Wednesday, May 16, 2007

Malayan Union dan UMNO...

dipetik dari http://sangkelembai2006.blogspot.com
jawapan kepada persoalan2 yang dilontarkan oleh sang kelembai
posted by ashrafhaikalaffendi

assalamualaikum
(saya amat berharap agar komen saya dikeluarkan dalam blog saudara)

Saya telah membaca buku "Perjuangan UMNO bersama 50 tahun kemerdekaan" dan saya juga telah membaca tulisan saudara tentang buku tersebut.
Apa yang nak saya kongsikan bersama saudara dan saudara pembaca di sini, berkaitan fakta tentang penubuhan UMNO...bacalah buku-buku sejarah yang lain juga, Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kg. Baru, Kuala Lumpur memang menyatakan idea tentang penubuhan tentang sebuah kesatuan yang dianggotai oleh orang-orang Melayu. Malah kawat keputusan kongres tersebut menyatakan:

1. Bahawa surat-surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang bermakna memberi kuasa penuh kepada Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar King Great British dan akan menjalankan kuasa yang penuh itu. Kerajaan Baginda King mencadangkan hendak menjalankan kuasa yang penuh itu di dalam lingkungan Negeri Melayu yang tersebut dan menghapuskan kuasa-kuasa Sultan-sultan itu di dalam negeri mereka masing-masing daripada suatu keadaan Raja-raja yang merdeka sebagai yang telah terdiri tidak diperbuat mengikut undang-undang tubuh adat lembaga kebiasaan Melayu yang sah dan batal dan tidak wajib ditaat oleh Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan rakyat-rakyat mereka.

2. Bahawa yang sebagaimana surat-surat perjanjian telah diperbuat dengan tiada diketahui dan berlawanan dengan kemahuan-kemahuan rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan sebagaimana cadangan kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu tiada diredhai oleh rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan. Bahawa Persidangan Agung ini menyatakan bahawa perbuatan itu berlawanan dengan kaedah-kaedah Demokrasi dan iaitu tidak boleh diterima sama sekali.

3. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu yang tersebut dan menidakkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan bermakna dirampas sama sekali negeri-negeri Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu iaitu berlawanan dengan semangat dan kehendak Atlantic Charter.

4. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King seperti yang dicadangkan di dalam Kertas Putih yang dikeluarkan di dalam bulan Januari 1946 yang antara beberapa perkara mencadangkan:
• Menjadikan suatu tubuh dinamakan Malayan Union bagi menggantikan Negeri-negeri Melayu yang beraja, mereka terkeluar daripada tubuh itu Pulau Pinang dan Melaka pula.
• Menjadikan suatu hak kerakyatan dengan hak-hak yang sama dengan tidak tilek pandang kepada Bangsa atau Agama akan menghapuskan sama sekali daripada hidupnya:
i Negeri Islam Melayu yang merdeka iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang pendiriannya seperti itu telah diakui oleh Kerajaan Baginda khasnya dan oleh sedunia amnya.
ii Bangsa Melayu mempunyai Negeri dan Raja.
iii Segala Treaty-treaty yang ada di antara Kerajaan Baginda King dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan dengan perbuatan yang memecahkan kehormatan treaty-treaty yang baginya bangsa-bangsa yang bersekutu telah berjuang di dalam sesuatu peperangan yang terlebih dahsyat di dalam tawarikh dan iaitu mengambil daripada orang Melayu hak-hak mereka itu yang semulajadi itu dinyatakan menjadi suatu timpaan yang amat dahsyat kepada mereka-mereka pula yang selama-lamanya taat setia kepada Baginda King.

5. Bahawa Persidangan ini menjemput Kerajaan Baginda King kepada suatu peperiksaan yang penuh di atas keadaan yang ada pada masa ini di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan keadaan-keadaan itu jika diketahui oleh Kerajaan Baginda King tentu akan menangguhkan cadangan yang tersebut itu.

6. Bahawa disebabkan oleh perkara-perkara yang tersebut itu Persidangan Agung ini meminta kepada Kerajaan Baginda King menarik kembali cadangan itu dengan serta-merta dan kembalikan pendirian negeri-negeri Melayu dengan tidak ada sebarang perubahan daripada keadaan yang telah lalu.

Seterusnya, saudara menyatakan bahawa dalam halaman 24, ia tidak menyenaraikan pertubuhan kebangsaan melayu malaya (PKMM) sebagai pertubuhan yang hadir...sila semak semula buku tersebut kerana ia tersenarai di halaman 25, iaitu petubuhan dari Tanah Melayu.

Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang ahmad boestamam, saya minta saudara serta pembaca sekalian bacalah buku memoir Ahmad Boestamam:merdeka dengan darah dan api yang diterbitkan oleh Penerbit UKM (2004). Dalam buku tersebut detail tentang kisah beliau hingga beliau keluar dan tidak menyokong perjuangan UMNO.

Berkaitan dengan Hamzah Abdullah pula, sememangnya jasa beliau tidak dapat dinafikan lagi. Nama beliau bukan sahaja diabadikan di Dewan Hamzah, Klang sebaliknya untuk pengetahuan saudara nama beliau turut menjadi nama dewan di Dewan Hamzah, Kg. Baru dan Jalan Hamzah Kg. Baru.

Sesungguhnya, memang bagus kerana ada orang yang sangat prihatin dengan fakta sejarah. Setiap pertikaian perlu ada bukti. Dan saudara perlu ingat bahawa buku tersebut tentunya Ibu Pejabat UMNO terbitkan sebagai satu oleh2 atau cenderamata bagi mereka-mereka yang selalunya gagal mengingat tarikh dan peristiwa....

KOMEN PUTERI: Fakta sejarah tidak boleh dikesampingkan malah ia akan tetap menjadi warisan yang berpanjangan kepada generasi akan datang. Setiap perkara mesti ada sebab dan akibatnya...

1 comment:

doc_palam said...

dlm kita terlalu ghairah mengkritik, fakta2 sejarah x seharusnya diputarbelitkan utk sesuatu agenda. kalau ada kesilapan perbetulkan, kalau tidak pasti lakukan penyelidikan atau bertanya pihak2 atau sumber2 yg sahih. syabas puteri....