Thursday, September 20, 2007

Kong Choy letak jawatan kerana tak puas hati Khairy?

Posted on Sunday, September 09 @ 01:30:02 CDT by reformis

dipetik dari http://www.detikdaily.net

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berlepas ke luar negara secara mendadak sehari sebelum negara menyambut kemerdekaan ke-50. Alasan yang diberikan oleh setiausaha akhbarnya - Chan bercuti selama dua minggu untuk mendapatkan rawatan di Australia.

Pemergiannya secara mengejut itu kemudiannya telah mencetuskan khabar angin. Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting merayu kepada pihak media supaya jangan membuat spekulasi mengenai 'percutiaan' Chan itu.

Bagaimanapun, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily telah menyiarkan laporan di muka depannya mengenai perkara itu semalam, yang dianggap berita terbesar mengenai apa yang berlaku terhadap diri Chan dalam tempoh 10 hari yang lalu.

Laporan itu menyatakan, menteri berkenaan telah meletak jawatan, sambil menambah, Chan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tanpa pengetahuan pemimpin kanan MCA yang lain, termasuk Ong sendiri.

Komen: Kalau bab nak buat cerita palsu memang pembangkang ni teramatlah hebat. Pandai-pandai buat cerita yang tak ada kebenarannya langsung. Ni kes dah tak ada modal nak cerita dan fitnah sampaikan cerita macam nih pun boleh dijadikan topic blog. Sedarlah sikit yang korang tuh dah banyak buat dosa. Bawa-bawalah bertaubat bukannya ‘Tau Buat’!

Menurut laporan Sin Chew itu lagi, peletakan jawatan Chan adalah atas alasan hal-hal 'tugas, peribadi dan masalah kesihatan" tetapi beliau dikatakan telah menukar fikirannya selepas dipujuk oleh pemimpin kanan MCA. Chan adalah timbalan presiden MCA.

Malaysiakini difahamkan bahawa laporan mengenai peletakan jawatan Chan telah menimbul teka-teki berhubung alasan sebenarnya. Sumber-sumber memberitahu, sebab utama peletakan jawatan Chan adalah kaitan dengan skandal RM4.6 bilion yang membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), masalah yang diwarisi daripada bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.

Komen: Sememangnya Malaysiakini tak faham langsung laporan tersebut sebabnya laporan yang dibuat semuanya ikut suka kepala sendiri. Mana ada fakta dalam laporan yang macam ni! Lain kali kalau nak buat cerita biarlah ada kebenarannya, bukannya main tulis je! Oh! Ya tak ya…terlupa pulak yang korang memang masalah fikiran untuk tulis yang mana betul dan yang mana hampas!

Juga difahamkan, Chan tidak senang dengan Jabatan Perdana Menteri mengendalikan kes tersebut, terutama oleh kumpulan "Tingkat Empat", yang merupakan penasihat penting Abdullah.

Chan dikatakan, menganggap adalah tidak adil beliau dipersalahkan berhubung skandal tersebut.

Pelbagai cerita

Para pemimpin Umno bagaimanapun, tidak mahu memperbesar-besarkan perkara itu.

Sesetengahnya berkata Chan menghadapi masalah kesihatan, manakala seorang menteri kanan pula berkata Chan sakit selepas melihat mayat-mayat sewaktu beliau meninjau kemalangan bas yang mengorbankan 20 orang di Bukit Gantang, Perak.

Sumber-sumber yang rapat dengan Chan, bagaimanapun, menafikan laporan akhbar Sin Chew itu.

komen: Penulis banyak sangat tengok cerita seram ni! Dia sendiri yang kecut nak salahkan orang lain. Memang elok kawan dengan makhluk cam tuh sebab korang pun 2 X 5 jer dengan benda tu! Memang tak ada beza langsung. Fikirlah dengan logik sebelum nak buat dakwaan yang merapu macam nih!.

Mereka mendakwa, Chan dalam keadaan sihat dan sedang bercuti dengan isteri dan anak-anaknya di Australia. Tambahan pula, beliau sentiasa berhubungan dengan para pegawainya di Kementerian Pengangkutan

Pemerhati politik pula percaya bahawa khabar angin mengenai peletakan jawatan Chan itu pada hari Abdullah membentangkan ucapan bajetnya, bukanlah satu kebetulan.

Nampaknya, laporan Sin Chew Daily, akhbar yang menyokong presiden MCA, boleh ditafsirkan sebagai satu cara untuk mengenakan tekanan terhadap Umno.

MCA lwn Umno

Amalan seperti 'menghantar surat peletakan jawatan' bukanlah satu perkara baru.

Dr Ling telah melakukan perkara yang sama pada 1980-an, dengan menghantar surat peletakan jawatan tidak bertarikh, kepada Perdana Menteri ketika itu, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, berhubung dasar-dasar negatif Umno yang menjejaskan sokongan kepada MCA.

Dan MCA nampaknya berada dalam keadaan yang sama hari ini. Beberapa insiden yang membabitkan pemimpin Umno telah melemahkan kedudukan politik MCA.

Insiden ini termasuk pengisytiharan negara Islam, kenyataan pemimpin Umno yang berbaur perkauman, dan serangan terhadap pelajar Wee Meng Chee dar Muar berhubung isu 'Negarakuku' yang tidak disenangi oleh masyarakat Cina.

Ekoran itu, para pemimpin MCA merasakan yang mereka terpaksa bergelut untuk menjaminkan sokongan dari kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Tanda-tanda kekecewaan tersebut jelas dapat dilihat apabila ada sesetengah ahli-ahli pemudanya menggesa supaya parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno, sewaktu perhimpunan agung MCA baru-baru ini.

Siapa akan beralah?

Oleh itu, keputusan mendadak Chan untuk meletakkan jawatan sebelum sambutan hari Merdeka dan diikuti laporan yang tersebar mengenainya, dianggap sebagai satu 'peringatan' kepada Umno.

“Kita adalah rakan Umno. Akhir-akhir ini, mereka agak terlanjur dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan dalam proses itu, kami yang menjadi mangsa," kata sumber-sumber MCA itu.

Seandainya Abdullah menerima peletakan jawatan Chan, maka ia menandakan ada yang tidak kena dalam skandal PKFZ, sehingga memaksa menteri berkenaan melepaskan jawatannya.

Skandal PKFZ dianggap sebagai projek mega pertama yang terpaksa diselamatkan oleh Abdullah sejak 2003.

Tetapi sehingga ini, kerajaan enggan mengakui bahawa pemberian 'pinjaman mudah' RM4.6 bilion kepada PKFZ sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan syarikat yang bermasalah itu.

Seorang lagi pemerhati, bagaimanapun berkata, helah peletakan jawatan Chan adalah satu protes secara diam-ciam serta satu usaha untuk memisahkan dirinya daripada skandal tersebut.
Kesimpulannya, tempoh percutian Chan dan sama ada kepimpinan Umno akan 'beralah' kepada MCA, dianggap sebagai petanda siapakah yang 'menang' dalam pemainan kuasa antara MCA - yang mewakili majori kaum Cina - dan Umno - parti Melayu pimpinan Abdullah.

Komen: Kalau betul ada surat letak jawatan dah tentu kerajaan akan umumkan. Jadi soalnya sekarang “Ada ke!” jadi jangan nak pandai-pandai buat fitnah kat orang. Tentang PKFZ pun sama je. Benda takda cerita korang lagi nak buat cerita. Kalau cerita betul tu kira bolehlah diterima pakai, ini tak korang main balun jer serupa cerita yang korang buat tuh boleh buat rakyat percaya bulat-bulat.

No comments: