Wednesday, July 4, 2007

EZAM MASUK PAS

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor hari ini mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub di pejabat Agung PAS dekat Jalan Raja Laut.

KOMENKU:
Bodoh punya Harakah, apa pertemuan sulitnya kalau perjumpaan tu dapat ambil gambar. Bukan sulit namanya. Ingat heran sangat ke setakat mangkuk macam Ezam yang terbuang dari Keadilan tu. Dia memang suruh jurugambar ambil gambar dia, agar ramai lagi la parti-parti lain yang berebutkan dia.


Antara yang turut menyambut Ezam di Pejabat Agung PAS ialah, Bendahari Agung PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Bagaimanapun Harakahdaily tidak dimaklumkan intipati pertemuan itu.Ezam sebelum ini dikaitkan dengan khabar akan menyertai PAS atau Umno selepas mengumumkan keluar dari KeADILan baru-baru ini.Hingga kini tiada kenyataan rasmi mengenai keputusannya itu.

KOMENKU:Dia nak sangat kalau UMNO tawarkan dia masuk UMNO.

Sementara itu dalam sidang media selepas pertemuan itu Ezam menyatakan beliau akan bersama PAS dalam membantu mempertahankan kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Baginya, kerajaan Kelantan adalah kerajaan contoh yang ditadbir secara telus.

KOMENKU:Telus jangan tak telus, kenyataan di mahkamajh pun boleh tukar asalkan nama baik parti terjamin. Lojing tergadai pun takpa asalkan akaun parti PAS mencecah ratusan juta.Hiduplah rakyat Kelantan dengan air berselut.

Beliau menolak spekulasi yang menyatakan bahawa beliau akan menyertai Umno atau PAS, sebaliknya beliau akan meneruskan perjuangannya dengan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang ditubuhkan beliau dua tahun lalu.

"Saya ada banyak rakan-rakan dalam Umno, biasalah selepas saya keluar dari KeADILan mereka datang untuk bertanyakan tentang saya. Isu saya nak masuk Umno tidak timbul sebenarnya, saya tak harus serius fikirkan soal itu.

"Saya ikhlas dalam berjuang dan disebabkan keikhlasan itu tiada dalam Umno, jadi tiada sebab saya mahu masuk Umno," katanya semasa mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien berhubung kenyataan bahawa Ezam perlu ikhlas jika mahu masuk Umno.

KOMENKU: Perasaan merasakan ketiadaan keikhlasan timbul sebab Boss awak kena pecat dari UMNO, kalau tidak awak pun sama jadi penyokong kuat UMNO. Hahaha….cakap tentang keikhlasan, dulu sokong Anwar sebab nak ngorat Nurul Izzah, bila Nurul Izzah kahwin maka hancur leburlah hati engkau……

Begitupun beliau tidak menolak dakwaan menyatakan bahawa antara sebab ramai yang keluar dari KeADILan adalah berpunca dari Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali.

KOMENKU:U C ….Azmin ada bini seksi, Ezam bini dia pakai tudung labuh.

Dalam pada itu Mahfuz pula menyatakan pertemuan hari ini bukanlah satu pertemuan untuk mengajak Ezam menyertai PAS, sebaliknya perbincangan dengan Pengerusi Gerak itu untuk menggerakkan gerakan rakyat dalam isu-isu yang boleh digerakkan bersama.

Pertemuan itu juga antara lain sebagai sebuah pertemuan antara beliau dan Ezam setelah lama tidak bertemu dan selepas Mahfuz dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Beliau mahu meneruskan hubungan baik yang pernah terjalin sebelum ini semasa sama-sama menjadi ketua pemuda bagi KeADILan dan PAS.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS pula menyatakan beliau meletakkan kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap Ezam dalam menentukan dimana landasan bekas Ketua AMK itu perlu berjuang.

KOMENKU:PAS nak tumpang sekaki le tu!!! Hati-hati Ezam jangan dipergunakan PAS pula cukuplah engkau terkena dengan DSAI sebelum ni.

No comments: