Contributed by Anonymous on Monday, July 02 @ 18:15:10 MYT Topic: Artikel Politik
Oleh Zakie
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, digesa tidak melayan tuntutan pihak pembangkang yang mahukan beliau tampil membuat pengakuan berkaitan dengan kenyataan saksi pembela, Burmaa Oyunchimeg.Rata-rata yang ditemui beranggapan bahawa isu tersebut adalah perkara remeh dan tidak perlu dilayan kerana gesaan dari pihak pembangkang itu disifatkan lebih menjurus kepada hasrat untuk menjatuhkan maruah Timbalan Perdana Menteri sahaja.
Komenku:Dan yang paling tidak menghairankan ialah individu yang jga bekas TPM Malaysia, pernah berjumpa dengan bapa Altantuya sebelum perbicaraan bermula. Macam-macam boleh jadi masa tu…..aku difahamkan mamat bekas TPM sedang mengatur strategi menjatuhkan DS Najib. Terkilan tak dapat jadi PM , maka “potong daun” DS Najib juga, agar tercemar namanya.
Pada mereka kenyataan saksi pembelaan itu tidak lebih sebagai `pelengkap’ kepada pertanyaan peguam pemerhati sahaja dan ia sedikit pun tidak dapat membantu dalam menyelesaikan kes perbicaraan berprofail tersebut.
KOMENKU:Kalau setakat pernah tengok gambar apa la sangat. Pemimpin negara pasti jadi perhatian di mana-mana , ramai yang mahu bergambar dengan beliau walau di mana berada. Pemimpin Malaysia memang tatak sombong, kalau dijemput bergambar pasti mereka tidak menghampakan. Lagipun Altantuya kan kenal dengan Razak, maka tak pelik dia dapat bertemu dengan TPM sekadar bergambar. Berapa ramai punya makhluk yang pernah bergambar dengan Altantuya, maka mereka pun disyaki terlibat juga ke?
Keadaan ini terbukti apabila hakim perbicaraan, Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyatakan keterangan saksi tersebut tidak akan dicatat walaupun beliau membenarkan Peguam Pemerhati, Karpal Singh, meneruskan pentanyaannya. Bukan saja dianggap `tidak bersesuaian’ malah rata-rata mereka yang ditemui beranggapan bahawa kenyataan dari Najib itu nanti dibimbangi mampu disalahertikan oleh pihak pembangkang dan juga mengganggu perjalanan mahkamah.
KOMENKU:Itupun mereka yang ajar saksi agaknya….
Soal Datuk Najib bergambar dengan Abdul Razak Baginda (tertuduh ketiga) dan juga mangsa, Altantuya, bukanlah menjadi perkara utama kerana sebagai seorang pemimpin nombor dua negara…Sesiapapun boleh bergambar dengan beliau. Lapipun, Razak Baginda merupakan seorang penganalisis politik. Sudah pasti Najib tidak akan menolak jika diajak bergambar oleh Razak ataupun sesiapa sahaja. Pendedahan kononnya Altantuya turut serta juga tidak timbul, kerana semua sudah maklum yang model dan juga merupakan penterjemah itu adalah isteri kepada tertuduh nombor tiga tersebut.
KOMENKU:Murah bukan sebarang murah…apa pun aku kagum dengan isteri Razak, very supportive and strong lady. Bertuah Razak dapat isteri macam dia.
Namun, Datuk Sri Najib boleh dianggap `bertertib’ juga kerana sanggup melayan desakan pembangkang dengan mengarahkan setiausaha akhbar beliau membuat kenyataan balas. Walaupun, beliau tahu apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang itu tidak mendapat restu dari rakyat. “Sudah terang lagi bersuluh…Kalau pembangkang masih mendesak, bukan bererti mereka tidak nampak tetapi buta…,” ujar seorang teman yang tidak mahu namanya disiarkan kepada penulis.
KOMENKU:Ini semua agenda pembangkang , agaknya Karpal bagi service free je tu. Janji dapat “mengenakan” kerajaan. DS Najib hanya perlu bertenang, rakyat dapat menilai mana kaca dan berlian.
Tuesday, July 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
saya sokong..
sepatutnya DS Najib tak perlu mengeluarkan apa2 komen mengenai isu bergambar dengan si mati..
ini adalah modal pembangkang untuk memburukkan TPM..
keterangan saksi juga tidak releven dengan kes yang sedang dibicarakan...
Post a Comment