Club, Kampung Bharu, Kuala Lumpur (March 1-4, 1946). At the first congress, it was agreed to form a united Malay political organisation to fight against the formation of the Malayan Union and to lead the struggle for independence.At the second Congress in Johor Baharu, Datuk Onn was unanimously elected president of UMNO and the rest is history.

Fikirkan:
Zahrin fakta engkau salah. Tak payahlah engkau lebih-lebih macam engkau hadir sekali pada mesyuarat UMNO pada masa tu. Dah berapa orang Presiden UMNO? Enam! semuanya mengakui hari lahir UMNO pada 11 Mei 1946. Lu bukan ahli UMNO apa lu sibuk-sibuk. Engkau berlagak macam engkau serba tahu.

Rusuhan 13 Mei atau peristiwa 13 Mei???

Petikan daripada laman web Zahrin yang dikenali Sang Kelembai: http://sangkelembai2006.blogspot.com/
(ataupun Musang Berbulu ayam yang melambai-lambai kepaknya gitu)

“Semenjak UMNO dipimpin oleh dua orang anak Ahmad, seorang sebagai Presiden UMNO bernama Abdullah Hj Ahmad dan seorang sebagai Setiausaha Agong bernama Radzi Seikh Ahmad, dan kedua Ahmad mempunyai latar belakang agama Islam yang agak baik jika bandingan dengan yang lain, tetapi kedua anak mereka yang memimpin UMNO berlawanan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Bila Abdullah Hj Ahmad menyamakan dirinya dan keluarganya dengan YTM Tunku Abd Rahman Putra menjual harta benda seperti rumah dan tanah, dia mengatakan dia juga begitu, ada harta bapaknya terjual kerana UMNO. Tunku Abd Rahman Putra meninggal dunia tanpa meninggalkan harta, dia tidak menggunakan jawatan Perdana Menterinya untuk menebus harta yang digadaikan untuk UMNO dan tidak menggunakan UMNO untuk mencari kekayaan dirinya atau anak dan menantunya. Sebaliknya Abdullah Hj Ahmad, atas sumbangan bapaknya menjual harta untuk UMNO sekarang ditebus dengan memberikan kepada anak dan menantu perniagaan dan kontrak lebih dari yang dikorbankannya. Maka sewajarnya tidak perlu berucap di mana-mana untuk menceritakan perihal penjualan tanah bendang untuk UMNO itu, rakyat telah menebusnya dengan memberi anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bermacam-macam perniagaan walaupun tidak ada kerelaan.

Begitu juga Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, khabarnya sudah berkata dengan orang yang bertanya, kenapa dia tidak mengindahkan arahan Najib Tun Razak dalam soal kelulusan pekerja asing. Jawapan bahawa dia tidak bekerja dengan Najib Tun Razak, dia bekerja dengan Abdullah Hj Ahmad dan tambahnya dia tidak mahu menjadi Menteri jika Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Soalnya pekerja asing dan isu terlibat Radzi Sheikh Ahmad yang menggunakan proksi akan ditulis selengkapnya pada rencana akan datang. Bayangkan setiap pekerja asing terpaksa membayar wang rasuah... opppp bukan wang "goodwill" kepada orang tertentu sekurangnya RM1,000 (satu ribu) dan bayangkan kalau dua juta orang diluluskan, berapa jumlahnya wang tidak masuk dalam akuan kerajaan”.

(Zahrin mengeja pun tersasul bukan “akuan” tapi “akaun”. Asyik nak menghentam orang sangat)

Renungan kepada muslimin dan muslimat;

“ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang yang besar ”.

(Surah an-Nur:11)

“ (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar ”.

(Surah an-Nur:15)

Zahrin,
Kalau engkau dah dibuang dari UMNO tu sudahlah….tak payah nak bising kat luar. Hal keluarga UMNO biar kami je selesaikan. Yang engkau lebih-lebih buat apa? Makin banyak dosa engkau membohong. Walau apa pun Pak Lah tetap bertugas macam biasa, tugasnya terhadap negara merupakan ibadah juga. Kerja membohong ni berdosa tau. Fakta dalam artikel yang lepas pun ada salah. Jangan sengaja berbohong untuk menunjukkan kelemahan orang lain.Bukan setakat engkau sorang dapat dosa berbohong, orang yang membaca dan memanjangkan pembohongan ini juga mendapat dosa. Kita sesama Islam usahlah bersifat sedemikian. Sepatutnya kita saling berpesan-pesan terhadap kebaikan.

Riwayat Abu Daud;

“Bersumber dari Abu Darda’ r.a., ia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda “ sesungguhnya bila ada sesorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu tidak patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut”.

Riwayat at-Tirmidzi;

“Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannnya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya”.

AWAS ! Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Berita Bohong

“ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang yang besar ”.
(Surah an-Nur:11)

“ (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar ”.
(Surah an-Nur:15)

Hari UMNO: Datuk Ibrahim Hussein Tokoh Melayu Terbilang




SENIMAN veteran yang terkenal dalam bidang seni lukis bukan sahaja di tanah air malah di peringkat antarabangsa juga, Datuk Ibrahim Hussein telah dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang bersempena dengan sambutan ulang tahun penubuhan UMNO yang ke-61 tahun di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Saya berasa sangat terharu dan berterima kasih kerana dipilih oleh UMNO untuk anugerah ini. Sebenarnya ramai lagi tokoh dan pejuang Melayu yang benar-benar berjuang untuk bangsa kita tetapi mereka tidak dikenali, oleh itu saya terima anugerah yang diberikan ini sebagai wakil kepada mereka yang tidak sempat menerimanya hari ini,” ujar beliau.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan yang beliau lakukan ini adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan nilai pengiktirafan dan anugerah diberikan kepada beliau.

“Atas nama UMNO, saya menyeru bangsa Melayu untuk sama-sama memikul tanggungjawab demi memelihara martabat dan maruah UMNO serta bangsa Melayu,” tegas beliau.

Ibrahim dilahirkan pada 13 Mac 1936 di kampung Sungai Limau, Yan, Kedah yang terletak jauh di pedalaman.

Beliau yang terdiri dari lima orang adik-beradik sejak kecil lagi sentiasa berdikari dan tidak gemar menyusahkan sesiapa. Ibrahim yang berketurunan Aceh dari sebelah bapanya, yang kemudian mengembara hinggalah ke Tanah Melayu dan kemudian mendirikan rumahtangga dengan ibunya di tempat kelahiran beliau.

“Walaupun bapa saya seorang yang buta huruf, tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajaran saya dan adik-beradik yang lain malah dia sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk kuat, teguh dan bersemangat,” kata beliau kita mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya.

Atas kesungguhan dan dorongan untuk menimba ilmu, beliau telah meninggalkan kampung halaman serta mendalami bidang yang beliau minati.

“Sebenarnya saya tidak pernah anggap apa yang saya lakukan ini sebagai satu cita-cita. Semuanya lahir dengan sendirinya kerana apabila saya merasakan bahawa saya ingin melukis maka ketika itulah saya berkarya.”

Kesungguhan beliau dalam berkarya telah membawa beliau ke persada antarabangsa malah kepakaran beliau diakui oleh negara lain dengan penganugerahan pelbagai pingat dan darjah kebesaran.

Antara anugerah yang pernah diterima Ibrahim sepanjang lebih 50 tahun pembabitannya dalam bidang tersebut termasuklah Griffin Prize, London (1964), Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970), Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997), Order of Bernado O'Higgings, Chile (1995), dan Order of Andres Bello Venezuela (1993).

Ibrahim telah berkahwin dengan gadis pilihannya, Sim Hussien ketika berkhidmat sebagai residen artis di Universiti Malaya (UM) sekitar 1976 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Alia.

“Pada tahun tersebut saya merancang untuk ke luar negara tetapi hasrat itu terbatal apabila ditawarkan menjadi residen artis di UM atas jemputan Profesor Diraja Ungku Aziz dan di sanalah saya bertemu jodoh," katanya.

Pengorbanan beliau untuk memartabatkan bangsa Melayu terbukti dengan penubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah sebagai tempat pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. Ibrahim berkata, tema bagi ribuan lukisannya yang dipamerkan di MYSIH berunsurkan segala kejadian di atas muka bumi termasuk politik, kemanusiaan, kasih sayang serta percakapan hati yang terlintas di fikirannya.

"Karya-karya saya lahir secara natural melalui apa yang saya rasakan dan apa yang ada pada fikiran saya.

“Ketika membuat sesuatu perkara, anda akan berasa keseorangan dan hanya berada dengan diri sendiri, tiada yang lain. Tiada masalah dan tidak bercakap dengan sesiapa. Ia seperti ubat bagi saya," katanya lagi.

Dua abangnya, Datuk Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di negara ini dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Tarikh Lahir: 13 Mac 1936

Asal: Yan, Kedah Darul Aman

Kerjaya: Pelukis

Isteri: YBhg. Datin Sim Hussien

Berkahwin: Tahun 1976

Anak: Alia Ibrahim Hussien


PENDIDIKAN

• Akademi Seni Nanyang Singapura (1956)

• Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 – 1963)

• Royal Academy Schools, London (1964 – 1966)

• American Workshop, Venice (1970)


ANUGERAH

• Byam Shaw Scholarship, London (1959 – 1963)

• Byam Shaw Award of Merit (1961 – 1963)

• Royal Academy Scholarship, London (1963 – 1966)

• Griffin Prize, London (1964)

• Fullbright Travelling Scholarship (1967)

• John D.Rockefeller III Fund Fellowship (1967 – 1968)

• Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970)

• Lee Foundation Fellowship, University Malaya (1970 – 1971)

• XVIII International D’Art Contemporain de Monte Carlo (1984)

• Japan Foundation Cultural Award (1988)

• Order of Andres Bello, Venezuela (1993)

• Hugo Boss Hall of Distinction (1994)

• Order of Bernardo O’Higgins, Chile (1995)

• Crystal Award oleh The World Economic Forum, Annual Meeting, Davos, Switzerland (1997)

• “Style with Substance” American Express/ Hong Leong Bank (2000)


DARJAH KEBESARAN

• Ahli Mangku Negara (AMN) (1973)

• Kesatria Mangku Negara (1991)

• Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (1995)

• Darjah Kebesaran Setia DiRaja Kedah (1996)

• Darjah Kebesaran Dato’ dari Sultan Selangor (2001)


PAMERAN SOLO

• John Whibley Gallery, London (1963)

• Gallerie Internationale, New York (1965)

• AIA Building, Kuala Lumpur (1966)

• Chinese Chamber of Commerce, Singapore (1966)

• Newsweek Gallery 10, Newsweek Building, New York (1968)

• Solidaridad Gallery, Manila (1969)

• Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1969)

• Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1975)

• Dhait Abdullah Al Salam Gallery, Kuwait (1977)

• IH Gallery, Kuala Lumpur (1982)

• Daruma Art Centre, Copenhagen (1983)

• Gallerie Bortier, Brussels (1983)

• Gallerie Kaleidescoop, Ghent (1983)

• National Art Gallery, Malaysia: Ibrahim Hussein-A Retrospective (1986) •

Universiti Utara Malaysia (1986)

• Singapore Arts Festival, National Art Gallery, Singapore (1986)

• Takashimaya Art Gallery Tokyo (1989)

• Takashimaya Art Gallery, Osaka (1989)

• Museo Nacional de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991)

• World Economic Forum, Davos, Switzerland (1994)

• Inaugural Exhibition- Ibrahim Hussein Foundation Museum, Langkawi, Malaysia (1999)


PENGLIBATAN

• Ahli Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur (1971-1973)

• Pelukis Undangan di Universiti Malaya (1970-1977)

• Menguruskan Festival Seni Asia Pertama di Bali, Indonesia (1987)

• Menguruskan Festival Seni Asia Kedua di Cherating, Pahang Darul Makmur (1988)

• Pakar rujuk “Academie Europeene Des Sciences, Des Arts Et Des Letters, Paris” (1987)

• Menubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah pada tahun 1997 bagi tujuan pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. MYSIH merupakan muzium dan yayasan seni yang unik dan yang pertama sepertinya di dunia, sebagai usaha untuk memperkasakan pembangunan dunia kesenian dan kebudayaan. Ia menjadi tempat rujukan kepada seniman, pencinta seni dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.

• Penglibatan di dalam Forum Seni Antarabangsa di Venice, Italy (1991)

• Menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa di Davos, Switzerland (1994-1995, 1997 $ 2005)

• Menguruskan Festival Seni Antarabangsa di Langkawi, Malaysia (2000)

Malayan Union dan UMNO...

dipetik dari http://sangkelembai2006.blogspot.com
jawapan kepada persoalan2 yang dilontarkan oleh sang kelembai
posted by ashrafhaikalaffendi

assalamualaikum
(saya amat berharap agar komen saya dikeluarkan dalam blog saudara)

Saya telah membaca buku "Perjuangan UMNO bersama 50 tahun kemerdekaan" dan saya juga telah membaca tulisan saudara tentang buku tersebut.
Apa yang nak saya kongsikan bersama saudara dan saudara pembaca di sini, berkaitan fakta tentang penubuhan UMNO...bacalah buku-buku sejarah yang lain juga, Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kg. Baru, Kuala Lumpur memang menyatakan idea tentang penubuhan tentang sebuah kesatuan yang dianggotai oleh orang-orang Melayu. Malah kawat keputusan kongres tersebut menyatakan:

1. Bahawa surat-surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang bermakna memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar King Great British dan akan menjalankan kuasa yang penuh itu. Kerajaan Baginda King mencadangkan hendak menjalankan kuasa yang penuh itu di dalam lingkungan Negeri Melayu yang tersebut dan menghapuskan kuasa-kuasa Sultan-sultan itu di dalam negeri mereka masing-masing daripada suatu keadaan Raja-raja yang merdeka sebagai yang telah terdiri tidak diperbuat mengikut undang-undang tubuh adat lembaga kebiasaan Melayu yang sah dan batal dan tidak wajib ditaat oleh Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan rakyat-rakyat mereka.

2. Bahawa yang sebagaimana surat-surat perjanjian telah diperbuat dengan tiada diketahui dan berlawanan dengan kemahuan-kemahuan rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan sebagaimana cadangan kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu tiada diredhai oleh rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan. Bahawa Persidangan Agung ini menyatakan bahawa perbuatan itu berlawanan dengan kaedah-kaedah Demokrasi dan iaitu tidak boleh diterima sama sekali.

3. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu yang tersebut dan menidakkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan bermakna dirampas sama sekali negeri-negeri Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu iaitu berlawanan dengan semangat dan kehendak Atlantic Charter.

4. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King seperti yang dicadangkan di dalam Kertas Putih yang dikeluarkan di dalam bulan Januari 1946 yang antara beberapa perkara mencadangkan:
• Menjadikan suatu tubuh dinamakan Malayan Union bagi menggantikan Negeri-negeri Melayu yang beraja, mereka terkeluar daripada tubuh itu Pulau Pinang dan Melaka pula.
• Menjadikan suatu hak kerakyatan dengan hak-hak yang sama dengan tidak tilek pandang kepada Bangsa atau Agama akan menghapuskan sama sekali daripada hidupnya:
i Negeri Islam Melayu yang merdeka iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang pendiriannya seperti itu telah diakui oleh Kerajaan Baginda khasnya dan oleh sedunia amnya.
ii Bangsa Melayu mempunyai Negeri dan Raja.
iii Segala Treaty-treaty yang ada di antara Kerajaan Baginda King dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan dengan perbuatan yang memecahkan kehormatan treaty-treaty yang baginya bangsa-bangsa yang bersekutu telah berjuang di dalam sesuatu peperangan yang terlebih dahsyat di dalam tawarikh dan iaitu mengambil daripada orang Melayu hak-hak mereka itu yang semulajadi itu dinyatakan menjadi suatu timpaan yang amat dahsyat kepada mereka-mereka pula yang selama-lamanya taat setia kepada Baginda King.

5. Bahawa Persidangan ini menjemput Kerajaan Baginda King kepada suatu peperiksaan yang penuh di atas keadaan yang ada pada masa ini di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan keadaan-keadaan itu jika diketahui oleh Kerajaan Baginda King tentu akan menangguhkan cadangan yang tersebut itu.

6. Bahawa disebabkan oleh perkara-perkara yang tersebut itu Persidangan Agung ini meminta kepada Kerajaan Baginda King menarik kembali cadangan itu dengan serta-merta dan kembalikan pendirian negeri-negeri Melayu dengan tidak ada sebarang perubahan daripada keadaan yang telah lalu.

Seterusnya, saudara menyatakan bahawa dalam halaman 24, ia tidak menyenaraikan pertubuhan kebangsaan melayu malaya (PKMM) sebagai pertubuhan yang hadir...sila semak semula buku tersebut kerana ia tersenarai di halaman 25, iaitu petubuhan dari Tanah Melayu.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang ahmad boestamam, saya minta saudara serta pembaca sekalian bacalah buku memoir Ahmad Boestamam:merdeka dengan darah dan api yang diterbitkan oleh Penerbit UKM (2004). Dalam buku tersebut detail tentang kisah beliau hingga beliau keluar dan tidak menyokong perjuangan UMNO.

Berkaitan dengan Hamzah Abdullah pula, sememangnya jasa beliau tidak dapat dinafikan lagi. Nama beliau bukan sahaja diabadikan di Dewan Hamzah, Klang sebaliknya untuk pengetahuan saudara nama beliau turut menjadi nama dewan di Dewan Hamzah, Kg. Baru dan Jalan Hamzah Kg. Baru.

Sesungguhnya, memang bagus kerana ada orang yang sangat prihatin dengan fakta sejarah. Setiap pertikaian perlu ada bukti. Dan saudara perlu ingat bahawa buku tersebut tentunya Ibu Pejabat UMNO terbitkan sebagai satu oleh2 atau cenderamata bagi mereka-mereka yang selalunya gagal mengingat tarikh dan peristiwa....

KOMEN PUTERI: Fakta sejarah tidak boleh dikesampingkan malah ia akan tetap menjadi warisan yang berpanjangan kepada generasi akan datang. Setiap perkara mesti ada sebab dan akibatnya...

Monday, May 14, 2007

Saya Hanya Seorang Loyalist Umno 2?

Posting terbaru saya mengenai sejarah awal Umno di Batu Pahat, yang saya tulis sempena sambutan usia Umno ke-61 tahun, telah menerima pelbagai reaksi daridapa Joe Penang, The Eugenist, [mungkin Datuk Seri] Dasa, Honami, The Thinker, Wadah, Muhammad Ilham dan Karib Alam.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkonsi pandangan dan suara hati masing-masing terhadap Umno menerusi blog ini.

Sebagai jawapan, saya tekankan di sini bahawa majoriti orang Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat, Johor, yang dalam lingkungan umur saya atau lebih tua, memang sentiasa mengaku bahawa mereka adalah anak buah Panglima Salleh Selempang Merah [selendang merah].Kalau tak ada Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya pada akhir 1945 dan awal 1946, rasanya musnah sudah manusia Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat ketika itu dizalimi dan dibunuh seluruhnya oleh pengganas komunis bintang tiga.Sebelum Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya bertindak, sudah ramai pun warga Melayu di sekitar Batu Pahat, Muar dan Pontian yang jadi korban kezaliman gerombolan komunis itu.
Ada keluarga Melayu yang dikuburkan hidup-hidup dan secara beramai-ramai. Ada yang dirogol dan diperkosa. Ada yang direbus dalam kawah yang menggelegak dengan minyak panas.Ada yang disula dan digantungkan di pokok pedada di sepanjang Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat.
Ada yang mati dibedil. Ada yang dibakar sampai rentung. Pendek kata, pada ketika itu ada seribu satu bentuk kezaliman dan kekejaman untuk memusnahkan orang Melayu.Saya imbas kisah ini bukan kerana saya racist. Sebaliknya, saya imbaskan kisah ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa sebahagian keluarga saya sendiri adalah mangsa kezaliman dan keganasan itu.Saya juga imbas semula kisah ini kerana pada zaman anarki itu, ada juga masjid dan surau di Mukim Empat yang dijadikan markas pengganas komunis.
Lebih hena dan keji lagi, di surau dan masjid itu jugalah anak-anak dara Melayu di rogol dan diperkosa sebelum dibunuh. Dan di surau serta masjid itulah juga tempat pengganas komunis berpesta arak dan menyembelih khinzir.Jadi, kisah ini bukannya suara hati seorang racist. Sebaliknya, inilah realiti di zaman anarki sewaktu Melayu tiada kuasa politik dan Melayu belum menubuhkan Umno.Sebab itulah bila Panglima Salleh dipujuk oleh Datuk Onn Jaffar untuk menghimpunkan Melayu daripada Mukim Empat, bersama-sama dengan penghulu lain yang memimpin Melayu Mukim Satu Lubok, Melayu Mukim Dua Bagan, Melayu Mukim Tiga Peserai untuk bersama Melayu Senggarang, Rengit, Parit Raja, Seri Gading, Selulon, Parit Yaani dan Seri Medan, seluruh Melayu bangkit atas nama bangsa yang dizalimi, atas nama bangsa yang ketiadaan kuasa dan atas nama bangsa yang kehilangan kedaulatan.Selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Penggaram, mereka pun berhimpun ke Kelab Melayu Batu Pahat. Di sanalah mereka menjeritkan slogan HIDUP MELAYU buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangn pra-merdeka.Dan, di perhimpunan itu jugalah mereka menggagaskan penubuhan United Malays Organisation yang kemudiannya di gelar sebagai United Malays National Orginasation (UMNO) atau pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).Ketika itu, Mac Michael dan gagasan Malayan Unionnya mahu menghapuskan seluruh aspek Melayu – kesultanannya, kebudayaannya, bahasanya dan agamanya.Oleh itu, cetusan rasa ini bukannya suara seorang racist. Ini sekadar catatan rasa untuk mengenang latarbelakang yang melahirkan Umno dari persfektif anak Melayu Batu Pahat.


Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth, Pulai Pinang pada 14 dan 15 September 1952

“ UMNO bergantung semata-mata kepada yuran. Maka yuran ini kalaupun ahli-ahli UMNO semua membayarnya tidak juga mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja dan tanggungan-tanggungan yang kita wajib sempurnakan.

Kita telah berikhtiar hendak mendapatkan wang itu dengan jalan meminta derma daripada ahli-ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, tetapi ikhtiar kita itu tidak mendapat hasil. Sebagai satu contoh saya sebutkan di sini ialah derma Dewan UMNO Malaya yang hingga hari ini satu peratus daripada apa yang dikehendakki itu belum terkumpul lagi. Kita bercadang hendak mendirikan kerajaan sendiri maka adakah munasabah pada pandangan tuan-tuan yang kita ini boleh mendirikannya padahal mendirikan ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur itu pun bukan kepalang susahnya.

Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO telah mengutip wabg dengan berbagai-bagai cara dan jalan yang tidak diluluskan oleh alim ulama dan ikhtiarnya itu telah pun membuat banyak kebajikan dengan adanya wang di tangan mereka. Sebaliknya pula ibu pejabat UMNO tidak dapat menyempurnakan, melainkan sedikit sahaja daripada kebajikan am yang wajib ditunaikan dan yang diharap-harap oleh orang Melayu daripadanya.

Dalam masa hari raya, orang Melayu yang di dalam tahanan telah meminta pertolongan UMNO, tetapi malangnya UMNO tidak dapat sampaikan hajat orang tahanan itu, akhirnya saya sendiri terpaksa meminta pertolongan daripada MCA dan dapat hadiahsebanyak $2,000. Dengan wang itulah dapat kita menghulurkan tangan kita kepada saudara-saudara kita yang di dalam tahanan itu. Demikianlah ibu pejabat UMNO dalam soal membuat kebajikan am. Maka dengan keadaan seperti ini bolehlah kita bermegah-megah bahawa kitalah yang memegang teraju bangsa kita dan memelihara nasib bangsa kita dan juga hendak melepaskan bangsa kita daripada cengkaman bangsa asing.

Pada masa ini orang Melayu yang ada di khemah-khemah tahanan darurat ada sebanyak lebih kurang 600 orang iaitu terbahagi kepada khemah-khemah tahanan Majidi, Ipoh, Kluang dan Morib. Keadaan orang ini sangatlah mendukacitakan kerana kebanyakan mereka itu hanyalah disyaki berhubung dengan pengganas-pengganas ataupun disyaki menentang polisi kerajaan dan mereka telah pun bertahun0tahun dengan tidak tentu dosanya.

Tetapi alhamdulillah pada masa ini telah pun ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebajikan orang tahanan Melayu yang mengandungi ahli-ahli daripada beberapa buah pertubuhan Melayu. Dengan adanya jawatankuasa tersebut maka ketetapan yang diambil oleh majlis ini dalam persidangan setengah tahunnya yang lepas telah berhasil.

Jawatankuasa ini sungguhpun umurnya masih terlalu muda, tetapi dengan usaha Setiausaha dan ahli-ahlinya, dapatlah ia memberi pertolongan yang banyak kepada orang tahanan Melayu yang malang itu. Pada Hari Raya ini jawatankuasa tersebut telah menghantarkan kain baju dan barang-barang makanan kepada mereka itu. Jawatankuasa ini telah menerima bantuan kewangan sebanyak $500.00 daripada MCA , maka dengan wang itu dan derma-derma daripada orang Melayu sendiri dapatlah jawatankuasa ini menghiburkan orang tahanan itu pada hari raya yang mulia itu.

Saya percaya iaitu dengan usaha jawatankuasa ini dapatlah kita menolong orang tahanan Melayu pada masa ke hadapan. Pertolongan itu bukan sahaja berupa pakaian dan makanan, bahkan kebebasan bagi mereka yang patut dibebaskan.”

Pengajaran;

Kalau boleh isu kezaliman tak payahlah kita ungkit kembali, Melayu pada masa itu pun bukannya dungu, kita pun melawan balik. Sentimen racist sedemikian cuba elakkan demi perpaduan, kita ditakdirkan hidup di kalangan berbilang kaum. Oleh itu wajarlah kita sentiasa suburkan PERPADUAN. Bergaduh dan merusuh pun bukannya seronok, malah menyeksakan generasi kita .

Seorang Loyalist Umno Mahukan Reformis Dalaman?

mengulas tulisan http://kuda-kepang.blogspot.com/

Majlis sambutan ulang tahun UMNO ke-61 telah selamat berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan dirasmikan oleh Datuk Seri Ahmad Badawi, Presiden UMNO dalam upacara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ sambil diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia Berkhidmat, sejurus selepas nyanyian lagu ‘Negaraku’, 11 Mei (Jumaat) lalu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu orang-orang Melayu meneruskan perjuangan UMNO sebagai satu pusaka bangsa untuk diwarisi oleh generasi akan datang dalam usaha memastikan parti tersebut kekal sebagai tunjang kerajaan di samping mampu mengekalkan perpaduan di antara semua kaum di Malaysia walau usianya 100 tahun sekali pun.

Bagi memeriahkan majlis sambutan ini, sebuah video hasil idea Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertajuk ‘Atas Nama Perjuangan’ ditayangkan kepada para hadirin. Video ini berkisar tentang pengorbanan orang-orang Melayu pada zaman dahulu sewaktu ingin menuntut kemerdekaan.

Alangkah mudahnya sekiranya mesej yang ingin disampaikan menerusi tayangan video ini dapat diselami oleh semua bangsa Melayu. 'Atas Nama Perjuangan' bukanlah sekadar tanyan video semata-mata sebaliknya ia mengandungi mesej sebenar perjuangan UMNO sebagai sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Mesej perjuangan UMNO perlu dianggakat sebagai wadah dalam menelusuri kehidupan. Perjuangan tokoh-tokoh terdahulu sememangnya tidak ternilai. Oleh itu, pengorbanan orang-orang Melayu hari ini perlu ikhlas dan bukan berlandaskan wang semata-mata... Keperluan material perlu dikesampingkan dan apa yang penting memartabatkan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Perlu diingat, untuk memanfaatkan asas dan tujuan penubuhan UMNO dalam mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja berperlembagaan, kita mesti mengetahui bahawa Malaysia bukan hanya diwakili oleh golongan berbangsa Melayu sahaja.

Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri dari rakyat berbilang bangsa, Melayu India dan Cina malah ada juga abngsa-bangsa lain yang hidup di sini. Keamanan yang dimahukan oleh semua rakyat bukan hanya bergantung kepada kerukunan bangsa Melayu semata-mata sebaliknya ia adalah hasil daripada kerjasama yang diperoleh dari semua kaum.

Jika kita berkata soal kemerdekaan, memang bangsa Melayu yang berhak mendapatnya tetapi kita tidak boleh menafikan bangsa lain yang turut sama berkorban untuk mendapatkan kesejahteraan.

Jika hari ini ada individu yg mewara-warakan ceria ramai bangsa Melayu terkoban kerana dibunuh oleh bangsa Cina ketika zaman Bintang Tiga, perlu diingat juga bahawa sebenarnya ramai juga bangsa asing termasuk Cina dan India yang disembelih semata-mata perasaan perkauman yang menebal, extrimist Melayu yang melampau menghalalkan bunuh membunuh sesama manusia.

Mengikut sejarah, Disember 1948 – Januari 1949, oleh kerana sebahagian besar daripada anggota Parti Komunis terdiri dari kaum Cina, beberapa pergaduhan perkauman telah berlaku di antara orang-orang Cina dan Melayu.

Tetapi kerjasama kaum dalam politik merupakan salah satu syarat British untuk memberi kemerdekaan Tanah Melayu. Permusuhan kaum boleh menggugat keselamatan awam dan menyukarkan kerajaan.

Di atas galakan Sir Malcom Mac Donald, Dato’ Onn telah menjemput seramai 21 orang ketua pelbagai kaum berkumpul di rumahnya untuk merunding jalan bagi memperbaiki ketegangan kaum. Beberapa siri rundingan menyusul kemudiannya. Di dalam satu pertemuan di Pulau Pinang, terbentuklah sebuah Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liason Committe – CLC). Oleh kerana Dato’ Onn dan Tan Cheng Lock enggan menjadi Pengerusi, jawatan tersebut diserahkan kepada E.E.C. Thuraisingam.

Hasilnya pada 3 Februari 1953, Rundingan Meja Bulat UMNO-MCA berjalan untuk mencari persefahaman dan kerjasama kedua-dua parti tersebut dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Tunku telah meletakkan syarat yang harus menjadi dasar rundingan iaitu: MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf bahawa negeri ini adalah negeri Melayu, hak orang Melayu yang sebenar dan segala keutamaan terletak kepada orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Pihak MCA telah menerima dan mengakui hakikat ini.

Manakala, pada 23 Ogos 1953 Konvensyen Kebangsaan telah dianjurkan oleh Perikatan UMNO-MCA buat pertama kalinya di Kuala Lumpur. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 14 perwakilan dari UMNO, perwakilan dari MCA, 14 wakil PAS, 2 wakil Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan dan dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.

Tujuan konvensyen ini ialah untuk mendapatkan kata sepakat dan kerjasama bagi mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu agar bersatu hati menuju matlamat kemerdekaan. Melalui Konvensyen ini satu persetujuan dicapai untuk mendapatkan kemerdekaan secara damai dan berperlembagaan dan sebagai langkah pertama mereka menuntut agar pilihan raya Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada November 1954. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah:

1. Mendiri dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan yang bercorak demokrasi dan bertanggungjawab.
2. Mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu sebagai ketua-ketua negara berperlembagaan.
3. Memberi kebebasan beragama, kebebasan menyatakan fikiran dan kebebasan mengadakan perhimpunan kaum dan memelihara hak mereka.

Hasil konvensyen ini satu jawatankuasa dibentuk bagi menyusun dan mengemukakan satu penyata berkaitan perhimpunan tersebut. Ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada:
1. H.S. Lee
2. Ong Yoke Lin
3. Dr. Ismail Abd Rahman
4. Sardon Jubir
5. Tunku Abd Rahman
6. Leong Yew Koh
7. Tan Siew Sin
8. Mohd Yassin Abd Rahman
9. Ahmad Rahim
10. Sheikh Mohd Daud Hj. Salleh

Sekiranya perpaduan antara kaum tidak dipelihara, tidak mustahil peristiwa 13 Mei 1969
tragedi pergaduhan kaum di Kuala Lumpur akan berulang. Hal ini membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Angka rasmi menyatakan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan.
Negara telah diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak serta Parlimen dibubarkan. Namun begitu, keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil sebagai penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara dicipta.

PESANKU: Fikirlah secara positif, janganlah ikut sentimen perkauman seperti dahulu. Sekarang zaman sudah berubah, semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa mahukan keamanan dan kesejahteraan tanpa ada sesiapa yang menjadi korban dan terbunuh. Kita mahu mengelakkan perang dan pertumpahan darah berlaku. Janganlah kita alpa...akibat perang bukan hanya nyawa tergadai malah harta benda dan negara juga boleh dimiliki bangsa lain.