Posting terbaru saya mengenai sejarah awal Umno di Batu Pahat, yang saya tulis sempena sambutan usia Umno ke-61 tahun, telah menerima pelbagai reaksi daridapa Joe Penang, The Eugenist, [mungkin Datuk Seri] Dasa, Honami, The Thinker, Wadah, Muhammad Ilham dan Karib Alam.Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana sudi berkonsi pandangan dan suara hati masing-masing terhadap Umno menerusi blog ini.
Sebagai jawapan, saya tekankan di sini bahawa majoriti orang Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat, Johor, yang dalam lingkungan umur saya atau lebih tua, memang sentiasa mengaku bahawa mereka adalah anak buah Panglima Salleh Selempang Merah [selendang merah].Kalau tak ada Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya pada akhir 1945 dan awal 1946, rasanya musnah sudah manusia Melayu di Mukim Empat, Batu Pahat ketika itu dizalimi dan dibunuh seluruhnya oleh pengganas komunis bintang tiga.Sebelum Panglima Salleh dan pejuang-pejuang sukarelanya bertindak, sudah ramai pun warga Melayu di sekitar Batu Pahat, Muar dan Pontian yang jadi korban kezaliman gerombolan komunis itu.
Ada keluarga Melayu yang dikuburkan hidup-hidup dan secara beramai-ramai. Ada yang dirogol dan diperkosa. Ada yang direbus dalam kawah yang menggelegak dengan minyak panas.Ada yang disula dan digantungkan di pokok pedada di sepanjang Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat.
Ada yang mati dibedil. Ada yang dibakar sampai rentung. Pendek kata, pada ketika itu ada seribu satu bentuk kezaliman dan kekejaman untuk memusnahkan orang Melayu.Saya imbas kisah ini bukan kerana saya racist. Sebaliknya, saya imbaskan kisah ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa sebahagian keluarga saya sendiri adalah mangsa kezaliman dan keganasan itu.Saya juga imbas semula kisah ini kerana pada zaman anarki itu, ada juga masjid dan surau di Mukim Empat yang dijadikan markas pengganas komunis.
Lebih hena dan keji lagi, di surau dan masjid itu jugalah anak-anak dara Melayu di rogol dan diperkosa sebelum dibunuh. Dan di surau serta masjid itulah juga tempat pengganas komunis berpesta arak dan menyembelih khinzir.Jadi, kisah ini bukannya suara hati seorang racist. Sebaliknya, inilah realiti di zaman anarki sewaktu Melayu tiada kuasa politik dan Melayu belum menubuhkan Umno.Sebab itulah bila Panglima Salleh dipujuk oleh Datuk Onn Jaffar untuk menghimpunkan Melayu daripada Mukim Empat, bersama-sama dengan penghulu lain yang memimpin Melayu Mukim Satu Lubok, Melayu Mukim Dua Bagan, Melayu Mukim Tiga Peserai untuk bersama Melayu Senggarang, Rengit, Parit Raja, Seri Gading, Selulon, Parit Yaani dan Seri Medan, seluruh Melayu bangkit atas nama bangsa yang dizalimi, atas nama bangsa yang ketiadaan kuasa dan atas nama bangsa yang kehilangan kedaulatan.Selepas mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Penggaram, mereka pun berhimpun ke Kelab Melayu Batu Pahat. Di sanalah mereka menjeritkan slogan HIDUP MELAYU buat pertama kalinya dalam sejarah perjuangn pra-merdeka.Dan, di perhimpunan itu jugalah mereka menggagaskan penubuhan United Malays Organisation yang kemudiannya di gelar sebagai United Malays National Orginasation (UMNO) atau pun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar).Ketika itu, Mac Michael dan gagasan Malayan Unionnya mahu menghapuskan seluruh aspek Melayu – kesultanannya, kebudayaannya, bahasanya dan agamanya.Oleh itu, cetusan rasa ini bukannya suara seorang racist. Ini sekadar catatan rasa untuk mengenang latarbelakang yang melahirkan Umno dari persfektif anak Melayu Batu Pahat.
Petikan ucapan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth, Pulai Pinang pada 14 dan 15 September 1952
“ UMNO bergantung semata-mata kepada yuran. Maka yuran ini kalaupun ahli-ahli UMNO semua membayarnya tidak juga mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja dan tanggungan-tanggungan yang kita wajib sempurnakan.
Kita telah berikhtiar hendak mendapatkan wang itu dengan jalan meminta derma daripada ahli-ahli UMNO khasnya dan orang Melayu amnya, tetapi ikhtiar kita itu tidak mendapat hasil. Sebagai satu contoh saya sebutkan di sini ialah derma Dewan UMNO Malaya yang hingga hari ini satu peratus daripada apa yang dikehendakki itu belum terkumpul lagi. Kita bercadang hendak mendirikan kerajaan sendiri maka adakah munasabah pada pandangan tuan-tuan yang kita ini boleh mendirikannya padahal mendirikan ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur itu pun bukan kepalang susahnya.
Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO telah mengutip wabg dengan berbagai-bagai cara dan jalan yang tidak diluluskan oleh alim ulama dan ikhtiarnya itu telah pun membuat banyak kebajikan dengan adanya wang di tangan mereka. Sebaliknya pula ibu pejabat UMNO tidak dapat menyempurnakan, melainkan sedikit sahaja daripada kebajikan am yang wajib ditunaikan dan yang diharap-harap oleh orang Melayu daripadanya.
Dalam masa hari raya, orang Melayu yang di dalam tahanan telah meminta pertolongan UMNO, tetapi malangnya UMNO tidak dapat sampaikan hajat orang tahanan itu, akhirnya saya sendiri terpaksa meminta pertolongan daripada MCA dan dapat hadiahsebanyak $2,000. Dengan wang itulah dapat kita menghulurkan tangan kita kepada saudara-saudara kita yang di dalam tahanan itu. Demikianlah ibu pejabat UMNO dalam soal membuat kebajikan am. Maka dengan keadaan seperti ini bolehlah kita bermegah-megah bahawa kitalah yang memegang teraju bangsa kita dan memelihara nasib bangsa kita dan juga hendak melepaskan bangsa kita daripada cengkaman bangsa asing.
Pada masa ini orang Melayu yang ada di khemah-khemah tahanan darurat ada sebanyak lebih kurang 600 orang iaitu terbahagi kepada khemah-khemah tahanan Majidi, Ipoh, Kluang dan Morib. Keadaan orang ini sangatlah mendukacitakan kerana kebanyakan mereka itu hanyalah disyaki berhubung dengan pengganas-pengganas ataupun disyaki menentang polisi kerajaan dan mereka telah pun bertahun0tahun dengan tidak tentu dosanya.
Tetapi alhamdulillah pada masa ini telah pun ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Kebajikan orang tahanan Melayu yang mengandungi ahli-ahli daripada beberapa buah pertubuhan Melayu. Dengan adanya jawatankuasa tersebut maka ketetapan yang diambil oleh majlis ini dalam persidangan setengah tahunnya yang lepas telah berhasil.
Jawatankuasa ini sungguhpun umurnya masih terlalu muda, tetapi dengan usaha Setiausaha dan ahli-ahlinya, dapatlah ia memberi pertolongan yang banyak kepada orang tahanan Melayu yang malang itu. Pada Hari Raya ini jawatankuasa tersebut telah menghantarkan kain baju dan barang-barang makanan kepada mereka itu. Jawatankuasa ini telah menerima bantuan kewangan sebanyak $500.00 daripada MCA , maka dengan wang itu dan derma-derma daripada orang Melayu sendiri dapatlah jawatankuasa ini menghiburkan orang tahanan itu pada hari raya yang mulia itu.
Saya percaya iaitu dengan usaha jawatankuasa ini dapatlah kita menolong orang tahanan Melayu pada masa ke hadapan. Pertolongan itu bukan sahaja berupa pakaian dan makanan, bahkan kebebasan bagi mereka yang patut dibebaskan.”
Pengajaran;
Kalau boleh isu kezaliman tak payahlah kita ungkit kembali, Melayu pada masa itu pun bukannya dungu, kita pun melawan balik. Sentimen racist sedemikian cuba elakkan demi perpaduan, kita ditakdirkan hidup di kalangan berbilang kaum. Oleh itu wajarlah kita sentiasa suburkan PERPADUAN. Bergaduh dan merusuh pun bukannya seronok, malah menyeksakan generasi kita .
Monday, May 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah that was a very touching story...kudos to you puteri
Post a Comment