Posted on Tuesday, July 10 @ 15:20:29 CDT by reformis
Tidak pernah terdengar Hishammuddin begitu marah apabila pemimpin Umno lain dihina, contohnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Pak Lah adalah antara yang sering diperlekehkan dalam laman-laman blog. Gambar-gambar yang disuperimpose dengan imej Pak Lah menghiasi laman-laman blog untuk menjadikan dunia blog lebih menarik. Tidak pernah pula Ketua Pemuda Umno bersuara apabila imej Pak Lah diperlekehkan.
KOMENKU:Dulu UMNO beri peluang kalau-kalau engkorang nak bertaubat tapi nampaknya makin melampau sehingga perkara yang berkaitan kes mahkamah pun engkorang buat main-main dengan super impose maka tindakan tegas harus diambil. Kenapa? Timbul rasa takut dah? Jangan ingat UMNO diam selama ini sebab tidak ada taring, saja tak nak tunjuk je. Terimalah akibatnya nanti….berani buat kena berani tanggung.
Minggu lepas berlalu dengan isu gambar palsu Najib Tun Razak, Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu di Paris yang disiarkan oleh Tian Chua dalam blognya, yang telah mencetuskan perbincangan dan perdebatan yang hangat. Perbincangan ini mengheret ramai pihak seperti ahli Parlimen, pemimpin politik, laman-laman web, penulis politik dan juga penulis blog. Ada yang “membantai” dan ada juga yang mempertahankan tindakan Tian Chua yang mendakwa dirinya yang mencipta gambar tersebut.
KOMENKU:Si makhluk kurus kering ni kurang ajar sangat dan patut diajar dengan tindakan mahkamah, lepas ni kita super impose gambar dia di mahkamah baru dia tau.
Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussien menyatakan pergerakan itu sedang mengkaji sama ada mahu membuat laporan polis terhadap Tian Chua atau tidak. Selain itu, beliau juga mengulangi cerita tentang mencium Keris.
Katanya: “ Orang Melayu mencium keris untuk mempertahan dan mengekalkan tradisi bangsa Melayu. Mencium keris adalah simbol kepada keberanian dan kuasa. Lagipun mencium keris adalah warisan daripada pemimpin Umno pertama, Dato' Onn Jaafar. Jika kamu semua mahu saya mencium keris lagi, saya akan berbuat demikian.
"Keris adalah lambang perpaduan Melayu. Jika pemimpin mencium keris bermakna dia mempunyai kebolehan untuk memimpin. Jika bangsa lain mahu mempamerkan atau mencium senjata tradisi mereka seperti pedang kungfu, kami orang Melayu tidak akan membantah. Ini kerana semua bangsa mempertahankan dan mengekalkan tradisi bangsa mereka.
KOMENKU:Kenapa takut sangat bila Melayu mencium keris? Orang lain main pedang Wushu , kita tak heran pun. Orang Melayu kahwin pun pakai keris . Apa yang digentarkan sangat? Atau ambil peluang untuk menuntut sesuatu dari kerajaan?
"Apa yang Tian Chua lakukan adalah seperti tindakan media Barat menyiarkan karikatur Nabi Muhammad. Kita harus menghentikan budaya negatif untuk memperalatkan transparensi untuk memalukan pemimpin negara”. (Nanyang Siang Pau, Edisi Petang Julai 9, 2007).
KOMENKU:Dasar makhluk yang tak tahu adab!
Begitu marah sekali Hishammuddin sehingga beliau menyamakan perbuatan Tian Chua menyiarkan gambar palsu Najib itu seperti tindakan media Barat menyiarkan karikatur Nabi Muhammad dan memainkan semula sentimen perkauman. Umum mengetahui bahawa Hishammuddin adalah sepupu Najib.
Jadi beliau begitu marah oleh kerana Najib ada hubungan kekeluargaan dengannya.
'Kem Najib'
Tidak pernah terdengar Hishammuddin begitu marah apabila pemimpin Umno lain dihina, contohnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Pak Lah adalah antara yang sering diperlekehkan dalam laman-laman blog.
Gambar-gambar yang disuperimpose dengan imej Pak Lah menghiasi laman-laman blog untuk menjadikan dunia blog lebih menarik. Tidak pernah pula Ketua Pemuda Umno bersuara apabila imej Pak Lah diperlekehkan. Apakah ini secara tidak langsung bermaksud Hishammuddin bersama “kem Najib” dan hanya akan mempertahankan Najib dan tidak Pak Lah?
KOMENKU:Kamu apa tahu pasal UMNO tak payah nak jadi batu api, sebenarnya di hati kecil blogger semua dah timbul rasa gentar dengan tindakan Pemuda UMNO, jadi diputar belitkan kenyataan nahawa wujud kem di dalam UMNO.
Tian Chua diserang oleh kerana beliau adalah Ketua Penerangan PKR dan bukannya penulis blog biasa. Tian Chua diserang kerana beliau pernah mempertahankan rumah orang Melayu di Kampung Berembang sehingga beliau hampir dikaitkan dengan cubaan membunuh.
KOMENKU: Alahai, mempertahankan demi meraih pengaruh bukannya ikhlas, di hati kecilnya siapa tahu….aku rasa aku tahu…..bila tidak dimajukan kawasan , panggil Karam Singh mengadu kata hidup terbiar bila nak dibantu memajukan kawasan dikatakan bertindak zalim. Sudah disediakan perumahan yang sesuai buat apa tinggal di setinggan lagi. Bila beri rumah beri sewa atau beri anak-anak duduk, lepas mengadu kat media hidup terbiar dan tiada rumah.
Dimanakah Hishammuddin dan Pemuda Umno ketika orang Melayu di Kampung Berembang memerlukan bantuan dan simpati? Mengapa diam kalau Pemuda Umno benar-benar memperjuangkan nasib orang Melayu? Atau sebenarnya Pemuda Umno hanya memperjuangkan pemimpin tertinggi Melayu Umno?
KOMENKU:Sudahlah…tak usah main wayang lagi.
Retorik tentang keris Melayu dan mencabar kaum lain tidak lagi “laku” di zaman siber ini. Orang Melayu sekarang sudah terdedah dengan bahan-bahan bacaan alternatif dan tidak hanya bergantung kepada media arus perdana. Hishammuddin dan Pemuda Umno harus memikirkan “taktik” lain untuk membeli undi orang Melayu. Apakah Hishammuddin telah diarah oleh sepupunya itu supaya mengeluarkan kenyataan demikian oleh kerana Najib terlalu takut jika gambar sebenar disiarkan?
KOMENKU:Sudahlah tak payah menangguk di air keruh. Kalau ada gambar bawalah ke mahkamah , kenapa cakap saja , datang dari Mongolia sekadar nak bercerita pernah tengok gambar tanpa bukti , tak bermakna. Siapa pun boleh kata pernah melanggan si Altantuya, tanpa mengemukakan resit!
'Celik politik'
Saya melihat usaha media dan pemimpin politik “menghentam” Tian Chua adalah untuk mengelak isu sebenarnya - kaitan antara Najib dengan Altantuya. Selepas Amy, salah seorang saksi dalam kes perbicaraan kes pembunuhan Altantuya menyatakan bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya, Najib Razak dan Razak Baginda makan malam di Paris, media arus perdana tidak menjadikan kenyataan itu sebagai berita penting. Kalau adapun dilaporkan, hanyalah berita kecil ataupun di hujung-hujung berita.
KOMENKU:Siapa? Namakan dia? Kamu pun ada di mahkamah ke pada masa tu atau cerita ini sekadar menguatkan fitnah kamu?
Usia negara yang ke-50 akan sampai tidak berapa lama lagi. Gimik politik perkauman seharusnya tidak ada lagi dalam kamus politik Malaysia. Gimik politik perkauman harus dihentikan oleh Pemuda Umno dan parti-parti politik yang lain. Jangan kerana nak menyelamatkan pemimpin, rakyat yang menjadi mangsa.
Seperti kata Iwan Fals dalam album terbarunya 50:50: “Zaman berubah tapi perilaku tak berubah”. Malaysia sekarang ini sudah dalam tahun 2007. Sudah 38 tahun tragedi 13 Mei berlalu. Mengapa nak heret rakyat Malaysia untuk kembali ke zaman itu?
KOMENKU:Pembangkang yang suka memutar belitkan fakta dan melaga-lagakan rakyat!
Mujurlah sekarang ini ramai yang sudah sedar dan “celik politik”. Kalau tidak kenyataan Hishammuddin itu sudah pasti akan mengundang persengketaan kaum.
KOMENKU:Mengundang? Kaum Cina pernah menyatakan rasa kurang senangnya terhadap isu mencium keris, kenapa Dato’ Hishamuddin tidak boleh membuat kenyataan balas? Bukannya ajak bergaduh. Beliau ada hak untuk bercakap. Atau kamu cuba melaga-lagakan dengan ayat halus kamu? Sudahlah jangan bertopengkan “ISLAM” demi niat jahat kamu. Ingat-ingatlah dengan balasan Allah swt kelak. Pena anda memang berbisa tapi siksa Allah swt tidak tertanggung kelak.
Kesempitan hidup yang diakibatkan oleh kenaikkan kos kehidupan ekoran daripada kenaikan harga barang, lebih menjadi keutamaan rakyat Malaysia hari ini. Sekarang, kalau tinggal di Kuala Lumpur, satu pekerjaan tidak cukup untuk menampung kehidupan. Kerja sambilan diperlukan. Duit belanja sekolah anak lebih penting daripada isu-isu politik perkauman yang cuba dicanaikan.
KOMENKU:Isu ini berlarutan kerana kamu suka memainkan isu cium keris sebagai perkauman. Jangan baling batu sembunyi tangan.
Lagipun kalau selalu sangat isu “keris” ini ditimbulkan, lama kelamaan orang akan menjadi lali dan muak. Jangan sampai satu hari nanti orang akan berkata: “Biarkanlah Hishammuddin terjun dengan keris-kerisnya”.
KOMENKU:Hishamuddin tidak akan terjun ke mana-mana, tapi kamu lebih baik jangan terjun ke neraka kelak. Jadilah inssan bertaqwa, hidup tanpa fitnah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment