dipetik dari http://www.isuhot.com
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2007 sebagai berhadapan dengan krisis apabila menolak cadangan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Ansari Abdullah sebagai pengerusi badan perhubungan yang baru.
Pergolakan ini terjadi apabila Anwar Ibrahim tidak mahu Awang Tengah Awang Amin mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi PKR bagi negeri Sabah untuk penggal yang baru sebaliknya mahu Ansari Abdullah dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan yang baru. Adakah ini bermakna bahawa Anwar ialah pemimpin kuku besi yang hanya mahu kehendaknya diikut secara membuta-tuli tanpa mendengar pandangan suara majoriti PKR negeri Sabah? Mungkin ya dan krisis terbaru ini mungkin akan menyebabkan terkuburnya PKR di Sabah.
Malahan Utusan Malaysia menyatakan bahawa Setiausaha Perhubungan PKR Sabah, Kanul Gidol mengatakan bahawa tindakan bekas perdana menteri itu angkuh kerana enggan mengambil kira saranan atau cadangan di peringkat akar umbi. Penulis ingin menegaskan bahawa seseorang pemimpin itu dilantik oleh rakyat dan sekiranya pandangan rakyat tidak diambil kira dan hanya ingin kehendak sendiri dituruti 100% sepanjang masa, maka pemimpin itu tidak akan kekal lama. Ini kerana rakyat yang memilih akan meluat dengan perangai tidak sedar diri pemimpin itu.
Kanul juga dilaporkan bahawa beliau bersetuju dengan kenyataan Ezam bahawa Anwar itu sebagai seorang diktator ekoran dari masalah yang timbul itu. Malahan beliau tidak menolak kemungkinan bahawa PKR Sabah akan bermasalah sekiranya pengerusinya ditukar tanpa persetujuan pemimpin parti di peringkat negeri. Anwar memang seorang yang degil dan langsung tidak menghormati keputusan orang lain sekiranya beliau masih bertegas ingin melantik Ansari Abdullah yang tidak disokong oleh pucuk pimpinan PKR Sabah. Mungkin inilah penyebabnya kenapa beberapa bahagian PKR sudah dibubarkan.
PKR memang tidak relevan lagi kini kerana tujuan penubuhannya sudah tercapai iaitu untuk melihat kebebasan Anwar Ibrahim dari penjara. Oleh itu, sekarang PKR sudah terumbang-ambing kerana tidak mempunyai tujuan untuk membela rakyat sebaliknya hanya untuk membela Anwar yang dipenjarakan akibat rasuah dan kelakuan homoseksualnya.
Thursday, July 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Aku tak pasti berapa lama lagi PKR akan bertahan dalam arus politik negara. Sehari ke sehari, semakin ramai meninggalkan PKR. Ini termasuklah pemimpin-pemimpin kanan mereka.
Persoalannya sekarang .... ke mana arah tuju mereka sekarang. Adakah mereka akan kembali bersama UMNO buat mereka yang pernah bersama UMNO atau mereka akan beralih arah kepada parti pembangkang yang lain.
bagi aku, bagilah peluang kepada mereka membuktikan kesetiaan mereka bersama UMNO. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu.
Post a Comment