Dipetik dari: http://www.malaysia-today.net
Ia sepatutnya menjadi majlis ceramah umum. Tuan rumah di tempat ceramah tersebut telah berpuluh kali membenarkan kawasan rumahnya dijadikan tempat cermah oleh PAS, dan sepanjang sejarah tidak pernah berlaku gangguan apabila majlis-majlis ceramah dianjurkan di situ.
Tiba-tiba pihak polis enggan memberikan permit apabila BERSIH atau Gabungan Pilihnaraya Bersih dan Adil (badan dianggotai PAS, PKR, DAP dan beberapa NGO lain) mahu mengadakan ceramah di tempat yang sama. Alasan-alasan penolakkan yang diberikan semuanya bukan merupakan isu sebelum ini.
Komen: Hai! Bukan ke dah banyak duit hasil gabungan parti-parti. Bukankah ahli pembangkang yang berkumpul kira-kira 750 orang, tapi takkanlah ceramah dekat kawasan rumah awam. Takkanlah ceramah sembunyi-sembunyi takut kata-kata mencaci, fitnah dan mengumpat didengari umum. Kalau dah kaya sangat kenapa tak buat di hotel-hotel mewah sekitar Terengganu? Takkanlah tak mampu nak bayar duit sewa dewan dan makan minum ahli kot?
Fikirkanlah dan renungkanlah, pembangkang seronok mengumpat dan mengeji, masyarakat setempat yang pening kepala dengan riuh rendah suara dah cakap-cakap merapu yang dilemparkan. Memang semua tahu yang ceramah mereka selalu dibuat sekitar kawasan perumahan awam sebab sengaja nak bising-bising hina kerajaan supaya semua orang dalam kawasan tu dengar. Dengan lokasi ceramah yang tak strategik, berdekatan jalan utama serta kawasan istana dan rumah pegawai tinggi kerajaan, memang sengaja cari pasal nak keruhkan keadaan.
Lalu dipaksa batallah majlis tersebut. Yang menjadi isu adalah cara bagaimana ianya dibatalkan. Pihak polis melalui FRU menggunakan gas pemedih mata dan memancut air dari water canonnya. Itu taktik biasa, walaupun pada malam tersebut tindakan itu dirasakan amat keterlaluan kerana pihak penganjur telah pun berjanji akan memaklumkan dari hal pembatalan itu kepada yang hadir secara aman.
Komen: Melalui informasi yang diterima, pihak pembangkang yang mula bertindak menyerang pasukan polis dan FRU. Bagaimana nak minta bersurai cara baik kalau dah semua liar membaling batu, besi,botol dan kayu kepada pasukan polis dan FRU yang mengawal keadaan. Ini yang pihak polis tidak mahu sebab bila keadaan jadi tak terkawal orang tak bersalah pun kena. Inilah akibatnya kalau pembangkang takut untuk kalah dalam pilihan raya nanti. Sekarang dah mula gelabah susun agenda untuk mengulangi prestasi buruk seperti mana dalam pilihan raya umum 2004. Cubalah pikirkan hal orang lain sebelum nak buat benda-benda tiada faedah macam ni, sebab nanti yang susahnya rakyat Terengganu juga. Pelancong tak mahu datang melancong, perniagaan rakyat terjejas, rakyat merempat dan macam-macam lagi. Pernahkah pembangkang fikirkan masalah ini.
Bila dengar kisah Wee Meng Chee hina lagu Negaraku semua melenting marah dan tak kurang mencaci, tapi tengoklah apa yang jadi di rusuhan Terengganu sanggup bakar Jalur Gemilang depan orang ramai. Ni kes konon nak tunjuk keras kepala. Ni kalau ikut undang-undang semua sekali boleh kena tindakan sama seperti Wee Meng Chee. Kalau dah rasa tak ada hormat pada Jalur Gemilang, tak mahu hormat pada undang-undang samalah seperti tiada hormat pada negara
Isu yang paling besar adalah seorang anggota polis telah melepaskan tembakan dari senjatapinya, peluru hidup ke arah mereka yang hadir. Menurut laporan para pendokong PAS yang terlatih telah mengenal-pasti seorang penghasut dikalangan mereka, yang tidak dikenali. Dalam suasana haru-biru itu, seorang penghasut upahan memang mampu membakar semangat dan mencetuskan lagi ketegangan. Lalu beliau telah dipeganga dan didapati rupanya beliau seorang anggota polis yang tidak beruniform.
Komen: Inilah yang orang kata ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ kalau dah seorang polis lawan 20 orang pembangkang macam mana nak pertahankan diri? Inilah pengecut besar, bertindak melulu memukul penguatkuasa yang bertugas untuk mengawal keadaan. Sekarang ni bukan pihak polis yang tak jaga rakyat atau melampau dalam menjalankan tugas, tetapi korang sendiri yang tak jaga hati dan akal yang diberi Tuhan untuk berfikiran secara manusia yang waras. Sikit-sikit nak mengamuk dan bertindak sesuka hati, inikah parti yang boleh memimpin rakyat? Bila hasrat tak ditunai mulalah angin satu badan. Bila dah nafsu kuasai minda cakap apa pun tak guna. Sesiapa pun boleh menyamar jadi polis. Jadi tak hairanlah kalau ada kutu yang menyamar jadi polis semata-mata nak memanaskan lagi keadaan. Sebenarnya kalau difikirkan tak perlu untuk ada polis menyamar jadi penghasut untuk memanaskan keadaan sebab korang sendiri dah ada ciri-ciri penghasut dan pemutar-belit untuk membelit dan memanaskan rakyat dengan propaganda merapu korang.
Apakah tindakan anda jika berada dalam situasi itu? Dahlah suasana tegang rupa-rupanya ada pula penghasut yang mahu menghasut agar para hadirin yang hadir melakukan keganasan! Bila diselidik, penghasut itu pula rupanya anggota polis yang sepatutnya memelihara keamanan. Lalu pastilah mereka yang hadir akan marah.
Kalau sekadar hadir berunifrom seperti anggota FRU dan pegawai polis yang lain, tak mengapa, mereka dapat dicam dan dikenali dan mereka biasanya tidak membuat kerja-kerja biadap ini. Tetapi yang ini hadir semata-mata untuk membuat kacau.
Komen: Dah memang semua orang tahu kalau nak buat ceramah kena ada permit yang sah dan lulus daripada polis. Jadi sekarang bila ceramah ini dibuat tanpa permit, siapa yang perlu dipersalahkan? Sekarang bila dah jadi hal macam ini, mulalah menuding jari nak cari salah orang lain. Sekarang nasib si penghasut seperti yang digembar-gemburkan untuk dijadikan penyebab. Sudahlah tu hentikanlah sandiwara murahan sebab memang sejak azali lagi pembangkang akan cipta perkara-perkara merepek untuk kenakan kerajaan dan juga untuk memancing ehsan rakyat. Ciptalah seberapa banyak penghasut atau penyangak untuk menjadi pelakon tambahan dan pak pacak propaganda korang. Sebab negara kita ada undang-undang, jadi lambat laun kita tahu juga ‘langit tinggi rendah’ dan siapa ‘batu api’ yang sebenarnya.
Siapa pun yang waras yang hadir pada malam itu akan marah dan bertindak. Lalu si penghasut tadi dipegang, dan dalam kekalutan itu, beliau yang menempah penyakit,
Hasil dari tembakan itu terkena seorang bernama Suwandi Abdul Ghani di dadanya (diberitakan baru sahaj menjalani pembedahan di HUSM, Kubang Kerian) dan seorang lagi Muhamad Azman terkena dileher dan kini berada di Hsopital Kuala Terengganu.
Mengapa perlu ditembak dengan peluru hidup?
Tajuk akhbar hari ini sepatutnya bukan: 4 polis cedera rusuhan di Kuala Terengganu (Berita Harian) atau RM1 million damage 23 held (NST) 27 held and 7 injured in riot (The Sun) tetapi sepatutnya:
Polis tembak peluru hidup ke arah orang awam!
Sebentar tadi pihak BERSIH telah mengadakan sidang akhbarnya, dan tuntutan utama mereka agar satu Suruhanjaya Di Raja segera diadakan bagi menyiasat punca kejadian ini dan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jangan kerongkong kita disumbat dengan versi pihak polis dan Umno/BN Terengganu. Biar siasatan terbuka dan adil dibuat. Kalau benar yang bersalah BERSIH atau PAS biar kita bongkar, sebagaimana kalau yang salah polis dan Umno/BN biar kita bongkar juga. Biar rakyat tahu yang sebenarnya.
Kerana kini ada pihak yang mengatakan rupanya kejadian ini sudah pre planned. Sengaja diadakan untuk menggagalkan ceramah BERSIH dan menghitamkan wajah pembangkang khasnya PAS dan PKR yang semakin mendapat tempat di Terengganu.
Komen: Nampak sangat yang perkara sebegini sengaja dibuat untuk memporak-perandakan kedua-dua belah pihak. Kenapa pula nak salahkan UMNO/BN Terengganu secara terus sedangkan pembangkang yang mula-mula cari pasal dengan merusuh tanpa sebab yang kukuh dan terang-terang terdapat dalang lain yang
Ayuh atas darah dua orang rakyat
Komen: Ini lagi satu cara orang yang ‘batu api’. Sengaja nak memanaskan lagi keadaan. Sengaja nak menuding jari mencari kesilapan orang lain sedangkan kesahihannya masih kabur. Beginikah cara menyelesaikan masalah? renungkanlah
1 comment:
kalau nak tau...sebenarnya pembangkang sengaja cipta isu baru sebab mereka tandus isu untuk pilihan raya akan datang. Pembangunan negara yang berjalan lancar membuatkan pihak pembangkang terutamanya di Pantai Timur tandus idea...jadi dengan adanya rusuhan seperti mana yang mereka rancangkan maka mereka ada cerita untuk dijadikan bekal bagi dicanang di seluruh negara.
Post a Comment