Tuesday, May 29, 2007

Kenali PAS Sebagai Parti Serpihan UMNO – Siri 1

dipetik dari http://www.umno-online.com/

MENJELANG Muktamar Tahunan Pas ke-53, sebelum ini Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara peribadi telah menyatakan harapannya agar pemilihan kali ini ditangguhkan bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum namun harapan beliau tidak kesampaian sebaliknya beliau hanya mampu menasihatkan para perwakilan berfikiran matang dalam memilih barisan kepimpinan yang menggabungkan ulama dan profesional dalam pelbagai bidang.

Dalam menyingkap sejarah penubuhan parti politik tersebut, yang diluluskan pendaftarannya pada 31hb. Mei 1955 dengan nama awalnya didaftarkan sebagai Persatuan lslam Se-Malaya. Pada tahun 1950, satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Noh Omar yang bertujuan untuk memikirkan pembangunan Islam di negara ini.

Persidangan itu dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Datuk Onn Jaafar dan menghasilkan penubuhan Persatuan Islam Se Malaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam mengerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang program utamanya ialah memerdekakan negara daripada penjajahan. Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama daripada Terengganu iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan presiden parti itu iaitu Datuk Onn bin Jaafar.

Haji Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS. Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa perletakan jawatan Datuk Onn daripada Presiden UMNO, Haji Ahmad Fuad menjadi salah seorang daripada calon Presiden, di samping Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Zainal Abidin. Tunku Abdul Rahman telah terpilih sebagai Presiden setelah mengalahkan calon-calon yang lain.

Haji Ahmad Fuad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar dari UMNO dan membawa bersamanya PAS. Pada tahun 1951, PAS ditubuhkan sebagai persatuan yang berasingan daripada UMNO. Serpihan yang bukan utusan dari hati suci dan murni, tetapi kerana kecewa. Kekecewaan telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan di dalam arena politik di negara ini. Serpihan-serpihan itu menyebabkan UMNO sedikit sumbing.

Walaupun sumbingan-sumbingan itu boleh diperbaiki, tetapi serpihan-serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini, adalah fenomena yang negatif di dalam perjuangan UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. Namun kelemahan dan ketamakan manusia, tidak mudah dikawal dan tidak sesiapapun yang dapat menjamin politik serpihan ini tidak berulang sehingga kesumbingan di dalam perjuangan bangsa dapat dibendung. Di sini perlu diperingatkan pentingnya niat yang bersih menjadi nadi kepada keikhlasan di dalam perjuangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Hanyalah amalan-amalan itu dinilai denganniat dan hanyalah habuan bagi seseorang itu mengikut apa yang ia niatkan”

Jika sesuatu perjuangan itu didukung oleh niat yang berlindung disebalik batu dan pepat di luar rencung di dalam ia membawa bersamanya elemen-elemen kemusnahan dan kehancuran. Apabila PAS keluar daripada UMNO hasil kekecewaan perasaaan itu, sering menghantui perjuangannya dan sehingga kini, PAS tidak dapat memperbaiki dirinya daripada tindakan-tindakan yang meruntuhkan .

Niatnya yang kecewa terhadap UMNO dan niatnya untuk menyaingi UMNO, menghantui perjuangannya dan setiap tindak tanduk dan gerak-gerinya sehingga lupa kepada pertimbangan yang adil dan saksama di dalam membuat sesuuatu kenyataan dan hukuman. Tindak-tanduk seperti ini, tentunya merupakan elemen meruntuhkan.

Imam al-Ghazali, di dalam kitabnya Ehya Ulumuddin menyebut sepotong hadith yang bermaksud: “Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu. Orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya dan orang-orang beramal semuanya binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalanya dan orang-orang ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar”

Meskipun hadith ini disebutkan Zain al-Iraqi sebagai daif, namun makna yang terkandung di dalamnya, tidak berlawan dengan Al-Quran dan hadith-hadith lain yang sahih, kerana itu hadith ini boleh dipakai untuk menjelas sesuatu perngertian daripada ajaran Islam. Dalam hal ini, ia menjelaskan tentang pentingnya keihlasan di dalam sesuatu perbuatan dan tindakan manusia.

Niat PAS ditarik keluar daripada UMNO, kerana didorong kecewa, tidak membawa kebaikan kepada umat Islam hingga ke hari ini. Berbagai masalah dan angkara berlaku, akibat tindakan-tindakan PAS. PAS, seharusnya bersikap jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya apabila aia membawa nama Islam dan mendakwa ia memperjuangkan Islam.

Usaha-usaha kerajaan yang dipimpin oleh UMNO untuk mengeluarkan masyarakat Melayu daripada belenggu kemiskinan, kejahilan dan kemunduran, seharusnya diberikan sokongan oleh PAS. Oleh kerana dorongan mahu menghapuskan UMNO, PAS memandang jelek terhadap usaha memaju dan mengukuhkan umat Islam di negara ini.

Mengapakah Pas bersikap demikian? Jawapannya tidak lain kerana bukan Islam yang menjadi pertimbangan utama, tetapi kerana kebencian dan kemarahan kepada UMNO yang menjadi faktor utama perjuangan PAS serta perasaan kecewa terhadap UMNO yang menghantui PAS sejak ia ditubuhkan yang mewarnakan setiap tindak tanduk politik PAS. Parti serpihan UMNO ini, mempunyai dendam yang sunguh tidak dapat dibayangkan. Kekentalan dendam itu menyebabkan parti tersebut melupakan sama sekali bahawa UMNO adalah parti yang mendokong perjuangan bangsa bagi menegakkan agama, bangsa dan negara.

UMNO, sedikit pun tidak dilihat oleh PAS sebagai parti yang selama ini, telah banyak berjasa kepada agama , bangsa dan negara. Sebagaimana diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w.; “Hasad memekan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu-kayu kering”. Inilah yang sedang dihayati oleh PAS dalam perjuangan politiknya.

PAS sebuah parti yang dikuasai perasaan hasad dan permusuhan terhadap UMNO yang tidak akan dapat menerima kebaikan dan jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara. Matlamat politiknya hanyalah satu iaiatu menghancurkan UMNO. Walaupun terpaksa mengadai kuasa politik umat Islam dan menghancurkan kejayaan bangsa, UMNO mesti dimusnahkan.

1 comment:

Yanaam said...

Anggota Persatuan Ulama-ulama Se Malaya (sayap UMNO) bertindak menubuhkan sebuah organisasi baru yang berasingan yang kemudiannya dikenali sebagai PAS bukan atas dasar hasad. Ketidakpuasan hati sudah wujud terutama dalam soal medapatkan sumber kewangan untuk parti di mana UMNO mahu mewujudkan sistem judi loteri seperti dalam tulisan Prof. Dr. Ramlah Adam . Rujuk : Ramlah Adam. 1978. UMNO: Organisasi dan kegiatan politik, 1945–1951