Monday, July 2, 2007

Lantik Pegawai Khas kaum Cina bukan kerana pilihan raya - Salahuddin

SELEPAS Muktamar Agung PAS ke-53, pelbagai pendekatan 'baru' sudah mula digerakkan PAS dan sayap-sayap dewannya bagi mendekatkan diri dengan masyarakat tidak mengira latar belakang warna kulit, agama mahupun fahaman politik.
KOMENKU:Motif undi pilhan raya le tu!!

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Tidak kiralah saingan politik lain seperti Umno/Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang yang bersifat perkauman mahu menganggap pendekatan tersebut sekadar usaha berdepan dengan pilihan raya,namun apa yang penting PAS mula mengerakkan langkah 'positif' bagi mendekatkan diri dengan rakyat kebanyakan.

Jika dahulu PAS hanya dikenali sebagai parti orang Melayu Islam sahaja, namun kini PAS mula diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan keturunan.

KOMENKU:Jangan Islam tergadai oleh kelab penyokong PAS yang berperangai seperti Karpal Singh udah le!! KP tu kata langkah mayat dia sebelum Tun M isytihar Malaysia negara Islam. Hebat konon!! Akhirnya dia kena bala duduk atas kerusi roda. Macamana pemimpin PAS sanggup bersekongkol dengan makhluk macam tu. Tapi PAS ni sanggup buat apa saja demi kuasa. Mempergunakan agama demi kuasa dah jadi “makanan” PAS.

Rasulullah s.a.w. pernah membacakan ayat suci dari Ali- Imran: ayat 7;

“Dialah yang menurunkan kepada engkau al-Kitab (al-Quran) antara (isi) nya ada ayat-ayat terang, itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain samar-samar.

Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan , maka mereka mengikut ayat-ayat yang samar-samar daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwil (penyesuaian) nya (yang keliru), padahal tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata:

“Kami mengimami dia(ayat samar-samar), semuanya daripada sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran (daripadanya) selain orang-orang yang memiliki akal.”
Rasulullah juga pernah bersabda;


“Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikutkan apa yang menjadi kesamaran daripadanya, maka mereka itulah orang yang telah dinamakan Allah (sebagai orang yang tidak sangat takut (warak) kepada Allah), maka berwaspadalah terhadap mereka.
(Riwayat Imam Muslim)


PAS telah menubuhkan Kelab Penyokongnya yang tersendiri yang terdiri daripada masyarakat kaum Cina dan India semasa Pilihan Raya Umum 2004 atas kehendak dan keinginan penyokong dari kaum Cina yang mahukan PAS sebagai parti pilihan mereka.

KOMENKU:Ahli kelab terdiri daripada orang DAP je….tak heran pun.

Namun dalam pilihan raya tersebut, kekuatan PAS dengan sokongan kaum Cina itu masih belum mencukupi untuk membuatkan PAS menjadi parti pemerintah atau menang lebih banyak kerusi Dun atau Parlimen.

Meskipun begitu sokongan masyarakat Cina kepada tetap dapat dilihat dengan di Dun Kota Lama yang mempunyai masyarakat Cina telah memberi undi kepada Dato' Anuar Tan Abdullah untuk terus kekal di Dun tersebut.

KOMENKU: Dah calon dia Cina, dalam BN tak kira kaum mana jadi calon , hati tetap bersatu memberikan undi atas tiket BN!! BN sentiasa setia kawan.

Sementara unit peti undi Broga, Negeri Sembilan masyarakat Cina memberi undi solid kepada calon Dun Lenggeng, Zulkifli Mohd Omar.

Selepas Pilihan Raya 2004, PAS yang kehilangan Terengganu dan beberapa kerusi di Kedah, Pahang dan Selangor yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum 1999 mula menggerakkan semula jentera dengan tidak meninggalkan peranan kaum lain sebagai penyokong perjuangan PAS.

Timbul desas-desus yang menyatakan bahawa PAS terutamanya di Negeri Sembilan akan menampilkan calon bukan Islam dari kalangan kaum Tiong Hua untuk bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya akan datang.

KOMENKU:Hahaha…..demi kerusi Parlimen apa saja sanggup dilakukan!!!

Bagaimanapun cadangan yang dilaporkan datang dari Kelab Penyokong PAS itu masih belum diputuskan lagi oleh Majlis Syura PAS yang dipimpin Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Terbaru, selepas Muktamar PAS ke-53 di Kelantan, Pemuda PAS Pusat membuka satu lagi lembaran baru dalam sejarah politik PAS dengan melantik seorang pemuda dari kaum Cina sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob

Kennet Chiok Jin Hong, 30 yang berasal dari Negeri Sembilan dilantik oleh Salahuddin dalam satu majlis ringkas sayap kanan PAS itu yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.

KOMENKU:Setakat talibarut DAP tu, BN pun tak mau dia.

Kennet yang juga seorang peniaga sebenarnya telah lama berkhidmat dengan Kelab Penyokong PAS sebagai Pengerusi Kelab itu bagi Negeri Sembilan.

Ditanya samada pelantikan itu bermotif pilihan raya, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tindakan itu bukanlah untuk persiapan pilihan raya.

Sebaliknya ia adalah usaha Pemuda PAS mendekati masyarakat Tiong Hua dalam menjadikan PAS sebagai sebuah parti relevan kepada semua pihak tidak mengira kaum atau agama.

Baginya, ini menunjukkan PAS adalah parti yang prihatin kepada seluruh kaum di negara ini dalam melayani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

KOMENKU:Ya prihatin ! prihatin untuk undi pilihan raya….hahaha

Beliau bercaya dengan pelantikan Kennet ini yang mempunyai hubungan rapat dengan 'grassroot' Cina terutamanya di Negeri Sembilan, PAS akan boleh mendekati kaum Cina dengan lebih dekat.

Beliau juga berkata Pemuda PAS akan melantik lebih banyak lagi pegawai khas dari kaum lan termasuk India, Iban dan Kadazan dalam masa terdekat ini bagi mendekati kaum-kaum tersebut.

Sementara itu Kennet semasa mengulas mengenai penglibatannya dalam PAS sebagai Pegawai Khas Ketua Pemuda PAS menyatakan penghargaannya di atas pelantikan itu. Beliau berjanji akan menunaikan tanggungjawabnya dalam merapatkan PAS terutamanya Pemuda PAS dengan masyarakat kaum Tiong Hua yang sebelum ini terkeliru dengan imej PAS yang diburuk-burukkan media arus perdana.

KOMENKU:Bukan diburukkan, tapi perangai memang buruk!! Senang-senang mengkafirkan orang Islam yang lain! Sedangkan kalimah Syahadat mereka sendiri belum tentu diterima Allah. Namun mereka terlalu angkuh.

Baginya masyarakat Cina sebenarnya tidak mendapat gambaran jelas mengenai PAS sedangkan PAS adalah parti pembangkang yang terkuat yang seharusnya disokong dan tidak mendiskriminasi kaum.

Beliau juga menyatakan bahawa PAS perlu dijadikan contoh setelah berjaya memerintah Kelantan dengan baik berbanding kerajaan Barisan Nasiobal (BN).

KOMENKU: Baikle tu….sampai habis pencemaran alam di segala pelusuk negeri. Semuanya demi Ringgit Malaysia

Justeru beliau bertekad untuk menjadikan peluang dengan pelantikan ini sebagai ruang membuka jalan kepada PAS menjadi parti pilihan masyarakat Cina.

KOMENKU: Jangan gah sangat….sebabnya kita semua tahu yang jadi penyokong PAS hanyalah orang DAP yang terbuang tu je.

No comments: