Tuesday, May 22, 2007

Khairy minta penjelasan Anwar Ibrahim isu Wolfowitz

Dipetik dari online@utusan.com.my Oleh HERMAN HAMID

Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai hubungannya dengan Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang menjadi dalang besar pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanistan dan Iraq.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar juga perlu menghuraikan kaitannya dengan Yayasan bagi Masa Depan (Foundation for the Future) yang ditubuhkan oleh bank itu.

Yayasan itu yang dikatakan menjadi penggerak kepada usaha menyemai demokrasi dan kebebasan atas nama AS di beberapa negara tertentu dipengerusikan sendiri oleh Anwar.
Kaitan Anwar dengan Yayasan bagi Masa Depan timbul apabila Wolfowitz didesak meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia ekoran kontroversi yang melibatkan kenaikan gaji teman wanitanya.

Khairy berkata, Anwar mesti menjawab semua tanda tanya itu kepada rakyat Malaysia.
‘‘Sumber-sumber kita termasuk yang dipapar dalam sebuah artikel Mingguan Malaysia mendakwa Anwar melalui yayasan berkenaan meminta supaya teman wanita Wolfowitz, Shaha Riza dipindahkan ke Yayasan bagi Masa Depan iaitu selepas wanita itu ditukarkan ke Jabatan Negara AS dari Bank Dunia.

‘‘Jika betul ada penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam skandal Wolfowitz dan teman wanitanya, Anwar perlu jawab kepada rakyat Malaysia kerana ia turut melibatkan kedudukannya selaku pengerusi yayasan berkenaan,” kata Khairy.

Sebuah rencana dalam Mingguan Malaysia hari ini mengulas mengenai kontroversi kenaikan gaji Shaha Riza yang membawa kepada pengunduran Wolfowitz daripada Bank Dunia serta terbongkarnya penglibatan Anwar selaku pengerusi yayasan yang Shaha Riza sendiri menjadi antara penggerak awalnya.

Selain itu, rencana berkenaan turut memetik kenyataan seorang penulis blog, David Corn, yang mendakwa Wolfowitz ialah orang kuat yang membela Anwar sepanjang bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada dalam penjara

Malah, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara, Wolfowitz terbang ke Jerman untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dan setahun selepas itu Anwar pula menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia.Kata Khairy: ‘‘Di peringkat antarabangsa sendiri beliau boleh terlibat dalam skandal besar melibatkan institusi berwibawa seperti Bank Dunia. Skandal ini cukup besar.”

3 comments:

Anonymous said...

sah DSAI tu tali barut asing

Anonymous said...

Siapa tak kenal DSAI - penjajah bangsa penjual negara

Anonymous said...

Macamlah Nuar tu yang bayar gaji bini Azmin (Shamsidar)dengan gaji tinggi tanpa perlu kerja, goyang kaki dapat gaji besar.
Shamsidar pernah ngaku Nuar tu boyfriend dia... Wan Azizah pernah nampak Nuar raba punggong Shamsidar di dapur rumahnya di Damansara. Atas kenangan pahit itulah Wan Azizah pindah rumah bari di Segambut dan jual rumah di Damansara