bacalah untuk menimbang dan menilai
dipetik dari hasil nukilan Sang Kelembai
Berdasarkan berita akhbar harian milik parti pemerintah, Majlis Tertinggi UMNO yang juga boleh di panggil Empty (MT) UMNO akan menyediakan penulis-penulis untuk menjawab tulisan-tulisan di laman blog atau laman web di dalam Internet yang menyentuh soal-soal UMNO khasnya tohmahan kepada pembesarnya yang sedang memerintah Malaysia dalam Kerajaan Tiga Beranak.Penulis blog atau juga pengendali laman web sama ada dari parti politik bukan Barisan Nasional atau laman berita alternatif yang bertujuan menulis dan memaparkan berita akan kisah penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Tiga Beranak di bawah pimpinan Abdullah Hj Ahmad membaca berita itu sebagai satu kemenangan awal dalam satu perjuangan yang panjang.
KOMENKU:
Hahaha….Zahrin gila tersedak!!! DS Azalina lancarkan perang siber, maka peluang untuk di’bela’ oleh pemimpin UMNO tiada lagi. Dulu ada gak dia beri bayangan agar beberapa pengelola blog di’bela’ oleh pihak UMNO, tapi tak dilayan. Maka marahnya menjadi-jadi. Kini perang dilancar maka hancur luluhlah harapannya.Kalau mengutuk bloggers pro kerajaan tu macam bagus sangat dah tulisan dia. Sekolah pun entah setakat mana…angkuh je lebih.
Mengapa tidak? Jika setiap kali berjumpa dengan ahli UMNO yang sara hidupnya ditanggung dengan berpolitik terutama yang telah mendapat tempat jadi Menteri, Menteri Besar atau apa-apa jawatan yang prestij bukan kerana cerdiknya kerana ada jawatan dalam UMNO Bahagian atau Cawangan atau dilantik oleh pembesar UMNO akan mengatakan bahawa kesemua tulisan atau apa sahaja yang dipaparkan oleh penulis blog atau laman web tidak dibaca orang khasnya orang kampung.
KOMENKU:Siapa yang kata begitu? Engkau je pandai-pandai buat cerita, dah takde bahan nak menulis.
Inilah satu kelemahan cara berfikir orang yang ada jawatan dan pangkat di dalam UMNO dari Presiden Partinya membawalah ke ahli yang buta huruf politik. Dari zaman Napoleon Bonaparte lagi sudah disebutkan akan takutnya surat khabar atau sekarang dipanggil media dari pada pedang yang berjumlah lebih banyak dari surat khabarnya. Tetapi pembesar UMNO tidak pernah mengambil iktibar kenyataan Napoleon itu dan sekarang setelah dia sedar bahawa perjuangan melalui Internet dikalangkan pejuang siber bukan bertujuan untuk menang sekarang tetapi mencari kemenangan secara bertahap.
KOMENKU:Buta huruf politik pun mereka jadi pemerintah negara jugak, engkau sekadar Pegawai Daerah pun tak layak….sedar-sedarlah dan cermin diri sebelum mengata orang.
Selama ini UMNO sudah mengusahakan untuk menjawab persoalan atau tulisan yang ditulis dalam laman blog atau laman web yang lebih merupakan "character assasination" yang ditulis melalui budak suruhannya dalam blog dan laman web naungannya sama ada dari ibu pejabat UMNO atau dari pejabat Azalina Othman Said sendiri.Jika diteliti tulisan-tulisan tersebut, jawapan itu dari sudut psikologinya bukan sahaja orangnya yang menulis tetapi UMNO itu sendiri telah mengalami virus Homo Sovieticus kerana ciri utamanya adalah skizofrenia. Virus Homo Sovieticus asalnya dari Russia yang bulan lalu di kunjungi oleh Abdullah Hj Ahmad dan istilah itu datang sebaik sahaja USSR dibubarkan, ia memberi pengertian lebih kurang, jika tembok Berlin sudah runtuh tetapi tembok dalam kepala Jerman Timur tetap kukuh, Uni Soviet sudah bubar, tetapi sejenis keperibadian hasil bentukan di zaman komunis tetap bertahan.
KOMENKU:Sah Zahrin ni gila….entah apa-apa yang dia kaitkan dengan Pak Lah.
Singkatnya pengertian Homo Sovieticus ialah mempunyai keperibadian yang terpecah dua. Ia mempunyai dua wajah: wajah awam dan wajah peribadinya. Kedua wajah ini bertentangan, tetapi hidup berdampingan. UMNO dalam masa yang sama mempunyai teras memperjuangkan halusnya bahasa dan budaya tetapi dalam menjawab tulisan lebih banyak menyentuh peribadi daripada menjawab persoalan. Dan penulis-penulis ini akan merasa megah dan tentu mendapat imbuhan dari tuan-tuannya tanpa dia menyedari dia hanya sekadar anjing pemburu yang akhirnya Tuan-tuan mereka akan memberi tulang-tulang sebagai upah pembunuhan karakter kepada penulis blog dan laman web.
KOMENKU:Tengok disebutkan imbuhan….ada makna tu.Makna terkilan. Dulu ingatkan bila menghemtam UMNO teruk –teruk ada orang nak bela , rupa-rupanya tak dilayan jugak. Alamat sampai mati la tak dilayan. Pendek rezeki.
Mereka tidak berilmu, mereka tidak mengetahui dengan banyaknya menulis bercorak "character assassination" sebagai menjawab tulisan blog sebenarnya membawa kemenangan juga kepada penulis itu. Kerana penulis UMNO hanya sekadar Muslim dan bukan mukmin, jika dia mukmin dia pasti menyedari bahawa Nabi Muhamad s.a.w. sendiri pernah menyatakan
"bahawa kamu dengar apa dia cakap bukan kamu tengok siapa yang bercakap". Ini memberi pertunjuk siapa pun berhak bercakap dan berhak didengar. Soal kemaksiatan telah dijelaskan oleh Imam Ahmad Hambal, ambillah yang bermaksiat itu menjadi panglima perang kamu kerana dia berani, kerana beraninya untuk Islam tetapi maksiat untuk dirinya dan kamu tolak yang alim tetapi penakut kerana alimnya itu untuk dirinya dan penakutnya keburukan kepada Islam.
KOMENKU:OOOO….engkau tu mukmin ke? Atau sekadar makhluk yang perasan!!! Sebelum mati pergi minta maaf kat Pak Lah, banyak dosa dengan Pak Lah.
Seperti yang tulis oleh penulis kolum Indonesia "Rakyat suatu bangsa itu selalu diam, tetapi ia mencatat dan tidak pernah lupa. Rakyat itu seperti ular naga yang keberatan badan, melingkar saja dalam keheningannya sendiri, tetapi panca inderanya tajam dan intuisinya kuat. Jangan sekali-kali melukainya, apa lagi melukainya berkali-kali, maka sekali ia bangkit, akan rosaklah malapetaka yang ditimbulkannya".
KOMENKU:Indon pun bukan bagus sangat…rakyat kita jauh lebih selesa.
Sewajarnya Abdullah Hj Ahmad menyedari bahawa Malaysia yang akan menyambut 50 tahun Gemilang Malaysia sebagai sebuah negara Merdeka belum lagi melahirkan pemimpin yang datang daripada rakyat. Kesemua pemimpin datang kerana permasalahan yang berlaku ke atas pemimpin yang ada. Tunku Abd. Rahman Putra tidak lahir sebagai pemimpin Melayu, dia terpaksa bertanding jawatan Presiden UMNO setelah dikosongkan oleh Dato Onn Jaafar, yang sebelum itu dilantik menjadi Presiden UMNO kerana dia memulakan penentangan Malayan Union dan menubuhkan UMNO.
Tun Razak Hussein menjadi Perdana Menteri kerana Tunku Abd. Rahman Putra sudah mengetahui bahawa dia sudah tidak popular lagi dan kerana insiden Mei 13 dan dia adalah orang yang bertanggung jawab berlaku peristiwa itu. Hussein Onn jadi Perdana Menteri kerana kematian Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn pula meletakan jawatan kerana terasa malu untuk duduk semeja dengan Harun Idris yang menang Majlis Tertinggi UMNO walau pun dalam penjara dan ramalannya tepat bahawa Harun Idris akan menang jawatan Naib Presiden pada pemilihan 1981 dan keluar dari penjara. Maka terpilih Dr Mahathir Mohamed sebagai Timbalan menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga Abdulllah Hj Ahmad terpilih menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana tersingkirnya Anwar Ibrahim dan menjadi Perdana Menteri kerana Dr Mahathir Mohamed juga seperti Hussein Onn yang tidak bersedia untuk menerima kenyataan bahawa Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara di tahun 2005.
KOMENKU:Heran sangatkah Tun M dengan Anwar tu…porrrahhh. Dah tak laku dah…parti Keadilan dah huru hara.
Inilah sekarang yang perlu diterapkan kepada orang Melayu dan Rakyat Malaysia bahawa setiap mereka yang menjadi Perdana Menteri di Malaysia dia bukanlah pilihan terus rakyat dan pengundi. Demokrasi songsang ini mesti diperbetulkan. Seorang Perdana Menteri hanya akan datang dari siapa yang memegang jawatan Presiden UMNO dan dia dilimpahkan kuasa setanding dengan Firaun yang berbeza dengan hanya sekadar dia tidak mengaku tuhan tetapi mengaku dirinya Perdana Menteri dan segala kuasa berpusat kepadanya.
KOMENKU:Kalau Firaun setaraf dengan Perdana Menteri Malaysia, dah lama dah engkau mampus… tak sempat nak menulis blog walau seminggu pun….tak sempat ….
Anehnya dalam budaya UMNO yang karut marut sekarang, seorang Presiden UMNO disokong diperingkatkan UMNO Bahagian yang mempunyai Ketua UMNO Bahagian. Ini bererti merekalah yang memberi kuasa kepada seorang Presiden tetapi sebaik sahaja kuasa diberi kepada seorang Presiden UMNO, pemberi kuasa menjadi seorang penakut, pengecut dan terkena virus sindrom bisu. Itu sebab Mesyuarat Majlis Tertinggi terpaksa ditangguhkan hampir sejam kerana menunggu Presiden UMNO datang tetapi setelah diketahui dia masih tidur maka terpaksa dipengerusikan oleh Timbalannya, begitu juga Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Kepala Batas terpaksa bertafakur hampir satu jam kerana Pengerusi Mesyuarat, yang juga Ketua UMNO Bahagian dan Presiden UMNO dan Perdana Menteri tertidur.
Perlu sekarang dicari perbezaan antara pemimpin dan pemegang jawatan. Pemegang jawatan, setelah selesai dari posisi jabatannya, seperti filem video yang sudah masuk kotak sehingga tidak dikenang lagi sebagai pemegang jawatan. Apalagi bila dalam masa memegang jawatannya ia memanfaatkan posisi jabatannya untuk menggelembung ego sendiri mahu pun nepotisme keluarganya.Sang Kelembai: Akan terus berjuang menjatuhkan Abdullah Hj Ahmad, Perdana Menteri 100% Munafik dengan membuka minda rakyat jangan mengundi Barisan Nasional dan akan berpegang kepada "Kemenangan kecil yang diketahui oleh seribu orang, jauh lebih bernilai daripada kemenangan besar tetapi hanya disaksikan oleh seratus orang" Dengan jumlah pusingan 1.5 juta pelayar memberi perangsang kepada penulisan seterusnya.
Wednesday, July 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment