Friday, July 11, 2008

Sekosong Bola Ping-Pong!

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) menarik diri daripada menjadi pencelah dalam kes permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Ketua Paderi Kuala Lumpur.

Permohonan semakan kehakiman itu adalah berhubung keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan mingguan "The HeraldCatholic Weekly".

Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, peguam Mubashir Mansor yang mewakili MAIAMP memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diarahkan oleh anak guamnya untuk menarik balik permohonan tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan permohonan baru.

Permohonan MAIAMP itu tidak dibantah oleh peguam Porres Royan yang mewakili pemohon iaitu Ketua Paderi Kuala Lumpur Datuk Murphy Pakiam, yang menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Hakim Lau Bee Lan membatalkan permohonan MAIAMP tetapi tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Komen:

Bermula dengan kata-kata dan tindakan berapi. Tetapi kini pijak semut pun tak mati! Kenapa harus berlaku sebegini? Adakah kita mahu Islam itu dipandang sebagai BERANI atau hanya sekadar BERIANI?

Berani hanya pada nama tetapi sebaliknya digunakan perkataan BERANI itu sekadar untuk seketika waktu sahaja. Di akhir cerita tiada apa pun pencapaianya. Kenapa perlu tarik diri? Kenapa perlu ditonjolkan perwatakan BERANI pada awalnya tetapi pada hakikatnya mereka sendiri BERANI menarik diri serta memberi alasan yang tidak langsung MUNASARAWAK ! perlukah diperlakukan Islam sebegitu rupa !

Bangsa lain begitu mudah mempermainakan dan memperkecilkan Islam apatah lagi para penganutnya, kerana apa! kerana mereka tahu di akhir cerita mereka akan berjaya dalam apa jua tindakan mereka untuk mempermainkan wajah keunggulan Islam itu. Adakah Islam hanya pada nama tetapi penghayatan Islam tersebut dalam diri kita masih kosong sekosong isi bola ‘ping-pong’!

Renung-renungkanlah serta muhasabahkanlah diri kita bersama-sama....

2 comments:

Unknown said...

Susah nak cakaplah...itu tentang penggunaan nama Allah, kes baru...amacam dengan kes2 lama..kedai nombor ekor yang bersepah dimasuki orang Islam...NST, Utusan sendiri menyiarkan keputusan nombor ekor....milik siapa tu?

Pelaku khalwat, atau yg berani berpeluk2 dikhalayak ramai memanglah eajar didenda....artis2 yg bergambar berpeluk2 dalam majalah hiburan macamana? ada tindakan?

Kes Anwar ni...nak tunggu dan tengok jugak...kenapa tak proaktif jumpa Saiful, selidik betul2, kalau benar suruh dia bermubahalah....tunggu Anwar tak payah la...kaki penipu besar....samalah dengan Pak Lah !!!

Apalah nasib Islam dan negara kita ni...Pak Lah Turunlah !!!

Mr. Lhorat said...

Isyarat awal untuk orang Melayu

Akhirnya semua terbongkar (dan menjadi senjata kumpulan tertentu yang berkempentingan dalam politik kelompoknya). Anwar di tuduh liwat kali kedua. Najib di tuduh ada kaitan dengan (adakan hubungan seks dan Rosmah berada di tempat kejadian ketika pembunuhan) Altantuya. Rasuah Najib (peralatan ketenteraan) menjadi isu besar, Ghani Patail dan Musa Hassan semua menjadi topik bicara hari ini. Lebih-lebih lagi sekarang ini sumpah dan menyumpah (kalau Ezam tetap dengan sumpah keramatnya) menjadi sandaran, fitnah memfitnah menjadi alasan menghalalkan cara.

Bukan itu sahaja semua kepimpinan Melayu itu buruk dan kepimpinan Melayu itu hina (tindakan mereka menghina diri mereka sendiri). Semua terbongkar – semua terbongkar – semua isu orang Melayu – semua isu kelemahan Melayu – semua isu kebobrokan Melayu – kepimpinan Melayu. (Kalau Melayu yang berkuasa ini teguh pegangan Islamnya, peristiwa-peristiwa sebegini tidak akan terjadi).

Apakah ini bukan tanda-tanda awal kemusnahan Melayu itu sendiri? (Iaitu Melayu yang menguasai negara). Bukankah ini menunjukkan kedudukan Melayu itu – dipimpin oleh pemimpin yang gagal memartabatkan Melayu. Ini bukan isu politik kepartian. Ini bukan isu menyokong UMNO atau menyokong Parti Keadilan Rakyat mahupun menyokong PAS. Dalam keghairahan ini kita lupa satu perkara – asasnya kita Melayu, asas dan akar kita Melayu dan perjuangan kita untuk Melayu. Kenapa kita singkirkan keutamaan kita – memperjuangkan bangsa? Kenapa kita terikut-ikut, kenapa kita letak paksi perjuangan ini kepada kepimpinan dan wadah? Kenapa harus Pak Lah atau Anwar Ibrahim, kenapa harus Ustaz Hadi – kenapa harus PKR atau UMNO dan PAS.

Keadaan semakin meruncing. Melayu semakin diambang kemusnahan. Ini kita tidak cerita mengenai mereka yang ketawa melihat kita. Ini tidak lagi kita menceritakan perolehan mereka dari percakaran kita orang Melayu. Kita belum juga menimbulkan isu siapa yang akan beruntung dalam kita bercakaran dan bergaduh. Semua ini melemahkan dan semua ini sebenarnya meletakkan kedudukan Melayu itu pada tahap yang paling rendah.

Masa sudah tiba bahawa Melayu itu bangkit dari gerombolan permasalahan yang wujud sekarang ini. Melayu kena berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Melayu perlu sedar bahawa Melayu itu akan menjadi mangsa sekiranya di atas sana masih bercakaran. Melayu akan terus melarat sekiranya di atas sana penuh dengan kemungkaran dan penuh dengan tindakan yang memalukan Melayu itu sendiri.

Kita mulakan semula. Mungkin ini masanya untuk Melayu lain selain dari mereka yang bertelagah memastikan masa depan Melayu itu cerah semula. Masa nya sudah tiba untuk Melayu lain – golongan cendekiawan dan intelektual Melayu, golongan NGO Melayu, Pertubuhan – pertubuhan Islam Melayu bangkit untuk memastikan keadaan lebih sempurna. Melayu dari golongan ini perlu bangkit untuk memastikan kepimpinan Melayu yang ada membetulkan pendirian, prinsip dan aliran perjuangan.

(Bukannya setakat ada dua tiga kerat kumpulan yang kononnya menjulang Melayu tetapi sebenarnya alat Umno untuk mempertikaikan orang lain setelah diaibkan dalam PRU 12 8 Mac lalu.

Masa sudah tiba untuk Melayu itu sedar bahawa krisis kita (terutama yang melibatkan parti Melayu yang sedang memerintah) merugikan bangsa kita (dan generasi akan datang). Ini perlu untuk kita sedar sebelum perlakuan kita memudaratkan bangsa kita. Kita perlu pastikan bahawa kita menjadi penentu mereka bukan mereka yang mengarah kita.

Kita perlu hari ini melakukan pengorbanan semula (sokongan yang diberikan kepada parti Melayu yang memerintah tetapi gagal membela Melayu mesti ditarik balik dan diberikan kumpulan Melayu yang ikhlas membela) – demi Melayu. Kita perlu mendesak agar mereka yang mengetepikan perjuangan bangsa ditolak dari memimpin kita Melayu (seperti adanya agenda peribadi iaitu demi untuk mempertahankan kekuasaannya, letak orang nombor duanya menggantikan tempatnya dua tahun lagi. Walhal itu hak rakyat dan ahli parti menentukan, bukannya jawatan yang dia wariskan kepada orang tertentu).

Masanya sudah tiba untuk Melayu menentukan kepimpinan yang lebih sempurna dalam merealisasikan perjuangan Melayu (kata orang, pilih Isalam selamatlah bangsa). Lupakan kepimpinan yang bertelagah hari ini – mulakan menjadi Melayu yang akan menentukan nasib bangsa kita (jangan terpengaruh dengan dakyat TV3, Utusan dan Berita Harian sahaja).

Seruan semua dari apa lapangan untuk bangkit menyatukan Melayu – agar menjadi satu rangkaian pendesak agar masalah Melayu diselesaikan dengan segera. Kita harus memulakan langkah agar apabila kita bangun keesokan harinya, Melayu itu masih berpijak di bumi sendiri – bukan menjadi hamba akibat persengketaan kita.

(Sebab kita dengar banyak kepentingan negara dikuasai oleh beberapa kerat individu, yang mempunyai hubungan pula dengan kepentingan negara asing. Kalau keadaan ini terus dibiarkan, Melayu boleh merempat di tanah air sendiri).