Bangkai gajah bukan boleh ditutup tapi bau bangkainya sampai ke Malaysia...
Dipetik dari http://www.anwaribrahimblog.com/ Propaganda media Umno terhadap Yayasan Masa Hadapan
oleh Anwar Ibrahim
Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan.
KOMENKU:
Ya ke, Amerika Syarikat tak beri dana? Sedangkan ini adalah “anak emas” Amerika Syarikat dalam memperjuangkan demokrasi? Takkanlah Bush tak sokong Wolfowitz? Pandai buat cerita kelakar engkau ni Nwar!!! AS $35 juta diberikan oleh Amerika Syarikat , takkan tak tau kot! Pandai engkau main wayang.
Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.
KOMENKU:
Moga-moga mereka yang terlibat tu tidak menjadi talibarut asing .
Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.
Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.
Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.
Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan.
KOMENKU:
Engkau memang tak lantik Shaha, tapi Shaha yang lantik engkau jadi penasihat awalnya.
“Menurut Corn, memetik kata-kata Aasil, ketika berusaha menubuhkan Foundation for the Future itu, Shaha melantik Anwar untuk menjadi penasihat awalnya. Kedua-duanya kemudian memilih ahli-ahli lembaga pengarah dan menggubal mandat yayasan itu”.
Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi.
KOMENKU:
“menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat”, kalau takde funding besar dari Amerika Syarikat takkan power sangat AS dalam Yayasan. Bank Dunia bukan AS punya. Mau tengok jugak bila cakap…kami bukan bodoh terima bulat-bulat auata padukang engkau!!
Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.
KOMENKU:
Apa hal pulak kena terima nasihat Shaha melalui Jabatan Negara, sepatutnya memang Bank Dunia. Satu sen pun tak keluar malah mahu menasihati melalui Jabatan Negara pulak!!
Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan UMNO, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.
KOMENKU:
Aik yayasan pulak nak saman, macam orang takut je bunyinya…..mahkamah oh mahkamah…. hanya akan mempopularkan engkau, jadi cakaplah apapun yang pastinya tidak akan dilayan.
Tuesday, May 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Siapa yg tak kenal DSAI, penjajah bangsa penjual negara
Post a Comment