Petikan daripada laman web Zahrin yang dikenali Sang Kelembai: http://sangkelembai2006.blogspot.com/
(ataupun Musang Berbulu ayam yang melambai-lambai kepaknya gitu)
“Semenjak UMNO dipimpin oleh dua orang anak Ahmad, seorang sebagai Presiden UMNO bernama Abdullah Hj Ahmad dan seorang sebagai Setiausaha Agong bernama Radzi Seikh Ahmad, dan kedua Ahmad mempunyai latar belakang agama Islam yang agak baik jika bandingan dengan yang lain, tetapi kedua anak mereka yang memimpin UMNO berlawanan dengan ajaran Islam itu sendiri.
Bila Abdullah Hj Ahmad menyamakan dirinya dan keluarganya dengan YTM Tunku Abd Rahman Putra menjual harta benda seperti rumah dan tanah, dia mengatakan dia juga begitu, ada harta bapaknya terjual kerana UMNO. Tunku Abd Rahman Putra meninggal dunia tanpa meninggalkan harta, dia tidak menggunakan jawatan Perdana Menterinya untuk menebus harta yang digadaikan untuk UMNO dan tidak menggunakan UMNO untuk mencari kekayaan dirinya atau anak dan menantunya. Sebaliknya Abdullah Hj Ahmad, atas sumbangan bapaknya menjual harta untuk UMNO sekarang ditebus dengan memberikan kepada anak dan menantu perniagaan dan kontrak lebih dari yang dikorbankannya. Maka sewajarnya tidak perlu berucap di mana-mana untuk menceritakan perihal penjualan tanah bendang untuk UMNO itu, rakyat telah menebusnya dengan memberi anaknya Kamalludin dan menantunya Khairy bermacam-macam perniagaan walaupun tidak ada kerelaan.
Begitu juga Setiausaha Agung UMNO yang juga Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, khabarnya sudah berkata dengan orang yang bertanya, kenapa dia tidak mengindahkan arahan Najib Tun Razak dalam soal kelulusan pekerja asing. Jawapan bahawa dia tidak bekerja dengan Najib Tun Razak, dia bekerja dengan Abdullah Hj Ahmad dan tambahnya dia tidak mahu menjadi Menteri jika Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Soalnya pekerja asing dan isu terlibat Radzi Sheikh Ahmad yang menggunakan proksi akan ditulis selengkapnya pada rencana akan datang. Bayangkan setiap pekerja asing terpaksa membayar wang rasuah... opppp bukan wang "goodwill" kepada orang tertentu sekurangnya RM1,000 (satu ribu) dan bayangkan kalau dua juta orang diluluskan, berapa jumlahnya wang tidak masuk dalam akuan kerajaan”.
(Zahrin mengeja pun tersasul bukan “akuan” tapi “akaun”. Asyik nak menghentam orang sangat)
Renungan kepada muslimin dan muslimat;
“ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang yang besar ”.
(Surah an-Nur:11)
“ (Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar ”.
(Surah an-Nur:15)
Zahrin,
Kalau engkau dah dibuang dari UMNO tu sudahlah….tak payah nak bising kat luar. Hal keluarga UMNO biar kami je selesaikan. Yang engkau lebih-lebih buat apa? Makin banyak dosa engkau membohong. Walau apa pun Pak Lah tetap bertugas macam biasa, tugasnya terhadap negara merupakan ibadah juga. Kerja membohong ni berdosa tau. Fakta dalam artikel yang lepas pun ada salah. Jangan sengaja berbohong untuk menunjukkan kelemahan orang lain.Bukan setakat engkau sorang dapat dosa berbohong, orang yang membaca dan memanjangkan pembohongan ini juga mendapat dosa. Kita sesama Islam usahlah bersifat sedemikian. Sepatutnya kita saling berpesan-pesan terhadap kebaikan.
Riwayat Abu Daud;
“Bersumber dari Abu Darda’ r.a., ia berkata Rasulullah s.a.w. bersabda “ sesungguhnya bila ada sesorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu-pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu tidak patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut”.
Riwayat at-Tirmidzi;
“Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannnya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya”.
Wednesday, May 16, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment