dipetikCDT by reformis
Posted on Wednesday, July 04 @ 06:57:59
KUALA LUMPUR: Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) sekali lagi mengingatkan media arus perdana supaya mengelak menyiarkan laporan yang dipetik dari media siber, terutama isu-isu sensitif yang memberi implikasi negatif terhadap kerajaan.
KOMENKU:Bukan implikasi negatif kepada kerajaan sahaja malah negara. Hanya kerana fitnah satu negara dapat tempiasnya. Selama hari ini engkorang seronok sangat memfitnah , jadi fitnah engkorang tidak patut dipanjangkan, agar tidak memudaratkan rakyat.
Peringatan tersebut terkandung surat KDN yang bertarikh semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran, Che Din Yusoh. Berdasarkan pemerhatian KDN, surat tersebut berkata, akhbar harian arus perdana masih lagi menyiarkan kenyataan dan laporan yang dipetik dari media siber. Sehubungan itu, katanya, kementerian sekali lagi mengingatkan media arus perdana supaya berhati-hati dan mengelak menyiarkan laporan yang dipetik dari media siber.
KOMENKU:Sebab akhir-akhir ini ada media arus perdana terpengaruh dengan fitnah di internet.
Menurut surat tersebut, ini kerana laporan berkenaan didapati sering diragui kesahihannya, bersifat spekulatif dan tidak benar.
“Ini jelas bertentangan dengan prinsip dan etika kewartawanan yang menekankan aspek integriti dan tanggungjawab pihak akhbar kepada masyarakat. Di samping itu, penyiaran berita yang sebegini menyalahi peruntukan seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu menyiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar,” katanya.
Kerajaan juga, tambah surat itu, berpendapat laporan mengenai isu-isu yang dipetik dari media siber secara kerap dan berterusan dalam akhbar harian arus perdana, akan mewujudkan “kegelisahan rakyat dan sentimen anti-kerajaan yang pastinya akan menjejaskan kestabilan politik dan kepimpinan negara”.
Peranan media
Sehubungan itu, katanya, sebagai media yang berpengaruh serta menjadi alat penghubung kepada masyarakat, pihak akhbar sewajarnya memainkan peranan serta memikul tanggungjawab menyalurkan maklumat dan pemberitaan yang benar, sahih dan berwibawa. Ini, tambahnya, untuk saling membantu menjana pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara, di samping memastikan kesejahteraan rakyat dan masyarakat terpelihara.
“Dengan ini, pihak tuan diberi peringatan supaya tidak menyiarkan atau memberi tumpuan terhadap artikel-artikel yang tidak sahih, bersifat spekulatif serta tidak benar yang disiarkan oleh media siber, termasuk blog-blog.
“Perhatian tuan juga diingat kepada syarat 11, Syarat-syarat Permit Penerbitan yang menghendaki Pemegang Permit sentiasa mematuhi dan tidak melanggar arahan yang dikeluarkan kementerian dari masa ke semasa,” tambah surat tersebut.
Ketika dihubungi hari ini, Che Din berkata, pekeliling itu merupakan satu ‘peringatan umum’ atau sebagai satu ‘garispanduan’ kepada pihak media. Antara isu yang dianggap ‘sensitif’ adalah kes berkaitan dengan pertukaran agama, katanya.
“Ia telah menggemparkan pemikiran orang ramai,” katanya kepada malaysiakini. Ditanya apakah bahan dalam Internet yang dianggap membangkitkan ‘sentimen anti-kerajan’, Che Din menyebut insiden ‘bocor’ di mana dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menggunakan perkataan yang dianggap menghina seorang ahli Parlimen wanita dari DAP di Dewan Rakyat.
Wednesday, July 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment