TULISAN : Mohd Sabri Said
Tue | May 22, 07 | 11:19:55 AM
PERMATANG PAUH, 22 Mei (Hrkh) - "Saya lebih senang jumpa Ah Long daripada meminta ehsan daripada Umno Cawangan Titi Timbul untuk mendapatkan bantuan," kata ahli Umno Kampung Bagan Serai, Permatang Pauh,Hashim Saad.
Beliau menganggap musibah yang menimpanya sebagai satu dugaan juga kecewa dengan sikap Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Cawangan Umno terbabit kerana tidak menunjukkan sebarang keprihatinan bila ahli mendapat kesusahan.
Menurutnya, sebagai orang besar kampung mereka kena mencari jalan membantu walaupun perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun di atas tanah milik Jabatan Parit dan Saliran (JPS).
"Saya nak cakap lebih-lebih pun susah. Macam nilah saya kata lebih senang cakap dengan Ah Long dari depa, " jelasnya pendek.
KOMENKU:
Ahli Parlimen kan ada. Lagipun mungkin engkau ni hardcore Keadilan, JKKK pun bosan dengan perangai engkau masa pilihanraya umum dulu kot.
Tinjauan Harakahdaily mendapati, gerai makanannya yang terletak di hujung jalan ke Kampung Bagan Serai runtuh akibat angin kencang pada malam Selasa minggu lepas. Kini, beliau bersama rakan sedang membina semula gerai berkenaan dengan menggunakan wang sendiri.
KOMENKU:
Sebagai seorang Islam, memang digalakkan berusaha sendiri daripada mengharapkan bantuan orang lain.
"Sekarang ini Umno Cawangan kena buat inisiatif membantu bukan berpeluk tubuh melihat kerana mereka ada peruntukan mangsa bencana tidak seperti pembangkang," tegas Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
KOMENKU:
Mungkin mangsa bukan ahli UMNO, atau kalau benar bukan ahli UMNO, mungkin mangsa juga tak nak terima bantuan yang ditawarkan.
Wan Azizah bersama rombongan menziarahi Hashim di tapak gerainya serta menghulurkan bantuan wang ringgit tanda simpati.
Hashim yang kini tinggal di rumah usang bersama isterinya, Naimah Zainol serta empat orang anak iaitu Mohd Sofi pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Seberang Jaya. Keduanya, Mohd Naim dan Mohd Nabil di sekolah menengah yang sama manakala adiknya, Mohd Alif di Sekolah Rendah Wan Mat Saman, Alor Star, Kedah. Turut mengiringi Wan Azizah ialah Ketua Wanita KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Khatijah Yahya, Naib Ketua Bahagian, Hajah Che Wan Harun, Setiausaha KeADILan Bahagian, Mohd Rozi Abdul Hamid, Naib Ketua Bahagian KeADILan Permatang Pauh, Zainol Abidin Saad dan Setiausaha KeADILan Cawangan Bagan Serai, Nizam Hamid. - mks.
KOMENKU:
Apakata kita minta bantuan Yayasan Masa Depan.Bagi bantuan macam tak ikhlas je, sebaiknya bantuan diberi tanpa memberi komen terhadap pihak lain yang tidak menghulurkan bantuan.Macam menunjuk-nunjuk je.
..............................................................................
Komen oleh (11) Pembaca
kemaruk
Dihantar oleh Cucu Tanjung, on 23-05-2007 12:19
Tak heran dok dengaq crita camtu.Organisasi tempat kerja aku pernah menganjurkan satu program kemasyarakatan di satu kawasan Dun Umno.Aku diberi tanggungjawab mengendalikan satu tugas yang amat penting.Tapi apabila ia melibatkan pemberian bantuan benda atau kewangan maka puak2 ini lah yang sua muka kononnya depa lebih tahu pada sapa patut bagi atau dapat.Tengok gaya JKKK nak macam penghulu, yang masalahnya bila rujuk pada penghulu gaya mangalahkan YB. JKKK ngan panghulu pun sama ranggi semacam...seolah2 depa yang ada hak dan kuasa.Heran sungguh..pe belah negeri sebelah tak lah sangat macam tu..kemaruk punya dok ada...
Family BN
Dihantar oleh Pok Dogol, on 23-05-2007 12:19
Kemungkinan tuh memang banyak kemungkinan. Family BN boleh bercakap sebab tidak melalui apa yang saya lalui. Kalau saya salah jumpa tok guru atau pun yang saya jumpa tuh Tok Guru Ayah Pin maka pejabat kerajaan langit tu di Kota Darul Naim lah. Saya bukan jumpa tok guru untuk minta duit tapi untuk mengadu masalah dan salah laku yang dibuat oleh segelintir orang-orang PAS. Tapi mungkin kerana apa yang saya adu itu melibatkan parti PAS, maka perkara itu senyap dan tok guru sendiri pun tak nampak muka dan batang hidung. Family BN boleh lah cakap apa pun sebab tak kena batang hidung sendiri. Tapi apa yang terjadi pada saya ini berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
kalau dh melayu
Dihantar oleh malu jd melayu, on 23-05-2007 10:08
ini lah melayu..kalau ditimpa musibah salahkan orang lain.diri sendiri tak pernah nak mengaku salah.macam pembangkang memang le kerja dia macam tu.suka menanguk di air keruh.belum dapat kuasa le katakan..kalo dah dpt kuasa nanti,entah la macam mana...auzubillaminzalik kalo pembangkang perintah negara ni.
berhenti meminta tolong
Dihantar oleh adli adili, on 23-05-2007 08:55
Sampai bila saudara seagama ini mahu berdikari? sama saja umno , pas, keadilan kah sama saja. Bertongkat sepanjang hayat . Yang membantupun selepas bantu heboh sana sini walhal bentuan yang diberi sebenarnya memenjarakan lagi si penerima dalam lokap meminta-minta yang entah sampai bila. Berdikarilah..
Pok Dogol
Dihantar oleh Family BN, on 23-05-2007 01:41
Mungkin Pok Dogol tersalah tok Guru Kut, Kalau Mintak dengan Tok Guru Ayah Pin memang laa susah, Sebab Ayah Pin Dok berada kat kerajaan Langit.. Baik Pok Dogol Jumpa Ayapan ada kat Batu Cave jer.. Sofar walau pun Tak sokong Tok Guru tapi saya tetap hormatinya kerana hidupnya tak menghabiskan duit rakyat.. nak ikut kuasa yg ada Istana Kat Atas Puncak Lebuh Raya Grik Jeli pun Tok guru mampu kalau nak
Bantuan
Dihantar oleh Wakojo, on 22-05-2007 18:09
Kite ni jgn berharap pd bantuan je. Mase senang x beringat bile dah ditimpe musibah baru terngadah. Kite renung diri kite dulu, ape silapnye. Jgn trus mengadu kat kat along. Banyak mane kebajikan yg kite dah buat. Org berniage kene banyak buat kebajikan. Mungkin mase duit berkepok kite lalu jln yg Allah x redho. Mcmx boleh jadi (jdi, nombor ekor, karaoke, dangdut dan mcmx lagi le). PAS boleh bantu dgn duit tabung kebajikannye. Betul tak PAS. Tpi org tu kene bersungguh le jadi diri agar tetap dijln yg benar. Jgn harap bantuan je. Peniage ni yg sepatutnye lebih banyak mambantu org lain. 9/10 rezeki kan dtg nye dari perniagaan. Mane yg betul dgn pendapat ni ikut le. Klau tersilap tolong betulkan. Org kampung wak cakap check and balance. Itule adenye.
sama aje
Dihantar oleh senyum walau sakit, on 22-05-2007 16:49
Dalam kes atas kita tak perlu meminta pd makhluk, tuhan kan ada. kalau nak ikut cerita semua org tak betul.
berilah bantuan secara ikhlas.
Dihantar oleh lidah iman, on 22-05-2007 14:53
nak bantu orang dalam susah satu kerja yang murni..tapi yang tak murninya lepas bagi bantuan hentam pihak lain pulak yang tidak bertanggungjawab..berilah bantuan atas ihsan seorang Islam..k.majukan islam untuk negara..
Cakap biar ada bukti
Dihantar oleh Awie pc, on 22-05-2007 13:58
DUN mana ? DUN Tuan Guru Dolah Badawi ke?
kata dulang paku serpih
Dihantar oleh Pok Dogol, on 22-05-2007 12:56
saya bukan nak bertelagah dengan sesiapa tapi saya kurang setuju dengan tulisan ini kerana dalam bab minta tolong ini saya pernah berada dalam kesusahan dan kehulu kehilir meminta pertolongan sehingga hampir di buang kerja dan sehingga ke tahap mengadap tok guru untuk meminta tolong tapi sehingga ke hari ini setelah hampir 3 tahun perkara ini berlalu usahkan bertanya khabar, bayang tok guru pun tak nampak sedagkan saya ni anak mukim didalam DUM beliau.
Thursday, May 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Rasanya kalau hutang dengan Ah Long kemudian lewat bayar bunga akan meningkat dengan mendadak dan apabila tak bayar berkemungkinan Ah Long cari sampai kelubang cacing akan ganggu keluarga dan membuat ugutan dan terakhir sekali mungkin peminjam akan mati dibunuh... disini saya ingin bertanya kalau kita pinjam pada TEKUN (UMNO)atau agensi kerajaan yg lain tergamak ker mereka nak berbuat semacam Ah Long ..........Sanggupkah anda meminjam pada Ah Long?
Post a Comment