Dipetik dari tulisan Kunta Kinte Malaysia(demokrasimalaysia@yahoo.com)
Perbicaraan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Saribuu yang masuk minggu kedua jelas menunjukkan dakwaan pembangkang terutama Anwar Ibrahim adalah satu pembohongan semata-mata. Kenyataan dari pihak keluarga mangsa - bapa dan sepupunya - jelas menunjukkan hubungan sulit Altantuya hanyalah dengan Razak Baginda.
Tiada satu pun kenyataan mahu pun keterangan dari pihak keluarga dan saksi lain yang menunjukkan Altantuya mengenali Najib Tun Razak secara peribadi.Satu-satunya keterangan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah ketika keterangan sepupu mangsa yang menyatakan Altantuya menunjukkan gambarnya bersama Razak Baginda dalam satu makan malam yang turut dihadiri oleh Naijb dan beberapa pegawai kerajaan lain.
Keterangan ini hanyalah membawa kesimpulan bahawa Altantuya begitu rapat dengan Razak Baginda sehingga dibawa sebagai teman ke Majlis Makan Malam pegawai tertinggi kerajaan Malaysia.Lebih melucukan apabila pembangkang cuba mengaitkan keterangan gambar tersebut dengan kenyataan Najib yang bersumpah "dengan nama Allah" beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan model Moggolia bernama Altantuya Sharibu yang mati dibunuh beberapa bulan lalu.
Sumpah ini dibuat ketika menyampaikan ucapan dalam program Program Najwa Perdana dan Penyerahan Waran Bantuan Kepada Masjid, Surau dan Sekolah Rendah Agama di kampung Seri Jasa dekat sini sebentar tadi. Kita ingin bertanya pembangkang, bagaimanakah sekeping gambar makan malam beramai-ramai boleh menjadi bukti wujudnya kaitan dan hubungan antara Najib dengan Altantuya seperti yang diriuh rendahkan?
Lebih tepat lagi kita boleh bertanya jurucakap Parti Keadilan Rakyat yang menyiarkan satu gambar superimposed menunjukkan Najib, Razak Baginda dan Altantuya sedang makan malam. Sudahlah menipu gambar palsu, baca keterangan mahkamah pun tidak habis. Jelas sekali kenyataan sepupu mangsa, Burmaa Oyunchimeg, bahawa makan malam tersebut dihadiri oleh ramai pegawai tinggi kerajaan.
Namun gambar palsu Tien Chua hanya mengandungi tiga orang sahaja.Pembohong seperti Tien Chua dan Anwar Ibrahim sewajarnya membaca sebahagian ulasan laman web Isuhot.com yang diturunkan ini:
Dua hari lalu di Mahkamah, sepupu Altantuya ketika memberi keterangan menyatakan bahawa model tersebut menunjukkan gambarnya bersama Razak Baginda sedang makan dengan Najib Razak.
Lihat keterangan mahkamah yang dilaporkan:Dalam prosiding semalam, Amy juga memberitahu mahkamah, dia pernah melihat sekeping gambar menunjukkan Altantuya makan semeja bersama Abdul Razak dan pegawai Kerajaan Malaysia dikenali dengan nama Najib Razak serta beberapa yang lain.
Apakah kaitan kenyataan ini dengan sumpah Najib bahawa beliau tidak mempunyai hubungan atau kaitan dengan Altantuya? Malahan kenyataan mengenai gambar tersebut jelas sekali menyatakan selain Razak, Altantuya dan Najib, juga terdapat beberapa orang lain. Ini bermakna makan malam tersebut dihadiri pegawai kerajaan yang lain. Pemimpin makan dan minum setiap hari bersama pelbagai orang sama ada di dalam mahu pun di luar negara.
Amatlah mustahil untuk Najib mengingati semua orang. Lebih ganjil ialah jika kita beranggapan setiap orang yang di ambil gambar ketika makan malam bersama Najib merupakan kenalan rapat beliau. Kewujudan Altantuya dalam makan malam Najib di Perancis hanyalah kerana ia dibawa oleh Razak Baginda - pengalisis keselamatan dan ketenteraan yang terbabit dalam memberi khidmat perunding kepada Kementerian Pertahanan dalam pembelian peralatan ketenteraan.
Kenyataan dalam mahkamah tersebut bukan sahaja tidak mengaitkan sebarang hubungan antara Najib dengan Altantuya malah tidak mebuktikan langsung bahawa Najib melakukan sumpah bohong. Aneh sungguh pemikiran pembangkang. Bagaimanakah perjumpaan dalam satu majlis makan malam sahaja sudah dianggap mempunyai hubungan atau membuktikan pembabitan Najib dengan Altantuya?
Sedangkan bukti-bukti terhadap Anwar yang jelas di depan mata termasuk mangsa liwat Anwar sendiri tidak pula diterima mereka sebagai kebenaran. Satu hal yang mereka lupa atau pura-pura lupa ialah, tiada satu pun kenyataan dari pihak keluarga Altantuya yang mengaitkan Najib dengan mangsa pembunuhan tersebut. Semua kenyataan mereka menjurus kepada hubungan sulit Razak Baginda dan Altantuya sahaja.
Tepat seperti kata penulis laman tersebut, antara Anwar dan Najib tentulah Anwar perlu menjawab lebih banyak isu yang melingkungi beliau. Ketika Najib hanya dikaitkan dengan sekeping gambar makan malam yang dihadiri ramai orang, Anwar dikaitkan dengan satu perbuatan liwat dengan pengakuan mangsa sendiri. Justeru PKR dan pembangkang, cerminkan diri dahulu sebelum memburukkan orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dsai ni memang dari dulu irihati kat ds najib.... semua org dh tahu perangai dsai ni, kalau tak, tak kan skrg ni berjujuk ahli pkr keluar parti...
RB dengan terang dah kata benda ni ada kaitan dengan seorang "VVIP". Aku bukan jenis yang sokong pembangkang ataupun kerajaan dengan mengikut hati. nanti pening nak jawab dekat padang mashar nanti. Cuma VVIP tu tak terlibat pulak sedangkan VVIP tu bersubahat, hukum bersubahat sama je. VVIP tu tak kisah ke kalau dia mati tak sempat nak taubat dengan tuhan dan waris? Aku tak tuduh sape VVIP tu tapi VVIP tu patut dibawa sekali. Lagi satu, tak pernah pulak tengok muka Sirul dan Azilah ni kat mane2, sedangkan penjenayah lain semua keluar muka depan. Curi aiskrim dekat kedai runcit pun keluar muka depan.
Post a Comment