Wednesday, September 26, 2007

Kata sudah sepakat..DAP-PKR berebut kerusi Pulau Pinang

dipetik dari http://www.agendadaily.com

Apa sudah jadi! Jika sebelum ini pakatan pembangkang di Pulau Pinang dikatakan sudah mantap dan telah mencapai persetujuan dalam soal pembahagian kerusi, kini timbul cerita lain pulak.
Malah jika dilihat kepada kenyataan sebelum ini gambaran yang diberikan ialah pembangkang telah mencapai persetujuan dan Pulau Pinang akan menjadi negeri pembangkang. Dalam keghairahan tersebut, PAS Pulau Pinang pernah menyuarakan hasrat agar kerjasama politik antara parti itu dan DAP diwujudkan walaupun PAS Pusat telah menyuarakan pendirian tidak akan mewujudkan pakatan politik dengan DAP.
Namun, kenyataan-kenyataan tersebut mula tercabar apabila DAP melalui pemimpin tertingginya, Lim Guan Eng secara sebelah pihak telah mengumumkan akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 22 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana menurut PKR, keputusan yang dipersetujui sebelum ini tidak seperti mana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hassim berkata perbincangan antara pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini menetapkan bahawa DAP hanya bertanding di enam kawasan parlimen dan 20 kawasan DUN. Manakala PKR dan Pas akan berkongsi bertanding di tujuh kerusi parlimen dan 20 kerusi DUN.
"Kalau boleh, kita hendak bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional di semua kawasan," katanya pada sidang akhbar di Pulau Pinang, hari Selasa. Hasrat DAP untuk bertanding bagi tujuh kerusi parlimen dan 22 kerusi negeri di Pulau Pinang diumumkan oleh Lim Guan Eng semasa berada di Pulau Pinang Ahad lepas.
Zahrain berkata, PKR akan mengadakan perbincangan dengan DAP bagi mendapatkan penjelasan mengenai kekeliruan pembahagian kerusi yang telah dipersetujui sebelum ini. Pada pilihan raya umum 2004, PKR memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh melalui presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail manakala calon Pas Mohd Hamdan Abdul Rahman menang kerusi negeri Permatang Pasir. – 18/9/2007

“Komen:
Apa Dah Jadi
Apa dah jadi

Apa dah jadi
Sampai sekarang tak berpakat lagi
Apa nak jadi
Apa nak jadi K
alau tak jadi malulah nanti
Apa nak jadi
Ha ni dia... cerita pakatan pembangkang

Pakatan PAS yang mula sekarang terkangkang
Baru hati nak berjinak-jinak bertanding
Tersadung jatuh dek DAP Penang
Hati bengkak dengan Lim Guan Eng

Suka hati tak mau PAS bertanding
Depa orang PAS dah kena kencing
Melepaslah sudah, sekarang buat muka boring
Cakap : Tu lah bodoh tak pakai otak Kena carilah plan lain.. apa boleh buat


Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau tak bertanding menyesal nanti
Apa nak jadi
Apa nak jadi
Kalau terlambat tak guna lagi
Apa dah jadi
DAP nak bertanding 7 kerusi

PAS di Penang, semua panas hati
Langsung DAP tak mau kasi peluang lagi
Bercita-cita nak lawan BN dalam negara

Tak sedar diri kecik.. rakyat pulak tak suka
Melepaslah lagi

Cakap : Ikut malu hati nak lari je dari sini
Hei tersiksa hati, malunya diri
Apa dah jadi Apa dah jadi

Sampai sekarang masih mencaci
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang menfitnah lagi
Apa nak jadi “

No comments: