Tuesday, May 29, 2007

Singapore usaha buka Pejabat Konsul Di Johor Bahru

dipetik dari http://obat-oh-obat.blogspot.com/ posted by drputera

Terbaca di dalam akhbar UTUSAN hari ni, George Yeo , Menteri Luar Singapura bercadang untuk membuka Pejabat Konsul Singapura di Johor Bahru dalam jangka masa terdekat.
Perkara ini akan dirundingkan bersama Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar.
Apa motif untuk menubuhkan sebuah Pejabat Konsul di Johor Bahru sedangkan Singapura sudah ada Kedutaan di Malaysia, dan Johor Bahru hanya sekangkang kera dengan Malaysia?
Adakah disebabkan pelaburan besar besaran Singapura di Wilayah Iskandar sehingga Singapura terasa perlu sebuah konsul untuk memastikan kepentingan mereka terjaga dengan amat baik?

Sebetulnya: Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan dari Wisma Putra, mereka mengesahkan bahawa sehingga kini tiada permohonan daripada pihak Singapura untuk membuka konsul di Johor.
Dalam Utusan Malaysia tu, dia hanya bercadang sahaja…
Adalah nyata bahawa perkara ini tidak benar dan tidak berbangkit sama sekali.

Nyatalah lagi bahawa artikel-artikel yang dikeluarkan oleh blog-blog picisan ini hanya pandai memesongkan fakta.
Sudah-sudahlah la tu drputera…

4 comments:

ashraf haikal affendi said...

blog2 picisan jgn cepat melatah...baru khabar angin dah kutuk macam2...pastikan kesahihan dahulu

kopi_likat said...

Samaade betul atau x, kesahihannya blm t'bukti lg. Tunggu dan lihat je la... Klu betul itulh kesannya akan 'kebaikan' Malaysia kpd Singapura. Klu x, it's ok la kn...

gaban said...

walaupun berita ni dah lama di'publish'kan, kira-kira bln 3 dulu tetapi bagi aku kesahihan news itu lebih penting, jgn main terima bulat2 je...

sahabat gunung said...

Aku nak tahu nak komen apa.... tapi jangan sampai `Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan'.