Wednesday, May 23, 2007

Ulamak Pas VS Sekular PAS



Dipetik daripada : http://www.masterdedah.blogspot.com, SATURDAY, MAY 19, 2007

Pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dalam muktamar parti itu 1 Jun ini sekali lagi akan menyaksikan pertembungan antara pemimpin aliran ulama dengan profesional. Beberapa kawasan PAS di Kedah telah mencalonkan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib (atas), 63, untuk menentang penyandang jawatan itu, Nasharuddin Mat Isa, (atas) 45, dalam muktamar kelak.

Dalam muktamar lalu, beberapa jawatan utama dimenangi golongan bukan ulama yang beraliran sekular seperti timbalan presiden dan ketiga-tiga Naib Presiden - Datuk Husam Musa, Mohd Sabu dan Datuk Hasan Ali. Selain itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Kamaruddin Jaafar juga bukan dari aliran agama dalam barisan kepimpinan PAS.

Hadi nampaknya mahu menyelamatkan PAS dari golongan sekular ini. Maka Hadi telah merancang menjatuhkan Nasharudin Isa. PAS juga dilanda masalah besar apabila kumpulan sekular ini kebanyakannya penyokong kuat Anwar Ibrahim.

2 comments:

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Pok Badok

Aku tak kisah sangat apa jua analisa mengnai PAS, walaupun aku sokong PAS. Kritik, hentak, hentam, apa saja. Lantaklah. Biasa la. Politik. Aku pun maki Umno.

Tapi yang ini langsung tak tepat sama sekali. Semua andaian meleset sama sekali. Kalau bercerita, lebih teruk dari cerita rekaan.

Bantailah. Tapi biarlah dengan fakta yang tepat.

ashraf haikal affendi said...

kita tunggu dan lihat sajalah...muktamar PAS pun tak lama lagi, perancangan mesti mereka dah buat pun