Akhbar nyamuk negara “ERA BARU” terbitan 29 Jun 2007, mahu mencetuskan sensasi dengan beberapa tajuk seperti “Pemimpin UMNO Pengecut!!!” dan “Majlis Tertinggi UMNO: Apakah masih relevan?”.
Aku difahamkan akhbar tersebut ditarik edarannya kepada khalayak sewaktu mesyuarat MT berlangsung pada 28 Jun 2007.
Seperti kebiasaannya akhbar tersebut dibenarkan edarannya kepada Ahli-ahli Majlis Tertinggi dan khalayak yang berada di luar Dewan Mesyuarat. Tapi kali ini kenyataan yang agak melampau, maka ada arahan untuk menarik balik edarannya. Walaupun sebelum ini akhbar tersebut sering juga membuat sensasi, tetapi tidak begitu diambil kisah kerana dianggap sensasi nilai berita. Tapi kali ini tindakan tegas diambil.
Aku dengar jurugambar Era Baru, membebel dalam lif kerana akhbar terbitan syarikat beliau bekerja ditarik edarannya. Bayangkan kalau tetamu yang dijemput hadir ke majlis rumah kita, menghina kita dihadapan tetamu yang hadir. Apakah perasaan anda agaknya? Marah? Kesal? Geram?
Sedangkan beliau sebelum ini apabila dijemput menjadi tetamu dilayan dengan baik dan tidak terkecuali sebagai jemputan walaupun sebelum ini sering juga mendengar beliau mengumpat anda dihadapan rakan-rakan lain. Sikap toleransi masih wujud, namun kesabaran seseorang pasti ada batasnya. Maka dengan bengkak hati jurugambar yang hadir untuk membuat liputan dan sensasi terpaksa pulang dengan hati kecewa.
Dalam rencana headlines yang bertajuk : Pemimpin UMNO Pengecut mengulas mengenai, kelemahan Ahli MT yang tidak larat untuk menyentuh isu-isu kepentingan bangsa Melayu dan negara.Macamlah dia tahu segala yang diperbincangkan dalam mesyuarat tu.
Sayap-sayap pergerakan pula dilihat sekadar bunga penghias. Kenyataan tersebut memang tak berasas, apakah Idris Tulis masih turun padang atau sekadar membuka album lamanya dengan kenangan manis zaman mudanya? Ramai yang berkata: Idris Tulis ni menulis syok sendiri. Mungkin dia tak perasan!! Apataknya dalam Era Baru tu hampir 30-50% story tentang diri sendiri je. Pasti ada gambar kaum kerabatnya dengan pembesar parti samada yang lama atau yang baru.Dah bertahun-tahun orang bercakap tapi dia tak sedar diri lagi.
Ada juga kenyataan yang menegur tentang Azean Irdawaty yang tidak mendapat perhatian Puteri dan Wanita. (Maaf kepada Azean dan keluarga kerana menyentuh hal ini). Sebenarnya pergerakan Wanita dan Puteri telah banyak membantu golongan miskin di luar bandar, tapi buat kerja tanpa wajah.
Kenapa pula tiba-tiba kes Azean perlu diberi perhatian meluas? Beliau bukannya terdesak sangat. Beliau ada keluarga dan kemampuan. Selebriti terkenal! Idris Tulis sendiri buat apa untuk Azean? Sekurang-kurangnya menziarahi beliau pun jadilah.
Satu lagi yang disentuh beliau ialah penggunaan bahasa Inggeris. Beliau mendakwa rakyat Rusia berjaya, rakyat Sepanyol berjaya, rakyat Thailand berjaya tanpa menguasai bahasa asing. Oklah mereka hidup dalam satu bangsa dan bahasa. Tapi kita pelbagai kaum dan etnik.
Jurang ekonomi masih wujud. Pelbagai halangan dan rintang terpaksa dihadapi oleh generasi baru kita. Faktor bahasa sering menjadai penghalang dalam mendapatkan pekerjaan. Ekonomi dikuasai oleh bukan Melayu. Kalau setakat bangga dengan bahasa sendiri dan menjadi jaguh kampung tak kemana la anak Melayu kita. Mungkin anak Melayu sekadar bercita-cita nak bekerja dengan kerajaan je kot, jadi bahasa Inggeris tu tak penting sangat.
Saudara Idris Tulis sendiri pernah belajar di luar negara. Kenapa ayah dan ibu saudara tidak sahaja menghantar saudara ke sekolah Melayu atau pondok? Kalau saudara tidak ke luar negara, mampukah saudara berada dalam kedudukan sekarang? Dalam keadaan Melayu menjadi tonggak pemerintah kini pun masih ada yang berani meletakkan syarat tawaran kerja seperti : able to communicate in Mandarin atau non Malays preferred.
Alasan yang diberikan oleh syarikat swasta kini ialah calon lepasan ijazah berbangsa Melayu tidak boleh berkomunikasi bahasa Inggeris dengan baik, maka sukar untuk ditawarkan jawatan untuk mereka. Memang pun kalau lihat keputusan peperiksa hebat, tapi diatas kertas je, kalau suruh bercakap Inggeris terpingga-pinga. Tujuan kerajaan menekankan bahasa Inggeris bukannya menyusahkan anak bangsa tetapi demi kecemerlangan masa depan mereka.
Tanah milik Melayu kian terhakis, disalahkan pemimpin Melayu UMNO juga. Sebenarnya dah budaya Melayu nak cepat kaya, kalau senang dapat duit maka sukalah dia. Pemimpin tidak boleh disalahkan 100% dalam hal ini , Melayu memang selalu nak mudah dalam segala hal. Tun M sendiri pernah mengalir air mata mengenangkan sikap Melayu.
Dalam hal bangsa , semua orang perlu ada kesedaran bukan menyalahkan pemimpin UMNO sahaja. Contoh reality TV yang menjadi perhatian remaja, pemimpin juga disalahkan atas pelbagai alasan negatif. Habis tu mak bapak di rumah buat apa? Nak jaga anak yang beberapa kerat tu susah sangat? Kalau rosak akhlak kerajaan juga salah? Buat anak pandai, didik anak tak pandai? Kerajaan bukan boleh jaga semua remaja, ibubapa dan masyarakat setempat yang bertanggungjawab.
Buatlah aktiviti sihat untuk remaja setempat. Gunalah kehebatan dan inisiatif, dan dah jadi budaya rakyat kita (khususnya Melayu), semuanya harus ditanggung kerajaan . Kalau boleh barang kemas sesarat mami jarum pun gomen (kerajaan) juga belikan. Dari hari kelahiran sehinggalah anak tamat belajar universiti semuanya kerajaan tanggung. Lahir hospital kerajaan, susu tepung ada subsidi kalau miskin, suntikan vaksin percuma, bantuan buku teks ramai yang dapat, kalau pelajar miskin yuran ditanggung, ada yang dapat biasiswa, ada juga yang dapat pinjaman PTPTN. Buku-buku yang tak mampu dibeli boleh dipinjam dari perpustakaan universiti atau kolej. Tapi bila dapat kerja hutang pinjaman PTPTN tak mahu dujelaskan. Memalukan bangsa je.
Saudara Idris Tulis, lain kali tulislah sesuatu yang membantu merubah minda bangsa jangan suka meletakkan kesalahan di satu pihak sahaja. Modal Insan lebih bermakna daripada material. Hal Milik di Bandar usah dibimbangkan sangat yang paling utama ialah modal insane yang hebat. Dengan hebatan bangsa yang dimiliki kita mampun memiliki apa sahaja pada masa depan. Material tidak akan mampun membina satu bangsa yang hebat!!!
Monday, July 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment