Thursday, May 24, 2007

Anwar Ibrahim Khianati Rakan Karibnya.

Tokey kepada syarikat perjudian itu dan juga pembekal ‘kerja-kerja tidak bermoral’ kepada Anwar mula hilang langsung kepercayaannya kepada Anwar.

Jika dikira, jangka hayat Nalla di dalam PKR hanya lebih kurang 10 bulan jika benar pada Jumaat ini dia akan keluar dari PKR bersama-sama dengan gengnya dari kalangan India itu. Betul tak betul, itu adalah haknya.

Sebagaimana yang dilaporkan di Malaysiakini, Nalla dah serik dipermainkan oleh Anwar Ibrahim yang sering membuat janji kepadanya tetapi tidak pernah ditunaikan.

Bukti Anwar PENIPU! Dengan rakan karib lak tu…..

1) Pilihanraya kecil Ijok. Anwar selaku Penasihat PKR (tetapi kuasa macam Presiden, nampak sangat isteri dia tu boneka je) berjanji Nalla akan jadi calon bagi menentang BN, tapi bila di saat akhir, diminta tarik diri, alih-alih Khalid Ibrahim lak yang jadi calon.

2) Anwar Ibrahim minta dia tarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden pada 25 Mei ni. Alasannya, penyandang bagi 3 jawatan itu telahpun ditentukan dan Anwar tidak mahu ia diganggu walaupun dia mendapat pencalonan kedua tertinggi.

Tapi, jangan lupa ada satu janji yang Anwar tunaikan; lepas sembahyang kat masjid, terus pergi berkempen dengan menari terkedek-kedek di atas pentas (masa pilihanraya kecil Ijok).

6 comments:

gaban said...

sekarang ni dah terang lagi bersuluh.. Anwar memang tak boleh dipercayai..

terbaru, Lebih 30 calon menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jumaat ini kerana membantah campurtangan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

aku pun x faham kenapa mereka yg tergolong dlm golongan keldaian ni x penah buka mata, buka hati... perjuangan PKR hanya utk kepentingan peribadi anwar je... orang yang sebenarnya bersekongkol dengan yahudi... dgn IKDnye.. dgn yayasan masa depannye...

doc_palam said...

inilah kuasa Allah swt. sejauh mana Anwar dpt sembunyikan wajah sebenarnya. inilah manusia yg bakal menghancurkan bukan sahaja parti keadilan ttp rakyat malaysia, umat melayu dan negara ini.

Aiiee said...

Parti Keldaian nama pun dah menunjukkan betapa bodohnya penyokong2 parti Keadilan nie .Semua orang dah tau Anwar nie siapa ... manusia bertopengkan yahudi .....

spongegoat said...

apa sudah jadi PKR yang jadi parti keldaian anwar ni... suami isteri berebut nak jadi presiden...

nuar berahim ni banyak lagi agenda dia tu... org2 yg rapat (sekarang dan pernah) dgn dia tau la mcmana perangai dia sebenarnya...

kopi_likat said...

Kawan mkn kawan, cam x biase....

gaban said...

anwar kata si nalla tetap sahabat dia... heheheh....

senyum je la mendgrnye...